Tuesday, September 27, 2011

Kayuhan Amal Adik Nur Azreen

Setelah berbincang dgn rakan2 SPCC i.e. Ismail SP, En Fuad RCT aka Iguano Telentang, Zailani Zain (Perwaja MTB Club) . . .

~ berikut kami selaraskan xtvt Kayuhan Road & Offroad Bulan Oktober 2011 untuk mengisi Tabung Adik Nur Azreen ~

"Road Ride MTB/RB"
  • "KAYUHAN PENDIDIKAN (PSKPPK) NEGERI KEDAH 2011" -
  • Tarikh : 01 Okt. (Sabtu)
  • Masa : 7.00 pagi (Pendaftaran)
  • Tayar Golek: 07.50 pagi - oleh Pengarah Pelajaran Kedah
  • Tempat : SMK Dulang Yan, Kedah
"Kayuhan Sejahtera Kedah (KSK) 2011" - Offroad
"OFFROAD 30km+ sahaja"
  • Tarikh: 7hb Okt (Jumaat)
  • Tempat: Perwaja Gurun
  • Tayar Golek: 07.30 pagi . . .
  • Tuan Rumah: Perwaja MTB Club
"Road Ride - Kedah/Perlis" - SPCC
  • Tarikh: 15hb Okt (Sabtu)
  • Tempat berkumpul: Stadium Suka Menanti, Alor Star
  • Tayar Golek: 07.30 pagi
  • Klik "EVENT"
"Kayuhan Amal Adik Azreen" - utk penyerahan sumbangan dirancang pada 22hb Oktober. Lokasi utk berkumpul i.e. Titi Semeling atau Jam Besar Sg Petani akan diputuskan. Kayuhan 'konvoi' bermula dari Sg Petani melalui Kg Bujang, Batu Hampar dan Singkir.

Maklumat lain aturcara akan dikemaskini.

Nota:

~ SPCC/RCT/Perwaja MTB Club - Kesempatan ini, kami mohon utk membuat kutipan derma bagi mengisi Tabung Perubatan Adik Nur Azreen yg telah kami wawarkan sebelum ini.

~ Kutipan derma akan dilakukan pada hari xtvt dijalankan i.e 1hb Okt di SKM Dulang, 7hb Okt di Perwaja MTB Club, 15hb Okt Kayuhan Kedah/Perlis. ( Click FB )

~ Semoga sumbangan ikhlas dari tuan2/puan2 semua mendapat keberkatan & keredhaan dari ALLAH s.w.t.

~ Kehadiran, Kerjasama dan sumbangan ikhlas daripada rakan2 amat kami hargai.

~ Mohon hebahkan maklumat ini.


Gambar2 di atas adalah yg terkini kami perolehi ketika ziarah baru-baru ini"

"Cut & Paste" info Adik Azreen yg saya perolehi dari seorang rakan.
Quote . . ."Cut & Paste" info Adik Azreen yg saya perolehi dari seorang rakan. "Saya menghantar email ini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang penderitaan yang di alami oleh anak kecil, Nur Azreen Damia’ bte Mohd Zahir, berusia lebih kurang 3 bulan. Dilahirkan pada 17 Jun 2010, Anak bongsu dari 4 beradik. Bapanya Mohd Zahir bekerja sebagai pemandu lori sementara ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Tinggal di Kg Singkir Darat, Daerah Yan Kedah, lebih kurang 35km dari Bandar Sg Petani. 5 km lepas pekan Merbok menghala ke arah Tg Dawai.

Anak kecil ini dilahirkan dengan sedikit kelainan dari anak-anak lain yang sebaya dengannya. Saluran untuk membuang air kecil tersembul keluar. Bahagian isi yang berwarna merah jelas kelihatan bila ditunjuk oleh ibunya.

Saluran untuk membuang air besar secara normal tidak ada, doktor terpaksa membuka saluran di bahagian usus perut dan disambungkan ke bag pelastik untuk tujuan membuang air besar.

Tapak kaki dan jari kaki sebelah kiri anak ini agak kecil dan memerlukan rawatan lanjutan oleh pakar perubatan.

Tulang belakangnya juga tidak normal dan memerlukan rawatan lanjutan dari pihak doktor.

Subhanallah…. Dalam usia yang semuda ini, Nazreen terpaksa melalui pelbagai penderitaan. Beliau perlu di bawa oleh ibu dan bapa untuk bertemu doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan Hospital Besar Pulau Pinang setiap bulan.

Namun dalam keadaannya yang serba kekurangan, anak kecil Nur Nazreen ini mudah mesra dengan pelawat-pelawat yang datang menziarahi beliau. Matanya yang bulat dan sudah pandai tersenyum apabila diƔgah seolah-olah memberi tafsiran bahawa beliau ingin berkomunikasi dengan mereka-mereka yang melawatnya.

Anak kecil ini memerlukan penjagaan rapi oleh ibunya. Pampers pakai buang, bag plastic untuk tujuan membuang air besar, susu, ubat-ubatan dan kos perjalanan pergi balik ke hospital adalah antara perbelanjaan tinggi yang perlu ditanggung oleh bapanya, Mohd Zahir, selain dari kos saraan hidup untuk ketiga anak-anak yang lain.

Jesteru, saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang perihatin dan bersimpati dengan anak kecil Nazreen Damia’ ini , supaya dapat membantu meringankan penderitaannya. Sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk menampung pembelian pampers, bag plastic , susu, ubat dan kos perjalanan ke hospital setiap bulan sedikit sebanyak, insyaallah dapat membantu meringankan penderitaan anak kecil ini.

Akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nur Azreen Damia’ dan ibunya Azhana bte Abdullah telah diwujudkan oleh mereka-mereka yang lebih awal perihatin untuk membantu Nur Azreen.

No Akauan : 02191-41-00002398-4. Sudah 1 bulan akaun dibuka, namun jumlah terkumpul buat masa sekarang adalah terlalu kecil untuk membantu Puan Azahana dan En Mohd Zahir memberi penjagaan rapi untuk anak kecil Nur Azreen ini.

Marilah kita bersama-sama, menghulurkan bantuan ikhlas untuk meringankan penderitaan
keluarga ini, khususnya Nur Azreen. Saya berkongsi gambar-gambar Nur Azreen dengan persetujuan ibunya untuk tatapan sahabat-sahabat, supaya dapat dibayangkan keadaan nya.

Kepada yang ingin berita lanjut berkenaan Nur Azreen, sila hubungi bapanya Mohd Zahir (atau lebih dikenali sebagai Awang, bawa lori) di talian 0195534097 . Kepada yang ingin menziarah sendiri keluarga ini, alamat nya F549 Kg Singkir Genting, 08110. Kg Singkir Darat terletak lebih kurang 35km dari pekan SG Petani, dalam perjalanan menghala ke Tg Dawai.

Selepas sampai pekan Merbuk, jaraknya lebih kurang 5 km dari rumah En Mohd Zahir ke arah simpang ke Yan. Anda akan berjumpa dengan Masjid dan Sekolah Kebangsaan Singkir di sebelah kiri sebelum simpang ke kanan ke rumahnya (200m dari sekolah) . Jarak rumahnya dari simpang jalan besar ke Yan adalah lebih kurang 500m.


Insyaallah, marilah sama-sama kita membantu anak ini dan mohon dipanjangkan berita ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Mudah-mudahan usaha kita ini diberkati Allah swt.
Unquote"


"Semoga, semua yg terlibat dalam Amal Jariah ini mendapat ganjaran dari ALLAH s.w.t"

InsyaAllah . . .

Click ~> (FB)

Wednesday, September 21, 2011

Gulau 'Fun' Ride

Date: 18th Sep 2011
Distance: approx. 159km


~ 30 riders ~
Nota:
  • Kayuhan Mula : SP - Gurun - Jeniang - Sik - Beris - Gulau . . . cuaca panas terik.
KudaLiar & Jad "nak balik kaaa nak kayuh, nak balik kaa nak kayuh"
~ $^#I^% ~


Sik to Beris . . . panas terik !

  • Kayuhan Balik 11.40 pagi : pada awalnya cuaca mendung sekali-sekala renyai-renyai. Bermula dari Gulau - Beris - Sik. Selepas Sik kami 'bertarung dengan angin kuat' approx sejauh 30km+. Banyak tenaga hilang . . . Average speed drop.....pacing, ada ketika sukar utk maintain 20 -25km . . . Tiba Gurun hujan lebat....'lokoih' :-)

Moral :
  • Kita hanya merancang. Kadang2 kita jangkakan kayuhan route SP -Gulau ini boleh 'beres' sebelum jam 2 atau 3 ptg, tapi tiap laluan ada cabaran di luar jangkaan i.e. panas terik luar biasa, human and mechanical problems, tayar pancit, rider 'pancit' dan angin kuat. Semua ini menguji kekuatan fizikal & mental rakan2.
. . . Semangat Setia Kawan . . .

  • Nak maintain speed 20 -25km pun 'jenuh kampoi'... DH terhoyong-hayang di tiup angin kuat....dan hujan lebat di Gurun . . . semua 'kuasa alam' ini tidak dapat di elak . . . so, be prepared . . . . Sunshine or in the rain he he he !
  • Laluan ini memang 'menarik' dan boleh buat satu 'loop' Gulau ke Baling. Buat masa sekarang laluan Gulau ke Kg Landai ada 'road construction'.....tak siap lagi. Bila siap nanti memang 'cun' Loop ini :-)
  • Gulau Ride . . . . 'drink more water'' . . . . if not, u will 'koyak' . . . tenkiu pd rakan2 yg ikut serta . . . dan pada rakan2 yg membantu/rescue rakan yg kayuhan mereka 'tidak menjadi' . . . no worries boleh repeat lain kali . . . kalau mau laaa he he he !
  • Bravooooooo ~ see u again !

19th & 21st Sept . . . "Conditioning Ride"

Conditioning ~> 25 ~> 30 ~> 35 ~> Slow & Ezi :-)


~ if u believe in ur'self, things are possible ~
P/S :
  • Sat. 24th Sept '11 ~ Preparing for another 'long and torturing ride'. Hope, will Survive :-)