Sunday, October 24, 2010

Banjaran Titiwangsa :- )

'Riding log' ini sekadar suka-suka :- )
Kayuhan Biasa Hujung Minggu

Date : 23rd Oct 2010


"Friendly Route" to Banjaran Titiwangsa & for Lunch :- )
Duration 9 hours (including lunch and solat). Lunch & Solat as from 13.00 till 15.15


L : ramly sp, ODD, Sobri, WanG, KudaLiar, Cgu Kob, Abg Mat Colnago & Cgu Nusi

Kayuhan ke Banjaran Titiwangsa sebenarnya idea dari seorang rakan yg berhajat untuk mencuba laluan ini. Semasa aku warwarkan ~ ramai yg respond. Hari ini juga, sebelah malam aku sepatutnya hadir 'dinner' dgn sebuah kelab di Penang. Memandangkan terikat dgn program kayuhan ini, undangan 'dinner terpaksa aku tolak . Hurmmmm ~ tapi bila hari sebenar tak ramai yg dapat hadir termasuk yg bangun lewat pagi tuu he he he.

Sehari sebelum ride aku SMS rakan2 utk dapatkan 'confirmation' . . . hu hu hu tak ramai yg reply sms aku. Call pun tak angkat :- (

Risau & concern :~ kalau-kalau ada masalah dalam perjalanan. Yang dekat pun tak jawab apatah lagi yang jauh . . . . he he he biasalah kawan-kawan. Tunggu salah, tak tunggu lagi serbasalah he3.

Mungkin ada hikmah & pengajaran yg tersembunyi. Hurmmmm sentiasa Baik Sangka pada rakan-rakan :- )

Terpaksa ambil alih xtvt pagi tuu . . . dan bertanggung jawab pada rakan-rakan yang hadir agar Kayuhan ke Banjaran Titiwangsa berjalan dgn lancar & Selamat. Cuaca pagi ini 'comey' dengan kabus masih tebal walaupun dah hampir jam 08.30 pagi.

Route ini 'biasa sahaja' bagi sesetengah riders . . . tapi 'luar biasa' bagi 'beginners & veteran' (macam aku he3). Laluan ini dlm kategori '60km+ yg kejam'. Dari Hentian Perah Grik ke Tasik Banding lebih kurang 38km+ climbing, climbing, climbing. Dah 3 kali aku ride ke Tasik Banding ini . . . dan kali ke - 2 ride ke Banjaran Titiwangsa tapi entah, tak juga serik-serik he he he !

Regroup kat Tasik Banding . . . untuk tentukan tiada siapa yg tercicir. Setelah rehat & feeding di Jeti Polis Marin Banding terus bergerak untuk pendakian yang kedua ia itu dari Banding ke Puncak Banjaran Titiwangsa sejauh 30km+.

Lebih perit pendakian kali ini kerana 'long climb' . . . hingga ke puncak. Malas nak tengok depan . . . sentiasa tunduk : "sabar, sabar and dont give up". Jam 12.00 tgh hari masih mendaki ~ perghhh panas terik menambah impak !

Ada yg melawan 'mengkarung' ~ dgn berjalan2, kemudian meneruskan kayuhan semula. Syabas you dont give up ! Rider pertama, WanG tiba Puncak jam 13.00, rider kedua 13.15 dan group kami tiba jam 13.55 perghhh ! Cuaca panas ketika mendaki dari Banding ke Banjaran Titiwangsa was challenging namun semua keletihan ini hilang bila anda sudah berada di Puncak :- )

Ketika menjamah makanan 'Lunch' tangan terketar-ketar he he he !

Laluan ini 'best to build up your strength and test your cycling attitude'. Peluh mencurah-curah dan keringat di kerah pada tahap maxima . . . . and i 'enjoy' torturing myself.

Cycling - the wonderful spot.

Best punya rakan-rakan yg sentiasa ceria sepanjang masa walau perit mengerah tenaga.

Bergerak turun dari Puncak Titiwangsa jam 15.20 . . . 'downhill' yang panjang 60km+ perghhhh. Reward & bonus setelah puas 'climbing'. Dengan rim KSyrium Elite aku cuma relax and let my 'machine' do the work . . . . zoommmmmmmmmm 6o - 65km all the way. Ambil kesempatan utk mengimbangkan badan, focus & look in front. Sekali-sekali 'henjut lagi' to get the best speed~ zommmmmmm time to test your bike handling !

Wow 'chak beh liau' :- )
Note: "KudaLiar & WanG 'pelekuh' aku utk bergambar dlm aksi 18SX he he he !
Fun ~ melihat rakan2 masih mampu bergurau after long & torturing climb.

Regroup semula di Banding sebelum 'last 10km climb' to Gerik. Hujan renyai2, lebih kurang 6km hujan lebat. Badan panas tiba2 mengejut kena hujan . . . . adehhhhh terasa mengkarung di betis kanan ! Slow down . . . to avoid cramp. Kalau aku cramp ~ misi ini gagal. Belum pernah 'digigit mengkarung' kawasan ini . . . .ohhh pleaseeee !

Hurmmm ~ then another 30km+ downhill to Grik perghhhhhh ! Allhamdulillah arrived Hentian Perah, Grik 17.30 in good piece !

Antara rakan2 yg turut serta (click) : - )

Zul c/s 9W2UCC
Terima kasih yg tidak terhingga kpd Zul c/sign 9W2UCC bersama anak saudara Din kerana sanggup membantu sebagai 'back up' kami sepanjang 136km. Beliau memang berhajat utk kayuh pagi itu tetapi menarik diri kerana tiada MTB'ers yg hadir. Bagaimana pun beliau sempat merasa '60km+ downhill' dari Puncak Banjaran Titiwangsa ke Banding.
Terima Kasih Sekali Lagi

Nota :
  • I really enjoy the ride . . . . after all pain, suffering and struggling to complete the ride. Thanks my friends !
  • i'm planning for "Betong Ezi Ride II" . . . . see you !

2 comments:

Mohd said...

haji,
really nice posting..syok dan teruja plak rasanya..kalau buat lagi rasa macam nak join..

ramly sp said...

Chief,
route biasa utk beginners :- )