Thursday, April 30, 2009

Jom Pi Sedim !


Tarikh
: 9/10 May 2009
  • Day 1 ~ 9 May by 18.00 ~ Camping kat Sedim, Kulim Kedah
  • Day 2 ~ 10 May by 08.00 ~ Start Ride.
Route : ~ Sedim Offroad ~
Dist : 2Bdecided . . . !

Note :
  1. Dah lama aku plan/ajak kawan2 ride kat Sedim. Aku pernah 2 kali ride kat Sedim, tapi itu 7 thn yg lalu ~ semasa "Sedim International Challenge". Sekarang niii route tuu pun dah 'lingkup' . . . . tapi kawan aku si Zali offer utk cuba route baru.
  2. Aku terima offer dia ~ dan nak ajak kawan2 MTB, camping & ride kat sana".
  3. Kalau boleh, lepas ride 'main' 'white water rafting' Best !
  4. Aku akan 'berkampung' di Sedim White Water Camp mulai 11 ~ 14 May. Saja utk 'explore' Sedim ! Hangpa balik rumah laaa ha ha ha !
  5. Kawan SP yg berminat utk join "Jom Pi Sedim" tinggalkan pesanan anda di chatbox or email kat aku. No prob.
  6. Kat bawah ~ pics lama aku kat Sedim White Water . . . . !
So far ~ yg berminat :~)
  • Cikgu Din
  • Roslan Mobil

Tuesday, April 28, 2009

Bedtime Reading

Akhir2 ni aku gemar 'endurance ride' @ mtb on road. Ride dgn kawan2 dan kalau tak dak geng sorang2 pun jadi. Route kegemaran aku SP ~ Baling ~ SP, SP ~ Betong ~ SP and SP ~ Gerik ~ Banding ~ SP. Satu 'kepuasan' bila dapat bermain cuaca panas @ 'riding hot'. Kulit lengan & kaki dah makin hitam 'sun burn'. Kat 'kawasan tuuu ajer' yg putih he he he !

Entah . . .? Dulu aku ride utk 'epi-epi' ajer tapi la niii mai 'penyakit lain pulok'. Fulsus pun dah 'bersawang' lama tak 'usik'. Sekali sekala pelepas 'geram' gak dgn fulsus.

Kadang2 dok 'berangan' nak tangkap 'roadbike' dan 'set-up' bike tu macam gambar kat sebelah niii ~ baru 'sedap' utk solo long distance ride. Tapi, 'nafsu' niii perlu gak dikawal. Mula2 guna hardtail, lepas tuu beli pula fulsus . . . . la ni dah teringin roadbike pulak. Cobaannnnnn ! Buat masa sekarang biarlah aku 'survey 'dulu bike yg sesuai.

InsyaAllah ~ jika umor panjang & diizinkan Allah aku prefer utk 'mengerjakan tanggungjawab yg wajib" dahulu. Apabila beres kelak ~ baru boleh fikir fasal roadbike. Itu pun jika umor panjang. Kalau beli sekarang aku takut/asyik dok atas basikal tuuuu saja pagi petang he he he. Iman aku pun kan kuat sangat "pantang" cuit kawan2 ajak ride ~ jadi ! Astagfirullah . . . . !

~ My Reading Pleasure ~

Road Bike Sizing Guide :~>

Determining Your Road Bike Frame Size
HeightInseam LengthBike Frame Size
4'10" - 5'1"25.5” - 27”46 - 48 cm
5'0" - 5'3" 26.5" - 28" 48 - 50 cm
5'2" - 5'5" 27.5" - 29" 50 - 52 cm
5'4" - 5'7"28.5" - 30"52 - 54 cm
5'6" - 5'9"29.5" - 31"54 - 56 cm
5'8" - 5'11"30.5" - 32"56 - 58 cm
5'10" - 6'1"31.5" - 33"58 - 60 cm
6'0" - 6'3"32.5" - 34" 60 - 62 cm
6'2" - 6'5" 34.5" - 36" 62 - 64 cm

How to Size Your Bike


  • With shoes on, measure from your crotch to the floor. This gives you your inseam length.
  • Find the stand-over height on the bicycle sizing chart ("A" in the illustration at right).
  • For mountain, touring, urban and comfort bikes, the difference between your inseam length and the stand-over height should be around 2 inches; for road bikes, this difference should be around 1 inch.
Instructions

  • Step1 ~ Measure the inseam length. Stand straight against a wall.
  • Step2 ~ Keep your legs apart with a distance of 8 inches.
  • Step3 ~ Place a book firmly in the crotch area to give an impression of sitting on a bike. Make sure the back portion of the book touches the wall.
  • Step4 ~Take a tape and measure the length from the floor until the top of the book in centimeters.
  • Step5 ~ Multiply that figure with 2.54. For example, if the inseam length is 35, then the result would be 35x2.54=88.9. Again multiply the inseam length by .67. That is 88.9 x.67=59.56 rounded of to 60.
  • Step6 ~ Note that the frame size will be 60 centimeters.

Mountain Bike Sizing Guide :

Mountain Bikes - Finding the Right Size
Your HeightYour Inseam LengthBike Frame Size
4'11" - 5'3"25” - 27”13 - 15 inches
5'3" - 5'7" 27" - 29" 15 to 17 inches
5'7" - 5'11" 29" - 31" 17 to 19 inches
5'11" - 6'2"31" - 33"19 to 21 inches
6'2" - 6'4"33" - 35"21 to 23 inches
6'4" and up35" and up23 inches and up

~ insya Allah . . . . . ~

Monday, April 27, 2009

Where There's A Will . . . !

Gambar2 kat sebelah nii khas utk Razif & Iguano.

Mula2 aku ingat nak hantar 'poster' kat hangpa biar besar sikit drpd poskad ~ dlm hati 'risau' gak nanti 'demam' pulak budah-budak ni he he he !

Ni citer Roslan Mobil ~ yg dulunya cukup 'phobia' bila kami ajak ride ke Gunung Jerai . . . maklum la dgn berat badan 115kg+ (masa tuu) memang nampak semput & dia 'fed up' utk climb. Tapi sekarang lain Bro ! Hangpa tengoklah pics sebelah ~ muka dah nampak panjang ~ dia jaga 'makan & minum' (malam tak makan nasi tapi 'bedal' satu bantal roti he he he) dan tidak jemu ride utk kuruskan badan.

Habak saja tang mana ~ dia nak ikut. Tak kira 'offroad' ka 'long distance' ka, Jambori kaa semua dia nak ikut. So far dia dah pernah ride Long Distance dgn aku piii SP ~ Baling ~ Banding ~ Sp (approx 263km), SP ~ Betong ~ SP approx 150km (Dah 3 kali). Tak termasuk setiap hujung minggu.

Pernah juga beberapa kali ikut aku dgn Yusof utk "Breakfast Ride" SP ~ Baling ~ SP approx 120km+. Kuat 'mental' and 'good riding attitude'. Macam tak percaya TAPI hangpa kena percaya dia laaa niii kayuh makin 'ganaih' & makin kuat (atau aku yg makin tak larat he he he). Kalau kami 'sprint' dia akan ikut buntut 'sprint' jugak, kalau kami 'attack' masa climbing dia pun akan ikut 'attack' juga . . . . No Joke !

Kalau tak salah aku berat badan dia laa ni ~> 105kg ?. Aku rasa 'sapa-sapa' pun yg 'overweight' macam Abg Lan kita nii 'mengidam' berat badan yg ideal. Kini dia boleh berbangga dgn 'pencapaian serta tahap kesihatan' semasa. Dia 'masih' berusaha utk 'reduce' bawah 100kg . . . . Yes U Can !
Yang se org lagi Cikgu Din 'old timer' (sebelah kanan) yg mengidap 'asthma' . . . sentiasa berfikiran positif ! Kalau kita tengok dia kayuh macam 'orang muda yg sihat' ~ kuat giler cikgu niii. No Joke . . . ! Jambori KHT yg lepas dia buat dalam 4jam shja . . . dgn umor 57 thn kira OK Laa tuuu ! !

Kalau hangpa tengok dia 'climb' macam org muda . . . . berdesup ! Pernah aku tanya dia "Cikgu tak risau kaa . . . nanti 'penat' ? dia jawab "aku kalau tak kayuh lagi risau ~ fasal badan 'sejuk', sebab tuuu hari2 aku kena kayuh ~ 'malas' nak layan 'penyakit' nii Ly". Kuat semangat & good riding attitude. Dia ada 4 MTBs & 3 road bikes (kalau x salah aku) semua high-end . . . !

Pada 26 Apr yg lepas Lan Mobil & Cikgu Din ajak aku ride Gunung Jerai. Lan & Cikgu Din 'geram' lama dah fasal tak sampai kat menara Telekom tuuu @ Kedah Peak. Sapa-sapa pun macam tuuu ~ kalau ride Gunung Jerai tak sampai Menara Telekom macam rasa 'bersalah' @ rasa tak puas dan yg paling teruk '"u feel sorry 4urself".

So, hari tuu 26 Apr ~ aku jadi 'sherpa' depa laaa (ha ha ha) . . . dua2 niii kayuh non-stop hingga ke Muzium.

Sampai kat muzium aku 'racun & saja nak tengok attitude' depa . . . "Muzium pun dah OK kut ? Kita relax sat, nanti kita turun . . ." Lan tanya "jauh lagi ke menara" aku kata : "dari muzium ke resort dlm 2km, dr resort ke Menara dlm 3km ~ hangpa nak naik ka ?" . . . Lan kata "Jom kita ride pelan2". Hu hu hu & he he he "racun" aku tak menjadi . . . kena gak guide depa ke menara. Sampai menara dlm masa 2 jam 40min+. Kira OK laaaa . . . mengatasi rekod IGUANO he he he !
~ Moral ~
" Where There's A Will ~ There's A Way "

Wednesday, April 22, 2009

Tahniah RCT Fuad, RCT Shokri & RCT Zale !

21st Apr 2009
Left: ~> RCT Zale, RCT Fuad & RCT Shokri 'posing maut' kenangan di puncak G Jerai 1,217m dari paras laut. Cubaan kali pertama mereka gagal ~ hanya sekadar 'main pondok-pondok' dok melata di bawah. Kejayaan Razif Baling Biker ~ menjadikan mereka tidak siuman ~ lari sana, lari sini, tidoq tak lena, berak pun tak basuh". Kecoh memang kecoh GJ Ezi Ride yg lalu. Sebab tu pada 21st Apr "3 joker" ini membuat kayuhan 'lucah' dlm hujan lebat menuju Puncak ~ fuyoooo ! 4 jam baru sampai kemuncak ? ? ? ? ish ish ish ? Gena jadi gitu ? ~ Aksi 'lucah' RCT Fuad ~

Syabas & Tahniah pada kawan2 @ 'batu api' yg membakar semangat mereka.
KGB
menghadiahkan Sijil Ragaih Gunung di atas dedikasi 'giler' anda !

~ sempat buat poskad dgn aksi 'maut' utk aku hu hu hu ~
nak kena 'sekeh' gak budak ni ha ha ha !
~ Epi Cranking ~
:~) Click utk Laporan dari RCT On Line.

Monday, April 20, 2009

Kebun Bunga @ Fun Ride ~ Betong Thailand

~ 'Fantastic View' ~
~ Kebun Bunga @ Fun Ride ~
Tarikh : 2/3 May 2009
  • Day 1 ~ 2 May by 19.00 ~ Berkumpul depan Masjid Baling, then 'convoy' to 'ops. area'.
  • Day 2 ~ 3 May by 08.00 ~ Berkumpul depan Kedai Basikal Amin Betong/Start Ride.
Route : "Kebun Bunga Betong, Thailand (tarmac) and 4km offroad loop"
Dist : Kebun Bunga 40km+ & 'offroad loop' 4km+ only.
Note :
  1. Semasa GJ Ezi Ride hari tuuu, ramai kawan2 request/'propose "Kebun Bunga Ride" pada 2/3 May ini. Aku 'no prob' dan akan hubungi Betong MTB Club utk 'lead'/safety kita semua.
  2. Will try to make it more 'fun & ezi ride'. Tiada Yuran Penyertaan. But, whatever "u eat or drink, u pay/share laaa" he he he !
  3. Tentatif ride bermula dari Pekan Betong ke Kebun Bunga approx 40km+ . On the way balik ke Pekan Betong kita akan lalui 'offroad/mtb playground ~ 4km' for 'conditioning'.
  4. Kawan-kawan MTB yg lain juga dijemput hadir . . . just email/put ur note at my chatbox.
  5. Hope u guys will enjoy a 'fantastic view' . . . :~)
  6. This is a 'fun ride and not a race' ~ but, dont let me/'old man' overtake you laa ha ha ha !
  7. So, just meet new friends ~ see new things and Enjoy The Ride.
# # # So far yg dah confirm "ON" for "Kebun Bunga @ Fun Ride" :~)

SP
  • ramly sp aka LT
  • roslan mobil
  • yusof
  • cikgu 'besar' Din
  • wan shuhaidi
TRM
  • zan~KX aka Ngah Dan
  • Cikgu 'kecil' zul aka Wa Don
  • Dik Man
  • Tok Wan
BALINGBIKER & PGA
  • Razif
ANAKSIONG
  • shukri aka anaksiong
THE CLOCK TOWER
  • Dean Mak
& ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ & ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ &

~ Sedim White Water ~
Tarikh : 9/10 May 2009
  • Day 1 ~ 9 May by 18.00 ~ Camping kat Sedim, Kulim Kedah
  • Day 2 ~ 10 May by 08.00 ~ Start Ride.
Route : ~ Sedim Offroad ~
Dist : 2Bdecided . . . !

Note :
  1. Dah lama aku plan/ajak kawan2 ride kat Sedim. Aku pernah 2 kali ride kat Sedim, tapi itu 7 thn yg lalu ~ semasa "Sedim International Challenge". Sekarang niii route tuu pun dah 'lingkup' . . . . tapi kawan aku si Zali offer utk cuba route baru.
  2. Aku terima offer dia ~ dan nak ajak kawan2 MTB semua, kita gii camping & ride kat sana".
  3. Kalau boleh ~ lepas ride kita 'main' ~ 'white water rafting' pulak. Best !
  4. Aku akan 'berkampung' di Sedim White Water Camp mulai 11 ~ 14 May. Saja utk 'explore' Sedim ! Hangpa balik rumah laaa ha ha ha !
  5. Kawan SP yg berminat utk join "Camp & Bike" . . . tinggalkan pesanan anda di chatbox or email kat aku . . . no prob.
  6. Kat bawah ~ pics lama aku kat Sedim White Water . . . . !
So far ~ yg berminat :~)
  • cikgu Din
  • Roslan Mobil

Sunday, April 19, 2009

Jerai Ezi Ride ~ Ezi Notes !

Tarikh : 18 Apr 2008
Tempat : G Jerai ~ Gurun Kedah
Waktu : 08.30 'tayar golek' ~ lewat 30 mins.
Route : "jeep track'
~ Puncak Jerai 1,217m ~
Depan/Kiri: Yusof, Ngah Dan TRM, tRex @ LongMie TRM yg huloq kaki tayang kasut SIDI.
Tengah/kiri : Dik Man TRM dan Haji TRM (yg jengoi kepala belakang LongMie)
Belakang/kiri : aku, WanShuhadi & Cikgu (sat tukar nick tuu, sat tukar nick nii).
Note: Md Noor Laguna & Cikgu Fisol tidak sempat merakam saat nii bersama kami. Tahniah kerana bekerja keras ke lokasi ini ~ Syabas !

Terima kasih pd rakan-rakan i.e TRM Mtb, SP Frenz, RCT, BalingBiker, Cikgu Fisol, Tandope & Frenz. Tahniah & syabas pd anda semua. Tak kisah ~ anda sampai puncak atau tidak yg pasti ~ u all 'enjoy d ride' ! Aku menaruh harapan yg tinggi terhadap RCT Fuad ~ tapi malang 'nafsu' dia 'pancit' sebelum 'kemuncak' muziam he he he hu hu hu !

Tahniah Razif @ Baling Biker. Tak sangka mampu 'climb' hingga ke Muzium dlm cubaan kali pertama. Hang boleh print gambar niii ~ buat poskad, pastu hantar kat RCT Fuad he he he !
Tentu dia nangis tengok 'poskad' you !

Di kawasan Muzium G Jerai.

~ Gambar LongMie TRM ~

~ Lan Mobil sampai jugak di Muzium 9km+ ~
Train hard for "Kebun Bunga Ride" he he he !

Nasi Lemak jadi Nasi Tomato ? Seronok punya fasal ~ kita tukar menu utk menjamu saudara semua . . . terima kasih pd Said TRJ. Semoga dimurahkan Rezeki. Said TRJ order 40 ketul ayam, habis engkau orang 'kerjakan' al hamdulillah. . . ! Ingatkan engkau orang diet & jaga badan. Aku pun belasah dua ketol jugak he he he !

Jumpa anda semua ~ "Kebun Bunga Ride" ~ 3 May 2009

Makan malam 'ringan-ringan' ajer.
Semangkuk 'besau' sayur2an, Roti Perancis & mushroom soup ~ mmmm yummy !

Upcoming :~
"Kebun Bunga Ride" Betong, Thailand ~ 3rd May 2009.

Note :
  • First 6km ~ 'gentle climb' was fun.
  • 6km ~ 9km (Muzium) ~ 'more fun' !
  • 9km ~ 15km you need 'more legs' for d last 2km climb !

Thursday, April 16, 2009

Nasi Lemak @ GJ Ezi Ride

~ Gunung Jerai ~
Kayuhan hari Sabtu nii utk "epi ~ epi " ajer. Bukan nak race ~ tapi kalau laju best gak !
Tarikh : 18 Apr 2008
Tempat : Kawasan Letak Kereta (bawah), G Jerai ~ Gurun Kedah
Waktu : 07.55 dah ada kat sana. ~ jam 08.00 'tayar golek'
Route : "jeep track'
Dist : Engkau orang pilihlah 'menu' mana yg sesuai ~ semua sedap2 belaka !
  • Menu A ~ Muzium approx 9km+
  • Menu B ~ Resort 11km+
  • Menu C ~ Puncak Telekom 13km+
Riders yg dah confirm (BOLD) / tak confirm (?) "booking nasi lemak" :~)

SP :~)
  • ramly sp
  • Lan Mobil
  • Said TRJ
  • Yusof
  • Cikgu Din
  • Pak mael
  • Wan Shuhaidi
  • Zaid
TRM MTB Club :~ )
  • Ngah Dan
  • Wa Don
  • Long Mee @ tREx
  • Bang Aji
  • Tok Wan
Tandope :~ )
  • 3 orang ~ (Tandope A, Tandope B & Tandope C he3 xdak nama aku bagi A, B, C)
RCT :~ )
  • Fuad
  • Nyan
  • Sokri
  • Sahaq
  • Zale
  • Ayen
Baling Biker :~)
  • Razif
  • Shukri @ anaksiong
Gerek Gunung :~)
  • Md Noor @ tok mulu

Alor Star :~ )
  • Cikgu Fisol
. . . . . . : ~ ( :~ (
  • Nizam merida ?
  • Zaidi Pfk/Ked ?
  • Mat Nor Laguna ?
  • Tuan fadzil & Kroh MTB & PGA and shukri siong ? ? ?
  • Zul marvelous . . . "naik Tok Kun hari2 ~ GJ kacang lah" mai na ?
  • LonTruth @ Channel 8 . . . jgn bagi alasan !
  • ADI hariman . . . . ?
  • Batang Ai dah OK ~ Abang Ai gena ?
Note: Siapa lagi nak join hangpa email, sms or note kat chat box aku ~ senang nak order 'nasi lemak' sorang satu kat hangpa . . . Lepas ride nak jamu hangpa dgn "Nasi Lemak Berahi ~ Kak Ton".
Besar mana size nasi lemak dia aku tak tau ~ mungkin size 20 sen ~ 60 sen or RM 1.00 he3 !
Contoh Nasi Lemak Biasa utk riders yg 'climb' tak sampai Muzium he he he !
Said TRJ ~ "aku nak nasi lemak Ayam Goreng" tak kira laa ayam tuuu potong 10 ka potong 20 kaa janji ayam ha ha ha . . . tapi kalu nasi lemak udang galah best gak he he he !

LonTruth dia nak nasi lemak 'kosong sahaja' & air suam ~ tak mau teloq ~ tak mau sambal. Dia tak suka teloq orang . . . he he he !

Penyamun ? ? ? ~ hang tok sah risau ~ depa niii tolak kayu & batu shja yg lain semua bedal !

Razif Baling ~ yang niii hang kena jaga/standby. Kat Baling hari tuuu aku nampak dia makan dua keping murtabak "ezi-ezi" ajer. Kalau nasi lemak size 60 sen ~ gamaknya brpa bungkus ha !

OK ~ Melawak ~ melawak juga, please confirm kalau hangpa nak mai/atau bawa kawan2 senang nak 'order' . . . . bukan aku yg bayar ~ "SAID TRJ yg buat kenduri he he he".

~ Alhamdulillah Semoga dimurahkan rezeki ! Amin.

Peringatan/Keselamatan :
  • Hangpa jgn lupa bawa helmet pulak . . . !
  • Ingat ! ~ Kita 'kongsi' jln niii dgn org ramai. Hati2 dgn kenderaan yg naik/turun 'route' ini.
  • Masa 'ride' turun memang laaa best ~ hati2 kat 'selekoh tajam' !
  • 'Berikan senyuman manis anda' pada rakan2 sepanjang perjalanan he he he !
  • "Ride Fast ~ Ride Safe & Ride for Fun"
~ See U Dare ~

Thursday, April 09, 2009

Betong Ezi Ride On Channel 8


'Head Count' B4 ride ~ 20 orang sahaja !
8 lagi (TRM & Wan Shuhaidi) tunggu kat JPJ - SP
Total 28 riders ride SP ~ Betong + 10 org lagi yg join dari Baling (rasa aku lebih).
Route/Detail (click) : SP ~ Betong ~ SP and Ride Details
~ B4 The Ride ~
Selama hampir 3 minggu 'perang saikologi' Betong Ezi Ride kat 'northern chatbox @ Channel 8 Siam' serta sms ~ 'panas, hebat, kecoh, kalut, haru-biru, gusar, merajuk, tiada respond & macam2 serangan peribadi dilontarkan kpd individu yg 'mencalonkan' diri. "Kempen" makin panas dgn provok/sindir menyindir menguji ketahanan 'mental para calon yg akan bertanding' . . . masing2 gah dgn 'bike skill' tak kurang yg 'pura2 merendah diri' menyimpan kuku dan ada yg 'tewas & tarik diri utk bertanding" . . . . ha ha ha belum ride lagi dah cabut !

Antara ungkapan panas/pedas ~ "oiii Pak Cik Mail jom laa pii Betong Ride, takut bini laa tuu", "tak dak dot dot dot laaa
tuuu", "hoi L.T. kalu hang (buat2) demam naik kereta ler he he he", "BangLy jgn publish nama 'saya' kat blog kata 'saya' ride dr SP ke Baling shja nanti depa kutuk saya bangLy", lepas tuu . . . call balik ~ "abgLy. aku tak jadi pii laa ~ ada kerja pulak ari Sabtu nii", lepas tuu last2 minit call lagi "ok bangLy. aku jadi pii, rasa2 nak cuba kayuh SP terus Ke Betong" aduuuuuuuhhh ! haru - biru betoiii hang nii he he he sat jadi sat tak jadi, sat nak demam, lepaih demam ada kerja pula he he he macam2 dok 'reka cerita' bagi alasan nak ngelat laaa tuuu", ada lagi, provok ~ "tak paa aku boleh jadi pengasuh hang', "AbgLy. jgn nak ngelat buat2 demam pulak . . ."aduhhhhhh sabar jer laa ! Semua 'serangan peribadi' ini sekadar memeriahkan lagi Kempen Betong Ezi Ride N69 ha ha ha ! Nasib baik laaa semua dah 'mang-li' dgn kutuk mengutuk niiii . . . aduhhhh boleh sakit jantung layan penyamun2 nii !

Ada jugak yg tak dapat cuti dari majikan "menggelatat" nak ikut juga . . tiba2 pagi tuuu 'chueh' nampak batang hidung dia join ride . . . eh hang tak kerja ka ari ni ? mmmmmmm tak sihat ~ ha ha ha ! Begitulah 'kuatnya tarikan' Betong Ezi Ride.

Alhamdulillah ~ tiada insiden baling kasut @ tak ada yg baring atas jln kat Highway Baling tanda protes . Tapi aku 'masih berbuku' dgn LOSO tak abeh lagi. Dia kata kat aku ~ "kalu demam, naik kereta laa") ~ Apa ? dia ingat aku 'buat akai'/pura2 demam kut. He he he ini lah kawan2 "no joke - no fun" depa bukan peduli hang demam ka tak demam ka itu hang punya fasal ~ kalau dah set utk ride mmmm pandai2 lah jaga kesihatan. . . yg penting ~ 'Be Positive and all will be fine' . . . ha ha ha !

Kalau lah sampai hari nak kayuh pun aku tak baik demam juga ~ alamat 'mampuih' laa aku kali ini ~ pasti teruk kena kutuk dgn penyamun2 tuu. Tapi darah Siam 'pahlawan' Satun/Setoi ini masih kental & ngak bisa mengalah kpd baPak Penyamun2 tuu ha3 ! Empat hari sebelum Betong Ride (selepas baik demam) aku pi training sorang2 SP ~ Tupah . . .baru ride 15km dgn ave speed 25~30km keluar muntah bertalu2 . . .dist 15km sahaja, 2 jam baru sampai rumah. Petang tuu juga pii jumpa Doktor minta nasihat/ubat cepat sembuh. Hangpa tau apa Doktor kata kat aku ~ "ur eyes look very tired & ur body need a rest" mak oiiii 'macam nak penampau aja" he he he (dlm hati sedih gak). Aku cuma nganguk YER ajer. Tapi esok harinya 2 Apr ~ 'Ketegaq gak' aku call/ajak Yusof teman aku ride SP ~ Tg Dawai ~ Chandi ~ Tupah back to SP 80km+ wz good pace ~ alhamdulillah ~ at last Ready For Betong !


~ The Ride ~
Jam 7.00 pagi semua dah berkumpul dgn jentera masing2 kat Cinta Sayang ~ PPMtb Club, RCT, SP, Manjung Cyling Club, LonTruth wakil tunggal dr Red Flag (Abg Ai Red Flag tak ikut serta fasal dia lebih pentingkan kempen Batang Ai nyer he he he), Zul marvelous, Ismail Telok Intan, Adi Hariman. Solute pada riders luar dari kawasan SP i.e. TRM, TOKI, Nasran & Ismail Telok Intan, RCT, dari Perda & Alor Star yg sanggup 'merentas' sempadan bersama famili. Rasa terharu yg tidak terhingga di atas sambutan saudara2 semua. . . . hu hu hu !

Short/Welcome Brief pada semua rider route SP ~ Betong. Jam 7.45am aku lead 'peloton pertama' dr Cinta Sayang sejauh 8km ke JPJ Sg Petani. Meet kumpulan TRM & Wan Shuhaidi (8 org). Sekali lagi brief laluan ke Betong dan serahkan tugas Ride Leader pd Tok Wan . . . Tok Wan hang buat la apa yg patut . . . "oii Ly kita nak berhenti kat mana ?' aku kata "kita jumpa kat Border Thailand "dia senyum sampai ke telinga" . . . ha ha ha tak dak check point kaa ? ~
Check point kat border 75km+ dari sini (SP).



Speed brpa haa ? aku pun tak tau . . . mula2 cruising 30 ~ 35 ~ 38km bila sampai Kuala Ketil ada pulak 'backho' nak memintas peloton kami . . . dlm hati 'mampuih backho ni" ~ apa lagi 'penyamun2' tuu terus naik minyak 'tarik ikut speed belakang backho' 40km+ dok cucuk pulak juboq 'backho' tuu, nasib baik la 'juboq besi' kalau juboq macam Tok Wan haru juga he he he ~ kalau aku jadi driver backho tuu pun tentu aku fed up . . . basikal pun boleh pintas backho dia ha ha ha ! Ganas ~ memang ganaih hangpa ! Penin kepala aku !



Selepas 26km kat simpang Malau kami regroup utk tunggu RCT . . . agak lama kat Spg niii ~ aku patah balik kat simpang nampak dua org kat warung tepi jalan tengah baguihh punya dok pekena "air & roti" alamakkkkkk kami dok tunggu sana ~ awat hangpa berhenti . . . "tak sarapan lagi bangLy " he he he ! Tak leh tunggu lama2 Bro ~ dah 30mins+ delay terus permisi ride ikut laluan highway bersama 'peloton kedua' seramai 17 riders. Kat simpang nii aku dapat maklumat/sms 'peloton' pertama dah 'curi ayam' @ short cut ikut jalan lama ke Pekan Tawar . . . oooo hangpa ngelat 2km+ dan lari dari 3 bukit lanjut yer. Mungkin "tak tau" jalan kutttt . . . tapi rasa2 aku Tok Wan dah cukup arif dgn laluan nii . . . he he he ~ Feel Sorry 4ur self . . . "




Peloton kedua tiba Baling jam 10.40am+ ~ Worst Time ! Biasanyer ride SP ~ Baling nii dlm 2 jam 5mins+ sahaja. Kat Baling dah ramai riders dr Baling Bikez, Kroh MTB lead by Tn Fadzil dan PGA Tn Nordin & frenz tunggu kami. Maaf laa Tuan ~ lost contact dgn peloton ketiga . . . .!
~ at last RCT Fuad sampai gak jam 11.08 "depa ada kat belakang lagi" ~ kat sejam gak delay kat Baling nii. Aku minta RCT Fuad call peloton belakang "tanya kat mana la nii" ~ "kami minta permisi utk meneruskan kayuhan ke Gunung Inas melalui jalan baru ke Betong" . . . AbgLy minta maaf pada RCT Fuad dan kawan2 RCT yg lain ~ tak sempat nak berbual panjang. Kalau lewat ~ Cuaca makin panas . . . ! Maaf lain kali kita ride & bual lagi. Salam utk semua RCT ~ "yes u can ~ epi cranking & enjoy the ride " ~
~ Terus mendaki Gunung Inas tengah panas " Lit-Lit " . . . dah lebih 3 kali aku ikut route niii 'kadang2 benci pun ada ~ 'berahi' climbing pun ada he he he ! Aku nampak TOKI climb 'gelek semacam' ajer sampai herot2 pinggang dia . . . nasib baik laa ada Mama Ja dok 'motivate' dari belakang . . . . kalau tak dak Mama Ja aku ingat dah lama TOKI turun "tolak @ tun-ton" basikal tuuu naik G Inas ha ha ha. Syabas TOKI . . . memang ganas you ! Se org lagi Mr Elwyn yg merungut kepanasan . . .keluaq abeh bahasa kampong dia pekat UK "fF%&k$* S%&i$tt *(*^...." he he he 'penangan Inas tengah panas Lit - Lit " . . . 'melengung bodoh' seketika apa yg tersirat gamaknya aku pun tak tau ? Drink more Elwyn . . . dia ambil sebotol air mineral terus jerus atas kepala dia ha ha ha . . . . EZI Ride ? Dia geleng kepala tak jawab pun ~ he he he ! Dengar kata dari Ari 'pungkok dia melecek' balik dari Betong ~ kasihan Elwyn hu hu hu !
Peronda PDRM 'lead' ~ kereta arah bertentangan 'ketepi' memberi laluan kpd kami . . .Hujung sebelah kiri TOKI 'bizi' dok ambil gambar2 jentera yg berbaris panjang. PDRM masih mengiringi hingga Check Point Thailand !Left: Yuih, Sjn Azmi, ramly sp & wendy
Ride dari G Inas ke Betong adalah 'kemuncak' yg dinanti2kan. Peloton kami diiringi kereta Peronda PDRM hingga ke Sempadan Malaysia.Thailand . . wow bunyi 'siren membuatkan rider kian berahi'. Aku tak ingat siapa yg berkata "AbgLy ~ glamour laa kita hari niii ~ macam Le Tour . . . ".

Bila sebut Le Tour aku teringat
pada seorang "Mok Aji dari Kelantan" dia tak sebut Le Tour ~ dia sebut "LU TUA" . . . mmm apa2 ajerlah Teacher ~ "that money cant buy". . . .?

Kayuhan bertenaga ~ kenderaan dari arah bertentangan memperlahankan kereta mereka utk memberi ruang kpd kami . . . program yg pada asalnya hanya utk 'suka-suka ride' bertukar menjadi "official" . . .. . meriah & bertenaga ! Satu kepuasan yg sukar utk digambarkan ! Semua bebas membuat 'pecutan' mengikut pace masing-masing . . . !

~ Terima Kasih Tidak Terhingga kpd Tn Fadzil and PDRM' yg telah 'menguruskan' perjalanan dari G Inas ke Border lebih lebih mudah & selamat. Tidak Lupa pd Nizam & PGA.Tn Nordin & fenz. Selepas ride Tn Fadhil sempat kata kat aku "Ly ~ bila2 you nak ride ke Pangkalan Hulu/Gerik kaa bagitau i . .. inysaAllah Kroh MTB akan ikut sama" ~ OK Noted !

Kat Betong kami tidor di "My House" Hotel . . . RM 50.00 sahaja air-cond. Yg Tiada air-cond RM 30.00 shja. Masuk2 bilik aku 'tergamam' tengok katil kat bilik aku ~ "amboi3 berahinyer" . . . kat hujung kepala ada cermin besar. Nasib baik cermin kat siling telah ditanggalkan . . . "semua rider" kecoh seketika bila masuk bilik masing2 ha ha ha ! "hoi nak tidor kepala belah mana " ~ Pening laaa aku tengok katil niii . . . ha ha ha !

Azam PPMtb Club terus ON TV ~ dia tekan CHANNEL 8 " Allahhhh abgLY . . .film lucah XXX " cepat2 dia Off TV tuuuu . . . sekejap sahaja CHANNEL 8 heboh dari bilik ke bilik ~ "hoiiii hangpa ON Channel 8 ~ ada siaran langsung" . . . . orang kuat yg Promo Channel 8 ialah LonTruth . . . he he he. Dalam chatbox Northern MTB pun heboh dibicangkan. So, La nii mungkin riders lain yg tak tidor sana/atau 'visitors' yg melawat blog kami boleh faham maksud sebenar ~ CHANNEL 8.
Hai LonTruth . . . . . nonton Channel brpa tu ?
Pesanan Penaja : Hotel ini tak sesuai utk Famili. Jangan ON ~ Channel 8 !
Cuba hangpa teka siapa 'sahabat karib' ini & kenapa tidak bercampur dgn 'peloton' lain ?
Tak Lain Tak Bukan dari Kiri : Shahril Parit Buntar, Sukri Siong & Zul marvelous . . . ketiga2 pakai jersi baru. Beli kat kedai Amin Betong . . .dok bau Siam lagiiii . . .tak basuh pun ! Amboi2, mentang2 pakai jersi baru ~ pi mana pun sama2 ~ ride seiring, posing maut pun hangpa 3 org aja ha ha ha !


Petang 4 Apr jam 6 ptg Amin jemput aku pi minum 'teh tarik' . . . dok sat dia terima call dr adik dia "abg roslan mai dgn 2 org kawan lagi" . . . eh sukar gak nak percaya. Betoika Lan Mobil mai . . .waktu tuu dah dekat kol 7 ptg.

Dok sat, "choeh" nampak muka dia, said trj & cikgu din ha ha ha . . ." Lan Mobil &said kata kat aku "tak leh dok Cik Ly . . .menggelatat. aku cucuk Cik Lan sikit ajer ~ terus jadi ha ha ha " Gitu lah kawan2. Walaupun sibuk dgn urusan kerja ~ dapat gak luangkan masa utk riada bersama rakan2 yg lain. . . money cant buy !






Aku bagitau Lan Mobil yg kami tak jadi Kebun Bunga
Ride . . . kerana kesuntukan waktu. Ride pagi Ahad cuma 22km sekadar 'conditioning' ke Air Panas shja.

Ramai gak riders Betong MTB yg turn up pagi itu utk mengiringi kami termasuk seorang 'lady rider'. Tengok jer lembik tapi mantap Bro. Masa climbing kat satu bukit dia laju overtake dan ride depan aku . . . kayuhan aku terjejas sekejap kerana "terpandang buah nyok" dia tergolek-golek kirikanan2 . . . cepat2 alih pandangan. Astagfirullah . . . . Cobaaaaaan !



~ Antara laluan "Kebun Bunga Ride" ~
"Kebun Bunga Ride" approx 45km. including 8km extreme climb.
Said TRJ ~ stop ambil oksigen !
"pai maydai ni" . . . . . no, no, no U turn !
"pai, pai, net noi - net noi". . . (jom kayuh, sikit aja lagi).

Betong ~ SP (Zon Pecut)

5th Apr lebih kurang 10.15 semua dah berkumpul kat kedai Amin Betong utk berangkat balik. Ride Leader ~ Tn Fadzil & Nizam imigresen hingga kedua2 pos Immigration Thailand and Malaysia. Sebelum 'sesi pecut Betong ~ SP' semua ambil peluang last mins utk ambil gambar dgn rakan2 BalingBiker, Kroh MTB yg banyak membantu kami dlm urusan perjalanan/keluar masuk. Terima kasih daun keladi . . . !






Toki. Nasran & family, Ismail, Adi, Nasir, Tandop, Amir back on d same day.
See u again !
Day 2 ~> Peloton bergerak keluar dari Pekan Betong ~ Lead by Tn Fadzil.
Downhill Gunung Inas. Depan ~ ramly sp, azam PPMtb and zul marvelous.
Top speed kat ODO aku cuma 72km+ . . .,DH G Inas ~ zul marvelous 73km+ . .
Perjalan ride balik lebih mudah. Kat border Pangkalan Hulu semua dah ketaq kaki nak pecut. Aku bisik kat group leader masing "bgLy nak ride dulu ~ test fitness". No check point . . . kita akan meet kat Petronas Kuala Ketil . . . 60km+. Peloton pertama sampai Petronas approx 12.30. Zul, nizam ppmtb & aku sampai sblum jam 1.00 tghari. Less than 3 hrs wz about 25mins stopping time kt Petronas Kuala Ketil utk 'fueling'.
Terima kasih kpd semua rakan2 seperti senarai di bawah ini . . . alhamdulilllah xtvt ini berjalan dengan lancar & selamat. Program yg pada asalnya utk "suka - suka" ride menjadi besar & meriah dgn kehadiran rakan2 dari Kroh MTB, Baling Biker, PGA, Imigresen Malaysia, RCT, Red Flag, TRM MTB, MyBike2Sexy, rakan2 SP, Manjung Cycling Team, PerlisPowerMTB serta invididu2 (jika ada yg tertinggal maklum saya) hingga mencecah jumlah hampir 50 orang semuanya.

Siapa lah saya . . . tanpa kehadiran Tuan - tuan semua ~ Solute & See U Again.

More Pics (click) himpunan gambar2 Betong Ezi Ride


Solute 2U All :~>

SP ~ ramly sp, Wan Shuhaidi & Zaidi Pfk (Lan Mobil, Cikgu Din & Said joining us at Betong)
TRM MTB Club ~ Ngah Dan, Wa Don, Tok Wan, Dik Man, tRExx, Bang Aji, Gee
Perlis Power MTB CLub ~ Ari, Hj Nik, Azam, Mr. Elwyn, Shah & Azreen (support car)
RED FLAG ~
Nasron @ LonTruth CEO Channel 8
PERDA ~ Zul marvelous
ALOR STARr ~ Adi Hariman, Tandop, Amir & Fisol
MyBike2Sexy ~ Ismail Telok Intan
Rakap Cycling Team ~ Fuad, Nayan, Sahaq, Sokri, Bad, Fahrul
Baling Bikez ~ Razif, Shukri Siong, Shahril
KROH MTB ~ Tn Fadhil, Sjn Azmie, Nizam imigresen
& Yusri, Wendy

PGA ~ Tuan Nordin,SM Razali, Haniff, Mohd Baharsal Suhaimi
Manjung Cyling Team @ MCT ~ To'ki, Nasran & Family.

p/s
: Utk TRM, PPMTB, Zul, LonTruth Channel 8 ~ duit kutipan hari tuu ada balance dlm RM 20.00 sahaja. Aku top up minyak hari tuu RM60.00 tapi sampai hari niii minyak tuuu tak habeh lagi (kereta tak pi mana ha ha ha) . . .