Sunday, May 08, 2011

Jelajah Kedah . . . :-)

"Jelajah Kedah Siri II"

Date : 30th - 1st May 2011

Tinjauan, perancangan & 'brainstorming' membuahkan hasil . . . Kayuhan Jelajah Kedah II selama 2 hari dapat direalisasikan dgn lancar dan selamat.

Left: Cgu Nusi, Ismail SP, KudaLiar, Wan Mohd Shuhaidi, ramly Sp, Hisham Fitri
Antara rakan2 (click FB) SPCC 'dibelakang tabir' membuat tinjauan awal Laluan Jelajah Kedah II hingga ke Durian Burung, Puncak Janing, UUM Sintok,

Pada asalnya kami merancang utk membuat kayuhan ke Durian Burung dan membuat lencongan ke UUM . . . tapi terpaksa dibatal kerana jalan raya menuju ke UUM rosak teruk dgn xtvt 'lori pasir & batu' sepanjang jalan. Dahulu jalan raya ke Puncak Janing memang menarik, redup dan kabus . . . tapi sekarang "hancusssss' hutan belantara tersebut.


Laluan "Jelajah Kedah II" Day 1 dianggap paling mencabar. Ini adalah kayuhan ke-2 . . . merentasi Banjaran Kedah. 'Hilly Route' sejauh 50km + bermula dari Sik - Gulau - Gubir - Pedu - Kuala Nerang - Changlun, Kedah menjadi medan menguji kekuatan fizikal & mental individu. Ramai 'muka baru' yg berani mencuba laluan ini . . . . ada yg baru 3 bulan, ada yg baru 3 minggu dan ada yang baru 2 kali training dgn 'road bike' turut ikut serta. Congrats . . . :-)


Kelajuan 'peloton' terkawal bagi membentuk 'team effort' dalam 3 kumpulan. Tiada 'rider' yg ditinggalkan . . . atau dibiar kayuh seorang diri terutama di kawasan Gubir - Pedu Banjaran Kedah. Semangat setiakawan yg luarbiasa . . . jika ada yg gagal melalui Banjaran Kedah, "you will feel sorry for yourself". Dah dua kali aku merentasi Banjaran Kedah . . . . dan dua kali merasai pengalaman yg sukar digambarkan.


Rasa nikmat dan syukur kepada"NYA" . . . . banyak pengajaran aka lessons learned disebalik kepayahan & cabaran yg dilalui oleh semua peserta . . . semuanya tersirat utk dikenang @ dikongsi bersama rakan-rakan.

Hati rasa puas . . . dan gembira melihat rakan2 masih mampu bergurau dan gelak ketawa setiap kali 'stopping' untuk regroup.

Ada sahaja cerita2 lucu yg meriuhkan peserta . . dari cerita 'merton', 'paku bengkok', "pisang lembek", 'pinggang kudaliar' dll, semua lupa 'perit jerih' merentasi Banjaran Kedah. Sekurang2nya 'release stress' kawan2 yg letih he he he !

Ketika 'stopping regroup' di Kuala Nerang seorang Pak Cik membawa 4 sikat pisang berangan sedekah kpd kami . . . alhamdulillah !

Semoga Allah swt murahkan rezeki beliau sekeluarga. Tengah hari sebelum 'lunch' kami habiskan 4 sikat pisang berangan tuu he he he.


Left: Wa Don TRM
Satu2nya wakil tunggal TRM yg hadir menyertai kami. Bertolak seawal pagi 4.30am dari Kangar, Perlis. Isteri dan anak2 turut serta menemani beliau sepanjang kayuhan. Cycling telah menemukan aku dgn Wa Don, Wa Dan TRM dan rakan2 TRM yg lain. Hingga kini persahabatan yg terjalin melalui xtvt berbasikal membuatkan kami lebih akrab. Tahniah TRM


Left: Ismail SP, Hj Saad GMCC, Puad Waksa, KudaLiar and Wa Don TRM


untuk kenangan.........


Fadil Shukor
The Man From 'Tri Paku' he he he
he really 'hammer' the trail . . .
Welcome to Kedah


Di puncak Empangan Muda. Bergambar selepas 'climb' yang panjang tapi "best".


Boleh senyum & Epi lagi kira OK laaa :-)


"Peloton" memasuki Jalan Anak Bukit Alor Star, Kedah
Latihan, demi latihan membuatkan SPCC lebih berdisiplin i.e. "cycling etiquette"
'Training Make Perfect' . . . and to ensure group riding Safe & Fun.


Zulkifli Mat @9W2UCC
Marshal yg banyak membantu pergerakan & keselamatan 'peloton' Jelajah Kedah II berjalan dgn Lancar & Selamat.
Terima Kasih.

Cgu Fisol . . .
Tak sangka Cgu Fisol sanggup turun dari Alor Star awal pagi bertemu kami di Sik @ CP1. Beliau turut membantu kami sebagai Marshal dari Sik, Gulau, Gubir, Kuala Nerang,
Kg Janing,Perik dan Changlun.

Solute dgn keikhlasan Cgu Fisol. Sebagai tanda terima kasih, kami hadiahkan sehelai
T Shirt Jelajah Kedah II sebagai kenang-kenangan.
Orang berbudi, Kita Berbahasa :-)


300km+ . . .
quote ~ "pain, sacrifice, commitment, PASSION . . . and Victory" ~ unquote

"Push yourself beyond the familiar, beyond the comfortable, and into a higher level of ability. Feel the unique joy of breaking through your limitations again & again"


Last but not least . . .
Sekalong Tahniah dan Terima Kasih kpd Ismail SP, penggerak Utama SPCC merealisasikan Jelajah Kedah II. Segala bantuan, sokongan & keprihatinan beliau
menggerak xtvt ini amat dihargai.

Semoga Allah swt memberi ganjaran kpd Tuan sekeluarga.

Nota:
  • Terima kasih rakan-rakan yg turut serta, dan terima kasih yg tidak terhingga kepada rakan-rakan Marshal i.e. Zulkifli Mat @ 9W2UCC, Cgu Rozali (rider & marshal), Cgu Fisol dan semua isteri/keluarga yg turut serta bersama kami.
  • Tahniah dan Syabas.
  • Tunggu Jelajah Kedah III ~ "pastinya lebih panas, lebih hangit and 'More Fun' he he he !
More Pics to share . . . .Click FB ~> ramly SP




~ Epi Cranking ~

No comments: