Tuesday, November 08, 2011

Kayuhan Amal Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan

Tarikh: 19hb November 2011
Tayar Golek : 8.00 pagi
Mula/Tamat: Perwaja Gurun
Tempat Berkumpul: Kawasan letak kereta/Medan selera Perwaja Gurun
Laluan: Perwaja Gurun - Guar - Yan - Sg Dedap, Yan Kedah
Jarak : lebih kurang 40km sahaja pergi/balik

Nota:

1. Tujuan Kayuhan Amal ini adalah utk menyerahkan (Baki Sumbangan) perubatan sebanyak RM 3,418.00 kepada Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan.

2. Maklumat lanjut (Baki Sumbangan) Click link below.............................~>
http://ramlydirtcorner.blogspot.com/2011/10/innalillahiwainnailaihirojiun.html

3. Ayah kepada Allahyarham Adik Nur Azreen Damia iaitu EN Mohd Zahir menolak sumbangan ini dan meminta kami memberi sumbangan ini kepada mereka2 yg memerlukan utk tujuan perubatan ....... Masya'Allah mulianya hati insan ini (Mohd Zahir).

4. Pihak kami mohon maaf di atas kelewatan penyerahan sumbangan kerana terpaksa mencari/mengenal pasti individu/penerima baru yg benar2 memerlukan bantuan.

5. Kami menjemput semua rakan2 cyclist yg berhampiran dan berkelapangan utk bersama kami dlm "Kayuhan Amal Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan" pada 19hb Nov nanti.

6. Tiada Yuran Penyertaan dikenakan (FOC).

7. Mohon hebahkan kayuhan ini kepada sahabat2 yang berkelapangan. Mudah-mudahan usaha kita ini diberkati Allah swt.

..... ::: Sedikit maklumat mengenai penerima sumbangan ::: ......
..::: Quote :::.....
From: Mohd Yakup Toni
Date: 2011/11/4
Subject: Lawatan Ke Rumah Adik Nuraina Adila Bt Nor Azirwan ( 2 bulan)

1. Tempat tinggal Kpg Pisang, Sungai Dedap, Yan, Kedah.

2. Nama ayah Nor Azirwan B Saad ( Buruh), Nama ibu Nuraini Bt Salleh( Surirumah)

3. Sejak lahir Adik Nuraina dikesan menghidapi jangkitan kuman pada paru-paru, setelah berada di hospital selama 36 hari, adik Nuraina, telah dapat melaluinya rawatan tersebut dengan jayanya tetapi para doktor mengesyaki pula adik Nuraina menghidapi satu lagi penyakit iaitu penyakit jantung berlubang. Untuk mengetahui secara lanjutnya doktor Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star memajukan pemeriksaan dijalankan di IJN Kuala Lumpur. Hasil imbasan x-ray yang dilakukan oleh pakar jantung IJN, maka dapatlah diketahui bahawa adik Nuraina disahkan memiliki 3 lubang pada bahagian jantungnya yang menyebabkan kesukarannya untuk bernafas.

4. Pada 13.09.2011, adik Nuraina telah menjalankan pembedahan pertama untuk mengurangkan rembesan darah yang masuk melalui pangkal jantung akibat dua lubang di bahagian atas jantungnya.

5. Sejak dari tarikh tersebut, adik Nuraina telah 2 kali menjalani rawatan susulan ke IJN.

6. Adik Nuraina disyorkan oleh doktor untuk minum susu Pre-Nan (RM57) satu tin. Ayah adik Nuraina yang hanya bekerja sebagai buruh dan kadang mengambil upah bekerja dibendang Sn beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Beliau amat memerlukan bantuan untuk kos rawatan susulan dan pemeriksaan kesihatan anaknya dari masa ke semasa.

7. Pembedahan susulan untuk memperbaiki injap jantung Adik Nuraina Adila (lubang ketiga berada di bawah Injap jantung) dijangka pada 6hb Januari 2012.

...::: Unquote :::.....

No comments: