Tuesday, July 20, 2010

Baling - Kupang - Gerik - Kroh - Baling




Date : 17th Jul 2010


Route: Baling - Kupang - Gerik - P/Hulu - Baling


Distance:
approx. 115km






Lama juga ambil masa utk recover dari demam tempoh hari. Selang beberapa hari dah kayuh bersama rakan2. Nak 'batalkan' kayuhan ini tak sampai hati. So ~ ON juga xtvt ini sekadar yg mampu.

Antibiotic ~ 30 biji yg Doktor beri pada aku terpaksa habiskan dlm masa 5 hari. Antibiotic ini pun ada 'side effect' tapi terpaksa telan juga atas nasihat doktor. Dalam masa seminggu juga 'anti virus' dalam badang aku kira 'outdated' or 'being deleted' . . ! Macam PC yg tak install 'anti virus' he he he !

Selepas Kayuhan di Perwaja Gurun tempoh hari aku berehat panjang . . . . risau @ takut pun ada kerana ada 'side effect' yg lebih menakutkan ~ Nauzubillah . . . !


Antara rakan2 MTB'ers aka 'contadors' yg hadir hari tuu i.e. RCT, Kroh, Baling, SP, Alor Star, Gurun and Azam dari 'perlis power' yg sanggup 'redah' seawal pagi dari Perlis. Kehadiran anda memberi aku semangat & kekuatan utk kayuh pagi itu.

Alhamdulillah ~ xtvt berjalan lancar & selamat. Terima kasih di atas kerjasama tuan2 membantu rakan2 lain meneruskan kayuhan hingga ke Baling. Pada yg gagal ~ cuba lagi di lain masa.

"Pain is temporary, Quitting lasts forever"
~ Lance Armstrong


yummyyyyyy ~ !

"Stay Safe, Stay Healthy"

More pics. ~ at BalingBiker and FaceBook ! . . . Razif ~ thanks for d pics :- )

Monday, July 12, 2010

MTB Road Ride !

Kayuhan yg dirancang pada Sabtu ini akan diteruskan.

Tarikh : 17th Jul 2010
Tempat Berkumpul : Parking Lot Masjid Baling

Waktu/Mula: 07.30 am
Route : Baling - Kupang - Gerik - Klian Intan - Pangkalan Hulu - Baling  http://goo.gl/maps/1dk9q

Jarak : 100km+ sahaja.

Tiada Bayaran Penyertaan dikenakan.


Nota :
  • Khas utk rakan MTB sahaja !
  • Endurance Ride - 100% Tarmac - so . . . . .baik guna tayar 'slick'/maxlite.
  • Laluan ini 100% terdedah dgn cuaca panas kalau mendung kira 'bonus'. So, standby laa sedikit makanan ringan snacks, power bars/gels dll semasa ride nanti.
  • Long distance ride build ur strength, skill and confidence.
  • pssssttttt ~"kalau sempat aku nak gii makan kat Restoran Hj Nan Betong, Thailand"
Stopping:
  • Pertama - kat R & R Kupang Gerik Highway.
  • Kedua - kat Restoran Kepala Ikan Gerik kat Traffic Light.
  • Ketiga - Pangkalan Hulu (depan Petronas)
  • Regroup/Finish - Masjid Baling.
Ride Long ~ Ride Strong

Friday, July 09, 2010

Kayuh 7km ~ muntah 4 kali !

Hampir 2 minggu sejak balik dr KLMBH Epic Hash 2010, demam dan batuk2.

Dua minggu juga, 'berulang-alik' ke klinik dan Hospital Sg Petani.

Bila sakit2 begini, teringat semasa demam kuat ketika berada di Tanah Suci Mekah pada musim Haji tahun lepas . . . dan 1 bulan jugak demam & sakit mata ketika kembali ke Tanah Air . . . hurmmmmm ~ hampir 2 bulan menahan sakit dgn redha . . . banyak dosa !

Bukan mudah 'mengharungi musim haji' & dugaan dari Allah swt selama 40 hari (baru 40 hari) di Tanah Haram. Detik2 ini sentiasa mengimbau seakan menggamit utk ke 'sana' lagi ~ InsyaAllah.

Dah hampir 2 minggu tak kayuh ~ hari ini terasa pula nak ride/'offroad' dgn kawan2 & Perwaja MTB Club. Niat nak bagi peluh dan 'kebah' sikit dari rasa demam/batuk2. Ramai yg hadir i.e. Roslan Mobil, Cikgu Din, Yusof, Wan Shuhaidi, Zailani, Halim, Cikgu Kob, Cikgu Fisol, Asnizam dll . . . . semua 21 orang.

Bermula dgn flat tarmac road lebih kurang 4km. Then, offroad terus menuju 'bukit judi'. Mula shja kayuh dah batuk2 kembali . . . first 4km aku dah muntah keluar kahak & lendir. Tapi terus juga climb 'bukit judi'. . . . lebih kurang 50meter climb aku stop ~ nafas mula kencang dan rasa tak selesa !

Apabila rasa 'OK' sikit aku terus climb semula . . . lebih kurang 50meter+ aku berhenti lagi menahan batuk yg bertubi2. Dalam beberapa minit jer ~ muntah 3 kali berturut-turut dgn air lendir dan kahak yg agak banyak. Dada & kerongkong terasa pedih . . . dan penglihatan mula berpinar !

Rasa peluh sejuk mengalir di dahi & hidung . . . aku tanya Roslan & Halim : "macamana hangpa nampak muka aku ? Pucat tak ? . . . . depa kata "pucat". Satu 'petanda' yg tidak baik ! Berdiri pun rasa goyah dan tak terdaya utk bergerak. Hampir 3o minit juga berhenti ambil 'nafas' agar stabil.

Terima kasih pada Halim Perwaja MTB Club yg membantu aku ketika itu.

Aku minta bantuan Halim utk menelefon rakan utk keluar dr kawasan 'bukit judi'. Terima kasih juga pada Lan yg datang dgn kereta utk membawa aku keluar.

Maaf tidak dapat meneruskan kayuhan bersama tuan-tuan semua.

Ingatkan dah OK ~ rupanyer banyak lagi yg tak OK.

InsyaAllah ~ sihat nanti saya akan bersama anda semula.