Friday, June 27, 2008

Kita Merancang, Allah Menentukan !

Semalam, memang aku dah bersiap2 utk ziarah mertua bersama famili di kampong. Aku mengambil kesempatan ziarah ini utk ride di kawasan bukit dusun kampong mertua . . . .? ? ?. 

Pagi tadi jam 5.30 dah bangun (isteri kejutkan) dan anak2 sekali . . . selepas solat, kami bersiap2 utk bergerak awal pagi (dlm 1 jam lebih perjalanan). Lebih kurang jam 06.35 pagi handphone isteri berbunyi dan terpapar nama abg ipar aku dr perlis . . . . (dlm hati dah terdetik . . .tak pernah call pagi2 begini . . .tentu ada yg mustahak) . . . simple, Pak Ndak dah meninggal lepas subuh tadi . . . Inna lillah e wa inna ilah er rajioon !

Tanpa rasa kesal, semua peralatan MTB dikeluarkan. Aku bersama keluarga bergegas ke kampong.

Jenazah dikebumikan sebelum Jumaat. Semasa mengusung jenazah di tanah perkuburan, aku menoleh ke pusara kedua-dua puteri ku . . . .

As salammualaikom - Siti Diyana & Siti Fatimah, ayah datang lagi . . . . tapi kali ini 'membawa' datuk saudaramu !

Inilah "offroad" sebenar untuk setiap insan yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin zaiqatul maut”. Disinilah semua amalan kita akan di'audit' . . . segala2nya Allah telah berikan kpd kita.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .


. . . Allahu Rabbi .......

Anak2 ku, Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin.

Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita. 

Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku & rahmatilah mereka dgn kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”. . . .

No comments: