Thursday, October 30, 2008

Banding Ride

Ride Info

Date : 22 & 23 Nov 2008 ?
Meet : Cinta Sayang, Sg Petani
Start : 22 Nov - Time . . .
Finish : 23 Nov - Time . . .
Route : (SP > Grik > Banding > SP ) - 100% Tarmac.
Stage 1 : SP> Malau> Gerik (approx) 80 km++
Stage 2 : Gerik > Banding (approx) 45 km++
Dist. (approx.) : 250 km++ in 2 'sunny' days.
Riders : SP, TRM, RedFlag
Note
: MTB 'Supported' Ride. "Hammer d' trail & Push ur' self to the Limit"
Philosophy : Strength, Skill & Confidence !

"Sekapor Sireh"

"Banding Ride" sebenarnya adalah program 'train for tour' aku bersama Yusof ke Kancanaburi, Thailand (jika keadaan mengizinkan). Aku dgn Yusof ni dah satu kepala. . . kami dah set riding attitude untuk "ride & camp" kawasan R & R Puncak Banding . . . (maklumlah sama2 kerja semasa di Singapura dahulu).

Program ini terpaksa dipinda kerana ada kawan2 yg ingin turut serta . . . . . . he he he terima kasih lah kawan2 ? (ada jugak yg aku "jemput' @ ugut").


Zankx TRM, orang pertama yg mengesahkan kehadiran melalui chatbox aku utk Banding Ride. . . so far, yang dah confirm utk turut serta seperti berikut:

SP
: ramly, roslan mobil, Nizam, md noor & 2 rakan dr Laguna. Yusof tak confirm lagi ?
TRM : Zankx, Loso, Sohaimee, Man MPK , Wan Shahidan (depa ni semua pernah mewakili negara dlm kejohanan "MTB On Road" di Medan Indonesia dan beberapa kejohanan lain di Selatan Thailand (kelompok Elit). Hj Nan, Hj Shuib, Hj Che Ros, Pak Cik mail & Ron, shuhazi - "mai laaa melata g banding" !
Dari GTG : Jonz dexx
Dari RedFlag : LonTruth
Dari NXT : Belum ada lagi ?

Aku ingin mendapat maklum balas/cadangan dari kawan2 mengenai Banding Ride ini i.e. tidor Resort atau Camping ?

Kalau camping hangpa kena bawa camping set sendirilah . . .(nak tidok dlm khemah aku pun boleh jugak, tapi hang jgn pakai kain batek sudah lah. . . . aku tak boleh tengok kain batek . . . ghairah he he he !)

Kalau resort, aku kena call utk reservation bilik kat sana.

Kawasan R & R Petronas Banding. Kat situ ada resort dan Kem Wataniah . . nak camping kat situ ? ?

Aku tak kisah kat mana pun . . . tapi nak jugak dengar pandangan dan citarasa kawan2 yg lain . .

kat bawah nii aku 'paste' Kad Jemputan VIP yg aku kirim melalui email engkau orang . . . ada yg balas, ada yg tak balas dan ada yg masih 50/50 lagi . . .

On Wed, 10/29/08, ramly Sp <ramlysp@gmail.com> wrote:
From: ramly Sp <ramlysp@gmail.com>
Subject: Re:
To: "Haslizan Hassan" <zankx@yahoo.ca>

Cc: "atan" <nurinsl_75majesty@yahoo.com>, "hj shuib" <hj_shuib@yahoo.com>, "jone buku" <jonzdexx@yahoo.com>, "lan uitm" <mazlanrejab@perlis.uitm.edu.my>, "loso" <genaloso@gmail.com>, "man mpk" <man80_mpk@yahoo.com.my>, "mat kedah" <muhammad_jamaluddin@asemal.com.my>, "pakcik mail" <ismaqa@yahoo.com.my>, "ron" <ronsadventures@hotmail.com>, "shuhaizi" <shuhaizisaad@yahoo.com.my>, "sohaimee" <sohaimee@gmail.com>, "Jeffrey REDFlag" <bnau64@hotmail.com>, "chan poli" <hasnizam_ppp@yahoo.com>, "adi aloq setaq" <webmaster@adcipta.net>
Date: Wednesday, October 29, 2008, 9:48 PM
- Hide quoted text -

Salam utk semua,

maaf terlebih dahulu dan aku rasa belum terlewat untuk mengirim kad "JEMPUTAN KHAS - VIP" untuk anda semua khusus kpd TRM, NXT & Redflag yang aku hormati. Anda semua dijemput ke 'majlis tari-menari' yang tak seberapa ini . . . .

insyaAllah, saya akan berusaha sedaya upaya utk "menjamu" saudara2 semua dgn "juadah2" yg tak seberapa . . .makanlah jgn malu2 , menarilah ikut rentak sendiri . . . kalau dah rasa kenyang 'pi buang dulu' lepas tuu makan lagi . . . sehingga puas ! erkk !

Kesudian/kehadiran tuan2 semua akan "menyerikan lagi majlis tari-menari ini" . . . he he he !

p/s

dah beberapa kali aku menerima "undangan & jemputan majlis tari-menari" di Wang Angin/Nordin hingga lah ke Pak Bara. . . . aku tetap hadir utk tidak mengecewakan sahabat handai . . . walaupun d panjat usia !

Jika tuan hamba semua tidak dapat hadir, maka hancur luluh & remokdendamlah hati hamba ! hu hu hu !

Mohon Panjangkan jemputan saya ini kpd tuan "Haji Pinarello", beliau dibenarkan membawa "isteri baru" nya itu . . . ha ha ha !

regard

LT & isteri2

2008/10/29 Haslizan Hassan <zankx@yahoo.ca>

Banding Ride
Date : 22 & 23 Nov 2008 ?
Meet : Cinta Sayang, Sg Petani
Start : 22 Nov - Time . . .
Finish : 23 Nov - Time . . .
Route : SP > Grik > Banding > SP
stage 1 : SP>Malau>Gerik (approx) 80 km++
stage 2 : Gerik > Banding (approx) 45 km++
Dist. (approx.) : 250 km in 2 'sunny' days
Riders : ramlysp, roslan mobil, wan shahidan, Zankx TRM, Loso TRM. LonTruth . . . erk sapa lagi nak ikut !
Note
: MTB 'Supported' Ride. Hammer d' trail & Push ur' self to the Limit !
Philosophy : Strength, Skill & Confidence !



Tuesday, October 28, 2008

ABC Ride

Tarikh : Isnin 27th Okt
Tempat : Cinta Sayang, SP
Mula : 08.00 am
Tamat : 10.30 am
Route : DG > Aman Jaya > Tmn Kelisa
Dist. (approx.) : 35km .
Riders : ramlysp, roslan mobil, yusof, wan shahidan, pak mail, said, nizam, md noh, Tommy, Razi dan Razak.

Selepas 3 hari tak ride dok layan anak2 camping, baru ari nii jumpa kawan2 semula . . . wan shahidan dr Perlis dari semalam dah sms tanya aku "woi ! esok ride mana ?" ha ha ha dia nii tak tau penat kaa "malam ride", siang ride !

Tak banyak gambar aku snap kali ini, kerana nak 'enjoy' offroad/descents. Tapi hari ini, roslan yg paling teruk jatuh berguling-guling semasa DH dari DG Tower . . . . trail nii penuh dgn batu2 halus brake pun dia akan drift jugak . . . . semasa aku baru turun DH ikut mereka . . . beberapa riders lain dah berlonggok kat tepi longkang besar keluasan (approx) 6 kaki dalam dan 5 kaki lebar . . . air cetek ! Astagfirullah . . . roslan mobil dah terperosok dlm longkang besar bersama dgn stumpjumper fullsus nyer ?. . . dlm hati "Ya Allah . . . DH terus masuk dlm longkang ker ? Impak pasti kuat ?

Tapi, alhamdulillah ! roslan sempat brake dan jatuhkan badannya secara mengiring 'sliding' ......bruuuuut terus masuk longkang ! Kepala terhantuk dibatang kayu, Impak pada helmetnya boleh tahan juga sehingga meninggalkan luka kecil dan kesan darah . . . . . . (aku tak sempat ambil gambar masa insiden ni) kerana semua riders sibuk membantu roslan keluar dari longkang tersebut. . . .

Alhamdulillah . . . dia selamat & senyum selamba sepanjang kayuhan balik. . . ."No Pain, No Gain". Kepada rakan2 yg selalu ride dan descent di kawasan DG . . . berhati2 di kawasan longkang besar yg terlindung dgn pokok kelapa sawit . . . .

Jangan serik Lan - 'ride fast, ride safe'

Tommy & Roslan dah cuba 2 kali utk mendaki tapi gagal . . .

wan shahidan 2 kali dia buat demo climbing selamber ajer . . . (kurang asam betoi) . . . . riders lain tercungap2 gagal climbing walaupun cubaan ke 2 ! Hang makan apa Wan ? ? ?

Yusof . . . cubaan ke 2 juga gagal . . . ! Tak pa . . kita main lain, ride tempat ni !

Lepas ride bawa anak2 p pekena Nasi Kandar Makbul . . .
Menu aku biasa ler : "Roti Nan satu Set"

. . . . dan ABC special utk tambah gula dlm badan . . .
rasa nyer : perhhh !

Sunday, October 26, 2008

Camping - Sa Baay !

Bawa anak2 outing di Tupah - "membiarkan mereka berdikari = ikhtiar hidup" and on ur' own ! Cuaca comey sepanjang hari . . walaupun semalam hujan lebat. AKu gemar camping dlm musim hujan utk dedahkan kpd anak2 cabaran & kepayahan yg bakal dilalui. Semalam aku dah buat 'jungle briefing' kpd mereka "Do's & Don'ts" berada di hutan.Alhamdulillah ! semua berjalan lancar "and they are my superb candidates !

Mula 9.00 pagi dan Selesai jam 6.00 petang.
Jumlah Jam "survival skills " 8 jam sahaja.

Abg Cik (Aliff), Babe (Balqis), Akak (Nurul Ain) "dikerah" utk mendirikan khemah, membersihkan kawasan perkhemahan, menyediakan tempat memasak serta membuat persedian utk bermalam ketika musim hujan . . . he he he "alah bisa tegal biasa ".

Daripada 10 markah, "ayah bagi 5 sahaja . . . kalau hujan, roboh khemah engkau orang". Ok Ayah bagi masa 20 minit utk dirikan semula khemah ini . . . agar ia lebih kemas 'selamat' utk digunakan . . . . ! Kasihan . . . . . "siapa tak sayang anak"

Masakan : "ayah bagi 8/10 . . ." alaaa bagila 10/10 ayah . . ., heh mana boleh, itu dah kira 'oustanding' !

Hidangan utk ayah : " alahai bagi aku betis ayam ajer "
he he he - Paha Ayam kami dah booking . . . !

Abg Cik lepas tension " heeee sejuk nyer air gunung niii . . . "

Ulam Pucuk & buah Putat . . . selera Ayah !

Gulai Pisang Muda . . . "dok cari batang pokok pisang hutan tak jumpa2 pulak kat kawasan nii" kalau tidak "perhhh" boleh pekena gulai batang pisang . . . .

ha ha ha ! Menu Babe "tomyam" . . . "mana aci macam niiii, bawa tempat masak niii !

Bekas minum Ayah . . . "tak main laa gelas kaca".

ramai gak orang hari niii.

Mandi Time . . . . . hati2 Adik !

Waktu solat : sahaja menguji ilmu ikhtiar hidup anak2 utk mencari arah Kiblat sumber cahaya yg minimum . . . agak2 pukol berapa ketika ini ? ? ?

Sempat gak touring kawasan hutan niii . . . !

sungai yg cantik . . .

dan manusia yg "rakus" . . . 'menjahanamkan' hutan & sungai kita !

Aku ride sampai ke atas pokok besar tuuu . . . "habis" hutan kita . . . . entah aper2 lah dia orang nii . . . tak lama lagi Gunung Jerai pun boleh "lingkup" . . .

Tupah Oh Tupah . . . . ingat tak sampai 10 tahun lagi "jahanam" kawasan rekreasi Tupah ini !

BH 25 Okt 2008 - "masa tengah relax2 sambil dok pekena kopi panas . . . hilang 'taste' seketika ! erkk ! betul ke . . . . ? Orang Lelaki ? ? ? . . ; Kopi adalah kegemaran aku ? Adehhhh ! - "yg lain kecut jugak ke . . . . . haru " kuang kuang kuang ! Siapa yg 'yakin' , meh jumpa aku . . . boleh tunjukkan saiz "kecut' aku . . . ha ha ha !

Ini Tandas & Bilik Air yg ada di Bhg. Atas kawasan perkhemahan Tupah. Tandas & Bilik Air kat kawasan bawah aku bagi 8/10 . . . tapi, maaf ler yg ini aku bagi 1/10 ajer. Malas nak 'snap' kat dalam tuuuu, buat loya tekak aku ajer ! Kita ada sungai & hutan yg cantik tapi sayang . . . . tandas yg memalukan ! hu hu hu !

"Sekian ramly wayar melaporkan untuk Buletin Utama TV er' ne"

p/s
" phom wang waa khoon lae khrap khruaa khaaw khoon khong sa baay dee "


Thursday, October 23, 2008

Sat, Sun & Mon - Offroad

Tarikh : Sabtu 25th Okt
Tempat : Cinta Sayang, SP
Mula : 07.30 am
Tamat : By 12.00
Route : DG > Aman Jaya > Tmn Kelisa
Dist. (approx.) : 30 > 40km only.
Note : Sabtu aku tak ride, tapi members lain semua ride. Aku dah janji dgn anak2 utk camping kat Tupah !

Tarikh : Ahad 26th Okt
Tempat : Cinta Sayang, SP
Mula : 07.30 am
Tamat : By 12.00
Route : DG > Aman Jaya > Tmn Kelisa
Dist. (approx.) : 30 > 40km only.

Tarikh : Isnin 27th Okt
Tempat : Cinta Sayang, SP
Mula : 07.30 am
Tamat : By 12.00
Route : DG > Aman Jaya > Tmn Kelisa
Dist. (approx.) : 30 > 40km only.

Nota :

Sekarang musim hujan. Trek basah, licin serta berlumpur. Ada tempat2 yg agak teknikal & 'menyengat' semasa DH . . . so, take care "ride fast, ride safe". Pakailah pakaian yg gelap, kelabu atau T shirt yg mudah dibasuh . . . for sure, engkau org akan kotor (kecuali engkorang 'terkemut-kemut' dok brake semasa downhill . . . . mmmm let go & enjoy riding).

Jika ada elbow & knee pads pakailah . . . . trail ini sesuai kpd individu yg gemar menguji 'riding skill' di kawasan basah & berlumpur . . . . . . .


mandi lumpur 'sejuk gedi' . . . nasib baik h/phone dlm plastik khas . . .


knee pads

elbow pads
Ride Hari ini 23 Okt, aku jatuh 3 kali . . . : - )

1st : Mula ajer kayuhan tak sampai 3km 'happy & confidence' (tak laju pun, cuma spin sikit ajer masuk kawasan berlumpur & berair). Tiba2 tayar depan masuk dlm lumpur lebih kurang 1' dlm . . . apalagi 'bedeboom' mandi lumpur pagi2 buta . . . ha ha ha ! - tiada kecederaan !

2nd : semasa climbing . . . . tiba2 crank aku stuck kerana ada lumpur di RD. Apalagi lagi, jatuh 'slow motion' bedebuppppp . . . .- siku kanan luka !

3rd : semasa DH, terlepas gengaman . . . glove kotor & berlumpur ! - luka di bahagian lutut kiri serta lebam di rusuk dada kiri !

Pengajaran :

>
Glove yg kotor dgn lumpur perlu dibasuh sempurna - Aku basuh sikit ajer - Cuai !

> Jika basikal anda penuh dgn lumpur . . . bersih/buang lumpur tuuu terutama dikawasan yg sensitif i.e. RD ! - Aku tak buang lumpur yg stuck tuuuu, asyik ride & dok layan DH - Cuai !

> Last, but not least : aku sebenarnya tak plan utk ride minggu ini seperti yg aku 'posted'. Tetapi keghairahan cuaca semasa serta fikiran yg 'bercelaru' aku ride jugak utk "release tension" . . . so, mungkin ini faktor utama yg membuatkan kayuhan aku hari ini "serba tak menjadi. . ."

". . . Pinjam Sinarmu, Nur Nilam Sari . . .!