Monday, March 09, 2009

Kulim Hi-Tech MTB Exploration Ride 2009

~ Late, But Not Last ~
Date : 8th Mac 2008
Start : 07.30am
Venue : Kulim Hi-Tech Park
Dist : 55KM
Note : Ride kali ini aku tak ambil pics ~ Maaf ~ !

Pertama sekali, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kpd Zailani iaitu tuan yg empunya 'riding plate no. 234' kerana dgn ikhlas menyerah 'plate' ini utk aku gunakan. Zailani masih lagi 'MC', retak tulang ibu jari tangan kerana terjatuh semasa week-end ride 6th Dec 2008 yg lalu masih belum sembuh. Masa aku jumpa dia ptg 7th Mar, jari dia masih berbalut selepas pembedahan. Sebelum ni aku tak daftar kerana ada pertindihan program . . . at last, dapat gak 'dibereskan' utk ride bersama kawan2. Gelisah rasanya kalau tak pii sana . . . kawan2 dok call 'racun' . . . jom laaa, jom la Abg Ly . . .adjust2 laa sikit kerja tuuuu . . . dan bereskan ! Hantu betoi kawan2 ni . . . he he he !

Petang 7th Mar agak sibuk/bolok utk bereskan kerja . . . yg pada asalnya perlu dilakukan pada 8th Mac. Nak kayuh punya fasal terpaksa buat juga 3 ke 4 kerja dlm sahari . . . 'kalut & bolok' . T/hari pi makan kenduri. Makan sikit shja . . . risau nanti rasa tak selesa. Ptg ada 'temujanji', Malam bergegas ke Pulau Pinang dan bermalam di sana. Pekena nasi kandar & jus mempelam utk tambah carbo . . he he he. Tidor lewat jam 1 pagi.

Pagi 8th Mar jam 05.30 dah bangun . . .'personal admin' hingga jam 6.50am. Lepas tuu bergegas drive dr Penang ke Kulim Hi-Tech. . . aku sampai dah jam 07.30 . . .terdengar siren pelepasan ! Semua dah berdesup macam lipas kudung . . . Rocker @ ai dari Red Flag bagi tau aku depa tarik 45km ke atas . . mak oiiii giler betoi ! Makan pil kuda ka ?

Alamak kecoh betoiiiii . . . tak pernah aku lewat dan kelamkabut begini . . . kat tempat parking masih ramai riders yg masih relax dok prepare utk ride . . . masa dok prepare bike nampak blogger "ismail teluk intan' dia pun baru sampai . . . "abgLy, satgi kita ride lahh , ramai lagi yg baru sampai tuuuu . . ." . . . dlm hati upset jugak, tapi alang2 dah sampai kayuh jugak laa . . . aim utk catatan peribadi !
Lebih kurang jam 7.37am jam Ismail Telok Intan, jam aku 7.40am. . . aahhh hentam shja lah ~ aku & Ismail tk intan mula kayuh . . . 'warm-up cruising speed 36>40km shja'. Semasa kayuh basikal Ismail buat hal dok bunyi ngok-ngek-ngok-ngek ~ dia suruh aku pi dulu . . . aku terus ride 38 ~ 40km dlm perjalanan jumpa Razif Baling dok kayuh sorang2, kasihan ha ha ha. . . (maaf, x leh nak bual Razif. . . dah lewat) dan ada 2 ke 3 orang yg tegur "hoi, abg ly . . . awat laju niii" . . . maaf aku tak perasan siapa yg tegur ~ dah lewat Bro.

Baru kayuh dlm 6km 'perut buat hal' pulak . . . aduhhhhh ! . . . kat mana ada 'kamar kecil' niiii . . . . macam2 hal. Setelah 8km ride (puas dok tahan) baru nampak Petronas . . . legaaa . . blogger Zieman50 nampak aku lencong ke Petronas "hei abg Ly, nak pii mana ?" "sakit perut Man" . . ! Bergegas ke bilik air . . . alahai . . . susah nak cakap . . . nak kena buka satu persatu ni CamelBak, gloves & cycling short 'bib' . . . eeeee kecoh, kecoh. Kalau lewat sikit lagi alamat aku kena basuh 'bib' kat situ juga ha ha ha. Ini lah bahana datang lewat ! hu hu hu . . . memulas rasanya, apa yg aku makan niiiii . . . . 'nak berurusan pun tak selesa', asyik dok tengok jam tangan shja . . . dah laaa lewat, perut buat hal pulak eeeee time, time, time . . . akhirnya 7min. gak aku berurusan kat bilik air tuu . . . 10 min abeh kat Petronas. . . . . hampehhhh !

Keluar dari Petronas terus 'tarik' . . . dlm hati rasa upset & risau takut perut ni 'buat hal' pulak semasa ride nanti. . . belasah ajer lahhh dlm semak nanti. Sampai kat climb pertama dah 'jam' giler . . . jumpa dgn LonTruth & ComelFZ dari Red Flag Jitra, Kedah . . depa niii macam 'artis' kat program "Amboi, Amboi, Amboiiiii. . ." asyik dok posing, bergilir ambil gambar hang aku . . . ha ha ha. Lontruth tegur aku "oii abgLy, awat bawa beskal kecoh niii ?" . . . dlm hati ,"niii ajer yg aku ada Lon" . . . aku tak bawa fullsus hari niii . . . ! Orang nak cepat sakit perut niii dia orang dok posing/blocking ambil gambar pulak. Maaf, Lon & ComelFZ tak sempat berbual . . . ha ha ha !

Trail memang 'sempoi & rideable' . . . Aku sampai kat finishing line lebih kurang jam 11.30am. Total Dist. ~ 55km. Average Sp. : 14.4km shja. Maximum Sp ~ 50km. Thanks Zailani, aku cuma mampu habiskan ride ini dlm masa lebih kurang 3 jam 50 min sahaja (ikut jam tangan aku) "Late, But not Last" he he he !. . . jumpa Zaidi Pfk/Ked, Pak Non Kona, Cikgu Fikri, Cikgu Man, Cikgu Fais & Man Cina dari Perlis Mtb Club, khairi000007, hawkMTB Team @ pon, Jamil yg kadang naik chat kat blog aku . . . dan yang aku tak jumpa 'penyamun2' dr TRM MTB Club he he he . . . maklum ler 'dewa' mesti tidoq kat hotel he he he ! Dengar kata 'tok wan' kecundang di Kulim . . . hangpa tinggai dia kaaa ? Hebat, hebat !

Overall : I honestly ~ luv' d Trail & it was 'rideable' all d way ~ memang 'sempoi' berbukit & ada sungai. . . Tunjuk arah ~ "amat baik", Lokasi Check Point & Air Mineral ~ "amat baik' . . . kalau haus jugak tak tau laa . . . ha ha ha ! Ramai jugak riders yg 'tergolek dog' dlm lumpur he he he consider best parts of d games . . . aku jatuh sekali semasa climb, tak ingat kat mana. Sahabat kat depan tiba2 berhenti climb apa lagi tak sempat buka clips . . . . bedebuppp . . . ha ha ha nasib baik trail basah & tiada kecederaan . . . . yg pelik tak sedar '& hilang rasa sakit perut' ha ha ha. Trail ini kalau distance dia dlm 65km memang 'kaw-kaw' @ sempoi giler . . . 5 Bintang atau pun Berbintang2 ha ha ha . . . . Apa2pun aku ucapkan "Syabas kpd Pihak Penganjur & AJKs . . . B r a v o ! " . . . . See You Guys !


Jam 12 lebih ~ Aku balik awal ke SP . . . . laparrrrrrrr . . . . Beb !
Time for Carbo Loading !
My BP (Age 52) ~ B4 The Ride . . . . alhamdulillah !

C a r b o L o a d i n g . . . .
Yummy . . . .!

Regards & Salam ~ ramly sp "Ride for Fun"

Lesson Learned : ~
Don't be late for the 'big' ride !

1 comment:

khairi000007 said...

Salam..

Masa sampai kita ambik gambar sekali...Gambar ada dlm blog saya...