( Note: Posting ini hanya sekadar berkongsi pengalaman )
Date : 30 Apr- 2 May
Ref. : PCC Interstate Road Ride 2010 @ IS2010
Day 1 : Kuala Kangsar - Banding (145km)
Day 2 : T. Banding - Kota Bharu (186km)
Day 3 : Kota Bharu - Tasik Kenyir (170km+)
IS2010 adalah kayuhan merentasi tiga buah negeri Perak, Kelantan dan Terengganu. Bermula dari Kuala Kangsar ke Pulau Banding Perak, then pendakian Pu. Banding ke Kota Bharu Kelantan. Hari ke 3 ~ bermula dari River View Hotel K. Bharu, Kelantan ke Tasik Kenyir, Terengganu. 'Mini Jelajah Malaysia' yg cukup unik and demand good riding attitude !
Inilah Penyertaan julung kali aku dalam IS2010. Inilah juga
road bike pertama, yg aku beli dari seorang sahabat pada Feb 2010 lalu . . . dan inilah tindakan 'nekad' pertama menyertai IS2010. Sekadar mencuba sesuatu yg baru . . . !
Dalam 3 bulan, cuba menyesuaikan diri riding RB ke hulu ke hilir utk mendapatkan ''feel' @ rentak kayuhan yg agak berbeza dari MTB'. 'Base ride' yg masih lagi lintang pukang . . . tapi aku tak pernah 'pandang belakang' and never give up, Ride, Ride and Ride ! Mencuba sesuatu yg baru pasti ada cabaran. ku belasah ajer dgn 'ghairah' tanpa rasa jemu ! Maaf pada rakan MTB'ers kerana 'menghilangkan' diri buat seketika ! MTB aku ada lagi . . . tapi dah bersawang !
Terima kasih pada rakan
KOTRT yg banyak membantu/nasihat/tips riding a road bike dan tidak lupa pada Malik KOTRT ~ insan yg bertanggung jawab 'meracun' aku utk cuba sesuatu yg baru (RB). Pernah offer aku "LT, hang ride bike aku dulu . . . .nanti hang tau why 'road bike' ini ada ummmpp yg tersendiri . . . " ~ Wow ~ dia punya ayattttt aku !
Banjaran Titiwangsa . . . pagi 1 May kabus & cuaca dingin. Pendakian panjang approx 27km+ buat aku basah kuyup hingga ke puncak. Sebelum ini risau juga : 'boleh ka climb dgn standard crank ni'. Tapi bila berada dlm kelompok besar semangat & kayuhan berubah menjadi begitu bertenaga !
Long distance ride sebelum ini banyak membantu aku 'to build up strength, skill & confidence. Begitu juga alternate ride i.e. ride hills, ride hard and ride easy 'and listen ur' body signals'. . . alhamdulillah 'my body say YES' even though pushing the limits.
Terima kasih
route SP - Baling - Banding, Gunung Inas, Gunung Paku, Klian Intan and Gerik Kupang Highway . . . ! Love hilly route and terrain/nature. . . . inspired me to be patient. Subhanallah ! InsyaAllah on
8th May i be 'dare' . . . and 'solute you' (x3) !
Sebelum IS2010 aku terbaca
Group Riding Tips and Technique sebagai persiapan to ensure safe ride ! Aku perhati beberapa isyarat tangan i.e. isyarat mengeluar botol minuman, masuk ke dalam kiri/kanan, perlahankan kayuhan, 'overtake me', lead d group, slowing down/moving out dan perlbagai lagi dan mudah difahami.
Pengalaman berada di dalam peloton kekadang ada lucunya. Semasa kayuhan biasa aku jarang menggunakan crank besar ketika mendaki . . . tapi bila berada dlm peloton besar IS2010 aku tak sedar 'gon ka'crank besar 'sokmo' he he he . . . . Ajaib !
Kalau rasa nak terkencing 'tahan ajer' . Kalau berhenti, alamat tertinggal la sayang oiiiii !.
Memang sah ! Selepas Jeli, Kelantan aku dah tahan rasa nak terkencing . . . . lalu, memberi isyarat tangan utk keluar dari peloton. . . hingga drop di belakang. Bayangkan macam mana nak keluarkan 'benda tu' kalau anda pakai 'bib' dgn peluh 'lencun' satu badan he he he ! Tengah dok 'peroseh benda' tuuu tup tup peloton yg aku ikut tadi dah 'ghaib' ke hadapan . . adehhhh memang tak terkejar laa jawabnya. Air kencing pun malehhh nak keluar menitik nitik ajer . . . . basuh 'benda tuu' dgn 'power bar drink' perisa orange he he he ! Riding alone lagi laaa torture !
Group Riding aka peloton memerlukan kerjasama antara riders. Mampuihhhh laaa kalau long distance ride asyik rider tuu sahaja 'tarik' yg lain 'relax' kat belakang curi makan angin. Sebab itu aku larat tak larat pun sekali sekali berada di depan walaupun dlm jarak KM yg singkat. Sekurang2 nya anda memberi ruang 'rehat' seketika pada riders lain.
Dalam
Group Riding Tips and Technique ada tercatat . . . jgn 'curi tulang' atau sikap tidak memberi kerjasama dalam peloton. Bila hampir finishing point buat break away dan pecut giler tinggalkan kawan2 yg lain . . . . adehh lagi laaa teruk ! Bagi aku ~ IS2010 is all about completing the ride with good riding attitude and sharing d pride wz others !
Banjaran Titiwangsa ~ Smile and hide your suffering !
Tanah Merah to KB . . .
Riverview Hotel Kota Bharu, Kelantan
Antara 2 bukit terakhir sebelum tiba Tasik Kenyir . . . !
After 160km+ ride from KB to Kenyir
Udang Celup Tepung
Sotong Celup Tepung
On d way back to SP ~ singgah Penarik pekena sotong & Udang celup tepung !
Yummmmmyyyyy !
Last But Not Least :- Tahniah kepada pihak penganjur PCC Interstate 2010 yg berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan begitu efficient, cemerlang dan professional !
- Thanks to KOTRT terutama rakan2 'support team' yg ke hulu ke hilir menjaga makanan & minuman kami.
- Terima Kasih pada rakan MKH i.e. pak megat, Nizam dan rakan2 yg memberi ruang pada aku mengikuti peloton hangpa. Terima kasih memberi minuman sepanjang jalan. Walau letih tapi dgn gurau senda anda semua memberi 'dose' utk aku meneruskan kayuhan.
- Terika kasih pada semua riders, rakan2 yg menyertai IS2010 . . .walau tidak mengenali antara satu sama lain tapi budi baik anda memberi minum sepanjang jalan AMAT AMAT saya hargai.
- See you next year 600km in 3 days !
- Epi Cranking . . . Stay Safe & Stay Healthy !