Sunday, January 25, 2009

Breakfast Ride @ Tarik Maxima !

. . . Stress Relief . . ."

Date : 25th Jan 2009
Start : 07.30 > Cinta Sayang
Finish : 12.55
Stopping Time : 1hr 15mins.
Route : SP > Baling > SP
Dist : 119.35km. Ave. Sp: 25.4km. Max: 55.7km. Cal. Burn: 2212.6
Note : MTB on Road Training . . . !
Pic. From Left : ramly sp Offroad 2.1, Razif Baling Biker, Yusof offroad 2.1, Wan shahidan Maxlite & Wan german (tak salah aku 195)

Awal pagi 06.18 Razif Baling Biker sms aku "salam bang li, cuaca d Baling pagi ni hujan renyai2" aku reply "alhamdulillah". Sp masih mendung. Jam 06.45 Yusof dah ada depan umah aku dengan Merida TFS 100 baru beli. He he he Barang Baru, dia enjut siangmalam ! Jam 7.00 mula ride dr umah aku ke JPJ Sp, sampai sana jam 07.20 dah nampak muka Wan Shahidan TRM diikuti dgn Wan German. Dua2 'roadie' ni tak pakai helmet . . . nak kurangkan berat kut ! Biasanya kaki race ni begitulah, tak suka bawa i.e. helmet, sparetube, pump, bawa botol air kecil dll utk mudah sprint. Kalau bocor atau air habis minta kat kawan2 ha ha ha !


Dua2 Wan nii, tak payah aku bagi biodata . . . memang raja pecut & raja bukit. Aku dgn Yusof cuma tumpang 'riding spirit' dia orang . . . bunga2 'pecut' dah nampak apabila 20km pertama ke pekan Kuala Ketil 'clock less than 30mins'. . . tak pernah aku ride mtb 20km within 25 - 30mins . . . erkk ! betul ker jam tangan aku nii ? ?


Selepas jer pekan Kuala Ketil, Wan German mula 'tarik' diikuti Wan Shahidan dan Yusof. Aku kat belakang puas 'kampoi' 2b in d group. At last, jauh jugak depa tinggalkan aku kat belakang . . . berapa dia org 'lari' nii ? Cruising kat ODO aku 33 > 34km, dia orang nii pasang enjin sangkut ker? dahlah angin dr depan 'headwind' dan hujan renyai2 perghhh ! Tiba kat bukit pertama 4km dr Kuala Ketil Wan Shahidan berhenti utk 'pancut kejap' . . . sejuk hujan, baru aku sempat join depa dan cruising sekali hingga ke Pekan Tawar. Kami stop kejap kat Tawar kerana hujan, aku call Razif Baling Biker bagitau dia "Zif, hang jgn naik Gunung Inas lagi, aku rasa cuaca tak mengizinkan . . ." Kami bincang/decide utk terus ke Baling kerana Razif dah buat sarapan utk kami . . . terpaksa jugak redah dlm hujan sejauh 20km.

Angin & hujan buat phase aku 'semput' . . . tapi aku tekad utk capai minimum Average speed 25km. Have to work hard, masa tuu dah drop 23.5km . . . so, masuk jer simpang menuju ke Baling lebih kurang 12km terakhir aku bgtau Yusof " Yusof, ave. drop 23.5km . . .jom kita cuba naikkan balik 25km". . . OK Ly, Jom". Bila dua2 Wan lead kami . . . baru laa ave sp naik semula. Sampai kat rumah Razif lebih kurang jam 09.25am, 'shocking' tak pernah aku ride Sp > Baling bawah 2jam. Aku bagitau Yusof dia epi ajer ha ha ha ! Aku bagitau Wan German max. speed & average speed . . dia jawab "aku tak pakai ODO" ha ha ha, hang sama laa dgn Wan Shahidan dua2 'meter rosak' patut ler 'lari' giler2 he he he. Apa2pun Terima Kasih pd Wan German & Wan Shahidan kerana membantu 'phase' kami pagi ini. Catatan terbaik aku SP > Baling bawah 2jam.


Razif Baling Biker jamu 'sandwich wz salad' & milo panas breakfast utk kami . . alhamudilllah. Semoga dimurahkan rezeki utk anda sekeluarga. Lama jugak kami berbual sementara menunggu hujan reda sedikit (lebihkurang 1jam 10mins) . . . ride ke Betong terpaksa dibatalkan. Mula2 aku nampak 'banyaknyer' sandwich hang jamu kami Razif ! Lepas tuuu, aku sendiri tak sedar brpa set sandwich yg aku makan . . . dua2 plate tuu susut . eeeee buruk nyer makan ! he he he ! Bukan aper Razif, 'fueling' utk balik SP.

Lebih kurang jam 10.4oam kami mula ride balik Baling > SP (masih hujan renyai2). Kali ini Wan Shahidan 'lead' . . . he he he ikut ajer lah ! Pertengahan jalan baru aku teringat . . . alamak, terlupa nak ucap Terima Kasih pd 'orang rumah' hang Razif . . . . aduhhhhh ! Bagi pihak rakan2, kami ucapkan "terima kasih" kpd isteri hang kerana dia telah bersusah payah sediakan breakfast utk kami . . . insyaAllah, turun SP 'call' Abg Ly . . . aku tau, hang niii 'kaki nasi kandar' ha ha ha ! Aku bawa hang pekena Nasi Kandar Makbul kat SP.

Note : Semasa kayuh balik ke rumah, Yusof berkali2 kata "perghh, puas kayuh hari niiii . . . 'tarik maxima' . . .". Terima Kasih sekali lagi pada Wan Shahidan dan Wan German kerana membantu kami baiki 'rekod peribadi' bawah 2jam SP > Baling dan Baling > SP. On the way back, jumpa geng Serdang Kajai & the Geng . . . bual sekejap saja . . . kerana kami kesejukan . . . habis semua kecut he he he ! Epi Cranking my friends !

Ada lagi gambar2 yg dirakam oleh Razif 'just click' Baling Biker to view . . . !

No comments: