Tuesday, August 04, 2009

My Waja ~ Goodbye Orange !

"Still Got The Blues"
Waja kesayangan ini berusia hampir 8 tahun. Pada tahun 2004, aktif dgn Leader Motorsport Kemaman Terengganu. Bertukar wajah dari Artic Blue kpd Pearl Mars dot dot dot . . . Sejak itu, beberapa 'component' asal ditanggalkan utk 'lalui proses performance'. Dengan bantuan rakan-rakan di Kemaman . . . Orange niii 'mampu' memberi kepuasan kpd aku. Kereta niii dulu keluar hujung minggu sahaja. . . . (hari lain 'dok dlm selimut').
Ketika berada di Kemaman 2004 till 2006 ~ kalau bercuti balik kampong aku gemar ikut laluan Lebuh Raya Pantai Timur ~ Karak W/Way ~ Genting ~ Batang Kali ~ Tg Malim ~ Sp. Laluan Genting Sepah ~ Genting ~ Batang Kali memberi kepuasan memandu ala-drift. Memang 'best' utk menguji "system, performance & skill" . . . . masa tuuu 'taste' lain ~ gemar memandu laju !
Pernah ride seorang diri (8 mlm) dr Sri Damansara KL ~ Karak H/way ~ LPT ~ Cukai Kemaman (dist. approx. 290km+) dlm masa 2 jam 10mins sahaja . . . bukan lupa diri tapi 'kepuasan atau taste' yg pelik masa tuuuu. Top speed 200+ kmph!
Tapi itu semua cerita lama . . . 'taste & hobby gila ni' dah hilang sejak balik ke SP hujung 2006. Orange niiii dah kembali pd asal 'standard'. Ride pun "ser-low, ser-low". Beberapa 'nadi' utama masih kekal 'berselindung disebalik warna baru' . . . . yg tampak biasa-biasa aja ! Kalau ada orang dok 'cucuk-cucuk' aku buat x kisah shja . . . . Cubaaaaaaaan !
Orange mengalami kemalangan kecil 3 minggu lepas . . . gara2 sebuah motorsikal yg terbabas & berlanggar dgn kereta aku . . . . siottttttt ! Aku cuma geleng kepala pada budak tuuu yg terhincut2 cedera/luka bahagian kaki. "saya bayar bang ~ saya bayar bang". Tak tahu lah apa nak cakap masa tuuuu . . . . dugaan, astagfirullah . . . (mungkin ada hikmah kpd Dia dan Aku). Kaum keluarga dia datang jumpa ~ minta 'settle' luar shja. Bang cat niii RM 3k+ nak bayar ka ?

Aku setuju dgn jumlah 'ganti rugi' yg diberi. Tapi, aku tidak yakin 'code' warna ini sama atau tidak yg ditunjukkan. Tiada pilihan ~ terpaksa korbankan warna kesayangan "Orange" dgn image baru 'pearl black 2stars wz crystal clear'.

Image Baru
~ Pearl Black 2stars 731 wz crystal clear ~
Note:
  • Laa niii aku dah kurang memandu ~ kerana lebih selesa naik basikal sahaja ha ha ha !
  • Abang Cik 'upset' dan masih sayang dgn warna Orange.
  • Tahun 2001 ~ tapi "luar dalam" kereta ini macam baruu maa . . .
  • Maintenance "boleh refer maintenance Log aku". Dah tak ada ruang utk Chop ha ha ha !
  • Tiap 10,000km masuk EON service.
  • Last but not Least ~ NOT FOR SALE !

9 comments:

Afrezal Karim said...

penuh sentimental value ni.. ye tak bro.. hehe...

ramly sp said...

he he he ~ terima kasih Riezal ! Banyak kenangan dgn Orange niii . . . rambut sama hitam (tapi aku x dak rambut he3) . . . 'taste' lain lain. Lawa pulak tengok pic hang 'lentuk' kt pejabat ari tuu ! Bila nak ride sebelah Utara niii ~ bagitau laaa atau teringin nak ride 'southern thailand'?

keep in touch !

Afrezal Karim said...

hahah.. lentuk kat pejabat hari tu sebab badan tak sihat pun kayuh jugak pi opis hasilnya.. memang duk wirid tidoq laa jawabnya.. sini tak tahan skit jerebu kuat. Fuhh.. teringin nak ride sebelah utara bro.. cuma masa tak mengizinkan lagi.. tapi aku cukup berkenan ride southern thailand tu... insyallah nanti kalau bro organize lagi.. roger laa insyallah boleh amik cuti awai skit :). Apa2 pun kaler oren tu memang garang.. takpa.. gambaq ada simpan buat kenangan..

Lan RCT said...

bang ramli..
berapa harga cat keta tuu...

ramly sp said...

RM 2,550.00 sahaja termasuk upah ketuk bahagian yg kemek, undercoat. Kalau black metalic biasa dlm RM 1,700 sahaja . .

awat ? nak chat beskal hang ka he he he !

Anonymous said...

jangan "BLACK METAL" sudah cik Ly he he. bila nak bawa beskal naik keta ni......

ramly sp said...

Black Metal ? he he he ampunnnnnn !

ZanKX said...

ok ka kedai tu buat?
kalu cat semula luaq saja berapa dit ek?
pakai kale asai balik...
metallic

KacaMataSisi said...

bkn abg cik je upset.. kakak pon!!