Wednesday, August 24, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam hormat pada rakan2 bloggers, pengunjung2 blog, kenalan dan sahabat handai
muslimin & muslimat yang dirahmati Allah swt.

Sempena Aidil Fitri yg bakal tiba, saya Ramly bin Hj Abdullah @ Ramly SP dengan rendah diri
Mohon Maaf Zahir Batin di atas mana2 kesilapan, kesalahan, gurau-senda serta lisan yg 
tak terjaga atau yg terguris dihati antara sedar atau tidak .......

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan
yg terbaik bagi kita.


~ Insya'Allah ~

Sunday, August 14, 2011

Kadang-kadang kita terlupa anakku . . .

. . . . sikap suka menunjuk-nunjuk (riak) adalah antara sifat Mazmumah (Terkeji) yang perlu dielakkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Huraian:

  • Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
  • Sebaliknya riak pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
  • Perbuatan riak (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
  • Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
  • Riak perbuatan yang tersembunyi di dalam hati, perasaan dan peribadi seseorang dengan niat dan tujuan tertentu. Orang yang gemar mengamalkan riak, hidup dan jiwanya penuh dengan kebohongan dan kepalsuan semata-mata. Ini kerana ia bertujuan untuk mengharapkan pujian, sanjungan dan penghormatan daripada orang lain.
  • Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : "Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Meminta Simpati Hadis no. 6018).
  • Seseorang yang riak juga selalu mengikut hawa nafsu. Biasanya nafsu banyak menggoda dan mempengaruhi perasaan dan jiwa manusia untuk melakukan sesuatu kejahatan.
  • Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah." (Surah Sad, ayat 26).
  • Manusia pada hakikatnya adalah makhluk Allah yang tidak layak untuk melahirkan perasaan bangga diri, megah dan takbur. Allah mengancam dan memberi amaran keras terhadap hamba-Nya yang melakukan riak dalam kehidupannya.
  • Allah mengutuk dan melaknat orang yang melakukan ibadat yang disertakan dengan sifat riak. Selain menghapuskan segala amal kebajikan, sifat riak akan menghalang seseorang daripada mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat.
  • . . . . anakku, lakukan sesuatu perkara itu dengan tulus ikhlas utk beroleh keredhaan dan rahmat dari ALLAH s.w.t.

Monday, August 08, 2011

Kadang-kadang kita terlupa Anakku . . .

Sharing . . . ."Quote . . . .
  • When I was 4 Yrs Old: My father is THE BEST

Conclusion:
  • Note that it took 56 yrs to complete the cycle & return to the starting point "My father is THE BEST "
  • Let's be good to our parents before it's too late. . .
  • Pray to Allah that our own children will treat us even better than the way we treated our parents.
Sharing . . . .Unquote"

Monday, August 01, 2011

Last Kopek B4 Ramadhan

Date : 23rd Jul 2011
Start/Finish : R & R Perah, Gerik Perak


Route/Profile : Gerik - Banding - Banjaran Titiwangsa @ Ice Cream

~ Antara rakan2 yg turut serta dari Manjung, Perak (MCT), Penang, Alor Star,
Kulim, Parit Buntar & Sg Petani ~

~ Tahun lepas ada yg kata: "perghhh, aku tak mau mai dah naik Banjaran nii, tapi tahun ini Makin Ramai yg hadir" . . . muka yg sama pulak tuuu he he he.

Keluhan pada tahun ini pun sama juga: "Aku Tak Mau Mai Dah"
dan kita tunggu tahun depan . . . .


B4 The Ride

From Manjung Cycling Club @ MCT

Papa Danish, "Kak Ros" and the gang from Penang

Kali ke -3 kayuhan laluan ke Banjaran Titiwangsa dan kali ke -4 ke Banding. Setiap tahun sejak balik ke Sg Petani August 2007 . . . laluan Kupang Gerik Highway, Banding, Banjaran Titiwangsa, Felda Nenering dan Betong, Thailand jadi 'favourite route'. Disini juga terdapat 160km+ 'killer loop'. . . dua kali ride route ini, dua kali aku 'kong' he he he !

Kayuhan 'Last Kopek B4 Ramadhan II' jarak 136km adalah xtvt tahun ke-2. Kayuhan bermula dari R & R Perak, Gerik.

First stage - 20km+ 'rolling' . . . dan climbs bermula selepas 20km. Jarak 66km+ climbing ini sekadar 'biasa sahaja' bagi 'good rider' . . . utk beginner memang 'menyakitkan'. Aims adalah utk mengajak rakan2 'beginners' merasa 'nikmat' berbasikal/mendaki Banjaran Banding & Titiwangsa. . . 'nikmat & kepuasan' mendaki yg tidak boleh dibeli dgn wang ringgit he he he.

Sepanjang kayuhan ke Puncak Banjaran Banding dan Titiwangsa aku cuma berhenti sekali utk buang 'air kecil' di Jeti Merin Banding. Meneruskan kayuhan terus ke Puncak Titiwangsa. Climbs yg tak henti-henti . . . and the last 10km ke puncak memang 'kaw-kaw'.

Pengalaman yg lepas banyak membantu kayuhan kali ini. Relaxed dan buat kayuhan mengikut 'effort pace' yg kita mampu . . . tak perlu 'henjut' tak tentu hala. Adakala mampu laju dan adakala kelajuan menurun mengikut 'terrain'. Bertenaga kayuhan kali ini kerana mendapat rentak kayuhan yg baik hingga ke puncak. Selesa dan mudah 'tackle long climbs'.

Pencapain peribad terbaik 'mendaki' tanpa henti hingga ke puncak. Air dua botol mampu bertahan hingga ke puncak. Tahun lepas dgn cuaca panas 'berbotol=botol' aku 'langgah' he he he ! Mungkin dgn sedikit latihan membantu pendakian kali ini. Memang 'enjoy' ..... :-)

Kalau tak ada minat atau 'passion' memang 'meluat' dgn 'long climbs' tak habis-habis . . . terutama kayuhan balik dari Banding-Gerik. . . . 10km climbs pertama selepas Petronas Banding - Gerik ramai 'yg tersungkur'. . . dan ada yg bergayut pada lori kerana 'letih' mendaki he he he ! (insiden ini di rakam dr jarak jauh . . . . sure you will feel sorry for yourself). Antara rakan2 yg turut serta . . .:

Najah CSK


Haji Saad @ GMCC


Hj Zul Manjung Perak @ MCT

Khairul Nizar @ Jat


Zailani Perwaja MTB Club


BrieSP


Shariffudin Bin Mohamad @ Din Toyota


Papa Danish and Frenz from Penang


Cgu Fisol Alor Star


L: Mat Apit, Koko ODD and Frenz from Kulim


L: Halim Perwaja MTB Club, Zul 9W2UCC and Roslan Mobil


Din Pulau


Roslan Mobil


Di Puncak Banjaran Titiwangsa
Thumbs Up
More Pic :
  • 31st Jul "Last 90km+ Fun Ride" (click)
Note:
  • Bed time reading . . . click "Climb Like A Champion" . . . Stay Relaxed & Focus, Find ur Rhythm, Fuel Up, Have Fun, smile and enjoy ur day on Bike :=)
  • Terima kasih kpd semua rakan2 yg turut serta, terima kasih yg tidak terhingga kpd rakan2 'support crew/car' yg sanggup korbankan cuti hujung minggu bersama kami dari mula hingga akhir . . . dan tidak lupa kpd Tuan Haji Din @ Estima yg hadir walaupun tidak sihat dan bertindak sebagai 'photograper' ....dengan gambar2 yg menarik dari Haji memori Last Kopek ini lebih bermakna utk dikenang ....... Bravo Zulu :-)
  • Khas utk rakan2 cyclist dan pengunjung Blog saya (dan Cgu Maezan) . . .muslimin & muslimat mukminin & mukminat......Saya mengucapkan "Selamat menjalankan ibadah Puasa di Bulan Ramadhan ini . . . dan berdoa agar Puasa kita diterima Allah swt ......amin.
  • Sempena bulan Ramadhan, saya 'berehat sebulan' dari aktiviti berbasikal.
  • Jika umur panjang ~ insyaAllah jumpa lagi selepas Raya nanti . . . !