Wednesday, January 20, 2010

Betong Mountie Ride

Date : 31st Jan 2010
Time : 07.00 am (Malaysia)
Meet: Kedai Amin Betong, Thailand
Route: Offroad . . . . . Dist : 30km+

Note: Hari niii aku jumpa Amin di Betong, Thailand, dia sound aku : "abg Ly, Kebun Bunga kita dah ride dulu . . . apakata kali niii kami bawa kawan-kawan Abg Ly semua masuk OFFROAD pula. Tak jauh 30km+ sahaja atau kalau nak yg 40km+ pun boleh juga he he he". Aku sms Lan Mobil minta persetujuan . . . dia reply 'K'.

So, Kebun Bunga Ride "pancung". Prepare your 'offroad machine' . . . . see you Dare !

Riders:
ramly sp
Roslan mobil
Cikgu Din
Razif BalingBiker + Kroh MTB 10 riders
Anak Siong
Tok Megat & the geng from Penang ~ 16 orang
Zailani Perwaja ~ Kelab MTB Perwaja ~ 4 orang
Fuad RCT & the geng ~ 16 riders. Ride from SP ~ Betong ~ SP. Fuuuuyoooooo !

Sunday, January 17, 2010

Bésame Mucho ~ ... muy romantico......





Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Bésame, bésame mucho
Como si fuera esta noche
La última vez

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Quiero tenerte muy cerca
Mirarme en tus ojos
Verte junto a mi
Piensa que tal ves mañana
Yo ya estaré lejos
Muy lejos de ti

Bésame, bésame mucho
Como si fuera esta noche
La última vez

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Thursday, January 14, 2010

Ride Up North 2010

For Ride & Trail Details

~ Salam buat Mountie semua ~

FYI ~ saya terlibat membantu Perlis MTB Jamboree 2010 yg akan diadakan pada 14 Mac 2010 nanti. Hangpa jgn laaa dok cari nama 'ramly sp' pula kat 'participant list' tuu. Sah memang tak ada. Tapi kita akan jumpa di Perlis nanti. Hangpa "Keloi jer " ~ aku pi jumpa hangpa semua he he he ! Kalau tak faham 'keloi' ~ mu kena tanya kawan-kawan laa he he he !

Acara julung kali ini, dengan jarak 40km+ "RUN 2010" sebagai 'warm up' utk anda semua. Trail/laluan mudah ~ tapi hangpa kena laa 'training'. Kalau tak training nanti hangpa pening lalat kut; tengok 'gon' hangpa kata bukit ~ tengok bukit kata gunung he he he memang cari penyakit.

Ada beberapa "gon" yg kena ragaih he he he ! Dah ramai kita tengok kawan2 kita yg tak training, tiba2 jer register nama utk Jamboree . . . . naik 'gon' sikit sahaja lidah dah keluar macam "rin tin tin" he he he ! Lepaih ride dia buat 'khutbah' panjang he he he !

No worries kawan-kawan ~ just "ride for fun". Tak boleh kayuh & tolak. Kalau tak abeh pun jangan risau . . . ada kereta pacuan empat roda dok standby. Sebelum hangpa naik 4 wheel tuuu, pikiaq banyak-banyak kali. Ramai 'pemberita' aka 'jurufoto' sepanjang laluan dok tunggu jer utk ambil 'candid shot' yg terbaik ni he he he ! Epi Cranking !

Hope to see u all.


Jersey for participants.
Wow ~ kalau kena dgn 'blue cycling short/tight' cun abeh !
Daftar lah sebelum tarikh tutup kalau tak 'organizer' pening kepala dgn kontraktor utk siapkan baju tuuu pada tarikh anda melapor.

~ Epi Cranking ~

Monday, January 11, 2010

Scott Speedster s6

Posting ini khas aku tujukan pada saudara ku Razif @ BalingBiker dgn ucapan "jaaangan tunggu lama-lamaaaa, nanti lama-lamaaa, nanti diambil oranggggg . . . . he he he !

Razif; inilah "janda scott yg diberi nafas baru". Lihat lah puas-puas . . . . dan ini pula gambar asal sebelum 'disolek'.

Rim pun dah aku tukar dgn Ksyrium Elite , dan saddle. Paddle belum lagi ~ tak larat nak pi merayau cari dah. Letih ~ banyak kerja lain nak buat.

Wa Don pula syor kat aku; guna paddle yg murah-murah sahaja i.e. kalau boleh yg ada straps seperti ini. Lepas tuuu dia gelak besar kat aku ha ha ha. Adehhhh ~ nak kena sekeh cikgu niii. Kalu aku beli juga, boleh laa dia kutuk aku berbakoi-bakoi.

"LT~ Pinjam sat paddle hang, buat tutup mulut anjing" he he he ! Kawan-kawan ~ kalau tak kutuk tak sah !

BTW ~ Ingat kut senang nak 'ride' road bike ini, rupa-rupa susah jugak. Apa-apa pun, terima kasih pada Wa Don, Rin KOTRT and Chen KOTRT yg bagi nasihat kat aku; "dont change ur crank 39/52 and cassette 10/25". . . dan alasan yg diberi ada logiknya. Kadang-kadang boleh pakai juga idea Wa Don niii he he he !

Aku perlu beberapa minggu utk menyesuaikan diri dgn 'machine' baru ini. Lagi pun bukan hari-hari aku nak ragaih Gunung Jerai or Gunung Inas dgn RB ini.

Salam & Epi Cranking.

Jangan lupa ~ jumpa anda semua di Ride Up North pada bulan Mac nanti. Watchaaaaaa !

Friday, January 08, 2010

Bendera Putih

Setelah berehat panjang, pagi ini berhasrat utk mendaki 13km ke puncak Muzium Gunung Jerai. Tapi aku tak letak harapan tinggi hingga ke puncak Menara Telekom. Cuaca pagi mendung dan ada beberapa riders lain dah mula mendaki.

Lebih kurang jam 7.40am aku mula mendaki perlahan-lahan. Seawal pendakian 3 ke 4 km nafas kencang, peluh 'merecau' keluar . . . tapi aku rasa 'seram-sejuk' serta macam tak bertenaga utk mendaki.

Puas 'dok toi' (push), tapi rasa gerek aku macam tak bergerak. Baru 4km aku dah rasa teramat haus. Di KM 4 pendakian aku makin 'semput' dan 'pancit'. Berhenti 'minta nyawa' ~ relak, ambil nafas, minum dan terus mendaki semula.

Sampai di KM 7, lebih 6 KM ke puncak Muzium aku angkat 'Bendera Putih' tanda mengalah. Tekak kering dan pedih. Sakit mata tak sembuh lagi ~ rasa berdenyut. Kat sini sahaja mampu aku kayuh.

Semasa 'downhill' dgn kelajuan 40 - 45km aku dah rasa 'cemas'. Sekali sekala rasa macam 'off balance' ish ish ish teruk aku kali ini.

Balik rumah ~ lepas solat Jumaat, tidor. Bangun tidor kedua-dua belah mata aku bengkak dan berair. Mungkin 'bentan' ~ dok gatai pii kayuh juga.

Aduhhhhh ~ kena rehat lagi hingga betul-betul sembuh.

Thursday, January 07, 2010

Tahun Baru ~ Barang Lama !


Lama dah dok mengidam tapi tak bagitau kawan-kawan. Saja 'pura-pura' benci tapi sebenarnya berahi giler. Tak dapat yg baru 'barang lama' pun jadilah.

Jauh beza kalau nak dibandingkan 'barang lama' aku nii dgn RB WaDon and WaDan. RB aku ini ibarat 'junjung ketula' (pinjam kata2 dia orang) he he he aku pun tak tau apa maknanya. Mungkin adik beradik Cap Ayam kut ha ha ha !

Semoga jentera ini mampu mengurangkan berat badan aku yg kini makin meletup.



Tak sabar utk beraksi "Breakfast Ride". . . . !

Tapi kegilaan 'outdoor' tidak luntur. MTB yg lama masih ada dan sentiasa dijaga dgn baik. Offroad dah jadi darah daging. Kalau masuk offroad, trail pula tiada lumpur mmmmmm memang tak puas !



Petang tadi dok bincang dgn Bro Jamiel Kulim, macam mana nak 'hias bagi molek janda nii'
he he he !

Bro Jarmiel : "kita buat plastic surgery" !

"Stay Safe, Stay Healthy"




Nota:

RB ini Hadiah dari Isteri muah3 :- )

Wednesday, January 06, 2010

Calon The Biggest Loser ?

Semalam 5hb Jan 2010, aku keluar ke TESCO SP utk membeli sedikit keperluan. Demam dah sembuh, batuk pun dah OK ~ sekali sekala sahaja. Tapi sakit mata dah seminggu tak sembuh lagi . . . insyaAllah.

Hari tuu tergerak pula nak timbang berat badan kat TESCO nii ~ maklum laa dah berminggu berkurung dirumah makan tidor shja.

Naik jer atas penimbang, digital tuu bergerak laju dit dit dit dit dit dit macam kat rancangan Astro "The Biggest Loser" pula & berhenti kat 82.1 KG ~ mak ooiii mesin penimbang nii rosak ka ? Nak kena sekeh mesin niii ! Betoi kaaa ?

Aduhhhhh ini bermakna berat badan aku dah naik hampir 5kg sejak balik dari mengerjakan Haji. Tapi pakai seluar masih longgar. Dia 'bengkak" kat mana ? he he he. Memang patut pun ~ sejak sembuh demam aku begitu 'kemaruk' utk makan i.e. mee rebus, sup sayor, nasi ayam, sup daging & roti, tom-yam dll. Dah berbulan lidah nii rasa pahit makan ubat batuk, ubat demam, antibiotik, panadol, pencair kahak dan vitamin.

Akibat pemakanan yg tidak terkawal, berat badan aku meletup-letup. InsyaAllah ~ i will train and ride hard to get my ideal weight saperti dahulu. Bahaya kalau biarkan berat badan niii 'meletup-letup'.

Mungkin dgn 'jentera 2nd hand' ini nanti dapat membantu aku mengurangkan berat badan. InsyaAllah.

Jika kesihatan mengizinkan ~ aku ingin mula kayuh menghirup udara Gunung Jerai.

Monday, January 04, 2010

Haji - Nikmat yang tidak terucap !

Catatan ini sekadar utk berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah Haji di 
Tanah Suci selama 40 hari. Jauh sekali untuk bermegah-megah.
Lain jemaah, lain pengalaman mereka. 

'Ya Allah ~ jauhkan aku dari rasa riak & takbur'.

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pencipta Semesta Alam.

Selawat dan Salam bagi makhluk Allah yg paling mulia, paling sempurna, paling agung ~ Nabi Muhammad s.a.w.

Selawat juga utk Baginda, keluarganya dan juga utk para sahabatnya.

Ini bukanlah pengalaman pertama berada di Tanah Suci. Semasa mengerjakan Umrah tahun 2005 ~ tidak terasa sukar dan rasa bersyukur dgn dugaan yg dilalui. Tetapi mengerjakan Haji lain . . . . pengalaman sebagai tetamu Allah dgn muhasasah (bermaksud: pihak penyelenggara haji setempat) dari Tabung Haji terasa lain dari apa yg diceritakan @ di dengar mengenai service yg diberikan oleh Tabung Haji. Kos utk kami suami isteri cuma dlm RM 20,000.00 sahaja. Pastinya jumlah ini tidak termasuk wang saku.

Mula2 tuu confuse juga apa tuu muhasasah apa itu pakej ? Senang cerita yg 'pakej' ini adalah dari Syarikat2 yg dilantik Tabung Haji utk menguruskan Haji dgn kadar kos yg agak 'lumayan'. Terpulang kpd individu utk memilih 'pakej' atau Tabung Haji. Jika berkemampuan @ lewat berdaftar atau telah dua tiga kali menunaikan haji apa salahnya......

Tapi Allhamdulillah ....... Tabung Haji juga memberi perkhidmatan yg cemerlang kpd jemaah2 jagaannya.........superb. Dan catatan ini sekadar utk berkongsi sdra2 & sahabat2 muslimin muslimat mukminin dan mukminat.

Sebelum Ke Tanah Suci
Pada 6hb Nov lebih kurang jam 6 ptg, memandu kenderaan dari Shah Alam, Selangor ke Sg Petani Kedah melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Sekitar kawasan Rawang 'hand-phone' berdering . . . dimaklum oleh pihak Tabung Haji "tuan terpilih" ~ alhamdulillah berhambur airmata berderai macam kanak2. Esakkan yg terpaksa aku kawal dan perlahankan kenderaan. Berhenti kawasan rehat Rawang utk Sujud Syukur. Aku cuma ada masa 3 hari persiapan (Sabtu, Ahad dan Isnin berangkat ke Kelana Jaya). MasyaAllah ~ itulah impak pertama yg aku rasai.

Selesai sujud Syukur aku meneruskan perjalanan. Ketika drive tidak henti2 tarbiah LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK LABBAIKALA SYARIKALA KALABBAIK INNAL HAMDA WALNIAKMATA LAKAWAL MULK LA SYARIKALAK . . . aku alun berirama dan membiarkan airmata terus mengalir membasahi baju sepanjang Lebuhraya. . . . AllahuAkbar !

Ya Allah aku bersyukur kpd-Mu kerana dijemput menjadi tetamu-Mu Ya Allah pada musim ini. Datang dari negeri yg jauh, dengan membawa dosa yg banyak, amal perbuatan yg buruk ~ aku mula merasai takut menemuiMu Ya Allah.

Aku memohon kpd-Mu Ya Allah sebagai hamba Allah yg banyak dosa, yg sangat memerlukan belas kasihan-Mu agar Engkau menerima aku di bawah naungan kemaafan-Mu serta dapat mengerjakan Haji dgn baik dan diterima oleh-Mu Ya Allah. Tak henti-henti berdoa ketika drive.

Mekah : 11hb Nov hingga 20 Nov 2009
Penginapan di Hotel Elaf Al-Sud Mekah amat selesa utk 6 orang jemaah. Daripada 6 orang cuma seorang perokok. Alhamdulillah ~ beliau 'abg mie' tidak merokok sepanjang mengerjakan 40 hari mengerjakan Haji. Semoga Allah memberi ganjaran & kebaikan kpd kamu. Amin.

Poster larangan merokok di tampal Lobby, tingkat dan lift. Notis Fatwa Haram Merokok oleh kerajaan Arab Saudi & Malaysia juga di tampal sebagai peringatan utk semua. Tapi sayang ramai juga 'yg tak nampak' poster itu ~ lebih teruk ada yg merokok dlm bilik, ruang legar dan kawasan rehat depan bilik tanpa menghiraukan jemaah yg lain.

Lobby juga kawasan larangan merokok ~ tetapi ramai 'yg tak nampak' beberapa poster yg di tampal di belakang mereka. Tidak ada kekuatan utk menegur sdra2 ini, lebih suka menjauhkan diri.

Di dalam kuliah Ustz dari Tabung Haji mengingatkan jemaah akan larangan-larangan ketika dlm ihram, memelihara akhlak serta menghormati jemaah lain. Beliau sempat menegur : "ramai yg bertanya tentang Dam i.e. tercabut bulu hidung, tercabut rambut tetapi kenapa tak tanya saya salah tak merokok ketika dalam ihram. Di Tanah Haram ini setiap kebaikan dapat 100,000 kali dan begitulah sebaliknya jika tuan tuan semua melakukan Dosa ~ astagfirullahalazim !

Aku cuma mampu bertahan selama 8 hari sahaja ketika berada di Mekah. Hari ke-9 aku jatuh sakit, demam dan batuk-batuk dgn kahak yg banyak. Demam 4 ke 5 hari juga sebelum Wukuf. Beberapa hari tak dapat berjalan ke Masjidil Haram walaupun jaraknya hanya 750m+. Aku mungkin hebat berbasikal beratus KM ketika di tanah air, namun di Tanah Haram ~ Haji menilai 'amal ibadat serta dosa2' yg kita lakukan.

Selera makan juga hilang. Aku tidak ada selera utk menjamah makanan yg disediakan oleh Tabung Haji. Aku 'cemburu' melihat jemaah lain yg lebih berusia dr aku begitu selera menjamah makanan yg disediakan. Di dalam hati aku sentiasa redha menerima ujian Allah ini.

Kadang2 beli ayam panggang di atas berharga 9 Riyal. Kuah lain harga i.e. Dal 4 riyal, nasi kadang2 4 riyal kadang2 6 riyal. Aku paksa diri juga untuk makan walaupun tekak terasa pahit.

Bila malam, batuk menjadi2 hingga tidak dapat tidor hingga ke pagi. Aku sering tidor malam mengadap dinding (sembunyi dari rakan bilik) & menangis dlm selimut mohon keampunan dari Allah ~ "ampunkan dosa2 aku Ya Allah, ampunkan dosa2 ku Ya Allah, ampunkan dosa2 ku Ya Allah" berulang kali . . . . .

Hari wukuf makin dekat, demam & batuk2 belum sembuh ~ 3 hari sebelum wukuf aku kuatkan diri utk berjalan ke Masjidil Haram walaupun rakan sebilik menegur utk berehat dan solat di surau Maktab.

Ketika berjalan ke Masjidil Haram aku berdoa ; "Ya Allah berikan lah aku sedikit kekuatan utk berjalan". Di depan Kaabah aku tidak henti2 berdoa ; "Ya Allah ampunkan dosa2ku, berikanlah aku sedikit kekuatan utk amal ibadat dan mengerjakan Haji. Ya Allah janganlah Engkau hampakan hasratku utk mengerjakan Haji. Engkau Maha mengetahui apa yg tersembunyi dlm hatiku . . . kasihanilah aku Ya Allah, berikanlah aku sedikit kekuatan utk berjalan . . .tidak henti2 aku merayu. Sesungguh aku amat takut jikalau aku tidak dapat mengerjakan Haji. Allah Maha Pengampun dan mendengar taubat hamba2nya.

Aku hilang selera makan yg disediakan oleh Tabung Haji. Aku tidak tahu kenapa. Aku cuma mampu makan 4 ke 5 sudu sahaja nasi disediakan oleh Tabung Haji. Aku cemburu melihat jemaah yg lebih berusia dari aku begitu selera menjamu selera. Sepanjang berada di Mekah aku banyak mendiamkan diri serta ridha dgn ujian Allah serta menginsafi kesalahan2 yg lalu . . . . Forgive Me Ya Allah !

Kadang2 tukar selera makan roti Arab sekeping 1 Riyal sahaja. Nak abehkan
satu pun 'jenuh', sakit dagu2 dok mengunyah.

Perjalanan utk solat berhampiran Kaabah.

Tiap kali berada di hadapan Kaabah, membuatkan aku begitu 'emosi' . . . rendah diri yg amat sangat, takut, ridha, syukur serta rasa amal ibadatku selama ini kerdil disisi Allah.
Inilah peluang utk bermunajat pada Allah s.w.t.

Berat badan juga susut ~ alhamdulillah.

Ketika mengerja Sai'e.

Keuzuran yg Allah beri sebenarnya satu hikmah untuk hamba2nya 'merasai nikmat yg tidak terucap'..... serta mengingat diri utk ridha dgn ujian Allah swt.

Arafah : 20hb Nov 2009
Perkhemahan untuk para jemaah di Arafah.
Ketika berada di Arafah aku masih demam. Tidor malam menggigil. Terima kasih kpd
Abg Lah yang menyelimut seluruh badan aku agar tidak digigit nyamuk.
Makan ubat deman & batuk dah tak berkesan lagi.
Aku hanya mampu berdoa, 'Forgive me Ya Allah....

Mabit di Muzdalifah
Tidur beralas tikar plastik berbumbungkan langit ~

Suasana di Muzdalifah

Mina : 9hb Zulhijjah - 13hb Zulhijjah
Terowong Muassim

Suasana dalam Terowong Muassim yg penuh sesak.

Jamarat

Madinah : 10hb Dis - 19hb Dis 2009
Perkarangan Masjid Nabawi

Seingat aku, ketika datang Umrah 2005 belum ada lagi 'awning' ni . . . cantik.

Sempat beberapa kali ziarah Makam Nabi Muhammad s.a.w.
Sempat ziarah makam baginda khusus utk menyampaikan salam dari saudara2 
dan sahabat2 dari tanah air. Perlu bersabar, InsyaAllah

Kedua-dua belah tumit dan tapak kaki aku pecah,  2 minggu balik ke Malaysia baru Ok.

Berjumpa dgn Cgu Ishak Marican semasa di Sek. Menengah Batu Dua Sg Petani, Kedah.
Hampir 30 thn lebih baru jumpa.

Aku wakaf beberapa naskah Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Dengan niat agar pahala amal jariah ini, Allah s.w.t sampaikan kepada semua kaum keluarga, ibubapa, saudara-saudara dan sahabat2 yg mendoakan keselamatan dan kesihatan.

Semoga Allah swt membalas budi/jasabaik tuan2/puan2 semua dan dipermudahkan oleh-Nya utk tuan2/puan2 semua menjadi Tetamu Allah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Pengajaran :
  • Semua ujian dari Allah i.e. demam, batuk2, sakit2 badan atau keuzuran. Ia adalah suatu 'nikmat yg tidak terucap' yg Allah swt berikan kepada hamba2nya.
  • Hormati rakan2 sebilik, jemaah lain dan 'ringan tulang' membantu jemaah yg lain ~ InsyaAllah, Allah swt akan permudahkan urusan kita.
  • Ada rakan bertanya "Bagaimana rasa/pengalaman 40 hari mengerjakan haji ? Aku cuma mampu senyum; jika anda sihat anda akan seronok sepanjang masa. Tetapi jika anda dlm keadaan sakit, uzur sepanjang 40 hari 'anda akan merasa nikmat' juga dan tempoh itu dikira amat panjang.
  • Haji ibarat menjalani/melalui latihan dan tarbiah dari Allah s.w.t. Berhujan di Arafah, bersesak-sesak di Mina dan Baitullah. Kita akan merasai segala-galanya ujian dari Allah swt. Ia adalah nikmat yg tidak terucap oleh kata-kata. Jika Amarah kita bermaharajalela kita akan sengsara. Sentiasa ridha menerima ujian Allah swt, pasti berbangga kerana Allah swt telah memberi kejayaan dgn kesabaran.
  • Jika berkemampuan ~ pergilah dalam usia muda sementara masih sihat.
  • Selamat kembali ke tanah air pada 20hb Dis, demam seminggu. Ketika posting ini dibuat demam dah baik tapi sudah 5 hari aku sakit mata pula ~ alhamdulillah mungkin ada hikmah disebalik semua ujian ini.
Catatan ini sekitar pengalaman mengerjakan Haji selama 40 hari. Sekadar utk berkongsi. 
Lain jemaah, lain pengalaman mereka.

Ya Allah ~ jauhkan aku dari perasaan riak & takbur.