Monday, September 20, 2010

Breakfast & Lunch !


Date : 16th Sep 2010

Route : SP - K. Ketil - Bt. 5 Sik - Gurun - SP

Dist : 90km+

Riders : Cgu Din, Cgu Kob, Cgu Fisol, Wan Shuhaidi, Cgu Din, Roslan Mobil, Yusof, Odd, Apit, Cgu Hilmi, Tn Fadzil, Anas Musthafa, Zailani Perwaja & Saari Saad.

Selepas sebulan lebih 'beristirehat' ~ ini kayuhan pertama utk regangan otot-otot yg dah kendoq. Enjin tua kena slow-slow sikit . . . macam motor honda 50cc . . . 'kena tarik choke' dulu baru boleh start. Hurmmmm nasib baik tak kena tolak.

Plan asal nak Breakfast kat Sik . . . tapi bila regroup kat Spg Batu Lima Sik . . . dah sepakat utk breakfast Jeniang pulak. Hajat tak kesampaian ~ May pay Lai ! (no problem).

Semput juga bila dah lama relax ~ walaupun boleh ikut 'drafting' tapi 'speed' rasa tak power nak maintain macam orang lain. Ada ketika Wan Shuhaidi & Cgu Din 'lead & tarik' tahap gaban . . . aku rasa macam nak terkeluaq urat perut ikut depa . . . . asal jumpa gon sahaja depa 'koyak minyak' . . . jumpa gon sahaja depa 'koyak minyak' he he he . . . . hurmmmm kita enjin 50cc press takat mampu shja. Alhamdulillah ~ 'enjin' OK ~ dan tak ada siapa yg 'tarik mengkarung'.

Dua-dua riders nii 'mabuk lemang' . . . Cgu Din dah nak masuk 58thn tapi 'enjin evo' bang. Pantang jumpa Gon ~ habih dia 'kentot' semua riders lain. Yang sorang lagi tuuu tak payah aku cerita laa . . . . nama pun 'german' ~ mengkala German tuuu kira kejam laa he he he !
(cuma dia tak bakar orang sahaja lagi he3)

Antara rakan dari Lunas yg turut serta . . .
Yang buat jari macam pistol tuu Odd ~ Hero Lelaki Melayu Lunas Terakhir !


serta rakan dari Pengkalan Hulu . . .


Kudaliar and d Geng

Anas Musthafa

Cgu Fisol dr Aloq Staq pun turun . . . khaw khurn kharp !


'isi minyak' kat Shell Sungai Lalang . . . perghhh panaih lit-lit !

Odd bergaya dgn 'kasut raya' 2010 !
Odd ~ Aku cadangkan semasa majlis bertunang/nikah nanti, hang bagitau pihak perempuan tak payah laa buat hantaran buah2an . . . itu dulu2. Laa nii hang minta depa tukar/hantar frame beskal ka, kasut MTB, cycling bib/shirt or jersy, gloves, helmet atau pun complete bike he3 !


Sabtu ~ 18th Sep
Pagi sempat offroad kejap dgn kawan2 utk cooling down. Terpaksa balik awal kerana sdra datang rumah utk berhari raya. Aku pula masa tuuu dok 'melewaq' dlm hutan & bukit botak kawasan Aman Jaya . . .

Turun naik - turun naik 'XC' trail kat sini . . . SP tak ada bukit cuma 'gon-gon' kecik jer 6 ke 7 bijik utk bermain. Kawan2 yg berhajat utk bermain kawasan nii dan Bkt Nyamuk 'calling-calling' laaa. Untuk 2 ke 3 jam jer atau 3 ke 4 jam pun boleh ~ Bisa di atur !

Ahad 19th Sep ~ berada di Betong Thailand.
Kayuhan bersama rakan Betong MTB Thailand. Salah seorang peserta 'semput' & sukar bernafas selepas climb bukit kecil ke Padang Bola Sepak Betong, Thailand.

Selepas kayuhan tersebut Tn Fazdil, Farhoud, En Asry dan rakan2 Pengkalan Hulu ajak aku ride @ 'main-main' drafting ke kawasan rekreasi kayak Yala ~ Thailand. Memang cantik route ini 'rolling' dan sekali sekala ada long climb . . . . hurrm puas walaupun clock 40km+ road ride kat Betong & Yala Thailand. Tapi yang paling BEST Lunch sup tulang & nasi putih pergghhh !

Note :
  • Kayuhan road & offroad bersama rakan memberi kepuasan yg berbeza.
  • Selepas sebulan berehat kini rasa lebih bertenaga ~ alhamdulillah.
  • Terima kasih kepada rakan-rakan yg turut serta.
Next Ride :
  • Tn Fadzil ajak aku buat road ride Sabtu ini . . . bermula dr Baling ke Gulau tapi aku tak confirm lagi. Kalau dua tiga orang rakan dari SP setuju aku ON !
  • Kalau tak ada siapa2 aku mungkin 'solo ride' ke Sedim sahaja.
  • Belum puas . . . masih ketagih utk 'long distance ride'.
  • See you guys !

Stay Safe ~ Stay Healthy !

No comments: