Saturday, January 31, 2009

Week End On Bike

Date : 30th Jan 2009
Start : Sg Petani 07.00
Route : SP > A/Star > Kangar
Dist. approx. : 100km + +

Pagi jam 6.55am mula ride dr rumah ke spg traffic light Tol Sg Lalang. Jam 7.00 aku call Wan "wooi, hang kat mana ?" dia reply "he3, aku kat umah lagi . . . ", Masalah orang tua niii aku bagitau Wan "OK, hang mandi, ambil hadas besar dulu . . . dah tau nak ride dok pi 'usik ibu' buat apa . . . he he he !

Cuaca pagi ini 'comey'. . . mula ride dgn cruising speed 28 > 33km sahaja hingga ke pekan Bedong. Selepas pekan Bedong (10km), 'enjin mula panas' . . . cruising speed naik & maintain 30 > 33km terus ke A/Star. . . bayang wan shahidan tak nampak lagi ! Selalunya 'mamat' ni lari laju, apa ker halnyer pagi niiii . . . slow pulak. 10km sebelum A/Star aku call Wan, lama baru angkat phone "u nai bangggggg ?" macam biasa "he3 aku baru sampai pekan Gurun, hang kat mana ?". "Mak ooiiii awat hang slow pagi niii . . . berapa round hang buat smlm? Wan gelak besar "Ha3 Ly, hang pi dulu".

Dia bagi lampu hijau, dan 'nafsu kayuhan' tengah memuncak. . . aku terus spin hingga Kuala Sungai A/Star. Jam 9.15am berhenti kat warung tepi jln Kuala Sungai/Jerlun 32km lagi ke Kangar. Kalau aku ride terus . . . rasa2 dlm 10.30am dah sampai Kangar. Kenderaan pagi nii pun tak banyak. mmmmmm hampir 1jam 10 mins juga baru aku nampak muka Wan . . . . hai macam niii laa kawan2, sabau ajerlah . . . ha ha ha ! (kadang2 aku pun terbabas juga).

Apa2pun, aku rasa puas kayuhan pagi ini . . . catatan peribadi yg terbaik dgn bantuan 'phase' kawan2. Cuaca kat Kangar panas 'terik' dan yg penting aku dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg Surau Utan Aji Kangar Perlis. Terima Kasih Wan Shahidan.

Route : Kangar > Kuala Kedah > Yan > SP. Google Dist. : 117km


Date : 31st Jan 2009
Start : Kg Surau, Utan Aji Kangar 07.30
Route : Kangar > Kuala Kedah > Yan > SP
Dist. approx. : 110km + +

(maaf ! aku tak dapat join Charity Ride kerana aturcara bermula/tamat agak lewat)
Pagi ini ride balik Kangar > Sp ditemani rakan2 dari TRM MTB Club dari Kangar. ZanKX (Giant XTC Merah), Loso (Giant XTC Biru) dan Wan Shahidan (Giant XTC Hitam) . . . ramly sp (malu lah nak letak pics basikal aku kat sebelah niii, tak setaraf dgn beskal depa he he he) . . . tapi itu ajer yg aku ada . . . alhamdulillah !

Ketiga2 sabahat ini tak payah aku cerita panjang lebar . . . memang taraf 'dewa', baik basikal mahupun kayuhan mereka. Pagi ini aku cuma 'tumpang' spirit dia org to build up strength & endurance.

ZanKX & Loso kali pertama 'teruja' ride ikut route Kangar > SP . . . last2 Wan Shahidan tukar route ikut Kangar > Kuala Kedah > Yan > SP. Alamak aku cukup fobia route niiiii dah 4 kali ride ikut route ini dan 4 kali juga aku 'tewas' dgn wind conditions dari arah laut . . . . aduhhhhh ikut ajerlah !

Cruising speed dgn depa niii macam "cruising speed lori hantu" . . . . semua 30km > ke atas . . . . kalau Wan yang lead, lagi laaa orang tua niii, berdesup macam orang kena 'rasuk' . . . angin tak angin dia henjut sama saja . . . "mak oii, dia makan apa haa, sampai tak tau letih . . .".Orang ka atau 'lori hantu ? "

30km pertama dari Simpang Empat Perlis, average speed kami yg tercatat kat beskal ZanKX 29.7km . . . . "itu baru warm-up" dan kami stop kejap utk breakfast. Video clip kat bawah ni 'menceritakan' segalanya . . . melayang2 aku semasa dok shoot aksi 'warm-up' ini ! Tapi best . . . ! 'Kesakitan semalam' belum pun hilang, dan pagi ini aku rasa 'lebih berahi' dgn kayuhan bersama para 'dewa' ha ha ha !


Selepas sarapan, wan terus lead kami melalui jalan Kuala Sungai ke Kuala Kedah menuju ke Sg Limau Yan Kedah. Dulu aku pernah sebut laluan ini sebagai "Kuala Muda & Yan Triangle" kerana keadaan angin kencang dari arah laut . . . yg 'bisa membunuh' keghairahan kayuhan kita. Dup Dap Dup Dap . . . berdebar melalui laluan ini, alhamdulillah pagi ini angin tak berapa kencang sepanjang jalan ke Yan Besar.

Cuaca panas lit-lit (terik) sepanjang jln ke SP . . . kami stop kejap kat Jambatan Semeling kerana kehausan . . . sebiji 'besau' buah tembikai niii kami belasah . . . at last, sampai jugak SP . . . riding time approx. 4hr + +.

Terima kasih kepada sahabat2 dari TRM MTB Club kerana 'menemani' aku hingga ke SP. Kayuhan hujung minggu yg "amat berahi & memuaskan nafsu" . . . Catatan peribadi aku yg terbaik SP > Kangar > SP. Terima Kasih Daun Keladi . . . kalau boleh, minggu depan 'hangpa mai laa lagi utk SP > Baling > SP. Aku pasti laluan ini dapat "memuaskan nafsu serakah anda semua " ha ha ha !

Ride Fast, Ride Safe

Sunday, January 25, 2009

Breakfast Ride @ Tarik Maxima !

. . . Stress Relief . . ."

Date : 25th Jan 2009
Start : 07.30 > Cinta Sayang
Finish : 12.55
Stopping Time : 1hr 15mins.
Route : SP > Baling > SP
Dist : 119.35km. Ave. Sp: 25.4km. Max: 55.7km. Cal. Burn: 2212.6
Note : MTB on Road Training . . . !
Pic. From Left : ramly sp Offroad 2.1, Razif Baling Biker, Yusof offroad 2.1, Wan shahidan Maxlite & Wan german (tak salah aku 195)

Awal pagi 06.18 Razif Baling Biker sms aku "salam bang li, cuaca d Baling pagi ni hujan renyai2" aku reply "alhamdulillah". Sp masih mendung. Jam 06.45 Yusof dah ada depan umah aku dengan Merida TFS 100 baru beli. He he he Barang Baru, dia enjut siangmalam ! Jam 7.00 mula ride dr umah aku ke JPJ Sp, sampai sana jam 07.20 dah nampak muka Wan Shahidan TRM diikuti dgn Wan German. Dua2 'roadie' ni tak pakai helmet . . . nak kurangkan berat kut ! Biasanya kaki race ni begitulah, tak suka bawa i.e. helmet, sparetube, pump, bawa botol air kecil dll utk mudah sprint. Kalau bocor atau air habis minta kat kawan2 ha ha ha !


Dua2 Wan nii, tak payah aku bagi biodata . . . memang raja pecut & raja bukit. Aku dgn Yusof cuma tumpang 'riding spirit' dia orang . . . bunga2 'pecut' dah nampak apabila 20km pertama ke pekan Kuala Ketil 'clock less than 30mins'. . . tak pernah aku ride mtb 20km within 25 - 30mins . . . erkk ! betul ker jam tangan aku nii ? ?


Selepas jer pekan Kuala Ketil, Wan German mula 'tarik' diikuti Wan Shahidan dan Yusof. Aku kat belakang puas 'kampoi' 2b in d group. At last, jauh jugak depa tinggalkan aku kat belakang . . . berapa dia org 'lari' nii ? Cruising kat ODO aku 33 > 34km, dia orang nii pasang enjin sangkut ker? dahlah angin dr depan 'headwind' dan hujan renyai2 perghhh ! Tiba kat bukit pertama 4km dr Kuala Ketil Wan Shahidan berhenti utk 'pancut kejap' . . . sejuk hujan, baru aku sempat join depa dan cruising sekali hingga ke Pekan Tawar. Kami stop kejap kat Tawar kerana hujan, aku call Razif Baling Biker bagitau dia "Zif, hang jgn naik Gunung Inas lagi, aku rasa cuaca tak mengizinkan . . ." Kami bincang/decide utk terus ke Baling kerana Razif dah buat sarapan utk kami . . . terpaksa jugak redah dlm hujan sejauh 20km.

Angin & hujan buat phase aku 'semput' . . . tapi aku tekad utk capai minimum Average speed 25km. Have to work hard, masa tuu dah drop 23.5km . . . so, masuk jer simpang menuju ke Baling lebih kurang 12km terakhir aku bgtau Yusof " Yusof, ave. drop 23.5km . . .jom kita cuba naikkan balik 25km". . . OK Ly, Jom". Bila dua2 Wan lead kami . . . baru laa ave sp naik semula. Sampai kat rumah Razif lebih kurang jam 09.25am, 'shocking' tak pernah aku ride Sp > Baling bawah 2jam. Aku bagitau Yusof dia epi ajer ha ha ha ! Aku bagitau Wan German max. speed & average speed . . dia jawab "aku tak pakai ODO" ha ha ha, hang sama laa dgn Wan Shahidan dua2 'meter rosak' patut ler 'lari' giler2 he he he. Apa2pun Terima Kasih pd Wan German & Wan Shahidan kerana membantu 'phase' kami pagi ini. Catatan terbaik aku SP > Baling bawah 2jam.


Razif Baling Biker jamu 'sandwich wz salad' & milo panas breakfast utk kami . . alhamudilllah. Semoga dimurahkan rezeki utk anda sekeluarga. Lama jugak kami berbual sementara menunggu hujan reda sedikit (lebihkurang 1jam 10mins) . . . ride ke Betong terpaksa dibatalkan. Mula2 aku nampak 'banyaknyer' sandwich hang jamu kami Razif ! Lepas tuuu, aku sendiri tak sedar brpa set sandwich yg aku makan . . . dua2 plate tuu susut . eeeee buruk nyer makan ! he he he ! Bukan aper Razif, 'fueling' utk balik SP.

Lebih kurang jam 10.4oam kami mula ride balik Baling > SP (masih hujan renyai2). Kali ini Wan Shahidan 'lead' . . . he he he ikut ajer lah ! Pertengahan jalan baru aku teringat . . . alamak, terlupa nak ucap Terima Kasih pd 'orang rumah' hang Razif . . . . aduhhhhh ! Bagi pihak rakan2, kami ucapkan "terima kasih" kpd isteri hang kerana dia telah bersusah payah sediakan breakfast utk kami . . . insyaAllah, turun SP 'call' Abg Ly . . . aku tau, hang niii 'kaki nasi kandar' ha ha ha ! Aku bawa hang pekena Nasi Kandar Makbul kat SP.

Note : Semasa kayuh balik ke rumah, Yusof berkali2 kata "perghh, puas kayuh hari niiii . . . 'tarik maxima' . . .". Terima Kasih sekali lagi pada Wan Shahidan dan Wan German kerana membantu kami baiki 'rekod peribadi' bawah 2jam SP > Baling dan Baling > SP. On the way back, jumpa geng Serdang Kajai & the Geng . . . bual sekejap saja . . . kerana kami kesejukan . . . habis semua kecut he he he ! Epi Cranking my friends !

Ada lagi gambar2 yg dirakam oleh Razif 'just click' Baling Biker to view . . . !

Thursday, January 22, 2009

Charity Ride

Click for Details
My tentative movements :

Date : 25th Jan 2009
Meet : Cinta Sayang
Start : 07.30
Finish : Unkown . . . !
Route : SP > Baling > SP or (maybe to Betong. Thailand) > SP
Dist : 120km ++ 0r 165km (Betong)
Note : MTB on Road Training . . . !
Riders : ramlysp, yusof, wan shahidan & wan german . . .
"Yusof : "dua2 Wan nak join, kita ride terus ke Betong, Thailand ?" > Approx. 165km shja. Ride lepas subuh & balik lewat petang". Solat > Musafir d Masjid Biru Betong, Thailand. Jika cuaca 'terlalu' panas terik, kita ride hingga ke puncak Gunung Inas udahler. Razif Baling Biker jemput kita 'breakfast' kat umah dia . . . he he he alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki, tapi aku dah sms kat dia jgn buat heavy2 . . . nanti muntah kita dibuatnyer !



Date : 30th Jan 2009
Start : Sg Petani by 07.30
Route : SP > A/Star > Kangar
Dist. approx. : 110km

Note : On arrival,lunch at Warung Pak Lang & Mak Lang Kangar (kedai emak Cgu Tan)


Date : 31st Jan 2009 (On completion of Charity Ride > Ride back to SP)
Start : Kangar > A/Star > SP
Dist. approx. : 110km

Aims : MTB on Road Training & Charity Ride.
Tires: Offroad 2.1 > Air Pressure 45psi.
Total Dist. : Sp> Kangar > SP Approx. 250km

Last, But not least : Jika ada kawan2 dari SP nak kirim sumbangan utk Tabung Bantuan Palestine atau ingin mendaftar sebagai peserta tapi tidak hadir utk 'charity ride' aku boleh tolong uruskan. Tapi goodies, hangpa kena tunggu depa pos laaa . . . aku p sehelai sepinggang 'ride kosong' selesa sikit. . . . solat pun pakai kain pelekat surau/masjid jer he he he . . . musafir ! jgn laa hangpa kirim kain baju pulak . . . macam mana aku nak bawa !

Ini ajer 'sumbangan kecil' yg mampu aku hulurkan 'dengan cara sendiri' khusus utk saudara2ku di sana. Semua amal jariah ini aku sedekahkan kpd aruah2 yg berhak ke atas diriku. Amin.

Gong Xi Fa Chai

Wish all our Chinese friends/mtb'ers/roadies a very Happy Chinese New Year and may happiness be always wz you . . . Gong Xi Fa Chai !

Wednesday, January 21, 2009

Sunday, January 18, 2009

Kayuhan 'mesra' Puncak Janing


Date : 18th Jan 2009
Route : Jitra > Kg Perik > Ladang Jati > Puncak Janing > Jitra
Dist : 83.5km
Riders : 10

Aku dgn Yusof sampai Jitra jam 07.05am. Kami turut serta semasa pelepasan 'Kayuhan Mesra', tapi dok kat belakang sekali . . . maklum ler 'hantu' and 'suka-suka ride'. Utk 5km pertama, kami masih di belakang peserta2 lain . . . tapi lama2 aku bgtau Yusof : "Sop . . . tarikkk". Yusof senyum jaa "Jom". Dgn fullsus NRS3 dan offroad tires 2.2 , air pressure 45, . . . kami cuba utk dapatkan waktu terbaik hingga ke CP 2. He he he bunyi tayar basikal aku macam bunyi tayar lori 3 tan bruuuuuutttt . . . . perghhh 'berahi' sungguh, macam enjin turbo kereta aku . . . he he he ! On ur' right . . . on ur right ! Setengah jam lebih dok tunggu kawan2 kat CP2 niii . . . epi jumpa bloggers yg lain . . . . gurausenda . . . mengeratkan persahabatan !

Fat tires kesayanganku . . . for training & endurance ride . . . !

Turun saja dr Bukit Pacak (CP2) kami terus menuju ke Ladang Jati . . . perghhhh 'best giler' climb kat sini . . . solid climb, technical & sweet downhill ! Memang sesuai dia bagi nama kampong niii, Kampong Perik . . . memang 'perit' pun ragaeih (climb) bukit2 kat Ladang Jati niiii . . . meleleh air mazi dibuatnya . . . but i really enjoy and Yusof berkali2 sound kat aku " Ly Best, memang best trek niii " . . . climb pun giler, downhill dia pun giler . . .

Tak ada pics yg aku snap kat kawasan Ladang Jati niii, kerana aku & Yusof 'tengah kemaruk' melayan trek Jati niii . . . . Memang Best Adi, Ai, Comelfz & LonTruth . . . kalu boleh aku & Yusof nak pecut terus ke Puncak Janing . . . ! Alahai . . . marshall tak bagi 'signal' utk pecut !

Masa ride balik pun sama. Kadang2 aku lupa, yg aku guna fullsus wz 2.2 tires . . . . . . Yusof tarik, aku pun tarik . . . Cruising speed kadang2 32 - 37km. Cuaca hari ini pulak, panas lit-lit sepanjang jln dr Puncak Janing ke Jitra . . . air dlm camelbak 2.5 ltrs habeh aku belasah ! Sampai kat Jitra aku lihat Yusof senyum sampai ke telinga tanda puas & enjoy ! Pada rakan2 yg tak dapatkan habiskan XC ride 83km niii . . . jgn laa bersedih & jgn give up ! Pak Cik Mail sound kat aku "hang dgn Yusof kayuh laju sangatttttt, hanpa ghaibbb (lebih kurang 10-20km kat belakang kut) he he he ! Jangan putus asa Pak Mail Cuba lagi . . .

Overall, Ride Hari Ini aku bagi 8/10 . . . . Tahniah ! Perghhhhh ! Kaw- Kaw ! Kawan2 'bloggers' yang "Sehati Sejiwa . . . "!
From Left : ramly sp, adiharriman, (jauh di belakang) Gerek Gunung, Tok Mulu (rupa2nya hang ka Tok Mulu) he he he, Mat Kedah 'makin berisi', maaf lupa nama and ariPerlisPowerMTBClub.

Met Sandra 99Bike Langkawi at Check Point 1 : "1st time ride hand in hand wz her till CP 2 . . . " Kuat Amoi ni kayuh . . . selamber jer dia spin/climb Bukit Pacak (CP2) . . . at last, "ramly, send my best regards to Dean Mak SP. . ." Ohhhh my Dean Mak, where r u my friend ? he he he !Met Mat Kedah while waiting friends at CP 2 : Masa climb kat CP 2 aku bgtau kat Mat Kedah "Kayuh Mat, hang jgn turun dari basikal dan tun-ton basikal tuuu, kalau hang turun aku tak mau ambil gambar hang". Akhirnya Mat Kedah 'work-hard' to climb kat Bkt Pacak nii . . .
Tapi sayang, Mat Kedah tak ikut serta ride dgn kami melalui trek Ladang Jati ke Puncak Janing
. . . hu hu hu !
ariPerlisPowerMTBClub & friends
ariPerlisPowerMTBClub
Cp 2 @ Bukit Pacak !
CP 2: ha ha ha 'skot' apa dah jadi ? . . . . (x mau buat komen nanti jadi isu pulak)
Kami pernah kerja sekali semasa di Pangkalan TLDM Lumut (dulu) . . . . "Bos, jgn ambil gambar aku, tolongggg jgn ambil gambar aku . . . he he he ! Na-per ? Tak per-ca-ya ker ?

Kat CP 2 : Bukit Pacak nii ramai jugak riders yg mudah 'give up' utk climb . . . . ?

Blogger > adiharriman
"adi kenakan aku 83km . . . " - betoi laa adi 83km, fasal aku & Yusof patah balik cari kawan2 kat warung rojak tuuuu . . . . ! Kat Ladang Jati 'adi cuba angkat2 nak rasa NRS 3 aku . . . he he he mak oiiiii, brpa berat beskal ni abg ramly ? ha ha ha "aku rasa ringan jer, tak sampai dua kampit
beras Adi "
hammer d trail !
me & yusof 'buddy'

nick 'jejaka' from Perlis . . . ! Demam2 pun dia sanggup kayuh . . . Tahniah Bro !
p/s
  • TRM - Maaf kerana tidak dapat ikut serta 'ride' bersama anda !
  • Ada cerita 'sedih & pilu' disebalik Kayuhan 'mesra' Puncak Janing nii . . . 'biarlah rahsia' . . . . hu hu hu !
  • Endurance Ride route SP > Baling > SP banyak membantu 'endurance' aku hari ini. Pencapaian peribadi terbaik. Thanks Baling !

Thursday, January 15, 2009

Sun Mountie Ride with KOTRT

Date : 11th Jan 2009
Start : Sg Ara 08.30
Finish : 12.00
Note : 18 riders
Route : Penang Hill : Rocky Garden - Blue House - TNB - Secret Garden - Banana Trail - Rubber Estate Switchbacks - Wooden Bridge


> Dah banyak hari aku cuba utk upload pics utk posting ini, tapi sampai hari niii masih gagal. Mood utk 'write up' kurengggg. . . entah lah ? kawan2 cakap aku dah lama tak buat 'kenduri' fasal tuu dia buat 'hal' - OK. nantilah aku buat "kenduri lebuhraya Baling > Gerik > Baling" dgn juadah 'Gunung Kendurung' utk hangpa ! haaa 'climb/makan' puas2 he he he !
Azmi @ Dato, me and Malek

> Aku pernah bertugas di Penang selama hampir 2 thn . . . dan yg pasti tak semua trail (hingga hari ini) aku terokai . . . semua masih kekal 'green' . . . I luv it !

> Trail ni lebih kurang 13km jer . . . . tapi 'solid climb . . . . . boleh buat tekanan darah naik mendadak . . . tak cukup lubang hidung utk bernafas . . . kalu sapa2 ambil heavy breakfast alamat muntah keluar . . . . aku enjoy climbing & sweet DH memang sioooook habis !

> NRS 3 aku tak pernah 'mengecewakan' . . . . i luv u !

G.i. Jane . . . ?
Blue House . . . ?

Lunch for 'solid climb' : Nasi Bryani, Bawal Goreng & Dalca 'banjir' . . . .

> Click "Sun Mountie Ride wz KOTRT" dan semua pics hari tuuu ada kat sini . . . maaf ler kawan2 . . . !

Saturday, January 10, 2009

Baling Write

Date : 10th Jan 2009
Start : SP 07.42am
Finish : 12.49
Stopping : 44 mins.
Route : Sg Petani > K. Ketil > Baling > SP (100% tarmac)
Dist. (approx.) : 121.9 km
Max. speed : 53.4km
Average speed : SP > Baling > SP 25.7km
Time : SP > Baling 2 hrs 5 mins. Baling > SP 2 hrs 9 mins.
Bike : Scott Scale 40 > off-road tires 2.1 > air pressure 43psi.
Riders: Me, Zaidi (PFK/KED) & Wan German

Pagi ini cuaca 'comey' mendung & 'angin timur' menguji kayuhan pagi ini. Aku berterima kasih pd Zaidi & Wan German kerana sudi utk ride pagi ini. Memang best . . . aim utk average 25km ke atas tercapai walaupun keinginan utk memperbaiki rekod peribadi tidak kesampaian . . . dgn penuh sabar meredah 'angin timur' sepanjang route pergi & balik. Work hard to achieve d average speed . . . he he he 32km, then 34 then 36 then 38/39km 'hammer d trail' !

Aku tengok kayuhan Zaidi pun makin mantap . . . kerana mampu turut serta utk maintain 'cruising speed' 30 km ke atas . . . . zaidi macam tak percaya dgn speed hari ini, kadang2 cruising 35 - 38km . . . he he he ! Kita kena ucap terima kasih pd Wan German ! Dia yg force kita to work hard ! Kudos !

Di Baling aku berjumpa dgn Razif Baling 'macam dah lama kenal" . . . Razif & Jet mai ride kat SP pulak jadi tetamu saya . . . tapi bawa basikal la ! Terima kasih sanggup tunggu kami di Nasi Kandar Ketapang. Maaf Razif, tidak dapat berbual lama (1jam 4 min sahaja) . . . kalau lama2 sangat relax nanti enjin sejuk he he he !

Razif, i ada masalah nak upload pics u kerana size nya besar . . . nanti saya usahakan ! Dah berkali2 cuba nak upload tapi masih gagal ! Maaf akan usahakan besok !

Wednesday, January 07, 2009

Baling Solo Ride

Day/Date : 10th Jan 2009
Meet : Cinta Sayang
Start : 07.30
Finish : Before 13.00
Route : Sg Petani > Baling > SP
Dist. (approx.) : 120km
Bike : Scott Scale 40 > off-road tires 2.1 > air pressure 43psi.
Note : Dah lama tak buat 'long distance ride', sejak balik dari "Samui Solo Ride" hari tuu. Jika tiada aral, Sabtu 10 Jan ini aku ride SP > Baling > SP.

#
Aku amat berharap dapat berjumpa dgn 'razif baling' yg kadang2 naik kat chat box aku. kalau boleh nak jumpa u kat 'Nasi Kandar pokok ketapang ' Sabtu nii dlm kol 9.30am or please acknowledge thru' my email ramlysp@gmail.com . . . . Saya ingin dapatkan sedikit info 'off-road trail' kat Kg Mamali dan Kg Weng . . ! Please !


Ride Against Selsema ?

Pagi nii jam 10.30am sahaja aku ride lewat utk mandi 'cahaya matahari bagi hilang 'kebah' demam selsema . . . dah jemu makan ubat2 tuu, pahit dah mulut aku tp x hilang jugak. So aku kayuh gak utk keluar peluh. Route SP menghala ke Tupah. 5km pertama peluh tak keluar lagi . . . so, aku set utk averave speed 24 atau 25km. Lepas jer traffic light Laguna aku terus tarik & force my body to work-hard ! . . . baru nampak ODO naik sikit2 mula ave. 23 naik lagi 23.5 aku tarik lagi. . . masa tuu speed dah 36/37km . . . eh boleh lagi niii. Aku tekan lagi naik sampai 38km he he he dapat gak average 25.2km . . . sepajang jln ke simpang Tupah aku maintain speed 28/30km utk kekal ave. 25.2km. Baru peluh keluar berketoi2 meleleh kut kepala. Masin . . ! Berhenti kat warung tepi jln menuju ke Tupah. Bual2 kosong . . .

Ride balik melawan arah angin . . . hingga ke simpang 4 traffic light Semeling . . .macam biasa sampai jer kat jambatan tuu aku terus berdiri (jump) kayuh dlm 200m hingga turun jambatan . . . he he he sedap gak tekan 'top gear' niiii dan yg paling best selsema aku hilang entah kemana. Sampai umah jam 1210 tengah panas lit lit. Peluh merecau keluaq mmmmmm best !

Beskal : Scott merah > tayar offroad 2.1 > air pressure 43psi.> Dist. 31km. Max. speed 39.2 average balik 23.2.

Rasa2 Sabtu nii nak buat Solo Ride SP > Baling > Sp. InsyaAllah.