Tuesday, December 27, 2011

Betong Ezi Ride 2011

'Betong Ezi Ride 2011" was a 'Fun & Pleasurable" 2 days ride....
Tagline "Lain Jalan ke Betong"


...::: The Route :::...

24th Dec 2011
Day1 : SP - Kuala Ketil - Kupang Gerik Highway - Gerik - Kg Lalang - Nenering - Betong, Thailand

Day 2: Betong - Baling - Parit Panjang - Kuala Ketil - SP

Nota: Terima kasih pd rakan2 yg hadir dan Special Thanks kpd rakan2 support crews & photographers ~ kerjasama & budi baik2 tuan amat dihargai ..... Jumpa Lagi

Epi Cakayan :- )



"...it doesn't matter if you arrived first, second or last ..... hold your head high ..... and feel proud of yourself ..... "

...... ~> More Pictures (click FB)

Wednesday, November 30, 2011

Upcoming Ride ......

Date:
10th Dec 2011

Start/Finish:
Petronas Tmn Ria, Sg Petani

Time :
07.15am

Route :

Petronas Tmn Ria - Sg Lalang - Jeniang - Sik - Kg Memali - Lenggong (Hot Spring) - Kg Lalang - Baling - Sg Petani . . . .

~ 'loop' yg menarik .... prep. for Betong Ezi Ride & MALAKOFF 2011 ~

Distance:
150km+ ...... (google maps)


Riders:
  1. ramly sp
  2. CikguMail SP
  3. Rosman Ramli
  4. Cikgu Saari
  5. Khairul Nizar Ahmad @ Jad
  6. Mohd Rahmat Ali
  7. Kudaliar Ku
Nota:

  1. B'fast kat Jeniang ? .... Sik ?... atau ada cadangan tempat lain ?
  2. Bawa spare tube & tyre and $$$ utk kegunaan sendiri.
  3. ..... jaga2.....nanti ada jemputan kenduri pula he he he !
  4. ............=> Link to FB (click )


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - &&&&&&&& --------------------------

.....::: Betong Ezi Ride 2011 :::......

Date: 24th Dec ...

SP - Kupang Gerik H/way - Gerik - Nenering - Betong, Thailand

Distance :
approx. 150km

Date :
25th Dec 2011
Betong, Thailand to SP

Distance :
approx 90km

Riders:
  1. Ramly Sp
  2. CikguMail Sp
  3. Shariffudin Bin Mohamad - Alor Star
  4. Romzi Ismail
  5. Cgu Din Powerman
  6. Koko Odd
  7. Wan Adie SP
  8. Hj Estima . . . . MCT
  9. Mat Awang
  10. Syawalludin Tajudin
  11. Rosman Ramli
  12. Mait Apit Musa
  13. Ahmad Mohd Noor
  14. Hisyam Fitri Ismail
  15. PMA - Penang Mountain Bike Association
  16. PMA -
  17. PMA -
  18. PMA -
  19. PMA -
  20. PMA -
  21. Ahmad Fauzi Shaari - Pusat Kokurikulum Penang
  22. Haizul Azzuan Nordin - Pusat Kokurikulum Penang
  23. Khairil Azmer Shaari & amet - RCT
  24. Pak Uda - RCT
  25. M Johari b Raslil aka Mat Joe - RCT
Nota Penting :
  1. Pagi Jumaat 9hb Dis saya & CikguMail SP akan ke Betong utk uruskan penginapan.
  2. Kami cuba bajet dlm RM 50.00 shja.....harap masih ada penginapan 24/25 Dis ini.
  3. Sila beri pengesahan (Hadir @ Tidak Hadir) selewat2nya esok 8hb Dis sebelum jam 6 petang ....kalau dah tempah bilik, Consider SOLD... dan nama yg tercatat di atas perlu buat bayaran semula kpd kami.
  4. Maklum balas segera dari tuan2 amat dihargai.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - &&&&&&&& --------------------------

...::: MALAKOFF 2011/2012 :::...Date: 31st Dec 2011 - 1st Jan 2012

( click )


Riders:
  1. CikguMail Sp
  2. Ramly Sp
  3. Saari Saad
  4. Hisham Fitri
  5. Romzi Ismail
  6. Mohd Hikmi
  7. Rozali Salleh
  8. Wan Syuhadi Wan Saad
  9. Mohamad Fadil Abdul Shukor
  10. Mohd Puad Hj. Mansor
  11. Mohd Nazarul
  12. Mohd Hafiez (mat apit)
  13. Azizan Ariffin
  14. Mohd Nizam
Day 1 : 31 December 2011 (70km)
6.00am : Open of registration lines & collection of rider plate. Check-in COMPULSORY!
6.45am : Arrival of VIP and ride briefing
7.00am : Flag off by VIP.
11.00am : Collection of rider plates for riders not cycling on Day 1.
11.00am : Arrival of cyclists at finishing line. Check-out COMPULSORY.
12.00pm : Arrival of Sweepers/Last check-out
12 noon : Briefing of the next day's ride, Lunch, lucky draw and mock-cheque presentation

End of Day 1

Day 2 : 1 Jan 2012 (180km)

6.00am : Open of registration lines & collection of rider plates. Check-in COMPULSORY!

6.45am : Arrival of VIP and ride briefing

7.00am : Flag off by VIP.

2.30pm : Arrival of first wave of riders. Check-out COMPULSORY !

3.30pm : Last check out of riders. Check-out COMPULSORY !

Tuesday, November 08, 2011

Kayuhan Amal Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan

Tarikh: 19hb November 2011
Tayar Golek : 8.00 pagi
Mula/Tamat: Perwaja Gurun
Tempat Berkumpul: Kawasan letak kereta/Medan selera Perwaja Gurun
Laluan: Perwaja Gurun - Guar - Yan - Sg Dedap, Yan Kedah
Jarak : lebih kurang 40km sahaja pergi/balik

Nota:

1. Tujuan Kayuhan Amal ini adalah utk menyerahkan (Baki Sumbangan) perubatan sebanyak RM 3,418.00 kepada Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan.

2. Maklumat lanjut (Baki Sumbangan) Click link below.............................~>
http://ramlydirtcorner.blogspot.com/2011/10/innalillahiwainnailaihirojiun.html

3. Ayah kepada Allahyarham Adik Nur Azreen Damia iaitu EN Mohd Zahir menolak sumbangan ini dan meminta kami memberi sumbangan ini kepada mereka2 yg memerlukan utk tujuan perubatan ....... Masya'Allah mulianya hati insan ini (Mohd Zahir).

4. Pihak kami mohon maaf di atas kelewatan penyerahan sumbangan kerana terpaksa mencari/mengenal pasti individu/penerima baru yg benar2 memerlukan bantuan.

5. Kami menjemput semua rakan2 cyclist yg berhampiran dan berkelapangan utk bersama kami dlm "Kayuhan Amal Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan" pada 19hb Nov nanti.

6. Tiada Yuran Penyertaan dikenakan (FOC).

7. Mohon hebahkan kayuhan ini kepada sahabat2 yang berkelapangan. Mudah-mudahan usaha kita ini diberkati Allah swt.

..... ::: Sedikit maklumat mengenai penerima sumbangan ::: ......
..::: Quote :::.....
From: Mohd Yakup Toni
Date: 2011/11/4
Subject: Lawatan Ke Rumah Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan ( 2 bulan)

1. Tempat tinggal Kpg Pisang, Sungai Dedap, Yan, Kedah.

2. Nama ayah Nor Azirwan B Saad ( Buruh), Nama ibu Nuraini Bt Salleh( Surirumah)

3. Sejak lahir Adik Nuraina dikesan menghidapi jangkitan kuman pada paru-paru, setelah berada di hospital selama 36 hari, adik Nuraina, telah dapat melaluinya rawatan tersebut dengan jayanya tetapi para doktor mengesyaki pula adik Nuraina menghidapi satu lagi penyakit iaitu penyakit jantung berlubang. Untuk mengetahui secara lanjutnya doktor Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star memajukan pemeriksaan dijalankan di IJN Kuala Lumpur. Hasil imbasan x-ray yang dilakukan oleh pakar jantung IJN, maka dapatlah diketahui bahawa adik Nuraina disahkan memiliki 3 lubang pada bahagian jantungnya yang menyebabkan kesukarannya untuk bernafas.

4. Pada 13.09.2011, adik Nuraina telah menjalankan pembedahan pertama untuk mengurangkan rembesan darah yang masuk melalui pangkal jantung akibat dua lubang di bahagian atas jantungnya.

5. Sejak dari tarikh tersebut, adik Nuraina telah 2 kali menjalani rawatan susulan ke IJN.

6. Adik Nuraina disyorkan oleh doktor untuk minum susu Pre-Nan (RM57) satu tin. Ayah adik Nuraina yang hanya bekerja sebagai buruh dan kadang mengambil upah bekerja dibendang Sn beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Beliau amat memerlukan bantuan untuk kos rawatan susulan dan pemeriksaan kesihatan anaknya dari masa ke semasa.

7. Pembedahan susulan untuk memperbaiki injap jantung Adik Nuraina Adila (lubang ketiga berada di bawah Injap jantung) dijangka pada 6hb Januari 2012.

...::: Unquote :::.....

Monday, October 17, 2011

"Innalillahiwainnailaihirojiun"


"KAYUHAN AMAL UNTUK ADIK NUR AZREEN DIBATALKAN"

Rujuk : (click) http://www.facebook.com/event.php?eid=122325551206661

Dimaklumkana bahawa Kayuhan Amal yang sepatutnya diadakan pada 22 OKT 2011 (Sabtu) DIBATALKAN.. Dukacita dimaklumkan bahawa Adik Nur Azreen Damia telah kembali ke Rahmatullah pada hari RABU (12 Okt 2011) yang lalu, jam 11.30 malam di Hospital Yan.

Pihak ADMIN baru sahaja mendapat berita itu pada jam 9.30 pagi tadi..Walau bagaimanapun Ismail Sp, Ramly Sp, Puad Waksa dan Fuad Iguano Telentang telah berkunjung ke rumah Allahyarhamah Adik Nu Azreen jam 5.00 petang tadi bagi menghulurkan sedikit sumbangan saguhati sebanyak RM500.00 shja.

Jumlah terkumpul kutipan yang disumbangkan oleh beberapa Kelab Basikal adalah sebanyak RM3,918.00 ..... Bakinya masih ada sebanyak RM3,418.00

Pihak ADMIN berharap agar mana-mana rider yang mempunyai maklumat berkaitan dengan mereka yang memerlukan sumbangan (khusus bagi penyakit kritikal dan dari keluarga miskin) dapat menghubungi pihak ADMIN untuk bermuzakarah bagi menyampaikan sumbangan tersebut melalui Kayuhan Amal....

Semoga sumbangan dan niat ikhlas tuan-tuan dan puan-puan membantu adik Nur Azreen akan dikira sebagai amala jariah dan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.." Unquote.

Jutaan Terima Kasih kpd rakan2 cyclist yg sama2 menggerakan xtvt ini :

~> Sg Petani Cycling Club @ SPCC
~> RCT dari Gurun @ http://rctonline.blogspot.com/
~> Perwaja MTB Club dari Gurun @ http://perwajamtbclub.blogspot.com/
~> Gerek Baru dari Jitra @ http://gerekbaru.blogspot.com/
~> BalPacc dari Penang
~> "Northern Livinian"
~> LM Bikers Alor Star
~> You Bike Alor Star
~> Kona Ting and frenz Alor Star
~> Khaw Eng Soon and frenz Alor
~> Tai Eng Seng & Frenz Alor Star
~> MKH Le Tua
~> Kepala Batas Cycling Club @ KBCC http://teamkbcc.blogspot.com/
~> En Megat Halim & Frenz
~> En Roslan Esso Jln Cinta Sayang, Sg Petani,
~> Perlis MTB Club
~> TRM, Kangar Perlis
dan semua individu yg terlibat dlm menggerakan xtvt ini......

p/s:

~> Semua rakan2 bersemangat utk kayuhan dan ziarah pd hari Sabtu ini....tapi kita cuma dapat merancang, tapi ALLAH swt yg menentukan.....

~> Berakhirlah penderitaan Adik Nur Azreen yang ditanggungnya sejak dilahirkan.

~> Ternyata ALLAH swt lebih mengasihinya.......

Monday, October 03, 2011

Kayuhan Amal Adik Nur Azreen

Tarikh :
22hb Oktober 2011

Mula/Tamat :
Titi Semeling, Sg Petani, Kedah

Laluan (klik) :
Titi Semeling - Kg Bujang - Kg Sg Gelam - Kg Sg Pial - Merbok - Titi Semeling

Jarak : 50km sahaja

Aturcara Sabtu 22hb Okt :
  • 07.30 pagi - Berkumpul di Kawasan Letak kereta Titi Semeling,
  • 07.45 pagi - Taklimat & Doa
  • 08.00 pagi - Pelepasan
  • 09.00 pagi - JMT rumah Adik Nur Azreen. Penyerahan sumbangan derma utk Tabung Perubatan Adik Nur Azreen.
  • 09.45 pagi - Bergerak ke Merbok
  • 10.30 pagi - Minum Pagi di Kawasan Rekreasi Tupah
  • 11.30 pagi - Bergerak pulang . . .
  • 12.00 t/hari - Tamat
Nota:
  • Kami masih memerlukan tenaga sukarela (marshal) utk mengawal pergerakan dan tenaga kerja utk persiapan minuman pagi di Tupah.
  • Kami juga masih mengalukan sumbangan dan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari Sabtu 22hb Oktober ini sebagai tanda sokongan moral kpd keluarga Adik Nur Azreen.
InsyaAllah.....
"Semoga semua yg terlibat dalam Amal Jariah ini mendapat keredhaan
dan ganjaran dari ALLAH swt"

Klik FB :
Kayuhan Amal Adik Nur Azreen

Tuesday, September 27, 2011

Kayuhan Amal Adik Nur Azreen

Setelah berbincang dgn rakan2 SPCC i.e. Ismail SP, En Fuad RCT aka Iguano Telentang, Zailani Zain (Perwaja MTB Club) . . .

~ berikut kami selaraskan xtvt Kayuhan Road & Offroad Bulan Oktober 2011 untuk mengisi Tabung Adik Nur Azreen ~

"Road Ride MTB/RB"
  • "KAYUHAN PENDIDIKAN (PSKPPK) NEGERI KEDAH 2011" -
  • Tarikh : 01 Okt. (Sabtu)
  • Masa : 7.00 pagi (Pendaftaran)
  • Tayar Golek: 07.50 pagi - oleh Pengarah Pelajaran Kedah
  • Tempat : SMK Dulang Yan, Kedah
"Kayuhan Sejahtera Kedah (KSK) 2011" - Offroad
"OFFROAD 30km+ sahaja"
  • Tarikh: 7hb Okt (Jumaat)
  • Tempat: Perwaja Gurun
  • Tayar Golek: 07.30 pagi . . .
  • Tuan Rumah: Perwaja MTB Club
"Road Ride - Kedah/Perlis" - SPCC
  • Tarikh: 15hb Okt (Sabtu)
  • Tempat berkumpul: Stadium Suka Menanti, Alor Star
  • Tayar Golek: 07.30 pagi
  • Klik "EVENT"
"Kayuhan Amal Adik Azreen" - utk penyerahan sumbangan dirancang pada 22hb Oktober. Lokasi utk berkumpul i.e. Titi Semeling atau Jam Besar Sg Petani akan diputuskan. Kayuhan 'konvoi' bermula dari Sg Petani melalui Kg Bujang, Batu Hampar dan Singkir.

Maklumat lain aturcara akan dikemaskini.

Nota:

~ SPCC/RCT/Perwaja MTB Club - Kesempatan ini, kami mohon utk membuat kutipan derma bagi mengisi Tabung Perubatan Adik Nur Azreen yg telah kami wawarkan sebelum ini.

~ Kutipan derma akan dilakukan pada hari xtvt dijalankan i.e 1hb Okt di SKM Dulang, 7hb Okt di Perwaja MTB Club, 15hb Okt Kayuhan Kedah/Perlis. ( Click FB )

~ Semoga sumbangan ikhlas dari tuan2/puan2 semua mendapat keberkatan & keredhaan dari ALLAH s.w.t.

~ Kehadiran, Kerjasama dan sumbangan ikhlas daripada rakan2 amat kami hargai.

~ Mohon hebahkan maklumat ini.


Gambar2 di atas adalah yg terkini kami perolehi ketika ziarah baru-baru ini"

"Cut & Paste" info Adik Azreen yg saya perolehi dari seorang rakan.
Quote . . ."Cut & Paste" info Adik Azreen yg saya perolehi dari seorang rakan. "Saya menghantar email ini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang penderitaan yang di alami oleh anak kecil, Nur Azreen Damia’ bte Mohd Zahir, berusia lebih kurang 3 bulan. Dilahirkan pada 17 Jun 2010, Anak bongsu dari 4 beradik. Bapanya Mohd Zahir bekerja sebagai pemandu lori sementara ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Tinggal di Kg Singkir Darat, Daerah Yan Kedah, lebih kurang 35km dari Bandar Sg Petani. 5 km lepas pekan Merbok menghala ke arah Tg Dawai.

Anak kecil ini dilahirkan dengan sedikit kelainan dari anak-anak lain yang sebaya dengannya. Saluran untuk membuang air kecil tersembul keluar. Bahagian isi yang berwarna merah jelas kelihatan bila ditunjuk oleh ibunya.

Saluran untuk membuang air besar secara normal tidak ada, doktor terpaksa membuka saluran di bahagian usus perut dan disambungkan ke bag pelastik untuk tujuan membuang air besar.

Tapak kaki dan jari kaki sebelah kiri anak ini agak kecil dan memerlukan rawatan lanjutan oleh pakar perubatan.

Tulang belakangnya juga tidak normal dan memerlukan rawatan lanjutan dari pihak doktor.

Subhanallah…. Dalam usia yang semuda ini, Nazreen terpaksa melalui pelbagai penderitaan. Beliau perlu di bawa oleh ibu dan bapa untuk bertemu doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan Hospital Besar Pulau Pinang setiap bulan.

Namun dalam keadaannya yang serba kekurangan, anak kecil Nur Nazreen ini mudah mesra dengan pelawat-pelawat yang datang menziarahi beliau. Matanya yang bulat dan sudah pandai tersenyum apabila diágah seolah-olah memberi tafsiran bahawa beliau ingin berkomunikasi dengan mereka-mereka yang melawatnya.

Anak kecil ini memerlukan penjagaan rapi oleh ibunya. Pampers pakai buang, bag plastic untuk tujuan membuang air besar, susu, ubat-ubatan dan kos perjalanan pergi balik ke hospital adalah antara perbelanjaan tinggi yang perlu ditanggung oleh bapanya, Mohd Zahir, selain dari kos saraan hidup untuk ketiga anak-anak yang lain.

Jesteru, saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang perihatin dan bersimpati dengan anak kecil Nazreen Damia’ ini , supaya dapat membantu meringankan penderitaannya. Sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk menampung pembelian pampers, bag plastic , susu, ubat dan kos perjalanan ke hospital setiap bulan sedikit sebanyak, insyaallah dapat membantu meringankan penderitaan anak kecil ini.

Akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nur Azreen Damia’ dan ibunya Azhana bte Abdullah telah diwujudkan oleh mereka-mereka yang lebih awal perihatin untuk membantu Nur Azreen.

No Akauan : 02191-41-00002398-4. Sudah 1 bulan akaun dibuka, namun jumlah terkumpul buat masa sekarang adalah terlalu kecil untuk membantu Puan Azahana dan En Mohd Zahir memberi penjagaan rapi untuk anak kecil Nur Azreen ini.

Marilah kita bersama-sama, menghulurkan bantuan ikhlas untuk meringankan penderitaan
keluarga ini, khususnya Nur Azreen. Saya berkongsi gambar-gambar Nur Azreen dengan persetujuan ibunya untuk tatapan sahabat-sahabat, supaya dapat dibayangkan keadaan nya.

Kepada yang ingin berita lanjut berkenaan Nur Azreen, sila hubungi bapanya Mohd Zahir (atau lebih dikenali sebagai Awang, bawa lori) di talian 0195534097 . Kepada yang ingin menziarah sendiri keluarga ini, alamat nya F549 Kg Singkir Genting, 08110. Kg Singkir Darat terletak lebih kurang 35km dari pekan SG Petani, dalam perjalanan menghala ke Tg Dawai.

Selepas sampai pekan Merbuk, jaraknya lebih kurang 5 km dari rumah En Mohd Zahir ke arah simpang ke Yan. Anda akan berjumpa dengan Masjid dan Sekolah Kebangsaan Singkir di sebelah kiri sebelum simpang ke kanan ke rumahnya (200m dari sekolah) . Jarak rumahnya dari simpang jalan besar ke Yan adalah lebih kurang 500m.


Insyaallah, marilah sama-sama kita membantu anak ini dan mohon dipanjangkan berita ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Mudah-mudahan usaha kita ini diberkati Allah swt.
Unquote"


"Semoga, semua yg terlibat dalam Amal Jariah ini mendapat ganjaran dari ALLAH s.w.t"

InsyaAllah . . .

Click ~> (FB)

Wednesday, September 21, 2011

Gulau 'Fun' Ride

Date: 18th Sep 2011
Distance: approx. 159km


~ 30 riders ~
Nota:
  • Kayuhan Mula : SP - Gurun - Jeniang - Sik - Beris - Gulau . . . cuaca panas terik.
KudaLiar & Jad "nak balik kaaa nak kayuh, nak balik kaa nak kayuh"
~ $^#I^% ~


Sik to Beris . . . panas terik !

  • Kayuhan Balik 11.40 pagi : pada awalnya cuaca mendung sekali-sekala renyai-renyai. Bermula dari Gulau - Beris - Sik. Selepas Sik kami 'bertarung dengan angin kuat' approx sejauh 30km+. Banyak tenaga hilang . . . Average speed drop.....pacing, ada ketika sukar utk maintain 20 -25km . . . Tiba Gurun hujan lebat....'lokoih' :-)

Moral :
  • Kita hanya merancang. Kadang2 kita jangkakan kayuhan route SP -Gulau ini boleh 'beres' sebelum jam 2 atau 3 ptg, tapi tiap laluan ada cabaran di luar jangkaan i.e. panas terik luar biasa, human and mechanical problems, tayar pancit, rider 'pancit' dan angin kuat. Semua ini menguji kekuatan fizikal & mental rakan2.
. . . Semangat Setia Kawan . . .

  • Nak maintain speed 20 -25km pun 'jenuh kampoi'... DH terhoyong-hayang di tiup angin kuat....dan hujan lebat di Gurun . . . semua 'kuasa alam' ini tidak dapat di elak . . . so, be prepared . . . . Sunshine or in the rain he he he !
  • Laluan ini memang 'menarik' dan boleh buat satu 'loop' Gulau ke Baling. Buat masa sekarang laluan Gulau ke Kg Landai ada 'road construction'.....tak siap lagi. Bila siap nanti memang 'cun' Loop ini :-)
  • Gulau Ride . . . . 'drink more water'' . . . . if not, u will 'koyak' . . . tenkiu pd rakan2 yg ikut serta . . . dan pada rakan2 yg membantu/rescue rakan yg kayuhan mereka 'tidak menjadi' . . . no worries boleh repeat lain kali . . . kalau mau laaa he he he !
  • Bravooooooo ~ see u again !

19th & 21st Sept . . . "Conditioning Ride"

Conditioning ~> 25 ~> 30 ~> 35 ~> Slow & Ezi :-)


~ if u believe in ur'self, things are possible ~
P/S :
  • Sat. 24th Sept '11 ~ Preparing for another 'long and torturing ride'. Hope, will Survive :-)

Wednesday, August 24, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam hormat pada rakan2 bloggers, pengunjung2 blog, kenalan dan sahabat handai
muslimin & muslimat yang dirahmati Allah swt.

Sempena Aidil Fitri yg bakal tiba, saya Ramly bin Hj Abdullah @ Ramly SP dengan rendah diri
Mohon Maaf Zahir Batin di atas mana2 kesilapan, kesalahan, gurau-senda serta lisan yg 
tak terjaga atau yg terguris dihati antara sedar atau tidak .......

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan
yg terbaik bagi kita.


~ Insya'Allah ~

Sunday, August 14, 2011

Kadang-kadang kita terlupa anakku . . .

. . . . sikap suka menunjuk-nunjuk (riak) adalah antara sifat Mazmumah (Terkeji) yang perlu dielakkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Huraian:

  • Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
  • Sebaliknya riak pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
  • Perbuatan riak (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
  • Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
  • Riak perbuatan yang tersembunyi di dalam hati, perasaan dan peribadi seseorang dengan niat dan tujuan tertentu. Orang yang gemar mengamalkan riak, hidup dan jiwanya penuh dengan kebohongan dan kepalsuan semata-mata. Ini kerana ia bertujuan untuk mengharapkan pujian, sanjungan dan penghormatan daripada orang lain.
  • Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : "Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Meminta Simpati Hadis no. 6018).
  • Seseorang yang riak juga selalu mengikut hawa nafsu. Biasanya nafsu banyak menggoda dan mempengaruhi perasaan dan jiwa manusia untuk melakukan sesuatu kejahatan.
  • Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah." (Surah Sad, ayat 26).
  • Manusia pada hakikatnya adalah makhluk Allah yang tidak layak untuk melahirkan perasaan bangga diri, megah dan takbur. Allah mengancam dan memberi amaran keras terhadap hamba-Nya yang melakukan riak dalam kehidupannya.
  • Allah mengutuk dan melaknat orang yang melakukan ibadat yang disertakan dengan sifat riak. Selain menghapuskan segala amal kebajikan, sifat riak akan menghalang seseorang daripada mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat.
  • . . . . anakku, lakukan sesuatu perkara itu dengan tulus ikhlas utk beroleh keredhaan dan rahmat dari ALLAH s.w.t.

Monday, August 08, 2011

Kadang-kadang kita terlupa Anakku . . .

Sharing . . . ."Quote . . . .
  • When I was 4 Yrs Old: My father is THE BEST

Conclusion:
  • Note that it took 56 yrs to complete the cycle & return to the starting point "My father is THE BEST "
  • Let's be good to our parents before it's too late. . .
  • Pray to Allah that our own children will treat us even better than the way we treated our parents.
Sharing . . . .Unquote"

Monday, August 01, 2011

Last Kopek B4 Ramadhan

Date : 23rd Jul 2011
Start/Finish : R & R Perah, Gerik Perak


Route/Profile : Gerik - Banding - Banjaran Titiwangsa @ Ice Cream

~ Antara rakan2 yg turut serta dari Manjung, Perak (MCT), Penang, Alor Star,
Kulim, Parit Buntar & Sg Petani ~

~ Tahun lepas ada yg kata: "perghhh, aku tak mau mai dah naik Banjaran nii, tapi tahun ini Makin Ramai yg hadir" . . . muka yg sama pulak tuuu he he he.

Keluhan pada tahun ini pun sama juga: "Aku Tak Mau Mai Dah"
dan kita tunggu tahun depan . . . .


B4 The Ride

From Manjung Cycling Club @ MCT

Papa Danish, "Kak Ros" and the gang from Penang

Kali ke -3 kayuhan laluan ke Banjaran Titiwangsa dan kali ke -4 ke Banding. Setiap tahun sejak balik ke Sg Petani August 2007 . . . laluan Kupang Gerik Highway, Banding, Banjaran Titiwangsa, Felda Nenering dan Betong, Thailand jadi 'favourite route'. Disini juga terdapat 160km+ 'killer loop'. . . dua kali ride route ini, dua kali aku 'kong' he he he !

Kayuhan 'Last Kopek B4 Ramadhan II' jarak 136km adalah xtvt tahun ke-2. Kayuhan bermula dari R & R Perak, Gerik.

First stage - 20km+ 'rolling' . . . dan climbs bermula selepas 20km. Jarak 66km+ climbing ini sekadar 'biasa sahaja' bagi 'good rider' . . . utk beginner memang 'menyakitkan'. Aims adalah utk mengajak rakan2 'beginners' merasa 'nikmat' berbasikal/mendaki Banjaran Banding & Titiwangsa. . . 'nikmat & kepuasan' mendaki yg tidak boleh dibeli dgn wang ringgit he he he.

Sepanjang kayuhan ke Puncak Banjaran Banding dan Titiwangsa aku cuma berhenti sekali utk buang 'air kecil' di Jeti Merin Banding. Meneruskan kayuhan terus ke Puncak Titiwangsa. Climbs yg tak henti-henti . . . and the last 10km ke puncak memang 'kaw-kaw'.

Pengalaman yg lepas banyak membantu kayuhan kali ini. Relaxed dan buat kayuhan mengikut 'effort pace' yg kita mampu . . . tak perlu 'henjut' tak tentu hala. Adakala mampu laju dan adakala kelajuan menurun mengikut 'terrain'. Bertenaga kayuhan kali ini kerana mendapat rentak kayuhan yg baik hingga ke puncak. Selesa dan mudah 'tackle long climbs'.

Pencapain peribad terbaik 'mendaki' tanpa henti hingga ke puncak. Air dua botol mampu bertahan hingga ke puncak. Tahun lepas dgn cuaca panas 'berbotol=botol' aku 'langgah' he he he ! Mungkin dgn sedikit latihan membantu pendakian kali ini. Memang 'enjoy' ..... :-)

Kalau tak ada minat atau 'passion' memang 'meluat' dgn 'long climbs' tak habis-habis . . . terutama kayuhan balik dari Banding-Gerik. . . . 10km climbs pertama selepas Petronas Banding - Gerik ramai 'yg tersungkur'. . . dan ada yg bergayut pada lori kerana 'letih' mendaki he he he ! (insiden ini di rakam dr jarak jauh . . . . sure you will feel sorry for yourself). Antara rakan2 yg turut serta . . .:

Najah CSK


Haji Saad @ GMCC


Hj Zul Manjung Perak @ MCT

Khairul Nizar @ Jat


Zailani Perwaja MTB Club


BrieSP


Shariffudin Bin Mohamad @ Din Toyota


Papa Danish and Frenz from Penang


Cgu Fisol Alor Star


L: Mat Apit, Koko ODD and Frenz from Kulim


L: Halim Perwaja MTB Club, Zul 9W2UCC and Roslan Mobil


Din Pulau


Roslan Mobil


Di Puncak Banjaran Titiwangsa
Thumbs Up
More Pic :
  • 31st Jul "Last 90km+ Fun Ride" (click)
Note:
  • Bed time reading . . . click "Climb Like A Champion" . . . Stay Relaxed & Focus, Find ur Rhythm, Fuel Up, Have Fun, smile and enjoy ur day on Bike :=)
  • Terima kasih kpd semua rakan2 yg turut serta, terima kasih yg tidak terhingga kpd rakan2 'support crew/car' yg sanggup korbankan cuti hujung minggu bersama kami dari mula hingga akhir . . . dan tidak lupa kpd Tuan Haji Din @ Estima yg hadir walaupun tidak sihat dan bertindak sebagai 'photograper' ....dengan gambar2 yg menarik dari Haji memori Last Kopek ini lebih bermakna utk dikenang ....... Bravo Zulu :-)
  • Khas utk rakan2 cyclist dan pengunjung Blog saya (dan Cgu Maezan) . . .muslimin & muslimat mukminin & mukminat......Saya mengucapkan "Selamat menjalankan ibadah Puasa di Bulan Ramadhan ini . . . dan berdoa agar Puasa kita diterima Allah swt ......amin.
  • Sempena bulan Ramadhan, saya 'berehat sebulan' dari aktiviti berbasikal.
  • Jika umur panjang ~ insyaAllah jumpa lagi selepas Raya nanti . . . !