Saturday, January 31, 2009

Week End On Bike

Date : 30th Jan 2009
Start : Sg Petani 07.00
Route : SP > A/Star > Kangar
Dist. approx. : 100km + +

Pagi jam 6.55am mula ride dr rumah ke spg traffic light Tol Sg Lalang. Jam 7.00 aku call Wan "wooi, hang kat mana ?" dia reply "he3, aku kat umah lagi . . . ", Masalah orang tua niii aku bagitau Wan "OK, hang mandi, ambil hadas besar dulu . . . dah tau nak ride dok pi 'usik ibu' buat apa . . . he he he !

Cuaca pagi ini 'comey'. . . mula ride dgn cruising speed 28 > 33km sahaja hingga ke pekan Bedong. Selepas pekan Bedong (10km), 'enjin mula panas' . . . cruising speed naik & maintain 30 > 33km terus ke A/Star. . . bayang wan shahidan tak nampak lagi ! Selalunya 'mamat' ni lari laju, apa ker halnyer pagi niiii . . . slow pulak. 10km sebelum A/Star aku call Wan, lama baru angkat phone "u nai bangggggg ?" macam biasa "he3 aku baru sampai pekan Gurun, hang kat mana ?". "Mak ooiiii awat hang slow pagi niii . . . berapa round hang buat smlm? Wan gelak besar "Ha3 Ly, hang pi dulu".

Dia bagi lampu hijau, dan 'nafsu kayuhan' tengah memuncak. . . aku terus spin hingga Kuala Sungai A/Star. Jam 9.15am berhenti kat warung tepi jln Kuala Sungai/Jerlun 32km lagi ke Kangar. Kalau aku ride terus . . . rasa2 dlm 10.30am dah sampai Kangar. Kenderaan pagi nii pun tak banyak. mmmmmm hampir 1jam 10 mins juga baru aku nampak muka Wan . . . . hai macam niii laa kawan2, sabau ajerlah . . . ha ha ha ! (kadang2 aku pun terbabas juga).

Apa2pun, aku rasa puas kayuhan pagi ini . . . catatan peribadi yg terbaik dgn bantuan 'phase' kawan2. Cuaca kat Kangar panas 'terik' dan yg penting aku dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg Surau Utan Aji Kangar Perlis. Terima Kasih Wan Shahidan.

Route : Kangar > Kuala Kedah > Yan > SP. Google Dist. : 117km


Date : 31st Jan 2009
Start : Kg Surau, Utan Aji Kangar 07.30
Route : Kangar > Kuala Kedah > Yan > SP
Dist. approx. : 110km + +

(maaf ! aku tak dapat join Charity Ride kerana aturcara bermula/tamat agak lewat)
Pagi ini ride balik Kangar > Sp ditemani rakan2 dari TRM MTB Club dari Kangar. ZanKX (Giant XTC Merah), Loso (Giant XTC Biru) dan Wan Shahidan (Giant XTC Hitam) . . . ramly sp (malu lah nak letak pics basikal aku kat sebelah niii, tak setaraf dgn beskal depa he he he) . . . tapi itu ajer yg aku ada . . . alhamdulillah !

Ketiga2 sabahat ini tak payah aku cerita panjang lebar . . . memang taraf 'dewa', baik basikal mahupun kayuhan mereka. Pagi ini aku cuma 'tumpang' spirit dia org to build up strength & endurance.

ZanKX & Loso kali pertama 'teruja' ride ikut route Kangar > SP . . . last2 Wan Shahidan tukar route ikut Kangar > Kuala Kedah > Yan > SP. Alamak aku cukup fobia route niiiii dah 4 kali ride ikut route ini dan 4 kali juga aku 'tewas' dgn wind conditions dari arah laut . . . . aduhhhhh ikut ajerlah !

Cruising speed dgn depa niii macam "cruising speed lori hantu" . . . . semua 30km > ke atas . . . . kalau Wan yang lead, lagi laaa orang tua niii, berdesup macam orang kena 'rasuk' . . . angin tak angin dia henjut sama saja . . . "mak oii, dia makan apa haa, sampai tak tau letih . . .".Orang ka atau 'lori hantu ? "

30km pertama dari Simpang Empat Perlis, average speed kami yg tercatat kat beskal ZanKX 29.7km . . . . "itu baru warm-up" dan kami stop kejap utk breakfast. Video clip kat bawah ni 'menceritakan' segalanya . . . melayang2 aku semasa dok shoot aksi 'warm-up' ini ! Tapi best . . . ! 'Kesakitan semalam' belum pun hilang, dan pagi ini aku rasa 'lebih berahi' dgn kayuhan bersama para 'dewa' ha ha ha !


Selepas sarapan, wan terus lead kami melalui jalan Kuala Sungai ke Kuala Kedah menuju ke Sg Limau Yan Kedah. Dulu aku pernah sebut laluan ini sebagai "Kuala Muda & Yan Triangle" kerana keadaan angin kencang dari arah laut . . . yg 'bisa membunuh' keghairahan kayuhan kita. Dup Dap Dup Dap . . . berdebar melalui laluan ini, alhamdulillah pagi ini angin tak berapa kencang sepanjang jalan ke Yan Besar.

Cuaca panas lit-lit (terik) sepanjang jln ke SP . . . kami stop kejap kat Jambatan Semeling kerana kehausan . . . sebiji 'besau' buah tembikai niii kami belasah . . . at last, sampai jugak SP . . . riding time approx. 4hr + +.

Terima kasih kepada sahabat2 dari TRM MTB Club kerana 'menemani' aku hingga ke SP. Kayuhan hujung minggu yg "amat berahi & memuaskan nafsu" . . . Catatan peribadi aku yg terbaik SP > Kangar > SP. Terima Kasih Daun Keladi . . . kalau boleh, minggu depan 'hangpa mai laa lagi utk SP > Baling > SP. Aku pasti laluan ini dapat "memuaskan nafsu serakah anda semua " ha ha ha !

Ride Fast, Ride Safe

1 comment:

nazirul mubin said...

xtc bro beli mana? bpe harga? sy duk kngar...email sy bro nawirempit@gmail.com