Wednesday, January 20, 2010

Betong Mountie Ride

Date : 31st Jan 2010
Time : 07.00 am (Malaysia)
Meet: Kedai Amin Betong, Thailand
Route: Offroad . . . . . Dist : 30km+

Note: Hari niii aku jumpa Amin di Betong, Thailand, dia sound aku : "abg Ly, Kebun Bunga kita dah ride dulu . . . apakata kali niii kami bawa kawan-kawan Abg Ly semua masuk OFFROAD pula. Tak jauh 30km+ sahaja atau kalau nak yg 40km+ pun boleh juga he he he". Aku sms Lan Mobil minta persetujuan . . . dia reply 'K'.

So, Kebun Bunga Ride "pancung". Prepare your 'offroad machine' . . . . see you Dare !

Riders:
ramly sp
Roslan mobil
Cikgu Din
Razif BalingBiker + Kroh MTB 10 riders
Anak Siong
Tok Megat & the geng from Penang ~ 16 orang
Zailani Perwaja ~ Kelab MTB Perwaja ~ 4 orang
Fuad RCT & the geng ~ 16 riders. Ride from SP ~ Betong ~ SP. Fuuuuyoooooo !

Sunday, January 17, 2010

Bésame Mucho ~ ... muy romantico......





Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Bésame, bésame mucho
Como si fuera esta noche
La última vez

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Quiero tenerte muy cerca
Mirarme en tus ojos
Verte junto a mi
Piensa que tal ves mañana
Yo ya estaré lejos
Muy lejos de ti

Bésame, bésame mucho
Como si fuera esta noche
La última vez

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Thursday, January 14, 2010

Ride Up North 2010

For Ride & Trail Details

~ Salam buat Mountie semua ~

FYI ~ saya terlibat membantu Perlis MTB Jamboree 2010 yg akan diadakan pada 14 Mac 2010 nanti. Hangpa jgn laaa dok cari nama 'ramly sp' pula kat 'participant list' tuu. Sah memang tak ada. Tapi kita akan jumpa di Perlis nanti. Hangpa "Keloi jer " ~ aku pi jumpa hangpa semua he he he ! Kalau tak faham 'keloi' ~ mu kena tanya kawan-kawan laa he he he !

Acara julung kali ini, dengan jarak 40km+ "RUN 2010" sebagai 'warm up' utk anda semua. Trail/laluan mudah ~ tapi hangpa kena laa 'training'. Kalau tak training nanti hangpa pening lalat kut; tengok 'gon' hangpa kata bukit ~ tengok bukit kata gunung he he he memang cari penyakit.

Ada beberapa "gon" yg kena ragaih he he he ! Dah ramai kita tengok kawan2 kita yg tak training, tiba2 jer register nama utk Jamboree . . . . naik 'gon' sikit sahaja lidah dah keluar macam "rin tin tin" he he he ! Lepaih ride dia buat 'khutbah' panjang he he he !

No worries kawan-kawan ~ just "ride for fun". Tak boleh kayuh & tolak. Kalau tak abeh pun jangan risau . . . ada kereta pacuan empat roda dok standby. Sebelum hangpa naik 4 wheel tuuu, pikiaq banyak-banyak kali. Ramai 'pemberita' aka 'jurufoto' sepanjang laluan dok tunggu jer utk ambil 'candid shot' yg terbaik ni he he he ! Epi Cranking !

Hope to see u all.


Jersey for participants.
Wow ~ kalau kena dgn 'blue cycling short/tight' cun abeh !
Daftar lah sebelum tarikh tutup kalau tak 'organizer' pening kepala dgn kontraktor utk siapkan baju tuuu pada tarikh anda melapor.

~ Epi Cranking ~

Monday, January 11, 2010

Scott Speedster s6

Posting ini khas aku tujukan pada saudara ku Razif @ BalingBiker dgn ucapan "jaaangan tunggu lama-lamaaaa, nanti lama-lamaaa, nanti diambil oranggggg . . . . he he he !

Razif; inilah "janda scott yg diberi nafas baru". Lihat lah puas-puas . . . . dan ini pula gambar asal sebelum 'disolek'.

Rim pun dah aku tukar dgn Ksyrium Elite , dan saddle. Paddle belum lagi ~ tak larat nak pi merayau cari dah. Letih ~ banyak kerja lain nak buat.

Wa Don pula syor kat aku; guna paddle yg murah-murah sahaja i.e. kalau boleh yg ada straps seperti ini. Lepas tuuu dia gelak besar kat aku ha ha ha. Adehhhh ~ nak kena sekeh cikgu niii. Kalu aku beli juga, boleh laa dia kutuk aku berbakoi-bakoi.

"LT~ Pinjam sat paddle hang, buat tutup mulut anjing" he he he ! Kawan-kawan ~ kalau tak kutuk tak sah !

BTW ~ Ingat kut senang nak 'ride' road bike ini, rupa-rupa susah jugak. Apa-apa pun, terima kasih pada Wa Don, Rin KOTRT and Chen KOTRT yg bagi nasihat kat aku; "dont change ur crank 39/52 and cassette 10/25". . . dan alasan yg diberi ada logiknya. Kadang-kadang boleh pakai juga idea Wa Don niii he he he !

Aku perlu beberapa minggu utk menyesuaikan diri dgn 'machine' baru ini. Lagi pun bukan hari-hari aku nak ragaih Gunung Jerai or Gunung Inas dgn RB ini.

Salam & Epi Cranking.

Jangan lupa ~ jumpa anda semua di Ride Up North pada bulan Mac nanti. Watchaaaaaa !

Friday, January 08, 2010

Bendera Putih

Setelah berehat panjang, pagi ini berhasrat utk mendaki 13km ke puncak Muzium Gunung Jerai. Tapi aku tak letak harapan tinggi hingga ke puncak Menara Telekom. Cuaca pagi mendung dan ada beberapa riders lain dah mula mendaki.

Lebih kurang jam 7.40am aku mula mendaki perlahan-lahan. Seawal pendakian 3 ke 4 km nafas kencang, peluh 'merecau' keluar . . . tapi aku rasa 'seram-sejuk' serta macam tak bertenaga utk mendaki.

Puas 'dok toi' (push), tapi rasa gerek aku macam tak bergerak. Baru 4km aku dah rasa teramat haus. Di KM 4 pendakian aku makin 'semput' dan 'pancit'. Berhenti 'minta nyawa' ~ relak, ambil nafas, minum dan terus mendaki semula.

Sampai di KM 7, lebih 6 KM ke puncak Muzium aku angkat 'Bendera Putih' tanda mengalah. Tekak kering dan pedih. Sakit mata tak sembuh lagi ~ rasa berdenyut. Kat sini sahaja mampu aku kayuh.

Semasa 'downhill' dgn kelajuan 40 - 45km aku dah rasa 'cemas'. Sekali sekala rasa macam 'off balance' ish ish ish teruk aku kali ini.

Balik rumah ~ lepas solat Jumaat, tidor. Bangun tidor kedua-dua belah mata aku bengkak dan berair. Mungkin 'bentan' ~ dok gatai pii kayuh juga.

Aduhhhhh ~ kena rehat lagi hingga betul-betul sembuh.