Monday, February 23, 2009

Smoking . . . No Thanks ?

Dah seminggu 'draft' nii 'sejuk' . . . nak publish ke tidak ? Dok baca berulang kali & delete words yg tak sesuai utk jaga hati kawan2 . . . at last, publish gak utk share. Asalnya Entry yg panjang - dah jadi pendek.

Pada 13th Feb - 15th Feb lepas berada di Penang selama 3 hari. Tak kesempatan utk xtvt riadah . . . bangun awal, tidor lewat . . . biasalah xtvt bengkel !

Kat sebelah kanan nii bilik kat Bay View Hotel Penang . . bilik luas. Roommate aku org Johor . . . seorang yg peramah . . .'smoker'. Dia tak smoking dlm bilik tapi dok lepas gian dlm bilik air. Sama gak 'asap rokok' tak leh keluar. . . bila buka pintu menerjah masuk asap ke bilik . . . so, aku pun 'tumpang' sedut gak sakibaki asap rokok tu. Hari ke-2, dia dah tak sihat. Demam selsema, batuk2 & sakit2 seluruh badan. Muka nampak pucak & lemah. Dia maklum aku travel dgn kereta dr JB ke Penang . . . kasihan. Kebetulan dlm 'mini 1st aid' aku ada painkiller . . . aku bagi 2 biji lepas tuuu terus dia tidor & berselimut, tak masuk kelas . . sebelum keluar dia minta aku off air-cond. Kasihan . . . mlm berikutnya aku tak dapat tidor nyenyak . . . roommate minta offkan air-cond - bilik panas ! Tup-tup pagi Ahad . . . aku dapat 'hadiah' - "bad flu".

Notes : Dulu, aku seorang heavy smokers . . . kategori 'heavy smokers'. Kalau balik bercuti 2 minggu, sekurang-kurang 2 ke 3 carton rokok Lucky Strike aku bawa balik . . . (rokok kapal).

Sekarang dah 'quit' smoking . . . dah hampir 20thn berhenti (cubaan kali ke-5) . . . kenapa Quit ? Awat tak hisap puas2.

He he he, dulu semasa kerja setiap 6 bulan diwajibkan menjalani Ujian Kecergasan & perlu lulus dlm jarak waktu yg ditetapkan i.e. sit-up, chin-up, jump, shuttle run, Running 2.4km & last swimming 100m. Rekod Ujian ini wajib dikemaskini setiap 6 bulan sekali. Dlm satu sesi ujian aku hampir2 'tumbang' sebaik shja selepas ujian renang . . . dada terasa pedih amat sangat, terus 'rush' ke Hospital yg berhampiran . . . aduhhh tuhan sahaja yg tahu ? ? ?

Semasa perjalanan ke hosp & semasa di hosp. 'maleh' aku nak citer. . . . dlm kepala otak macam2 dok pikiaq . . . sampai sekarang aku tak mau sia-sia 'peluang' ke-2 yg Allah s.w.t. berikan. Memang sedap hisap rokok ni . . . skrg pun masih ada keinginan itu, tapi lebih 'sedap' lagi jika dapat menjalani xtvt riadah seperti sekarang . . . mendaki, berenang, berkayak, berbasikal meredah bukit & apa juga yg mahu dilakukan. Bukan niat utk 'menokok tambah citer rokok ini' . . . cuma sekadar nak 'share' saat 'mengerikan' serta 'perit' menahan sakit di dada. Kalau boleh aku nak buat posting kat National Geographic - "I shouldn't be Alive" he he he !

Makan kat hotel memang laaa sedap2 . . . tapi aku cuma ambil yg perlu aja . . . bukan senang nak 'burn' semua tuuu. 3 hari gak aku asyik dok bedal kurma kambing & sup kambing mmmm 'yummy' . . . ! Tengok laa pics sebelah tuuu, nasi sikit aja tapi sayur, sotong, kurma kambing 'belambak' siap tambah lauk lagi utk 'ratah' he he he !

Masa 'short break' niii . . . asap rokok tak leh nak cakap . . . 'laluan berjerebu' . . . jarak penglihatan pun tak jelas . . . terpaksa bawa 'lari' minuman ke tempat lain dlm 'jarak yg selamat' & bebas dr asap rokok tuan2 he he he !


p/s.
Pada rakan2 'smokers' - Maaf . . . memang aku tak boleh tahan dgn bau asap rokok niii . . . tak tau kenapa ? ? ?

Last but least - " Stay safe, Stay healthy"



4 comments:

Afrezal Karim said...

salam bro ramly.. tahniah coz dah boleh stop.. aku ni dlm proses nak quit 1 minggu dah duk ketaq loqlaq apa semua duk ada.. haru sungguh.. kalau boleh share apa bro ramly buat lagi baguih..

Anonymous said...

Salam riezal. x dapat nafikan mula2 henti mrokok badan naik sikit but i keep myself busy wz lots of xtvts. Susah nak cakap 'perit' menahan sakit dada . . sebab tuu semasa ride biasa atau jamboree bila nampak ada riders yg smoking aku geleng kepala & senyum ajer kadang2 sound juga "Bro, x baguih mrokok semasa ride nii . ." tapi biasa lah "power stick" bang . . . kena nii baru kuat".Dlm usia skrg aku rasa bersyukur kerana masih mampu berlari,berbasikal & pelbagai xtvts lain tanpa masalah . . what's life after 50s' riezal ? Entahlah . . . apa2pun keep it up Bro Riezal dlm usaha nak quit smoking . . .
p/s Simpati pd rakan2 yg terpaksa menggunakan kerusi roda dlm xtvt harian. Semoga cepat Sembuh. Amin.

pojie tm said...

salam bro,
kwn sebilik tu demam psl asap tepu la tu.. dok recycle asap ja dlm toilet hehehe.. apa2pun tahniah berjaya berenti rokok.. saya dulu pun pernah merokok.. skrg, Alhamdulillah dh berenti.. tak tahan selalu semput masa berkayuh..hehe

Mmg setuju dgn pendapat & respect utk bro,.. saya yg lg muda (tp xla muda sesgt hehe) pun xdak kederat mcm tuh..

-pojie tmbikers-

said TRJ said...

Salam Cik Ramly!
Rokok, biasa la Cik, orang lelaki semua kena belajar hisap,. . rokok. .tapi bila kena lanyak muntah hijau baru rasa nak berhenti.

Saya boleh berhenti hisap rokok selepas jumpa doktor gigi cuci atas bawah,selepas cuci makn tak rasa apa,minum x rasa, hisap pun dah tak rasa asap. . . terus pasang niat berhenti rokok sampai sekarang... tapi bila jumpa orang Tua dia ulug bedal juga,jaga hati,hati dia la yang kita jaga, hati kita lama-lama berkarat juga.

p/s
Entry kali ni best ada gambar Downhill lagi. . . .Thank.