...::: Non-Stop 65km+ Climbing :::...
Tarikh : 25th Dec 2012
Mula/Tamat : Gerik, Perak
Laluan : Hentian Perah, Gerik - Banding - Titiwangsa
Jarak : 136km+ .....
...::: Non-Stop 65km+ Climbing :::...
Jarak : 136km+ .....
...::: Non-Stop 65km+ Climbing :::...
Peserta:
- SPCC - Sg Petani Cycling Club, Kedah
- GMCC - Gabungan Membaru Cycling Club, Penaga Penang
- GCA - Gerek Cap Ayam dari Yan, Kedah
- BCC - Kelab Berbasikal Bayu Baling, Kedah
- IBC - Parit Buntar Perak
- SECT - Serai Emas Cycling Team Penang
- Rakan2 dari Pengkalan Hulu, Perak
- Rakan2 'support car' dan motorsikal ....
- dan semua individu yg turun membantu kami .....
Alhamdulillah ~ cuaca mendung dari awal pagi 25hb Disember 2012 hingga ke petang. Jumlah penyertaan 'Titiwangsa Edisi Ke-3' lebih kurang 100 orang. Penyertaan ini dua kali ganda dari tahun 2012. Ramai yang datang dari luar i.e. Parit Buntar, Perak dan Penang. Mula bergerak pada jam 8 pagi (30 min lewat).
Ramai yang membuat 'persiapan & latihan rahsia' untuk menawan Titiwangsa Ke-3 ini. Dalam diam menyimpan hasrat 'mempaiki rekod peribadi'. Sengaja tanggalkan ODO meter yang bisa ganggu 'mood' kayuhan.
Jam 8 pagi - ada yang bermula dengan rakus, ada yang bermula dengan bersemangat, ada yang bermula dengan relax @ tenang, ada yang bermula malu-malu kucing @ (menyimpan tenaga sebenar), ada yang sengaja melewat-lewatkan pergerakan, Ada yang bergerak dalam kumpulan besar, kumpulan kecil, ada yang selesa secara 'solo' melayan perasaan dan yang pasti masing-masing dengan strategi sendiri.
Stage 1 (30km lebih) - mendaki ke Banding dalam cuaca dingin. Faktor cuaca yang baik banyak membantu peserta bergerak dengan bertenaga. Diperingkat ini ada yg telah kehilangan tenaga, ada yg terpaksa dibantu oleh rakan2 bermotorsikal/kereta. No worries ..... this is not a race. Bila dah 'recover' mereka meneruskan kayuhan semula.........just Enjoy d' Ride :-)
Stage 2 (30km lebih) - mendaki dari Banding ke puncak R&R Banjaran Titiwangsa.
Mencabar but Fun ....'longggg climb'. Cuaca makin sejuk. Angin bertambah kuat di 10km terakhir ke puncak. Dalam hati sentiasa menyebut kalimah ALLAH tidak henti-henti. Lagi kuat angin bertiup, lagi kuat aku menyebut kalimah ALLAH. Melayan 'nikmat' yang Allah swt berikan. Bukan sekadar kekuatan fizikal tapi lebih pada ujian pada kekuatan mental. Alhamdulilah ~ tekad dan azam untuk 'menawan' Banjaran dlm usaha 'nonstop climbing' TERCAPAI. Puas dengan pencapain peribadi terbaik dlm 'Titiwangsa Edisi Ke-3' ini.
Stage 3 - Downhill yang panjang .... approx 30m+. Tak pasti berapa kelajuan maxima semasa DH....rekod rakan2 di belakang Max. Speed 80km+ ..... saya rasa lebih dari itu. Dapat rasakan kelajuan luar biasa kerana masih teruskan kayuhan semasa menurun bukit........:-)
Walaupun menurun bukit sejauh 30km+ tapi 'lokasi mendaki' semula sejauh 15km lebih selepas Tasik Banding menuju Gerik benar2 mengerah tenaga pada tahap maxima...... longgggggg climb :-)
Seorang rakan 'support crew' dari Serai Emas Cycling Club @ SECT. Gelagat beliau meniup wisel dan menyanyikan lagu Allahyarham R. Azmi menarik perhatian kami. Dia menceriakan sausana sepanjang hari.
~ suaranya terngiang-ngiang ~
"Pakai baju kancing lah suasa ....
Pakai mari Baba-lah Melaka ...
Biar saya rosaklah binasa ....
Kerana dia tidak mengapa ...."
Ha ha ha .... Thumbs up my frenz & Thumbs Up SECT.
Wan - rakan dari Kelab Berbasikal Bayu Baling, Kedah
Percubaan kali pertama Sukses.
My orang kampong Hj Sabri Hj Ahmad said :
"kadang2 masa climb tadi aku rasa menyesal nak mampuih. Tapi bila sampai atas nii perghhh
"kadang2 masa climb tadi aku rasa menyesal nak mampuih. Tapi bila sampai atas nii perghhh
..... lain macam rasa dia"
Ha Ha Ha ..... Well done My Frenz.
Nota:
- Terima kasih kepada semua rakan2 yg hadir ...... Semoga Allah s.w.t. membalas budi baik kalian.
- In Syaa Allah ..... kita jumpa lagi.
Upcoming Ride:
- 31st Dec 2012 : MALAKOFF Day 1. Penang - Perak - Kedah approx 180km (CLICK) ride info.
- 1st Jan 2013 : MALAKOFF Day 2 - 'Round Island' approx 80km.
- 5th Jan 2013 : Jitra, Kedah - Chuping - Padang Besar, Perlis approx 130km.
No comments:
Post a Comment