Tuesday, July 07, 2009

. . :: Diari Seorang Ayah :: . .


Tarikh : 25th ~ 27th Jun 2009
Tempat : Sg Sedim, Kulim Kedah
Peserta : 123 pelajar Tahun 6 Sek Keb. Gurun (Pusat), Kedah
~ Kebesaran ALLAH s.w.t. ~
"kalaulah uncle 'diberi peluang atau pilihan' pada usia sekarang . . . . biarlah uncle 'pergi dahulu' dari emak & ayah uncle. Selama 37 tahun bersama emak & ayah sebelum ini . . rasa sekejap sahaja. Tak puas rasanya dapat 'bermanja' dgn Mereka. Serta membalas jasa mereka. Semua yg Allah s.w.t. berikan, tidak dapat berkongsi bersama mereka lagi.
Alangkah seronoknya jika mereka masih ada dan berkongsi rahmat ini.
Alangkah bertuahnya mereka yg masih mempunyai Emak & Ayah . . .
"Kami Cintakan Allah ~ Kami kasihkan Rasul ~ Kami Sayangkan Ayah ~ Kami Sayangi Ibu"
. . . tapi anak2, kalaulah pada malam ini & ketika ini . . . Ibubapa kamu kembali ke rahmatullah ~ adakah anak2 semua bersedia menghadapi ujian ALLAH s.w.t. ini ?
Adakah sebelum datang ke sini kamu sempat mencium tangan ibubapa kamu utk restu ?
Adakah kamu sempat memohon maaf 'kesalahan2' yg kamu lakukan ?
Adakah kamu 'mampu' dan redha di atas 'kehilangan' emak & ayah kamu pd malam ini ?
"Allah swt melarang kita menderhakai ibubapa kita dgn sekeras-keras larangan. Mengecilkan hati emak ayah, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai suatu penderhakaan. Menderhaka kpd ibubapa adalah satu penderhakaan terhadap ALLAH dan ianya termasuk dlm kategori 'Kabair' (dosa-dosa besar) . . . " ~ Anak2 yg dikasihi . . . .
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Dosa yg paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibubapa dan bersaksi dusta". Ya Allah, ampunkan dosa kami ~ ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami . . . . ampunkan lah anak-anak kecil ini Ya Allah ~ Kasihanilah mereka Ya Allah ~ Pancarkanlah Nur keimanan ke dalam hati mereka Ya Allah ~ !
"Aku kenakan YAZIR mandi lumpur ~ menghalau nyamuk . . . he he he "
Yazir juga seorang 'bilal' yg berbakat. Sedap mendengar alunan AZAN dari YAZIR.
Sejuk hati ibu yg mengandung . . . . !
Sekarang semua 'tiru' macam Yazir . . . . dlm masa 1 minit semua dah siap !"Kami Cintakan Allah . . .
Kami kasihkan Rasul . . .
Kami Sayangkan Ayah . . .
Kami Sayangi Ibu . . . "
Semoga anak-anak semua beroleh kejayaan dunia & akhirat !
Note:
  • Semalam 6hb Jul jam 10.00 am aku ke Sek Keb Gurun (Pusat) berjumpa dgn Guru Besar Cikgu Tn Hj Ridzuan utk menyerahkan gambar2 semasa xtvt perkhemahan yg lepas.
  • Masuk pintu sekolah ~ parking depan kawasan lapang 'car park' tiba2 muncul pelajar2 yg aku temui minggu lepas. Ramai sekali datang bersalaman dgn "Pak Cik Ramly" he he he ! Sekurang2nya kehadiran pagi ini dapat memberi semangat pada mereka.
  • Terpaksa minta diri dari mereka utk berjumpa dgn Guru Besar dan Guru2 lain.
  • Sayang u all !

4 comments:

Afrezal Karim said...

bang ly betul2 bagi kesan mendalam kat bebudak2 tu.. syabas bang ly.. dapat bagi kesedaran pada budak2 muda skang..

Chan NXT said...

Tahniah Bg Ly kerana berjaya membuka satu perspektif baru kepada generasi akan datang. Dewasa ini terlalu banyak kes-kes yg melibatkan anak remaja dan adakalanya terlalu merentap jiwa dan tidak tercapai akal manusia yg waras. Saya sokong aktiviti-aktiviti sebegini. keep Up The Good Work! " .... success will come in distance, who we are today is the proof of our parent's success...."

ZanKX said...

keep it up..good work bro..!!!

ramly sp said...

Riezal, Chan NXT and zan-KX > thanks atas komen anda. Shja buat posting lain dr crta beskal. Sekadar utk refleksi. . .sebahagian dr kerja amal ~ utk anakbangsa ! InsyaAllah.

p/s. Bulan nii padat dgn outdoor di Sedim. Dah nak masuk 3 minggu tak kayuh beskal . . .he he he ! Luv' u all !