Sunday, June 29, 2008

Kayuhan Jati Kuala Kangsar

Date : 29th Jun 2008
Route : Kuala Kangsar
Dist : 40km
Note : Kalau tak salah aku 20km tarmac, 20km offroad ? Kalau salah tolong betulkan !

Malek kawan lama dr (KOTRT Penang) call ajak aku naik kete dia konvoi dgn 17 org KOTRT riders dr Penang. Ptg jam 8.00 pm semua dah berkumpul kat rumah Rin . . .dok pakat nak makan kat mana. Azmi taiko propose nasi dalca . . .dan terus call mamak tuu buat pesanan. 10 paha ayam dan gualai kambing (karbo utk ride esok). Aku tak pernah makan nasi dalca ini walaupun pernah berkerja kat Penang dekat 2 tahun. Alahaiii . . .best nyerrrr ! aku bedal 2 pinggan dgn daging kambing. Hangpa kena mai Penang pekena (cuba) nasi dalca ni . . . !

Selesai kami bergerak . . .lepas je jambatan Pulau Pinang dan belum lagi masuk tol Juru. . .aku dah rasa mengantuk . . .beratnya mata, tersengguk sengguk (pagi tadi aku ride "road' utk warm up) letih. At Last aku bagitau Malek, "Lek, aku mengantuk laaa. . .ini nasi dalca ka atau nasi g_ _ _ _ ? he he he lepas tuuu terus lelap. Sedar2 dah sampai tol exit Kuala Kangsar . . .Malek gelak besar kat aku . . . hai LT mabuk nasi dalca ka ? ha ha ha !

Kat bawah ini ada laa sikit ole2 utk share dgn hangpa . . .


No. Aku : 600
Pening kepala nak bawa hardtail or fullsus ? at last bawa fullsus Giant NRS 3 !

Orange Express ! (KOTRT Penang). hangpa tengok sebelah kanan sekali. member lain relax ajer, Shamoon demo 'tai chi' ! Dia marah aku, ala LT jgn la blackmail aku ! But i like him. Kalau hangpa tengok dia makan, fuyoooo ! begitu berselera . . . dan hangpa akan ikut sama tambah nasi utk teman dia. . . . makan shamoon, sementara selera masih ada.

Orange Express ! (KOTRT Penang) . . . biar depa ride dulu 30 mins, lepas tuuu kita kejar depa ! ha ha ha !

Solute Bro . . . . ! kat mana aku pi, pasti jumpa dia ! Iron Man !

Heading to offroad . . . alamak tarmac ! aku cepat jemu kalu ride macam ni . . .!

bukan tak leh kayuh ! tapi saje nak tolak beskal tu. Sementara ambil gambar, sempat gak ambil nafas !

scene biasa . . . mem pun tolak beskal ! Kesian tak de sapa pun tolong mem ini !

aku pun tolak gakkkk . . . . he he he !

mechanical breakdown . . .

hand in hand

Azmi (Chief). . . . no problem maa ! i can fix for u !

Friendship is . . . . !

Besikal Khalid @ ironman. Macam ular katam tebu ! mana dia dapat tayar cantik ni !

Wooi Khalid ! mana hang beli tayar ni . . . . aku pun nak gak !

Bersama Tok Ki & Manjung Group !

Tok Ki and friends !

Bersama Art 99 bikers Langkawi . . . selalu dok chat ajer hari nii kami baru dapat berjumpa ! hai mana Ramizi ? dia ia ia jer email kat aku "Jumpa kat K Kangsar nanti abg ramly ". Art bagitau aku, Ramizi ada keje pulak last2 minit ni . . . tak pa jumpa kat SP MTB Jamboree nanti !


Lunch kat Raban Restoren . . . ni nasi aku utk 4 orang makan he he he ! ulam & sambal tompoyak. . . .perghh punya ler best !

Ikan ayer tawar . . . bakar beb ! sambal dia sedap !


Azmi & Beh ! seronok tengok hangpa makan. bubuh/hidang lah apa pun . . . semua hangpa bedal ! Sementara selera masih ada !
burghhh ! semua clear . . . .!

Memang sesuai motto ni "Eat To Ride, Ride To Eat" ! Keep it up KOTRT !

Dalam kejohahan atau kayuhan biasa kita tidak dapat mengelak dari mechanical breakdown. Selalunya insiden begini akan membuatkan persahabatan kita lebih akrab ! Solute to you Bro !

Komen Aku :

  • Yang Tak Best ! Aku tak puas lah kayuh kali ini . . . campur 'stopping time' tak sampai 3 jam. Tak terasa "torturing". . . . mungkin 'tarmac' tuuu sama banyak dgn offroad.
  • Yang Best ! . . . "tunjuk arah" hangpa aku bagi 8/10 ! Clear dan banyak . . . macam kat highway plus . . . kalau sesat jugak, aku tak tahu lah ! he he he !
  • Yang Best ! dapat jumpa kawan2 tak kira bangsa ! . . . sana hoi ! sini hoi ! tak tau nak pi mana ! cuma angkat tangan ajer. Jangan marah kalu aku tak sempat salam tangan dgn hangpa. Maklum laa, masa nii laa nak jumpa 'peminat' he he he piii rahhhh !
  • Thanks to KOTRT . . . . hari ini lah pertama kali aku pakai KOTRT Cycling Jersey yg di hadiahkan !

Friday, June 27, 2008

Kita Merancang, Allah Menentukan !

Semalam, memang aku dah bersiap2 utk ziarah mertua bersama famili di kampong. Aku mengambil kesempatan ziarah ini utk ride di kawasan bukit dusun kampong mertua . . . .? ? ?. 

Pagi tadi jam 5.30 dah bangun (isteri kejutkan) dan anak2 sekali . . . selepas solat, kami bersiap2 utk bergerak awal pagi (dlm 1 jam lebih perjalanan). Lebih kurang jam 06.35 pagi handphone isteri berbunyi dan terpapar nama abg ipar aku dr perlis . . . . (dlm hati dah terdetik . . .tak pernah call pagi2 begini . . .tentu ada yg mustahak) . . . simple, Pak Ndak dah meninggal lepas subuh tadi . . . Inna lillah e wa inna ilah er rajioon !

Tanpa rasa kesal, semua peralatan MTB dikeluarkan. Aku bersama keluarga bergegas ke kampong.

Jenazah dikebumikan sebelum Jumaat. Semasa mengusung jenazah di tanah perkuburan, aku menoleh ke pusara kedua-dua puteri ku . . . .

As salammualaikom - Siti Diyana & Siti Fatimah, ayah datang lagi . . . . tapi kali ini 'membawa' datuk saudaramu !

Inilah "offroad" sebenar untuk setiap insan yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin zaiqatul maut”. Disinilah semua amalan kita akan di'audit' . . . segala2nya Allah telah berikan kpd kita.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .


. . . Allahu Rabbi .......

Anak2 ku, Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin.

Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita. 

Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku & rahmatilah mereka dgn kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”. . . .

Thursday, June 26, 2008

Betong MTB Adventures

Dah 3 kali Betong MTB Club offer aku 'off road' kat sana. Dah 3 kali gak aku menolak secara sopan (ngeri). Tapi semasa ride 21 Jun yg lepas, sekali lagi Amin offer aku utk ajak kawan2 dr Malaysia enjoy offroad kat Betong nii. . . . aduuuuuh ! OK lah Amin, aku akan cuba tetapkan hari sebab skrg ni agak sibuk dgn tugas (sempat nak training) dan akan maklum kpd anda nanti ! Aku tahu dia sering gak logon kat blog aku . . . . alahai ! sapa lah kawan2 yg sudi ride for adventures 'menemani' aku utk 'dirty detour' ini . . . . . ?

  • Date : ? (belum ditetapkan)
  • Dist : 40km ++ * "with b/fast & lunch".
  • * B/fast : Hot Spring wz Tarmac !

  • * Lunch : Killer Hills wz Muntah Hijau
  • Route : Betong, Thailand
  • Note : Ptg berkumpul kat Baling/Betong. Esok awal pagi baru ride. Aku cuba pelan pi hari Sabtu and ride hari pagi Ahad. Aku nak organise 1 hari hangpa nak 2 hari (sabtu & ahad) OK jgn nyesal. . . .
  • Propose Day 1 "Betong Kebun Bunga Tarmac 45km Ride". . . Day 2: 45 km Offroad
  • Mereka yg sudi "breakfast & lunch" kat Betong :
  1. TRM (Aku rasa semua ikut . . . )

  2. Red Flag ? ? ?

  3. LOSO - TRM (sampai dok mamai. . .kecian !

  4. ZanKX - TRM (boleh ke ? )

  5. Mat Kedah - Kali ini, aku tak mau dengar alasan lagi !
  6. Chan NXT & friends !

Tuesday, June 24, 2008

Week End On Bike

Date : 21st/22nd Jun 2008
Route : SP > Baling > Betong > SP
Total Dist. (approx.) : 201 km
Riders : 10 Budah Hitam

After 200 km ride . . . masih mampu bergurausenda ha ha ha ! Thumb Up Bro !

Sebenarnya aku agak keberatan utk 'jemputan' kayuhan ke Betong ni. Risau, nanti tak mampu nak ikut kawan2. . . . walaupun ride slow2 aje !(depa kata). Risau fasal aku dah 2 minggu tak ride dok makan tidok aje kat Bangi ni. Tapi sayangkan kawan2 aku terima gak jemputan ni . . . . ptg Jumaat aku check/service beskal sendiri utk 'kayuhan maut' besok . . .

Pagi jam 6.30 semua dah berkumpul kat depan Institut Perguruan. . . .bersemangat ! Aku tengok semua pakai 'slick tyre' 1.5 mak oooooi mana aci macam ni. . . . aku pakai offroad 1.95 dan Mathew guna touring tyre . . . Hangpa nak speed atau takut kena tinggal belakang ha ha ha ! Nampak gaya ride kali ni memang jadi 'race' lah . . .

Next check point will be at Baling so ride slowly laaa ! SP to Baling is about 57km . . . . kalu dah guna slick tyre 1.5 tak akan lah nak lari 20km. . . . .he he he saja perangat . . . . semua lari lebih 30km. . . .hoiii laju sangatlah ha ha ha hangpa kata nak average 20km aje" itu lah kawan2 . . .kalau dah ride ni memang lupa diri . . . .

Maaf gambar kat bawah ni not in sequence tapi aku buat foot note kat bawah pics tuu !

Hari Sabtu 6.35 pagi Beb !

Mana aci macam ni ! semua pakai slick tyre ! Nak race ka atau takut kena tinggal kat belakang ?
Cuaca hari ni memang rahmat utk kami. . . .panas terik !
Beskal aku kat G. Inas. Aku prefer offroad tyre for training ! Dulu masa 1st ride to Betong aku guna tayar offroad 2.2 macam tayar lori 3 tan. . .

Ah Chek ! mengalami kejang otot kaki kiri semasa baru nak climb gunung inas (6km). . . dia membebel "ari ni panas maaa "! "gua tak boleh tahan, aduh tak leh bangun abg ramly". "macam mana mau kasi cepat hilang ini cramp haa "? Kesihan pun ada, lucu pun ada ! Nampak agak serious, tak mampu jalan macam mana nak kayuh . . . nasih baik ada Francis, yg support dgn motorbike . . . . pity him ! aku tak sampai hati nak ambil gambar dia masa kena 'towing service' dan "MTB on motorbike". Kalu tidak kecoh satu dunia !

Posing kat Imigresen Betong Thailand.

Mathew wz touring tyre. . . keep on asking me, how many km to go ? Walaupun 1st time ride long distance dia mampu ride sampai habeh ! Jangan serik Mathew !

Border pass aku penuh chop ! Think positive maa !

Yusof @ skot, Roslan and Ah Chek
Kat kedai Amin di Betong Thailand. Meraikan ketibaan kami dgn menjamu minuman 'isotonik' thailand ! Thanks Amin. Petang dia 'jemput kami ride kat Betong Hot Spring'. Alamak ! nak tolak jemputan malu (sebenarnya takut) aku dah tau kawasan tuu berbukit 12km . . .ya tak ya OK lah Amin !

Sepuloh budak hitam Posing kat Betong Thailand. . . .kat belakang yang merah tuu "World Largest Post Box"

World Largest Post Box in Betong Thailand ! Aku suruh Pak Mail ambil gambar ni elok2, dia pi ambek senget pulok !

Af Fook . . .

Roslan berat badan dia 110kg. semasa downhill gunung inas dia overtake aku dgn Top Speed 72.9km . . . boleh tahan daring u . . . aku puas pedal, topspeed cuma 66.2km aje. . .cuba tengok posing maut dia ! he he he !

Pak Mail . . . menderita semasa kayuhan balik . . . masa lunch pun dia makan sikit, dinner tak makan. . .breakfast kami tekan nasi kerabu dan roti canai dia minum ajer . . dah biasa tak makan pagi _ no komen ! "mana cukup makan roti ajee ? keje kat ofis boleh ler ! Eat to Ride . . . pak mail !

week end on bike ? . . . ini dah kali ke 3 aku ride ikut route ini. . . . "benci tapi suka"

Petang jam 5.00 waktu thailand. Amin guide kami ke Betong Hot Spring (approx. 12km) Aku tak sempat ambil gambar kawasan berbukit ini. . . tengok kawasan offroad dah buat aku kecut perut . . . . dlm hati ingat, "hai Amin, nak pekena kami ke "penat pagi tadi tak hilang lagi ni ! adeehh !

telor yg dah direbus dlm air panas. kejap jer dah masak !

som tam kat Hot Spring. . . kat lubang ni . . .air panas giler !

Betong Hot Spring
Bersama Betong MTB Club
Betong MTB Club. Kuat2 woooo ! Aku tengok masa ride ke Hot Spring depa guna depan besar, belakang kecil tak tukar2. . . lepas tuu dok turun naik, turun naik tengok kami. . . .adeeeh malu, malu. . . .Wan Shahidan ajer yg boleh ikut depa nii !


tempat khas nak rebus telor

lunch kat Betong . . . Eat To Ride . . . menu as follows:

perut lembu goreng . . .
sayur campur . .

daging lembu (fresh) masak merah . . .

Tom Yam campur . . .

kerabu pelam . . .

telor dadar . . .

mmmmm sedap, sedap ! . . . .aku seronok tengok Bro kita makan . . .baru syok kayuh !
habis clear kami 5 orang makan . . .
Habeh Lincin . . . . Kayuh 83km ajer & lunch RM 80.00 ha ha ha ! Eat To Ride, Ride To Eat _KOTRT

Epi Sokmo ! after 167km ride semua masih boleh joke & laugh ! Fun Ride haa !

Kat Petronas Kuala Ketil. Selepas ride dlm 3km dr K. Ketil hujan lebat. Kami redah ajer dlm hujan lebat . . .

Ini dia Francis @ Joker. Marshal yg menyelamatkan Ah Chek . . . epi 24hrs !
on d way back . . .kat baling pekena pulut & durian pulok !
Roslan, u nak ke ? . . . . "boleh jugak" . . .

lepas tuu pekena pulak nasi lemak seorang 2 bungkus he he he !



depan kedai Amin kat Betong. aku tak tau festival apa ? tapi nampak macam ada org kat atas usungan tuu yg diraikan . . . lagu alaa rambong !

Lesson learned " - " Patience & Staying Power "

1. Bangun pagi 23rd badan terasa amat sakit. . .macam nak demam. Apa tidaknya, on d way balik semua speed & maintain 30km ke atas ke finishing point. . . .aduuuuuh sakitnyer. Roslan ada call aku, ptg tuuu dia cirit birit & nak demam . . .he he he padan muka kita !

2. Thanks to Francis @ Joker . . . . full of 'fun' ride !

3. Dah 3 kali aku ride route ini, and i'm planning for offroad ride wz Betong MTB . . . . . . ! See u guys !