Saturday, June 07, 2008

Gunung Jerai

"Pecah Peluh"
Date : 7th Jun '08
Route : Jeep Track Gunung Jerai ride to Summit
Dist : Approx. 14.5km only
Start : 08.30 - 1200
Riders : Manggis Riders, Din, Kak Cik (Nasir), Adi & myself.
Note : Kayuh "suka-suka" to summit approx. 3 hrs, masa turun downhill 25 minit aje dah sampai kat bawah.
Semalam lebih kurang jam 10.04 mlm Wan Shahidan TRM sms aku "sok kyuh mana ? Jom Join aku psing G jerai?" aku reply kat dia "kyuh naik g jerai ? Solo !" dia pujuk aku "jom laa join skli ngan syukor 7.30am" Sbenarnya aku dah pernah kayuh pusing G Jerai approx. 60km tapi route dia aku tak berapa minat fasal byak tarmac masuk kampong keluar kampong. . .ntah, aku jadi boring dgn route tuu ? InsyaAllah mungkin kita cuba route lain pula. Sebab tuu aku prefer ride G Jerai sampai puncak Telekom. Walaupun distance approx 14.5km tapi dia punya kualiti "pecah peluh" tuu yang mahal ! Bayangkan dlm kabus pun peluh merecau keluaq . . badan berasap !

Pagi tadi kol 7.10 aku drive g Kaki G Jerai. . .tiba sana jam 7.40 - ramai gak yg nak kayuh dgn Patrick Explorer. W Shahidan dgn Jr dia dah ready warm-up. Kat sana aku jumpa Adi yg pernah ride dgn aku dulu kat Puncak Janing. Hai lama betoi tak jumpa hang Adi ! dan kenalan baru dari A. Star Kak Cik (Nasir) dan Din . . .he he he awat hang suruh aku pangge Kak Cik. . heeee geli laa Nasir ! Gurau jgn marah kak cik ! Sblum ride aku tgok Din dan Adi dok bantai 2 bungkus Nasi lemak. . . mak oiiii ! Macam nak p memukoi padi ! Selera betoi hangpa makan.

Dok sat, "Manggis Rider" dari A Star (lebih kurang 7 org kut) sampai depa nak join skli ride ke summit. Aku saja racun depa "alang2 hangpa mai, jom kita ride sampai ke puncak Telekom" Tak jauh dr muzium perhutanan tu dlm 2 km aje " Kalu hangpa ride tak sampai puncak alamak "u all feel sorry for ur'self" hangpa nyesal nanti (he he he aku kelentog. . .utk beri semangat kat depa. . ."umpan mengena !" OK pgi ni kita ride sampai puncak.

Scene dan pics kat bawah ni dapat ceritakan sikit apa yg tersirat pada wajah masing2. . . ada g gambar, nanti aku minta Din, Kak Cik dan Adi posted kat aku utk update kat sini. . .

From Left : Kak Cik and Adi - walaupun lama tak jumpa hang Adi, aku tengok hang dah makin mantap. Tentu selalu training nii. . .dan Adi akan pergi "tour de toba' 16 Jun ni (aku gak yg melepas). Keep it up Adi ! and for Kak Cik. . .mak ooiiii masa down hill aku tgok hang berdesup. he he he Kak Cik jgn marah 2km aje 2 km aje. . .kita sampai laaaa. . .bukan apa Kak Cik nak kuatkan semangat kawan2 ! Keep in touch Bro !

Me, Din & Adi - utk Din dgn Giant XTCnye " ride to smoke, smoke to ride" ha ha ha ! bahaya tuu Din ! Dah laaa hang bantai 2 bungkus nasi lemak tambah dgn 'power stick' tu lagi heeee leh mampueh Din. . . .apa2 pun Din 'ride for fun' and thanks for d' drink & mee hailam" Keep in touch, nanti kita ride lain Din !

"Manggis Riders"tak jauh lagi dik. . . dlm 200 meter aje lagiiii sampai le ! jgn dok melengung, buat Uncle risau aje. he he he tgah ambil nafas, slepas kayuh naik lebih kurang 9km. .
Din tengah posing kat Puncak Gunung Jerai. . . dan sebelah kanan dia budak kecik tuu baru 12 thn, dia pakai 8 speed aje ikut kami kayuh sampai puncak dan dia berada dlm kelompok pertama yang sampai puncak bersama Din ! Boleh tahan budak ni. . . !
Ni dia "Manggis Riders" Adik Asraf umor 12 thn. Kalau tengok bentuk badan nampak loiii aje, tapi dia mampu kayuh dgn 'relax' menggunakan 8 speed dan kadang aku tengok dia guna 7speed aje. Macam tak caya ! tapi dia mampu lakukan dgn baik. Masa turun 'downhill' aku ingatkan dia jgn makan jalan, dan ingat ada kenderaan naik nanti. hati2 dik ! Tapi budak nii turun berdesup macam lipas kudung, tak guna brek ke ?. Aku risau dan ikut dia dr belakang, aku tengok dia dgn "selambeje je" dia ambil selekoh dan kadang2 makan jln. . .dua tiga kali aku dengar berdencit2 tayar belakang dia drift. . hee hati2 dik ! Apa2 pun aku respect semangat dan stamina yg dia miliki (ayah dia tak mampu naik ke puncak. habeh nafas kat ketinggian 12 km) Utk adik Asraf "syabas" bagitau ayah. . . handle tuu panjang sangatlah dek dgn lebar bahu hang ! Jumpa lagi Adik Asraf kat Kuala Kangsar 29 Jun nanti !


he he he ni dia "mee hailam" kegemaran aku. Masa kayuh naik aku perangat dan bagi dos Kak Cik "kat bawah sana ada mee hailam yg boleh tahan juga sedapnye Kak Cik" Hah nii yg tak sabaq nak makan ni Bro Ramly. Sampai kat bawah aku dan kak cik order mee hailam nii. . masa makan aku teringat nak ambil gambar nii . . . dan masa aku toleh kiri nak ambil gambar Kak Cik "shocking" mak oiii dah habeh lincin dia balun mee hailam tuuuu, tak panas ke Kak Cik ?, masa mana dia makan ha ha ha. Memang betoi la Kak Cik u r' a good/fast Downhiller ha ha ha ! Keep it Up Kak Cik & Keep in touch ! Din thanks d' drink & mee hailam next time aku belanja hang pulak !

Lessons Learned :

  • Jangan menilai kekuatan individu melalui bentuk physical seseorang. Refer. Adik Asraf !
  • Sentiasa memberi dos/semangat kpd rakan utk mencapai sasaran 'ride to summit".
  • You will feel sorry for u'self. . . if u can't motivate others to keep on spin, spin & spin !
  • Appreciate them !

See u guys !

No comments: