Monday, May 05, 2008

Kayuhan Hari Buruh Ke Gunung Jerai

Sesi Pagi
1st May 2006
Sepatutnye 'ice kacang ride' pagi nii tapi ada tugas di sebelah ptg nak buat macam mana. pagi jam 7.30 aku ambil kesempatan naik gunung jerai (sebagai persiapan nak pii penang hill he he he). kat kaki gunung aku jumpa se org rider umor 58 thn asal guar cempedak. Katanya dia tiap2 minggu kayuh naik gunung jerai. Handal ! Dia tanya aku buat brpa jam sampai puncak ? Aku nii jujur bukan kaki tipu "2jam 30min bang". Dia kata "huh itu sama dgn org berjalan kaki" aduh Bisa nye ! Nak buat camne bang itu phase dan horse power saya ! Aku ajak dia ride sekali sampai puncak Muzium Perhutanan. Masa 1jam 2omin (11km) he he he lebih kurang aku juga. Aku tak suka relak lama pasai jam 2.00 ptg ada majlis bertunang jadi aku ajak dia terus mendaki hingga puncak telekom (peak) dlm 5 km lagi tapi dia kata nak tunggu kawan sat ! (tengok muka macam putih aje, macam x sihat he he he ) No komen ! jadi aku buat solo ride hingga atas 'summit' dgn NRS 3 tayar 2.2 ikhsan dari isteri . . . . Ride For FUn !
Moral :
  • Kekuatan individu tidak terletak pada bentuk fizikal, tapi pada kekuatan spiritual (semangat kesukanan) dan mental yg jitu !
  • Biar Low Profile jgn Low BP he he he !
  • Things Positive Bro !
  • Ride for Fun !
kat kaki gunung jerai b4 ride !

kat kawasan muzium perhutanan 11km !

kat puncak G Jerai 14.5km sahaja. . . yeee haaaaa !


Sabarlah Sayang !

Beskal ni hadiah dari Isteri mana boleh Jual !

Tinggi Nilai Sentimentalnya !

"kan ku hiaskan dikau dgn Musang Putih & XTR segalanya utk mu "

Sesi Petang

1st May 2008


utk menjaga hati jiran tidak semua pics saya keluarkan. majlis pertunangan hari tuuu berjalan dgn lancar dgn hantaran RM 7,424.00 tunai dgn sebentuk cincin sahaja. (kalu aku pak mertua aku tambah lagi dgn mas kawin anak aku sebuah basikal Ellworth atau Santa Cruz Blur LT & cycling shoe ) ha ha ha !


kita sama2 doakan agar jodoh mereka dipercepatkan. kenduri pada 16 Ogos 2008 . . .so tak leh ride la ari tuu ! mmmmm tugas selesai !



2 comments:

comelfz said...

bang,Xkan naik g.jerai pun pakai GPS?
takut hilang ke...??He..He...!!

ramly sp said...

he he he bukan apa, cuma nak ambil altitude samapi hari ni x leh nak import masuk utk rujukan kawan2 jugak. . . bila mai Gunung Jerai.