Tuesday, October 28, 2008

ABC Ride

Tarikh : Isnin 27th Okt
Tempat : Cinta Sayang, SP
Mula : 08.00 am
Tamat : 10.30 am
Route : DG > Aman Jaya > Tmn Kelisa
Dist. (approx.) : 35km .
Riders : ramlysp, roslan mobil, yusof, wan shahidan, pak mail, said, nizam, md noh, Tommy, Razi dan Razak.

Selepas 3 hari tak ride dok layan anak2 camping, baru ari nii jumpa kawan2 semula . . . wan shahidan dr Perlis dari semalam dah sms tanya aku "woi ! esok ride mana ?" ha ha ha dia nii tak tau penat kaa "malam ride", siang ride !

Tak banyak gambar aku snap kali ini, kerana nak 'enjoy' offroad/descents. Tapi hari ini, roslan yg paling teruk jatuh berguling-guling semasa DH dari DG Tower . . . . trail nii penuh dgn batu2 halus brake pun dia akan drift jugak . . . . semasa aku baru turun DH ikut mereka . . . beberapa riders lain dah berlonggok kat tepi longkang besar keluasan (approx) 6 kaki dalam dan 5 kaki lebar . . . air cetek ! Astagfirullah . . . roslan mobil dah terperosok dlm longkang besar bersama dgn stumpjumper fullsus nyer ?. . . dlm hati "Ya Allah . . . DH terus masuk dlm longkang ker ? Impak pasti kuat ?

Tapi, alhamdulillah ! roslan sempat brake dan jatuhkan badannya secara mengiring 'sliding' ......bruuuuut terus masuk longkang ! Kepala terhantuk dibatang kayu, Impak pada helmetnya boleh tahan juga sehingga meninggalkan luka kecil dan kesan darah . . . . . . (aku tak sempat ambil gambar masa insiden ni) kerana semua riders sibuk membantu roslan keluar dari longkang tersebut. . . .

Alhamdulillah . . . dia selamat & senyum selamba sepanjang kayuhan balik. . . ."No Pain, No Gain". Kepada rakan2 yg selalu ride dan descent di kawasan DG . . . berhati2 di kawasan longkang besar yg terlindung dgn pokok kelapa sawit . . . .

Jangan serik Lan - 'ride fast, ride safe'

Tommy & Roslan dah cuba 2 kali utk mendaki tapi gagal . . .

wan shahidan 2 kali dia buat demo climbing selamber ajer . . . (kurang asam betoi) . . . . riders lain tercungap2 gagal climbing walaupun cubaan ke 2 ! Hang makan apa Wan ? ? ?

Yusof . . . cubaan ke 2 juga gagal . . . ! Tak pa . . kita main lain, ride tempat ni !

Lepas ride bawa anak2 p pekena Nasi Kandar Makbul . . .
Menu aku biasa ler : "Roti Nan satu Set"

. . . . dan ABC special utk tambah gula dlm badan . . .
rasa nyer : perhhh !

2 comments:

perlispowermtbclub said...

Salam...good ride ...good menu...good health..

email : ramlysp@gmail.com said...

Salam juga utk anda and epi cranking !