Dah seminggu 'draft' nii 'sejuk' . . . nak publish ke

tidak ? Dok baca berulang kali & delete words yg tak sesuai utk jaga hati kawan2 . . . at last, publish gak utk share. Asalnya Entry yg panjang - dah jadi pendek.
Pada 13th Feb - 15th Feb lepas berada di Penang selama 3 hari. Tak kesempatan utk xtvt riadah . . . bangun awal, tidor lewat . . . biasalah xtvt bengkel !
Kat sebelah kanan nii bilik kat Bay View Hotel Penang . . bilik luas. Roommate aku org Johor . . . seorang yg peramah . . .'smoker'. Dia tak smoking dlm bilik tapi dok lepas gian dlm bilik air. Sama gak 'asap rokok' tak leh keluar. . . bila buka pintu menerjah masuk asap ke bilik . . . so, aku pun 'tumpang' sedut gak sakibaki asap rokok tu. Hari ke-2, dia dah tak sihat. Demam selsema, batuk2 & sakit2 seluruh badan. Muka nampak pucak & lemah. Dia maklum aku travel dgn kereta dr JB ke Penang . . . kasihan. Kebetulan dlm 'mini 1st aid' aku ada painkiller . . . aku bagi 2 biji lepas tuuu terus dia tidor & berselimut, tak masuk kelas . . sebelum keluar dia minta aku off air-cond. Kasihan . . . mlm berikutnya aku tak dapat tidor nyenyak . . . roommate minta offkan air-cond - bilik panas ! Tup-tup pagi Ahad . . . aku dapat 'hadiah' - "bad flu".

Notes : Dulu, aku seorang heavy smokers . . . kategori 'heavy smokers'. Kalau balik bercuti 2 minggu, sekurang-kurang 2 ke 3 carton rokok Lucky Strike aku bawa balik . . . (rokok kapal).
Sekarang dah 'quit' smoking . . . dah hampir 20thn berhenti (cubaan kali ke-5) . . . kenapa Quit ? Awat tak hisap puas2.
He he he, dulu semasa kerja setiap 6 bulan diwajibkan menjalani Ujian Kecergasan & perlu lulus dlm jarak waktu yg ditetapkan i.e. sit-up, chin-up, jump, shuttle run, Running 2.4km & last swimming 100m. Rekod Ujian ini wajib dikemaskini setiap 6 bulan sekali. Dlm satu sesi ujian aku hampir2 'tumbang' sebaik shja selepas ujian renang . . . dada terasa pedih amat sangat, terus 'rush' ke Hospital yg berhampiran . . . aduhhh tuhan sahaja yg tahu

? ? ?
Semasa perjalanan ke hosp & semasa di hosp. 'maleh' aku nak citer. . . . dlm kepala otak macam2 dok pikiaq . . . sampai sekarang aku tak mau sia-sia
'peluang' ke-2 yg Allah s.w.t. berikan. Memang sedap hisap rokok ni . . . skrg pun masih ada keinginan itu,
tapi lebih 'sedap' lagi jika dapat menjalani xtvt riadah seperti sekarang . . . mendaki, berenang, berkayak, berbasikal meredah bukit & apa juga yg mahu dilakukan. Bukan niat utk 'menokok tambah citer rokok ini' . . . cuma sekadar nak 'share' saat 'mengerikan' serta 'perit' menahan sakit di dada. Kalau boleh aku nak buat posting kat National Geographic -
"I shouldn't be Alive" he he he ! Makan kat hotel memang laaa sedap2 . . . tapi aku cuma ambil yg perlu aja . . . bukan senang nak 'burn' semua tuuu. 3 hari gak aku asyik dok bedal kurma kambing & sup kambing mmmm 'yummy' . . . ! Tengok laa pics sebelah tuuu, nasi sikit aja tapi

sayur, sotong, kurma kambing 'belambak' siap tambah lauk lagi utk 'ratah' he he he !
Masa 'short break' niii . . . asap rokok tak leh nak cakap . . . 'laluan berjerebu' . . . jarak penglihatan pun tak jelas . . . terpaksa bawa 'lari' minuman ke tempat lain dlm 'jarak yg selamat' & bebas dr asap rokok tuan2 he he he !
p/s. Pada rakan2 'smokers' - Maaf . . . memang aku tak boleh tahan dgn bau asap rokok niii . . . tak tau kenapa ? ? ?Last but least - " Stay safe, Stay healthy"