Sunday, May 09, 2010

Mengkarung Ride @ Chak Beh Liau !

Date : 8th May 2010

Route : Baling - G. Inas - G. Paku - Gerik - Kupang - Baling

Terrain : Hilly

Posting xtvt ini (dan sms) telah diwawarkan pada 23rd Apr yg lalu. Seperti biasa, tiada maklum balas penyertaan dari rakan2 samada nak balas sms atau dalam chatbox. Sunyi sepi. Haru juga ! Bagitau salah ~ tak bagitau lagi laaa kutuk aku, "amboi abg Ly tak ajak kami punnnnn ". May Pay Laii bangg !

Respond atau tidak waa tak kisah tapi kami dari SP tetap ride 'laluan mengkarung' ini utk kali ke-3. Aku saja namakan 'Highway Gerik to Kupang' sebagai 'mengkarung route' kerana tiap kali lalui kawasan ini pasti ada yg 'tarik mengkarung' @ simpul biawak he he he. Mungkin faktor cuaca yg panas terik atau terrain dgn 'long climb' yg cukup sempoi. Route ini memang best - bagi aku 'paradise for cyclist' to test their endurance & riding attitude. Atau dalam bahasa Hokkien 'Chak Beh Liau' he he he ! @ makan tak habeh !

Tup-tup pagi 8th May bila sampai depan Masjid Baling dah ramai yg menunggu i.e. dari Alor Star Cikgu Fisol & d gang, Gurun, RCT, BalingBiker, KrohMTB dan 6 riders dari SP. Jumlah riders lebih kurang 31 orang. Woww ~ waa solute laa. Terima kasih di atas kehadiran tuan tuan semua.

7.30am mula bergerak dari Baling - Gunung Inas utk bertemu dgn KrohMTB di Pangkalan Hulu. Sesi 6km climbing Gunung Inas utk 'warm up' bagi mengelak 'gigitan mengkarung'. Regroup di puncak dan meneruskan kayuhan ke Pangkalan Hulu.

L2R : Razif @ BalingBiker, ramly sp @ Lt @ KGB and Haniff @ WiraMergong
Regroup dgn riders dari Pangkalan Hulu.

Wendy dari Kroh MTB

Tak serik serik amoi niii ride ikut laluan mengkarung !
"skot senanggggg diriiipp" . . . he he he !

~ Wira RCT ~

Tak sangka dgn kehadiran hangpa semua. Dalam hati ku berkata :

"mampuih hangpa kali ini . . . he he he"

Tapi sangkaan ku melesek, surprise ~ anda nampak makin 'slim' & fit. Lama tak jumpa, dah banyak peningkatan. Anda semua membuat kayuhan dgn cantik, mantap dan bertenaga. Tak macam dulu i.e bersepah2 he he he. Tahniah kerana mampu bertahan di 'laluan mengkarung' dan yg pasti anda BERJAYA menamatkan kayuhan ini dgn muka yg 'ceria' he he he. Syabas Bro ~ keep it up ! Hangpa jgn lupa kirim salam kat Iguano, Rani !

Mangsa tarik mengkarung aka 'simpul biawak' di Lebuhraya Gerik - Kupang.
Kira : wonner, render, muner, naller . . . . anjieee he he he!
No worries kawan2 ~ ianya bisa terjadi kpd sesiapa jua. Cuba lagi !

Downhill yg sempoiiiii . . . bisa 'mengubat' climbing yg panjang !


"Wowww ~ Chakk Beh Liauu"

Last but not Least :
  • Terima kasih pada rakan2 yg sanggup menunggu/regroup di KM50 aka Restoran Kepala Ikan dan di KM 80 R&R LebuhRaya Gerik ke Kupang.
  • Terima kasih pada Encik Asri ~ di atas bantuan 4 X D, KrohMTB, BalingBiker, WiraMergong, RCT rakan dari Gurun dan Alor serta kawan2 dari SP semua.
  • Terima kasih pada rakan2 'mengkarung ride' yg setia bersama kami.
  • Tanpa anda ~ siapalah kami !
Posting & pictures dari rakan2 'mengkarung' :


1 comment:

C Humberto said...

Good morning! i am carlos from portugal , i, d like to visit ypur blog , and i cam hear very times,
concrtulations .