Riders : KudaLiar, WanG, Cgu Din, Cgu Ee, Cgu Kob, Cgu Romzi, Rosli, Sobri, Yus Kroh
Cuaca pada hari ini mendung sepanjang jalan ke Betong, Thailand. Jam 6.50 pagi aku dan Cgu Din dah berada di Petronas Taipan Square Bandar Puteri . . . yg lain belum nampak kelibat lagi.
Jam 7.00am dah mula nampak muka sorang-sorang tersengeh ready utk kayuhan hari ini. Jam 7.20 am kami terus bergerak . . . !
Ada dua muka baru . . . Cgu Romzi (Kelantan) dan sdra Rosli beginners dgn MTB. Pertama kali jumpa Rosli dan Romzi.
Masih dgn Scott Speedster S6 . . . dan crank besar macam pinggan tambah 53/39 utk climb beberapa bukit dan Gunung Inas. Kadang2 masa climbing teringin pulak nak tukar '
compact crank' dengan 'gigi' 50/34 tapi ada pula rakan2 advise "kalau you dah biasa & ngam dgn standard kenapa perlu tukar', "hari2 you nak naik bukit ka ? hurrmmmm
K.I.V dulu !Antara rakan yg hadir.
Kami 'regroup' kat simpang Kupang menuju ke Baling. Dalam perjalanan masuk daerah Baling tiba-tiba 'jengoi' seorang Hamba Allah menghalang laluan kami dgn melambai-lambai tangan suruh kami berhenti. Aku ingatkan siapa . . . . . . Rupa2nya RazifBaling . . . buat suspen jer, "masuk Baling mesti ambil gambar dulu dgn Penghulu Baling ni" he he he !
Jam 9.20 pagi rehat kat Restoran Ketapang Baling, Kedah
Left: KudaLiar, WanG, ramly sp, Cgu Kob and Cgu Din aka 'si raja bukit'
Geng Baru aka Cgu Romzi . . . badan slim siotttt ! Tak ada lemak langsung.
Ahli baru 'geng kemenyan' @ smokers. . . . he he he !
Nota :
- Terima kasih kpd Cgu Din membantu/mengiringi sdra Rosli dari Baling ke SP.
- Singgah Solat Zohor di Masjid Kuala Ketil . . .
- Selamat sampai rumah approx 4.30 pm.
- Walaupun kayuhan kali ini banyak 'stopping' tapi aku enjoy dan puas kerana dapat membantu rakan2 lain menamatkan kayuhan dgn selamat.
- Sekali lagi 'SOLUTE' Cgu Din kerana 'dengan sabar' mengiringi sdra Rosli menamatkan kayuhan. Yang best Rosli bagitau Cgu Din "nak kena cari Road Bike' satu baru syok ikut geng Cgu !
- Jumpa lagi dalam 'Projek Lebuh Raya' yang akan datang !