Saturday, September 25, 2010

SP - Sedim - SP


Tarikh
: 25th Sep




Laluan
: SP - Kuala Ketil - Bkt Hijau - Malau - Sedim - Pdg Meiha - SP




Jarak
: 126.8km sahaja





Riders:
  1. Cgu Din
  2. Odd
  3. Tengku Reza
  4. ramly sp
  5. Tn Fadzil
  6. Razif Baling
  7. Bad RCT
Memang lewat pergerakan dari SP pagi ini. Planning jam 7.30am ~ tapi ada beberapa insiden penyertaan lewat dan terpaksa bergerak pada jam 8.35am (jam aku). Alahaiiii satu jam dah boleh bergerak sekurang2nya 25 - 30km. Hurmm ~ mungkin ada faktor lain yg menghalang ?

L : Bad RCT, T. Reza, ramly sp, cgu din, Odd

Pagi ini sepatutnya kayuhan meraikan dua sahabat dgn RB baru mereka . . . tapi
last minute tak dapat hadir hu hu hu. Terima kasih pada rakan2 yg hadir termasuk dari Razif BalingBiker & Tn Fadzil dari Kroh Mtb.

Selepas kayuhan 60km+ kami B'fast kat Sedim. . . nasi kampong !

First time aku ikut route nii dgn bike . . . rolling, cuaca redup dan kiri kanan pokok kelapa sawit dan dusun orang kampong. Kenderaan pun kurang. Tapi kalau 'reverse track' lebih challenging dgn climbing yg panjang di akhir kayuhan. Hurmmm fikir dua kali kalau nak ride sekali lagi !

L : t. reza, bad rct and razif baling

"rantai basikal Bad RCT putus semasa climb ke Sedim. Nasib baik ada rakan org kg sedim transport dia ke kedai motor berhampiran utk dibaiki. Walaupun dapat dibaiki, Bad tak berani push takut nanti rantai tercabut/putus. Dia bagitau aku "kalau tercabut juga bg Ly saya call mrs datang ambil ~ So, dia ride dgn berhati-hati dari Sedim ke SP. Hurrmmm committed riders .

Beliau terpaksa kayuh pada medium pace dan climbing dgn perlahan bagi mengelak rantai tsb tercabut/putus and being rescued. Terpaksa meredah 60km+ dlm cuaca panas dgn minimum speed. Wow ~ only pure cyclist understand the challenged ~ Solute to u Bad !

Note:
  • Thanks pada semua yg hadir.
  • Biar ramai kawan jgn ramai musuh !
  • Epi Cranking !


Thursday, September 23, 2010

Jom gi b'fast kat Sedim !

Date : 25th Sep 2010
Time : 07.30am
Start/Finish : The Carnival Water Park, SP
Route : SP - K/Ketil - Bkt Hijau - Sedim - Karangan - SP
Note : MTB & RB !

Yang dah confirm :
  • Cgu Din
  • Odd
  • Razif Baling
  • Cgu Nusi
  • Cgu Kob
  • ramly SP
  • ? ? ? ? ?

Monday, September 20, 2010

Breakfast & Lunch !


Date : 16th Sep 2010

Route : SP - K. Ketil - Bt. 5 Sik - Gurun - SP

Dist : 90km+

Riders : Cgu Din, Cgu Kob, Cgu Fisol, Wan Shuhaidi, Cgu Din, Roslan Mobil, Yusof, Odd, Apit, Cgu Hilmi, Tn Fadzil, Anas Musthafa, Zailani Perwaja & Saari Saad.

Selepas sebulan lebih 'beristirehat' ~ ini kayuhan pertama utk regangan otot-otot yg dah kendoq. Enjin tua kena slow-slow sikit . . . macam motor honda 50cc . . . 'kena tarik choke' dulu baru boleh start. Hurmmmm nasib baik tak kena tolak.

Plan asal nak Breakfast kat Sik . . . tapi bila regroup kat Spg Batu Lima Sik . . . dah sepakat utk breakfast Jeniang pulak. Hajat tak kesampaian ~ May pay Lai ! (no problem).

Semput juga bila dah lama relax ~ walaupun boleh ikut 'drafting' tapi 'speed' rasa tak power nak maintain macam orang lain. Ada ketika Wan Shuhaidi & Cgu Din 'lead & tarik' tahap gaban . . . aku rasa macam nak terkeluaq urat perut ikut depa . . . . asal jumpa gon sahaja depa 'koyak minyak' . . . jumpa gon sahaja depa 'koyak minyak' he he he . . . . hurmmmm kita enjin 50cc press takat mampu shja. Alhamdulillah ~ 'enjin' OK ~ dan tak ada siapa yg 'tarik mengkarung'.

Dua-dua riders nii 'mabuk lemang' . . . Cgu Din dah nak masuk 58thn tapi 'enjin evo' bang. Pantang jumpa Gon ~ habih dia 'kentot' semua riders lain. Yang sorang lagi tuuu tak payah aku cerita laa . . . . nama pun 'german' ~ mengkala German tuuu kira kejam laa he he he !
(cuma dia tak bakar orang sahaja lagi he3)

Antara rakan dari Lunas yg turut serta . . .
Yang buat jari macam pistol tuu Odd ~ Hero Lelaki Melayu Lunas Terakhir !


serta rakan dari Pengkalan Hulu . . .


Kudaliar and d Geng

Anas Musthafa

Cgu Fisol dr Aloq Staq pun turun . . . khaw khurn kharp !


'isi minyak' kat Shell Sungai Lalang . . . perghhh panaih lit-lit !

Odd bergaya dgn 'kasut raya' 2010 !
Odd ~ Aku cadangkan semasa majlis bertunang/nikah nanti, hang bagitau pihak perempuan tak payah laa buat hantaran buah2an . . . itu dulu2. Laa nii hang minta depa tukar/hantar frame beskal ka, kasut MTB, cycling bib/shirt or jersy, gloves, helmet atau pun complete bike he3 !


Sabtu ~ 18th Sep
Pagi sempat offroad kejap dgn kawan2 utk cooling down. Terpaksa balik awal kerana sdra datang rumah utk berhari raya. Aku pula masa tuuu dok 'melewaq' dlm hutan & bukit botak kawasan Aman Jaya . . .

Turun naik - turun naik 'XC' trail kat sini . . . SP tak ada bukit cuma 'gon-gon' kecik jer 6 ke 7 bijik utk bermain. Kawan2 yg berhajat utk bermain kawasan nii dan Bkt Nyamuk 'calling-calling' laaa. Untuk 2 ke 3 jam jer atau 3 ke 4 jam pun boleh ~ Bisa di atur !

Ahad 19th Sep ~ berada di Betong Thailand.
Kayuhan bersama rakan Betong MTB Thailand. Salah seorang peserta 'semput' & sukar bernafas selepas climb bukit kecil ke Padang Bola Sepak Betong, Thailand.

Selepas kayuhan tersebut Tn Fazdil, Farhoud, En Asry dan rakan2 Pengkalan Hulu ajak aku ride @ 'main-main' drafting ke kawasan rekreasi kayak Yala ~ Thailand. Memang cantik route ini 'rolling' dan sekali sekala ada long climb . . . . hurrm puas walaupun clock 40km+ road ride kat Betong & Yala Thailand. Tapi yang paling BEST Lunch sup tulang & nasi putih pergghhh !

Note :
  • Kayuhan road & offroad bersama rakan memberi kepuasan yg berbeza.
  • Selepas sebulan berehat kini rasa lebih bertenaga ~ alhamdulillah.
  • Terima kasih kepada rakan-rakan yg turut serta.
Next Ride :
  • Tn Fadzil ajak aku buat road ride Sabtu ini . . . bermula dr Baling ke Gulau tapi aku tak confirm lagi. Kalau dua tiga orang rakan dari SP setuju aku ON !
  • Kalau tak ada siapa2 aku mungkin 'solo ride' ke Sedim sahaja.
  • Belum puas . . . masih ketagih utk 'long distance ride'.
  • See you guys !

Stay Safe ~ Stay Healthy !

Thursday, September 16, 2010

KPLR II :- )



FRONT

BACK

Note :
  • Difahaman Penyertaan tahun ini melebihi jumlah KPLR I.
  • Yang dah lama berehat sepanjang Ramadhan tu, warm up laa sikit sebagai persiapan.
  • Route lama ~ tak ada gunung tak ada bukit cuma ada laa 'gon' sikit sikit.
  • Check aturcara & Ride Details
  • Epi Cranking :- )

Sunday, September 12, 2010

Breakfast kat Sik :- )

Date : 16th Sep 2010
Time : By 07.30 am
Dist : 100km+
Meet : The Carnival Water Park Sg Petani
Riders : yg dah confirm cikgu din, Lan mobil, wan shuhaidi, cikgu hilmi, yusof, tn fadzil, anas musthafa, cikgu Nusi, cikgu Kob, Quaker Odd, cikgu Hilmi aka Kudaliar Ku and (cikgu Fisol ?) . . .

Note :
  • "Ketua Rombongan" : cikgu din & w. shuhaidi ~ mana depa bawa kita ikut !
  • Sama-sama kita buat kerja 'tarik menarik' : - )
  • Route : . . . . below : - )

Thursday, September 09, 2010

Kayuh Lasak 2010

Get Ready for Kayuh Lasak 2010

Date : 11th & 12 Dec 2010





Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidil Fitri


Sempena bulan yg mulia ini, aku Mohon Maaf Zahir Batin drpd semua rakan basikal, bloggers, mountie & roadie . . . jika ada tersalah cakap, tersalah laku, catatan yg mugkin menyinggung perasaan, antara sedar atau pun tidak dan apa2 jua yg tersembunyi yg tak saya sedari telah melakukan kesilapan . . . . pleaseeeee ~ hanya tuan2/puan2 yg bisa memaafkan saya :- (




Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin


~ Yang dikasihi Ayahanda & Bonda serta anakku Siti Diyana dan Siti Fatimah ~
Ya Allah, Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani ku semasa kecil

:- (
''