Friday, December 28, 2012

MALAKOFF Interstate Fellowship Ride 2012/2013

Test Ride 180KM - Done 

Tarikh : 23hb Dis 2012
Jarak : Lebih kurang 180km
Tamat : 3.30 petang

(Catatan waktu saya termasuk waktu rehat di WT 1, WT 2 dan
Solat Zohor WT 3 di Surau Petronas, Kulim)



Nota: 

Stage 1
1. Water Station 1 (WT 1) di KM 63 ... Dapatkan kelajuan yg mampu anda bertahan i.e. 30 to 35km+ dan kekal pada kelajuan tersebut sejauh lebih kurang 63KM. Just relax, Smile, Pace Yourself and Enjoy the Ride, but not to slow laaaa. "Fuel Up' kerana laluan seterusnya berbukit......

Stage 2
2. Water Station 2 (WT 2) di KM 118.2 .... (KM63 - KM 118.2) laluan berbukit tapi cukup menarik untuk menguji ketahanan. Jangan lepaskan peluang menguji kekuatan anda di laluan berbukit Stage 2 ini. Kalau anda buat 'chicken loop' Stage 2 .... anda akan upset and 'feel sorry for yourself' :-)

Stage 3
3. Water Station 3 (WT 3) - di KM 147.9 ..... jika mampu bertahan sejauh 147.9KM dalam peloton, In Syaa Allah anda pasti sempat menunaikan Solat Zohor di surau Petronas Kulim (WT 3). Jangan lupa 'fuel up' @ makan/minum untuk dapatkan tenaga. Baki KM terakhir pasti lebih menarik ........

4.  Jarak & kelajuan peloton, 'difficulties' dan 'kepuasan' laluan ini secara peribadi 'fun enjoyable ride'.....'veteran' boleh lepas, orang muda sure no problem
.
5.  So next ride on 31st Dec, fokus untuk tamatkan kayuhan MALAKOFF Day 1 and Day 2.


In Syaa Allah. 
...::: It always seem Impossible, until it's Done :::...

Thursday, December 27, 2012

Titiwangsa Edisi Ke-3 (update)

...::: Non-Stop 65km+ Climbing :::...
Tarikh : 25th Dec 2012
Mula/Tamat : Gerik, Perak
Laluan : Hentian Perah, Gerik - Banding - Titiwangsa
Jarak : 136km+ .....
...::: Non-Stop 65km+ Climbing :::...

Peserta:
  • SPCC - Sg Petani Cycling Club, Kedah
  • GMCC - Gabungan Membaru Cycling Club, Penaga Penang
  • GCA - Gerek Cap Ayam dari Yan, Kedah
  • BCC - Kelab Berbasikal Bayu Baling, Kedah 
  • IBC - Parit Buntar Perak
  • SECT - Serai Emas Cycling Team Penang
  • Rakan2 dari Pengkalan Hulu, Perak
  • Rakan2 'support car' dan motorsikal .... 
  • dan semua individu yg turun membantu kami .....
Alhamdulillah ~ cuaca mendung dari awal pagi 25hb Disember 2012 hingga ke petang. Jumlah penyertaan 'Titiwangsa Edisi Ke-3' lebih kurang 100 orang. Penyertaan ini dua kali ganda dari tahun 2012. Ramai yang datang dari luar i.e. Parit Buntar, Perak dan Penang. Mula bergerak pada jam 8 pagi (30 min lewat). 

Ramai yang membuat 'persiapan & latihan rahsia' untuk menawan Titiwangsa Ke-3 ini. Dalam diam menyimpan hasrat 'mempaiki rekod peribadi'. Sengaja tanggalkan ODO meter yang bisa ganggu 'mood' kayuhan. 


Jam 8 pagi - ada yang bermula dengan rakus, ada yang bermula dengan bersemangat, ada yang bermula dengan relax @ tenang, ada yang bermula malu-malu kucing @ (menyimpan tenaga sebenar), ada yang sengaja melewat-lewatkan pergerakan, Ada yang bergerak dalam kumpulan besar, kumpulan kecil, ada yang selesa secara 'solo' melayan perasaan dan yang pasti masing-masing dengan strategi sendiri. 




Stage 1 (30km lebih) - mendaki ke Banding dalam cuaca dingin. Faktor cuaca yang baik banyak membantu peserta bergerak dengan bertenaga. Diperingkat ini ada yg telah kehilangan tenaga, ada yg terpaksa dibantu oleh rakan2 bermotorsikal/kereta. No worries ..... this is not a race. Bila dah 'recover' mereka meneruskan kayuhan semula.........just Enjoy d' Ride :-)

Stage 2 (30km lebih) - mendaki dari Banding ke puncak R&R Banjaran Titiwangsa. 
Mencabar but Fun ....'longggg climb'. Cuaca makin sejuk. Angin bertambah kuat di 10km terakhir ke puncak. Dalam hati sentiasa menyebut kalimah ALLAH tidak henti-henti. Lagi kuat angin bertiup, lagi kuat aku menyebut kalimah ALLAH. Melayan 'nikmat' yang Allah swt berikan. Bukan sekadar kekuatan fizikal tapi lebih pada ujian pada kekuatan mental. Alhamdulilah ~ tekad dan azam untuk 'menawan' Banjaran dlm usaha 'nonstop climbing' TERCAPAI. Puas dengan pencapain peribadi terbaik dlm 'Titiwangsa Edisi Ke-3' ini. 


Stage 3 - Downhill yang panjang .... approx 30m+. Tak pasti berapa kelajuan maxima semasa DH....rekod rakan2 di belakang Max. Speed 80km+ ..... saya rasa lebih dari itu. Dapat rasakan kelajuan luar biasa kerana masih teruskan kayuhan semasa menurun bukit........:-)

Walaupun menurun bukit sejauh 30km+ tapi 'lokasi mendaki' semula sejauh 15km lebih selepas Tasik Banding menuju Gerik benar2 mengerah tenaga pada tahap maxima...... longgggggg climb :-)

Seorang rakan 'support crew' dari Serai Emas Cycling Club @ SECT. Gelagat beliau meniup wisel dan menyanyikan lagu Allahyarham R. Azmi menarik perhatian kami. Dia menceriakan sausana sepanjang hari. 
~ suaranya terngiang-ngiang ~

"Pakai baju kancing lah suasa ....
Pakai mari Baba-lah Melaka ...
Biar saya rosaklah binasa ....
Kerana dia tidak mengapa ...."

Ha ha ha .... Thumbs up my frenz & Thumbs Up SECT.


Wan - rakan dari Kelab Berbasikal Bayu Baling, Kedah


Percubaan kali pertama Sukses. 
My orang kampong Hj Sabri Hj Ahmad said :
"kadang2 masa climb tadi aku rasa menyesal nak mampuih. Tapi bila sampai atas nii perghhh 
..... lain macam rasa dia"

Ha Ha Ha ..... Well done My Frenz.


Nota:
  • Terima kasih kepada semua rakan2 yg hadir ...... Semoga Allah s.w.t. membalas budi baik kalian.
  • In Syaa Allah ..... kita jumpa lagi.
Upcoming Ride:
  • 31st Dec 2012 : MALAKOFF Day 1. Penang - Perak - Kedah approx 180km (CLICK) ride info.
  • 1st Jan 2013 : MALAKOFF Day 2 - 'Round Island' approx 80km.
  • 5th Jan 2013 : Jitra, Kedah - Chuping - Padang Besar, Perlis approx 130km.

Friday, December 14, 2012

Titiwangsa Edisi Ke-3

...::: Info dari FB SPCC  :::...

Tarikh : 25th Dec 2012

Tayar Golek : 07.30 am. 
(07.15am Short Brief)

Berkumpul : R & R Perah, Gerik Perak

Mula/Tamat : R & R Perah, Gerik Perak

Laluan : R & R Perah, Gerik - Banding - Titiwangsa

Nota :
  1. Aktiviti tahunan SPCC, tahun Ke-3. Tiada yuran pendaftaran dikenakan.
  2. Pihak SPCC tidak menyediakan 'support car' atau 'feeding points' tertentu kepada rakan2 cyclist yang turut serta.
  3. Kelab @ Kumpulan yang ingin turut serta digalakkan membawa 'support car' untuk membantu rakan riders.
  4. 'This Is Not A Race' @ K.O.M. Ia sekadar xtvt riadah biasa @ gathering.
  5. Rakan2 yg ingin dapatkan 'best time' ..... Silakan. Berhati-hati ketika mendaki dan 'downhill'. 
  6. Tuan2 @ Puan2 bebas bergerak @ berhenti dalam masa sendiri.
  7. Kalau ada 'volunteers' - kereta atau motorsikal, amat dialu2kan.
  8. KESELAMATAN - adalah tanggung jawab masing-masing. 

...::: Pictures paints a thousand words :::...
23hb Oktober 2010
Tahun Pertama xtvt ini bermula dgn 10 orang ......
Click refer my blogspot.


 23hb July 2011
Tahun Ke-2 meningkat pada 40 orang .......
 Click  refer my blogspot.


Tahun Ke-3
? ? ?  25hb Disember 2012 ? ? ?
Rakan2 riders yang dah 'confirm' untuk turut serta meningkat kepada 70 orang.
Jumlah ini tidak termasuk yg maklum secara 'verbal', tapi tidak majukan senarai nama i.e. dari Baling, Penang. SPCC jumlah penyertaan melebihi 70 orang.
              • SPCC - Sg Petani
              • GMCC - Penaga, Penang
              • GCA - Yan, Kedah
              • Penang
              • Jitra & Alor Star
              • BCC @ Baling Cycling Club - Baling, Kedah
 In Syaa Allah sama2 kita doakan agar xtvt ini berjalan Lancar dan Selamat.

...::: Sedikit 'gula2' utk dikonsi :::...
  • Climb Like A Champion ..... (click)
  • Stay Relaxed & Focus .....
  • Find Your Rhythm ....
  • Fuel Up ....
  • Have Fun ....
  • and Don't forget to SMILE ..... ha ha ha !

======================================================

- Kayuh Lasak 2012 -
 
...::: My mind tells me to give up, but my heart Won't let me :::...


Your time has passed.
Don't worry about others doing better than you. Concentrate on beating your own records 
every day. Success is a battle between YOU and YOURSELF only.

================================================

My Cycling Program. In Syaa Allah :

  • 16th Dec (Sun) : SP - Baling - SP approx. 100km+ - DONE
  • 17th Dec : SP - Baling - Pang. Hulu - Betong approx 100km ......... DONE
  • 18th Dec : Ride approx 100km ....... DONE
  • 19th Dec : Rest ......
  • 20th Dec : Ride .....
  • 21st Dec -  Ride
  • 22th Dec -  Ride
  • 23rd Dec - Ride ..... DONE approx 180km
  • 24th Dec - Rest ....
  • 25th Dec - Gerik - Banding - R&R Titiwangsa .... 136km+ 'hilly'
  • 26th Dec - 'Contitioning @ Rest '
  • 27th Dec :  Ride
  • 28th Dec :  Ride
  • 29th Dec :  Ride
  • 30th Dec :  'Contitioning @ Rest ''
  • 31th Dec 2012 : MALAKOFF 2012/2013 Day 1 180km+....
  • 1st Jan 2013 : MALAKOFF 2012/2013 Day 2 approx. 90km+

Saturday, December 01, 2012

MALAKOFF Interstate Fellowship Ride 2012/2013

 Jersey and Bibs For Sale
 RM 200.00 for one pair (JC and Bib)


 RM 200.00 for one pair (JC and Bib)
Bib short with Gel Pad and good absorption on long ride.
Size XS, S, M, L, XL, XXL and XXXL

.....Race Cut....




Place your order ..... ramlysp@gmail.com
or Faceboook Ramly SP
or SMS


Tuesday, October 30, 2012

...::: Do What You Love :::...

Trainer murah ini aku beli dengan harga RM 500.00 lebih. Sebelum beli, dengar juga komen rakan2 yg peralatan ini menjemukan. Ada yg kata OK, dan Ada yg Tidak. 

Tapi ada respond positif  menarik minat aku i.e. "hang cuba dulu - hang akan suka benda ini ....esply kalau musim hujan. Hang boleh buat 'spinning drills'. Dan yg paling best 'warm down' atas trainer selepas kayuhan jarak jauh". Browse jer kat internet.....banyak tips and klip video kat situ.....'

Thanks My Frenz - Benar ia amat berkesan terutama utk sesi 'warm down' selepas balik dari Long Distance Ride. Trainer tak leh buat aku Kuat. Tapi sekurang-kurangnya ada juga rutin harian & riadah d rumah bersama keluarga.

Dari hari ke hari 'Spinning Drills' tambah menarik bila simulate dengan 'hill work out'. Untuk family, aku tukar/guna MTB....senang nak adjust seat post bagi rendah. Kalau ikut table yg aku gunakan, 30 mins dah boleh buat anak dan orang rumah mandi peluh..... tapi kena 'coach' depa dengan set latihan yg digunakan :-)

Sekarang dah ada beberapa 'set' latihan utk 'spinning drills' dan 'hill work out' antara 30 - 60 minit. Pernah buat 'spinning & hill out' selama 1 jam setengah tanpa henti. Peluh mencurah-curah dari seluruh badan. Drill tambah menarik bila masukkan lagu2 kegemaran utk dapatkan rentak kayuhan dan suasana berada di Gym. 
  • Warm Up  - spin easy 10 - 15 mins before W/out.
  • Spinning - spin easy, spin fast, jump, recover then repeat....
  • Warm Down - spin easy 10 - 15 mins for W/down.
Semua lagu2 dan klip video Tour d France dah 'save' dalam playlist real player ..... click jer :-).  Alhamdulillah.....walaupun nampak simple, tapi 'spinning drills' ini banyak membantu rentak kayuhan @ cadence dgn lebih sempurna. 

Antara peralatan 'murah' yg aku gunakan:

  • Desktop & kadang2 guna USB plug kat TV plasma 42 inch :-)
  • Trainer Cap Ayam...tapi kalau berdiri @ jump tak goyang .... :-)
  • Tuala buruk atas 'top tube', handle bar dan alas atas tikar.....
  • Kipas angin (dihalakan pd wheelset utk 'cooling' tayar belakang)
  • My Cycling Songs .... :-)
  • Klip Video Tour d France
  • Air Mineral 1.5 ltrs - stnby atas meja :-) 

...::: Sesi 'warm down' :::...
Quote - "Cool down helps the body clear lactic acid that builds up during any xtvt. 
Less lactic acid means less soreness & stiffness the next day" - Unquote.

...::: Wallahualam :::...


Kadang2 guna clip video ini dlm mode 're-play'. 
Memang Kaww. Buat Spinning Drills sampai otot paha terasa sakit. 
Bukan prepare nak pergi 'olimpik' tapi sekadar riadah utk kesihatan dgn cara sendiri.

Morale : -  
"Do What You Love ... and enjoy wz ur xtvt :-) ....."

Wednesday, August 15, 2012

Maaf Zahir & Batin


Salam hormat pada rakan2 bloggers, sdra-mara, rakan2 Cyclist, rakan seperjuangan semasa di dalam perkhidmatan, Guru2ku, pengunjung2 blog, kenalan dan sdra2 muslimin & muslimat yang dirahmati Allah swt. 

Sempena Aidil Fitri yg bakal tiba, saya Hj Ramly bin Hj Abdullah @ ramly SP dengan rendah diri Mohon Maaf Zahir Batin di atas mana2 kesilapan, kesalahan, gurau-senda serta lisan yg tak terjaga atau yg terguris dihati antara sedar atau tidak ... 

Budak-budak main mercun,
Main mercun pagi raya
Minta maaf, minta ampun
Agar terhakis segala dosa


Thursday, August 09, 2012

Jemputan ke Majlis Perkahwinan dan Berbasikal Mengiringi Pengantin

Assalamualaikum w.b.t .
Haji Abdul Talib @ Abdul Wahab bin Abdullah 70 tahun (Cyclist yg masih aktif) dan peserta Jelajah Kedah 2012, telah mewakilkan kpd saya utk menjemput rakan2 Cyclist serta famili ke Majlis Perkahwinan anak lelakinya pada penghujung bulan Ogos ini. Beliau telah berbincang dgn saya utk mendapatkan bantuan & sokongan 150 orang Cyclists i.e. dari (Kedah/Penang/Perlis). 

Pic Haji Abdul Talib atau lebih dikenali dgn Haji Wahab

Beliau amat berharap rakan2 Cyclist dapat merealisasikan hajatnya utk melihat "ROMBONGAN" rakan2 cyclist menyerikan majlis perkahwinan anaknya. Jarak kayuhan/mengiringi pengantin approx. 3km sahaja. 

Majlis seperti berikut : 
Tarikh: 23hb Ogos 2012 
Hari : Khamis
Alamat : No. F372, Kg Sg Belida, Guar Chempedak, Kedah 

Secara Ringkas/Aturcara: 
Tarikh - 23hb Ogos. 
Hari - Khamis. 
Jam 11.00 pagi - Berkumpul di kawasan letak kereta, kaki Gunung Jerai. 
Jam 11.30 pagi - Taklimat ringkas pelaksanaan & pergerakan mengiringi Pengantin. 
Jam 12.00 t/hari - JMB/Rombongan berbasikal mengiringi Pengantin. 
Jam 12.30 t/hari - Jamuan. 

Nota
  • Terbuka kepada semua kelab/individu Kedah/Penang/Perlis. 
  • Semua jenis basikal i.e. RB, MTB, Fixie, DH dll ..... are welcome :-) 
  • Jersi Kelab/Team jika ada.
  • Utk SPCC - kita pakai JC SPCC dan seluar 'tracksuit', atau yg bersesuai dgn Majlis.
  • Kawalan lalu lintas, Media i.e. akhbar, TV3 - Hj Wahab akan uruskan.
  • Mohon MAKLUM BALAS dari rakan2 yg berkelapangan. Saya akan maklum jumlah kehadiran pada Haji Wahab.......
  • Kehadiran dan sokongan tuan2/puan2 amat dihargai.
  • Terima kasih.

Sunday, August 05, 2012

Ombak Rinduku .... :-(


...::: 10 Terakhir Ramadhan kian hampir :::...

...::: Semoga di akhir Ramadhan ini dapat membersihkan kita dari segala dosa :::...

.. p/s ..

...::: pada arwah emak dan bapa :::... 

...::: pada kedua2 arwah anakku Siti Diyana & Siti Fatimah .....

..::: Allah, ampunkan dosa kedua ibubapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil :::...


...::: Al-Fatihah :::...

Tuesday, July 31, 2012

...::: Rentas Sempadan :::...


Date : 15th Sept  & 16th Sept 2012

Route/Day 1 : 
SP - K. Ketil - Kupang Gerik H/Way - Gerik - Kg Lalang - Nenering - Betong, Thailand
Distance :  approx. 160km (hilly)

Route/Day 2 : 
Betong, Thailand - Baling - Pasir Panjang - K. Ketil - SP
Distance: approx. 90km only

15th Sept 'overnight' in Betong, Thailand

Fees : RM 55.00 only 
(Accommodation - Penthouse Hotel Betong, Thailand)

Organizer : SPCC

Saturday, July 28, 2012

Tiba-tiba, teringatkan mereka ..... !


Tarikh: 27hb July 2012

Tazkirah selepas solat Subuh di Masjid al-Muttaqin Tmn Ria pagi tadi ringkas, santai tapi ada nada tegas. Ustz Nasir dgn tenang berbicara mengenai 'Silaturahim' sesama saudara .... serta hukum tidak bertegur sapa selama 3 hari terhadap  saudaranya ... ( Nauzubillah ). 

"Tiba2 hati teringat pada beberapa insan 'istimewa'..., antaranya Adik Nur Aina Adila di Kg Dedap, Yan Kedah" http://ramlydirtcorner.blogspot.com/search?q=adik+nuraina ) dan Adik Nur Azreen  ( http://ramlydirtcorner.blogspot.com/2011/09/kayuhan-amal-adik-nur-azreen.html ) .......

Selepas solat Jumaat terus ziarah bbrpa individu istiwewa yg 'menggamit' di hati. Dalam perjalanan ke rumah Adik Nur Aina Adila hati berdebar2. Sihat ka ? Dah operate ka ? dan mcam2 difikirkan......tak dapat bayangkan kalau hajat nak berjumpa denganya tak kesampaian...(dlm hati berdoa smga dapat berjumpa beliau) .....

Setiba Kg Dedap Yan, Kedah nampak kelibat Adik Nur Aina bersama Ibu dan Ayahnya (alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ) ..... Sepatutnya Nur Aina menjalani pembedahan pd Januari lalu, tapi d tangguh ke September kerana keadaan fizikal tidak mengizinkan.

Kini Nur Aina Adila dah berusia 11 bulan..... Alhamdulillah :-)

p/s:.... on d way drive balik ke SP, hati terasa tenang, gembira dan 'lapang dada' kerana dapat bertemu dan mendukung Adik Nur Aina Adila..... :-)

Sama2 kita doakan agar Adik Nur Aina Adila cepat sembuh.........InsyaAllah !

Monday, March 26, 2012

...::: Restoration Completed :::...


~ Date: 25th Mar 2012 ~
Fist time riding 'vintage' Raleigh Competition ....

New color scheme .....


- Steel is Real -

- The Smell of Steel -

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
...::: be cooooool :::...
(click)"Restoration Process" & looking for parts/components.......


...::: pics of 'fun and beauty' :::...

My Special Thanks to :-)
p/s: Can't afford the high end bikes i.e Coppi, Casati, Cinneli or Ciocc from Italy......... Dapat 'Raleigh' ini pun, Ana rasa amat bersyukor & besar rahmat. At least, boleh juga ride dgn kawan-kawan.
History : click link Raleigh Bicycle ..... enjoy :-)