Wednesday, July 09, 2008

Conditioning Ride

Date : 8 Jul 2008
Time : 06.45 - 08.40
Meet Point : Petronas, Laguna
Route ; SP > Bujang > Merbok > Chandi
Dist (approx) : 40 km
Average : 21km
Top Speed : 40 km
Riders : ramlysp wz 2.o offroad tyre, yusof wz 2.o offroad tyre & Roslan @ Mobil wz slick tyre.
Aim : Endurance & Climbing !
Pokok Petai kat lembah Chandi . . . geram tengok. . . sape tuan dia ?
Buah Petai tak payah panjat atau pakai galah . . . huloq dgn tangan pun sampai !

aku & lan kat buyong di Chandi. "Roslan cuba hang gosok2 bujong tuu . . . mana tau kalau nasib hang baik keluar frame beskal santa cruz ! Kalau nasik tak baik, "keluar air ayaq laaa " !
Posing dgn yusof @ skot !
on d way back . . . mangkin mantap depa ni !
Cuci beskal kat umah. . . . service rantai nyer sekali. Alat cuci rantai ni aku beli kat kedai Amin di Betong Rm 40.00 shja.
proses cuci rantai buang tahi minyak & lumpur.

alat cuci rantai !
berkilat !
sapu minyak 'lintah' kat rantai . . . .
lap semula bagi sama rata . . . . dan bersih !
mmmmm dua2 aku lanyak sekali selepas seminggu lebih dok belasah depa ke hulu ke hiliaq road & offroad. Lepas nii ride tentu rasa lain. Sedap ! Macam manusia gak, dok lanyak jer. Cuba buat servicing sikit, baru 'ride' sedap giler ! he he he. Tanyalah Mat Kedah fasal apa dia tak nak ride dgn kita dah . . . sebab kayuhan 'hujung minggu nyer ' lebih mantap & sedapppppp ! Gurau Mat jgn marah. No Joke No Fun, No Fun No Ride lahhh !
Fullsus aku dah siap utk pergi operasi di Wang Tepus, Jitra pada hari ptg Jumaat 11 Jul ini.

Saturday, July 05, 2008

Tour de Sawit

Date : 5 Jul 2008
Route : Sungai Petani
Total Dist : 24km only

Maaf ada beberapa pics dan clips yg tak dapat aku download. Sayang, antara clips video tuu semasa kau orang tengah baguehnya downhill . . . tak tau pasai apa. Sorry lah Bro ! Lain kali aku rakam lain. Tapi hangpa jgn laaa dok brake semasa downhill tuu (kalu aku director, aku suruh buat lain. CUT ! ) . . . potong steam betoiii ! Lain kali 'release brake'. Enjoy & test ur' skill on downhill . . . jatuh ? biasalaaa. . .! Itu pun kira 'skill' jugak he he he ! mmmm lain kali jumpa lagi "short ride, short write" . . . . !

Tour de Sawit . . . long climb !

Nizam 'beginners' putting d' best effort for d long climb. phew ! Keep it up Nizam & welcome to de club !

Breakdown 'sawit challenge' . . .Pak Mail tolong aku pasang tiub . . .dah lama tak ride kawasan niii asyik ride luar kawasan SP. . . ambek kau !

lepas nii nakpi mana pulak . . . ? rendah sangat bukit ni ?

Yusof & Nizam . . . apa agaknya yg dibualkan ?

Dari Kiri : Nizam, Roslan (makin kuat laa ni ?), Said, Zahid, Yusof, Cgu terlindung, Md Noh & Pak Mail. .. relak ambek nafas . . . . CheGu kata " dah habeh ka ?"
Nizam (berat badan 87 kg) hang kalu maintain kayuh macam ni . . . boleh slim & fit macam Zahid . . . Set your target Bro ?
CheGu Ahmad @ jiwa & Md Noh . . . mmmm nampak berminat dgn long distance ride & touring . . . no prob Bro. Kalu sudi, saya ngan Yusof dah plan utk ride & bermalam (camping) kat puncak Banding . . . . Easy Ride To Banding nanti !

Said guna 1.7 slick tyre utk offroad ? . . . dia selalu main road ni ?

End up kat Warung Nasi Lemak Cinta Sayang . . . . for tea 'O' panas. Ada gak yg bedal roti canai banjir he he he . . . . ! Fun Ride !

Thursday, July 03, 2008

Tour de Thailand


"Tour de Thailand" . . . "unsupported ride" !

NO. DATE ROUTE DIST. DURATION REMARKS

1. Dec 2008 ? SP - KANGAR/Pdg BESAR 150 KM
2. Pdg Bsar > BANGKOK(TRAIN)or stop at Petchaburi & ride to River Kwai > Bangkok ?
3. COURTESY CALL TO MALAYSIAN EMBASSADOR IN BANGKOK
4. BANGKOK - NONTHABURI 60 KM
5. NOTHABURI > KANCHANABURI 65 km
6. KANCHANABURI > RATCHABURI 120 KM
7. RATCHABURI > PHETCHABURI 40 KM (approx)
8. PHETCHABURI > PRACHUAP KHIRI KHAN 160 KM
9. PRACHUAP KHIRI KHAN > BANG SAPHAN 190 KM
10. BANG SAPHAN > CHUMPHOM
11. CHUMPHOM > LONG SUAN CHUMPHON TO SURAT THANI 190 KM
12. LONG SUAN > SURAT THANI
13. SURAT THANI > KO SAMUI (ISLAND) R & R for 2 days
14. KO SAMUI > SURAT THANI
15. SURAT THANI > NAKHOM SRI THAMMARAT 215 KM 2 days in Songkhla
16. NAKHOM SRI THAMMARAT > SONGKHLA
17. SONGKHLA > DANOK/HATYAI 90 KM
18. DANOK > KANGAR/SP 150 KM approx

Total (approx) 14 DAYS ? 1,500 KM + + (i'm trying d' best route for 10 days ride)

Plan B – Northern Thailand ‘mountainous route @ killer loop ’. Starting from Padang Besar by train to Bangkok > Uttaradit. Start Ride : Uttaradit > Lamphang > Lamphum > Chiang Mai > Chiang Rai > Phayao > Nan > Phrae and Uttaradit. Total Dist. (approx) 1,000 km

Riders @ Adventurer : ramlysp & yusof @ skot

Note : Unsupported Ride. Bring ur' 'survival kits' & 2 men Tent for 2 weeks ! Motel/hotels be d last options !

Sunday, June 29, 2008

Kayuhan Jati Kuala Kangsar

Date : 29th Jun 2008
Route : Kuala Kangsar
Dist : 40km
Note : Kalau tak salah aku 20km tarmac, 20km offroad ? Kalau salah tolong betulkan !

Malek kawan lama dr (KOTRT Penang) call ajak aku naik kete dia konvoi dgn 17 org KOTRT riders dr Penang. Ptg jam 8.00 pm semua dah berkumpul kat rumah Rin . . .dok pakat nak makan kat mana. Azmi taiko propose nasi dalca . . .dan terus call mamak tuu buat pesanan. 10 paha ayam dan gualai kambing (karbo utk ride esok). Aku tak pernah makan nasi dalca ini walaupun pernah berkerja kat Penang dekat 2 tahun. Alahaiii . . .best nyerrrr ! aku bedal 2 pinggan dgn daging kambing. Hangpa kena mai Penang pekena (cuba) nasi dalca ni . . . !

Selesai kami bergerak . . .lepas je jambatan Pulau Pinang dan belum lagi masuk tol Juru. . .aku dah rasa mengantuk . . .beratnya mata, tersengguk sengguk (pagi tadi aku ride "road' utk warm up) letih. At Last aku bagitau Malek, "Lek, aku mengantuk laaa. . .ini nasi dalca ka atau nasi g_ _ _ _ ? he he he lepas tuuu terus lelap. Sedar2 dah sampai tol exit Kuala Kangsar . . .Malek gelak besar kat aku . . . hai LT mabuk nasi dalca ka ? ha ha ha !

Kat bawah ini ada laa sikit ole2 utk share dgn hangpa . . .


No. Aku : 600
Pening kepala nak bawa hardtail or fullsus ? at last bawa fullsus Giant NRS 3 !

Orange Express ! (KOTRT Penang). hangpa tengok sebelah kanan sekali. member lain relax ajer, Shamoon demo 'tai chi' ! Dia marah aku, ala LT jgn la blackmail aku ! But i like him. Kalau hangpa tengok dia makan, fuyoooo ! begitu berselera . . . dan hangpa akan ikut sama tambah nasi utk teman dia. . . . makan shamoon, sementara selera masih ada.

Orange Express ! (KOTRT Penang) . . . biar depa ride dulu 30 mins, lepas tuuu kita kejar depa ! ha ha ha !

Solute Bro . . . . ! kat mana aku pi, pasti jumpa dia ! Iron Man !

Heading to offroad . . . alamak tarmac ! aku cepat jemu kalu ride macam ni . . .!

bukan tak leh kayuh ! tapi saje nak tolak beskal tu. Sementara ambil gambar, sempat gak ambil nafas !

scene biasa . . . mem pun tolak beskal ! Kesian tak de sapa pun tolong mem ini !

aku pun tolak gakkkk . . . . he he he !

mechanical breakdown . . .

hand in hand

Azmi (Chief). . . . no problem maa ! i can fix for u !

Friendship is . . . . !

Besikal Khalid @ ironman. Macam ular katam tebu ! mana dia dapat tayar cantik ni !

Wooi Khalid ! mana hang beli tayar ni . . . . aku pun nak gak !

Bersama Tok Ki & Manjung Group !

Tok Ki and friends !

Bersama Art 99 bikers Langkawi . . . selalu dok chat ajer hari nii kami baru dapat berjumpa ! hai mana Ramizi ? dia ia ia jer email kat aku "Jumpa kat K Kangsar nanti abg ramly ". Art bagitau aku, Ramizi ada keje pulak last2 minit ni . . . tak pa jumpa kat SP MTB Jamboree nanti !


Lunch kat Raban Restoren . . . ni nasi aku utk 4 orang makan he he he ! ulam & sambal tompoyak. . . .perghh punya ler best !

Ikan ayer tawar . . . bakar beb ! sambal dia sedap !


Azmi & Beh ! seronok tengok hangpa makan. bubuh/hidang lah apa pun . . . semua hangpa bedal ! Sementara selera masih ada !
burghhh ! semua clear . . . .!

Memang sesuai motto ni "Eat To Ride, Ride To Eat" ! Keep it up KOTRT !

Dalam kejohahan atau kayuhan biasa kita tidak dapat mengelak dari mechanical breakdown. Selalunya insiden begini akan membuatkan persahabatan kita lebih akrab ! Solute to you Bro !

Komen Aku :

  • Yang Tak Best ! Aku tak puas lah kayuh kali ini . . . campur 'stopping time' tak sampai 3 jam. Tak terasa "torturing". . . . mungkin 'tarmac' tuuu sama banyak dgn offroad.
  • Yang Best ! . . . "tunjuk arah" hangpa aku bagi 8/10 ! Clear dan banyak . . . macam kat highway plus . . . kalau sesat jugak, aku tak tahu lah ! he he he !
  • Yang Best ! dapat jumpa kawan2 tak kira bangsa ! . . . sana hoi ! sini hoi ! tak tau nak pi mana ! cuma angkat tangan ajer. Jangan marah kalu aku tak sempat salam tangan dgn hangpa. Maklum laa, masa nii laa nak jumpa 'peminat' he he he piii rahhhh !
  • Thanks to KOTRT . . . . hari ini lah pertama kali aku pakai KOTRT Cycling Jersey yg di hadiahkan !

Friday, June 27, 2008

Kita Merancang, Allah Menentukan !

Semalam, memang aku dah bersiap2 utk ziarah mertua bersama famili di kampong. Aku mengambil kesempatan ziarah ini utk ride di kawasan bukit dusun kampong mertua . . . .? ? ?. 

Pagi tadi jam 5.30 dah bangun (isteri kejutkan) dan anak2 sekali . . . selepas solat, kami bersiap2 utk bergerak awal pagi (dlm 1 jam lebih perjalanan). Lebih kurang jam 06.35 pagi handphone isteri berbunyi dan terpapar nama abg ipar aku dr perlis . . . . (dlm hati dah terdetik . . .tak pernah call pagi2 begini . . .tentu ada yg mustahak) . . . simple, Pak Ndak dah meninggal lepas subuh tadi . . . Inna lillah e wa inna ilah er rajioon !

Tanpa rasa kesal, semua peralatan MTB dikeluarkan. Aku bersama keluarga bergegas ke kampong.

Jenazah dikebumikan sebelum Jumaat. Semasa mengusung jenazah di tanah perkuburan, aku menoleh ke pusara kedua-dua puteri ku . . . .

As salammualaikom - Siti Diyana & Siti Fatimah, ayah datang lagi . . . . tapi kali ini 'membawa' datuk saudaramu !

Inilah "offroad" sebenar untuk setiap insan yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin zaiqatul maut”. Disinilah semua amalan kita akan di'audit' . . . segala2nya Allah telah berikan kpd kita.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .


. . . Allahu Rabbi .......

Anak2 ku, Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin.

Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita. 

Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku & rahmatilah mereka dgn kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”. . . .