Wednesday, February 25, 2009

Awas TRM . . . !

Kos ubahsuai basikal ini cuma RM2,000.00 shja. Berat 8.7kg. (RM 2,000.00 for 8.7kg ?) he he he ! Components biasa2 ajer. Untuk permulaan, aku rasa bike ini sesuai utk 'triatlete' . . .
p/s : yg penting bike ni sesuai utk kejar/pintas 'penyamun2 tuu' ha ha ha !




p/s. Bike ini milik Wan Syuhaidi . . . dan juga 'projek kecil' aku thn ini.

Monday, February 23, 2009

Smoking . . . No Thanks ?

Dah seminggu 'draft' nii 'sejuk' . . . nak publish ke tidak ? Dok baca berulang kali & delete words yg tak sesuai utk jaga hati kawan2 . . . at last, publish gak utk share. Asalnya Entry yg panjang - dah jadi pendek.

Pada 13th Feb - 15th Feb lepas berada di Penang selama 3 hari. Tak kesempatan utk xtvt riadah . . . bangun awal, tidor lewat . . . biasalah xtvt bengkel !

Kat sebelah kanan nii bilik kat Bay View Hotel Penang . . bilik luas. Roommate aku org Johor . . . seorang yg peramah . . .'smoker'. Dia tak smoking dlm bilik tapi dok lepas gian dlm bilik air. Sama gak 'asap rokok' tak leh keluar. . . bila buka pintu menerjah masuk asap ke bilik . . . so, aku pun 'tumpang' sedut gak sakibaki asap rokok tu. Hari ke-2, dia dah tak sihat. Demam selsema, batuk2 & sakit2 seluruh badan. Muka nampak pucak & lemah. Dia maklum aku travel dgn kereta dr JB ke Penang . . . kasihan. Kebetulan dlm 'mini 1st aid' aku ada painkiller . . . aku bagi 2 biji lepas tuuu terus dia tidor & berselimut, tak masuk kelas . . sebelum keluar dia minta aku off air-cond. Kasihan . . . mlm berikutnya aku tak dapat tidor nyenyak . . . roommate minta offkan air-cond - bilik panas ! Tup-tup pagi Ahad . . . aku dapat 'hadiah' - "bad flu".

Notes : Dulu, aku seorang heavy smokers . . . kategori 'heavy smokers'. Kalau balik bercuti 2 minggu, sekurang-kurang 2 ke 3 carton rokok Lucky Strike aku bawa balik . . . (rokok kapal).

Sekarang dah 'quit' smoking . . . dah hampir 20thn berhenti (cubaan kali ke-5) . . . kenapa Quit ? Awat tak hisap puas2.

He he he, dulu semasa kerja setiap 6 bulan diwajibkan menjalani Ujian Kecergasan & perlu lulus dlm jarak waktu yg ditetapkan i.e. sit-up, chin-up, jump, shuttle run, Running 2.4km & last swimming 100m. Rekod Ujian ini wajib dikemaskini setiap 6 bulan sekali. Dlm satu sesi ujian aku hampir2 'tumbang' sebaik shja selepas ujian renang . . . dada terasa pedih amat sangat, terus 'rush' ke Hospital yg berhampiran . . . aduhhh tuhan sahaja yg tahu ? ? ?

Semasa perjalanan ke hosp & semasa di hosp. 'maleh' aku nak citer. . . . dlm kepala otak macam2 dok pikiaq . . . sampai sekarang aku tak mau sia-sia 'peluang' ke-2 yg Allah s.w.t. berikan. Memang sedap hisap rokok ni . . . skrg pun masih ada keinginan itu, tapi lebih 'sedap' lagi jika dapat menjalani xtvt riadah seperti sekarang . . . mendaki, berenang, berkayak, berbasikal meredah bukit & apa juga yg mahu dilakukan. Bukan niat utk 'menokok tambah citer rokok ini' . . . cuma sekadar nak 'share' saat 'mengerikan' serta 'perit' menahan sakit di dada. Kalau boleh aku nak buat posting kat National Geographic - "I shouldn't be Alive" he he he !

Makan kat hotel memang laaa sedap2 . . . tapi aku cuma ambil yg perlu aja . . . bukan senang nak 'burn' semua tuuu. 3 hari gak aku asyik dok bedal kurma kambing & sup kambing mmmm 'yummy' . . . ! Tengok laa pics sebelah tuuu, nasi sikit aja tapi sayur, sotong, kurma kambing 'belambak' siap tambah lauk lagi utk 'ratah' he he he !

Masa 'short break' niii . . . asap rokok tak leh nak cakap . . . 'laluan berjerebu' . . . jarak penglihatan pun tak jelas . . . terpaksa bawa 'lari' minuman ke tempat lain dlm 'jarak yg selamat' & bebas dr asap rokok tuan2 he he he !


p/s.
Pada rakan2 'smokers' - Maaf . . . memang aku tak boleh tahan dgn bau asap rokok niii . . . tak tau kenapa ? ? ?

Last but least - " Stay safe, Stay healthy"



Monday, February 16, 2009

Solute . . . World's Strongest Dad !

Quote - "Dick and Rick Hoyt - When Rick Hoyt was about to be born, the umbilical cord got wrapped around his neck, depriving his soon-to-be-born body of oxygen. Initially, doctors told the new parents their son was a vegetable, with no higher brain function. But the parents didn't believe it; they saw signs of life and intelligence in their son. Sure enough, the doctor's discovered they were wrong. Rick did have higher brain function. However, the lack of oxygen did deprive Rick of the ability to control his muscles, leaving him essentially a quadrapalegic.


The story of Team Hoyt began when Rick found out about a fundraiser for a friend. The fundraiser involved running, and wheelchair-bound Rick told his Dad he wanted to participate so he could help his friend. So father Dick Hoyt ran with his son, rolling him around the track, raising money for Rick's friend. After the run, Rick told his Dad that running made him feel free for the first time. Inspired by his son's statement, Dick took Rick running, swimming, bicycling, climbing--anything he wanted to do, Dick found a way to share it with his son and help him feel free. It's an amazing story of a father and son's courage, determination, and love". - Unquote

Wednesday, February 11, 2009

Betong Ride Postponed bcoz . . . !



SO, so so sorry wz Thousands if not Million Apologies to my friends esply TRM, NXT & RedFlag . . . aku terpaksa postponed Betong Ride pada satu tarikh yg akan dimaklum kelak. Aku amat berhajat utk pergi ke Pulau Langkawi pada minggu tersebut utk melihat acara "IRONMAN LANGKAWI MALAYSIA 2009" pada 27/28 Feb 2009. So, maaf ler nanti kita adjust lain trip SP > Betong > SP.

Race Week/Schedule Event http://www.ironmanmalaysia.com.my/race-info/race-week.html


See u !



Tuesday, February 10, 2009

Upcoming MTB Ride . . . More Fun !

SP > Betong "no mercy" Ride
Dist. 160km + +
Start 06.45 am/Finish : Unknown !
Duration : 8 > 10hrs (including 'short break' in Betong. Thailand
Tentative : Sat 28th or 1st Mac 2009


"Rules Of The Road"
1. "Enjoy The Ride . . . . Enjoy The Pain"
2. "Train ur' Legs . . . . Train ur' Brain"
3. "No Slick . . . . . . . . . . . No Chick"
4. "Short Break . . . Long Ride"
5. "No Fees . . . No Worries"
6. "You Eat . . . You Pay"
Notes :
  • Dear fellow Northern MTB'ers (esply. TRM, NXT, RedFlags, PerlisPowerMTB, ClockTower) . . . Route SP > Baling > Betong was "breathtaking" . . . . i was thinking to do it again - "pi pagi, balik petang" or it could be "sunrise to sunset ride" . . . . mmmmmm 'yummyyyy' it create more 'fun & enjoyable pain' he he he.
  • "Speed & Distance r' truly suitable for mtb beginners" . . . BUT it can be a 'nightmare' challenge for mtb beginners bcoz we dont wait for u to catch up he he he . . . ! U guys r welcome . . . aku saja acah jer wz scary words !
  • Ur' feedback/proposal r' highly appreciated !

Saturday, February 07, 2009

Baling 'breakfast' Ride

- "Crews @ Lori Hantu SP > Baling > SP" -
Back : Riza 'roadie', W. german, Zankx, Zaidi Pfk/Ked, W. Shahidan, Razif BalingBiker,
roslan mobil & said TRJ
Front : Loso, Yusof and ramly sp

Date : 7th Feb 2009
Start : 07.45am (from JPJ)
Riders : As Above.
Breakfast/Distance : 114km + +
Route : Below . . .



Bila buat 'posting' utk Endurance Ride SP Baling SP . . . pasti lewat dapat 'reply' dr kawan2 dlm masa singkat, . . . mungkin ramai dah 'set' utk offroad atau mungkin . . #&%$ ? ? he he he . . . yaa, 'taste' masing2 . . . sekadar menjemput/bgtau kawan2, tak bagitau nanti sms aku pulak "awat bgly xbgtau he he he ! (Lain kali, aku x mau pamerkan nama2 yg ikut serta . . . biarlah rahsia !). Terkini/skrg ada rider 'pompuan' dok contact aku utk turut serta 'next' Baling Ride . . . aku bgtau dia 'next' SP > Betong > SP "day run" . . . pi pagi, balik petang. Tarikh nanti i inform/publish kat blog . . . u prepare border pas". OK ! mmmmmm pas nii aku tak mau bgtau hanpga ha ha ha ! (aku & yusof sudah). Senang sikit nak 'guide' . . . ramai2 susah ha3 !

Ok, mula ride jam 7.45am dr Puteri Hill Park . . . 'penyamun' Zankx, Loso & W Shahidan dr TRM juga ikut serta dan Wan German. Yang 'best', ari ni dapat bersaing dgn 'jagoan' Indera Kayangan . Yang tak 'best' . . . boleh 'Berak kapor' kalau ikut 'pace' depa ha ha ha ! Fasal depa niii lebih dikenali sebagai "penyamun" . . . dan aku tambah sikit ". . . . yg kejam" ha ha ha ! (Kejam, maksud aku 'ganas' dlm "phase kayuhan . . .") dah lama aku kenai dewa2 ini . . . sampai laa ni aku tak boleh/x mampu 'overtake' depa . . . mungkin satu hari aku "nak kenakan dewa2 ini dgn 'jus ubat batuk' biaq depa 'lentok' semasa kayuhhhh . . . . ha3 ! Hari nii juga, roslan mobil 'naik minyak' sampai putus rantai basikal dia 'henjut' utk ikut phase kami . . . tahniah bro ! walau pun lama x buat long distance masih mampu ride pergi/balik dgn phase yg baik.

Said TRJ, pertama kali ikut laluan ini. Aku rasa dah kali ke-2 Said buat long distance dgn aku . . . pertama, semasa "Kayuhan Mesra Ladang Jati". mmmm aku rasa semalam, mungkin dia 'usik ibu' sebab tuu kayuhan dia pagi ini 'koyak' ha3. 20km pertama Sp ke K. Ketil Said dah 'ghaib' & 'menderita' utk ikut phase kami . . . aku call dgn harapan agar dia meneruskan kayuhan 'dont give up' . . . teruskan kayuhan 'solo' utk mengejarkan kami.

At Last, Said sampai gak di Baling . . . TAHNIAH !. Jangan dikenang, '"apa yg telah berlaku" . Sekurang2nya sdra telah mencuba 'yg terbaik' walau terpaksa ''bekerja keras' meredah lebuhraya Kulim > Baling. Syabas & jgn serik utk 'long distance ride'. Long Distance Ride build ur strength & confidence !

"para penyamun" sedang memasang strategi utk 'menghapuskan' ramlysp dlm Kayuhan balik Baling > SP . . . dlm cuaca yg panas terik @ panas 'lit - lit", penyamun2 tuuu boleh 'lari' dgn average speed 27.7km ketika sampai di Petronas Puteri Hill Park. Aku cuma mampu kekal pada Ave 25km sahaja . . . kejam ! kejamnya hangpa ! hu hu hu bagi la 'chance' aku menang pulak !

Terima kasih kpd Razif BalingBiker kerana tidak jemu serta sudi meluangkan masa menemani kami di warung ketapang . . . ! Terima kasih juga pd Riza 'roadie' . . . sudi bersama kami ! Tidak lupa pada sahabat2 dr Indera Kayangan . . . zankx, Loso & Wan Shahidan TRM. Thanks & Wish U all d Best ! Jumpa Lagi - dalam "Kayuhan Jangan Pandang Belakang" ha3 !

Layari blog Razif BalingBiker utk ulasan beliau. "Long Distance Ride, More Fun".
Next : . . . . more "fun ride" !

Tuesday, February 03, 2009

My Fitness Log ~ Update BP

Dah lama posting "My Fitness Log" ini aku simpan sebagai 'draft'. Tapi akhir2 ini, aku rasa baik aku kongsi maklumat ini dgn rakan2 terutama yg ada masalah kesihatan i.e. 'darah tinggi'.

Aku bersara dr perkhidmatan TLDM pada 2004, selepas 27 thn berkhidmat. Selepas tuu kerja dgn Swasta di Kemaman selama hampir 3 thn . . . dgn swasta niii al-maklumlah ! Kalau badan sihat pun, boleh jatuh sakit ~ he he he. Selepas 2 thn di Kemaman aku dapat "BP" (Blood Pressure, bukan Pingat Kebesaran . . . .ha3).

Masa tuu aku rasa menyesal & 'kecewa' yg amat sangat kerana mengabaikan xtvt berbasikal dok asyik kerja, kerja & kerja. Masa tu, kayuh pun main2 ajer kat Kemaman kerana keletihan selepas balik kerja. Seminggu lebih dok turun naik hospital Daerah Kemaman tiap2 pagi utk check BP . . . at last, Memang Sah dapat BP. Doktor kata, "mulai skrg encik kena makan ubat . . . jgn tinggal". Mak oiiii banyak nyer dia bagi stok kat aku . . . . (dalam hati) . . . sayuu, "orang kata kalau dah ada BP, nanti dia mai Jantung . . . lepas tuuu "jadi taukey kilang gula'. Lepas tuuu ~ hu hu hu !

Ikhlas memang aku rasa cuak/takut (bukan takut mati, tapi tak mau laa penyakit yg macam ini). Aku bertekad : "sebelum ini aku pernah lalui latihan/tugas yg lebih lasak 'berbulan2', tak kan aku tak mampu berusaha mengatasi penyakit ini". So, sejak itu aku bekerja keras dgn mengambil risiko sendiri utk tidak menjamah 'ubat' tersebut. Bila ada waktu lapang jer ride, ride, then bike to work 30km daily . . . weekend jer buat long distance 100km+ . . . tanpa rasa jemu. Balik SP pada tahun 2007. Sekali lagi buat 'appointment'/'medical checkup & stress test".

Alhamdulillah 'semua clear'. Sekarang Tahap Kesihatan kembali Normal. Personal Health Record kat bawah nii . . . hanya utk berkongsi dgn kawan2 . . . . jauh sekali utk menunjuk2 @riak @ 'showing off' . Nawaitu saya baik ~ where there is a will, there is a Way !

Note pada kawan2 : Berat badan aku dulu pernah cecah 87kg. Mula aktif/serious cycling kembali pada tahun 1996. Target aku masa tuu semata2 utk kurangkan berat badan. Dlm brpa bulan sahaja berat badan susut dan kekal bawah 80kg dan sekarang 76.5kg . . . insyaAllah ~ target utk 74 or 75kg udahler . . . nanti nampak kurus sangat.

So, walau sibuk macam mana sekali pun bekerja atau urusan harian . . . luangkanlah sedikit masa utk 'quality work-0ut' or go for a 'quality ride' ~ i means wz averave speed 25km and above . . . kerana
Anda Juga Mampu Mengubahnya !

At age of (coming) 52, Insya'Allah will 'work hard' to get :
  • Best Heart Rate ( <>
  • Ideal Weight ( 72 - 73 )
  • BMI 25.3

Rekod Pemeriksaaan ramly Sp Bagi Tujuan Permonitoran !

Tarikh

Masa

Ujian

BP

(MM/HG)

Paras Glukosa

Paras

Kolesterol

Berat

Badan

Tinggi

BMI

27/12/08

7.11pm

Slpas 3 jam makan

130/80

Normal

6.0

Paling Baik

4.19

Baik

77

172

26

12/1/09

10.0 am

Slepas 2 jam sarapan

130/80

5.4

4.29

77

172

26

4/5/09

8.30 pm

Slepas 4 jam makan

126/82



76.5

172



Note: BMI 26 . . . he he he !

Tapi aku dah rasa kurus. Habis semua seluar lama size 33/34 dah boleh pakai . . . kalau bawah 26 alamat makin kurus laaaa. Mungkin juga otot2 yg pejal buat berat badan aku tak berubah . . . Will try to get d' "Best". . . . . .

PARAS TEKANAN DARAH - ramly sp

Kategori

Diastolik

Sistolik

Normal

130 ke bawah

85 ke bawah

Paras Pertengahan

130 > 139

85 > 89

· Tahap 1- Sedikit

140 > 159

90 > 99

· Tahap 2 - Sederhana

160 > 179

100 > 109

· Tahap 3 - Bahaya

180 > 209

110 > 119

· Tahap 4 - Amat Bahaya

> 210

> 120


PARAS GLUKOSA DARAH - ramly sp

Masa Ujian

Paling Baik

Boleh diterima

Lemah

Puasa (6 jam tanpa makan)

3.5 > 5.3

5.4 > 7.8

> 7.8

2 jam selepas makan

4.4 > 6.7

6.8 > 10.0

> 10.0


PARAS KOLESTEROL - ramly sp

BAIK

BOLEH DITERIMA

LEMAH

5.2 ke bawah

5.2 > 6.5

> 6.5

Monday, February 02, 2009

Breakfast Ride

Date : 7th Feb 2009
Meet : Cinta Sayang
Start : 07.30
Finish : b4 13.00
Route : SP > Baling > SP
Dist : 120km ++
Note : MTB Enduro !
Jemputan Khas :
Pagi 28hb Jan selepas ride dgn Roslan Mobil ke Tupah - beliau berhajat utk menjemput rakan2 'tersayang' utk 'breakfast ride @ tosei ride' di Kedai Nasi Kandar Ketapang Baling, Kedah. Route 100% tarmac. Aku dah sms kat kawan2 di bawah nii. (ada yg dah jawab & ada yg x jawab lagi) Riders berikut dah mengesahkan "kehadiran" (ON).

a. Yusof - ON
b. Said TRJ - tgh dok pikiaq 'nak p, x pi" !
c. Pak Mail - tgh dok pikiaq 'nak p, x pi" !
d. Nizam Merida . . . . ? 50/50
e. Md Noh Laguna - x tentu lagi !
f. MatLaguna - x leh join, ke taiping.
g. Cikgu Din . . . . ?
h. Zaidi Pfk/Ked - ON
i. Zaid . . . . ?
j. * Wan German - ON
j. * Wan Shahidan - ON
k. roslan mobil - ON
l. ramly sp - ON
(*he he he - hangpa tengok nama Wan German & Wan Shahidan dah 'suam2 kuku' nak pi . . . )
p/s. Kawan2 boleh laa buat persedian dr skrg utk 'tukar menu' hujung minggu. Ada yg tanya aku: "boleh pakai slick tak ? " Aku reply : "Boleh . . . no worries 120km sahaja, hang jgn bawa roadbike sudahler he he he !. Kalau ridedgn ave. speed 25km, 2jam 10mins dah sampai. tapi kalau average 22/23km, dlm 2jam 30mins jugak. Route SP > K. Ketil > Tawar 'rolling' & Tawar > Baling ada laa dua tiga bukit "kecik2 ajer". So, tuan2 Please Acknowldge/sms kat aku Yes or No boleh aku update riders kat atas niii. Thanks.

Aims : To build up strength, self confidence and friendships !

"BREAKFAST ROUTE"


Sunday, February 01, 2009