Tuesday, August 18, 2009

Gunung Jerai - "Conditioning Ride"

Date : 18th Aug 2009
Route : Gunung Jerai
Riders : LanMobil, Cikgu Din, Yusof, Saiful Manjung & KGB
Aku tidak ingat bila kali terakhir 'lepas gian' kat Gunung Jerai ini. Yang pasti, lebih dari 2 purnama 'melarikan diri' ke Hutan Sedim. Dah banyak perubahan kat Aras 1,200M. Rumah Rehat Gunung Jerai dah hampir siap. Lanskap sentuhan baru nampak cantik. Tak tau pulak brpa lama boleh bertahan.

Pagi ini 'fork garpu' rigid baru dgn 'drop bar' di uji utk mendaki Gunung Jerai . . . . he he he bestnyer. . . . cuma aku jer yg 'cari ruang & pace' utk mendaki. Kalau dah lama 'relax' dr kayuh memang 'perit' utk dapatkan 'pace & mood' semula.

Kayuh/'climbing' 12 ~ 14km was 'fun & breathtaking" . . . bermandi peluh meredah kabus pagi. Selepas 7km ride aku minta 'nyawa' dari kawan-kawan utk berehat sekejap. Kayuh macam tak bergerak ~ berat kaki. Penangan 'relax' terlalu lama. Jangan pandang rendah ketinggian Gunung Jerai. Ada 'member' pernah muntah2 semasa ride GJ gara2 'cakap besar' ha ha ha !

Aku tengok Cikgu Din, Yusof, Saiful and Lan Mobil 'relax' jer kayuh . . . mungkin 'they pa' (pinjam kata2 ari PPMTB) bernyawa ikut lubang hidung lain kut he he he. Sambil kayuh sambil borak2 dan buat lawak pulak tuuu . . . . . he he he alah bisa, tegal biasa. Tak hairan lah 'they depa selalu jer kat GJ ni. Kadang2 lebih dr sekali dlm seminggu. Saiful Manjung lagi handal 'naik turun dan naik balik" (dua rounds) he he he. Dia tak pa laa B1N1 dia kat Manjung . . . . sebulan sekali baru cuti 'lepas rindu & buang lemak' he he he !.
Ini lah muka2 yg sama muncul tiap kali ada 'GJ Ride'. Masa sembang2 kat sini~ aku offer dia orang utk "2D1N Ride" Kangar ~ Wang Kelian ~ Hadyai ~ Padang Besar ~ Kangar bulan Oktober ini bersama TRM and MCT. InsyaAllah !

Note: Besok 19th Ogos jam 07.30am kat Petronas Laguna 'Rempit To Chandi'.
Riders : LanMobil, Yusof, Saiful Manjung, Cikgu Din & KGB.

Google Map kat Bawah nii aku 'ciluk dari blog Toki' ~ tak pa kan Tok ?

View (KGR-WKLIAN-HATYAI-PBESAR-KGR 2D1N RIDE (17&18OCT09) in a larger map

Sunday, August 16, 2009

"Kayoh Syok2 and Salam Takziah"

Date : 15th Ogos 2009
Start : 07.45am
Finish : 11am+
Ave. Speed : 25.4km
Dist : 73km
Route (approx) : 70% tarmac & 30% offroad.
Note : Bertolak dari SP ke Perlis jam 4.00 pagi. Jam 7.00 dah siap tuk kayuh. Adehhh tak pernah 'kecoh' macam niii. Biasa sebelum D-Day dah ada kat Lokasi.

Dah lama tak buat 'endurance ride'. Kali terakhir pada 21 Jun yg lalu di "Nibol Tebal MTB Adventure". Hampir 2 bulan jugak dok 'honeymoon' kat Sedim . . . . basikal bersawang 'lalat pun kerap "dok urong' kaki" he he he !. Sebulan dua nii kerap berada di Sedim utk program perkhemahan & Rakit Arus Deras. Bila Saiful MCT SMS ajak temankan dia "Kayuh Syok Syok" aku 'menggelatat' ~ tak prepare ! Ada 'angin' kaa nak ride 70km+ nii adehhhhhh !
Memandangkan program XPDC Kayak ke Pulau Aman bersama USM ditangguhkan pada saat akhir ~ aku dgn berat hati reply sms "OK" pada Saiful. Malam tuuu kalamkabut 'setting' basikal dgn 'rigid fork baru'. Bila 'drop bar' ini di padankan dgn rigid fork . . . nampak 'lowered' sangat. Risau jugak kerana esok terus 'test ride' ~ pasti "koyaknya" !
Route Kayuh Syok Syok bermula dari Hotel Palace. Approx 70% tarmac 30% offroad kawasan Ladang Tebu . . . sekali sekala tukar 'taste' apa salahnya. Kayuh Syok2 bertukar Syok Sendiri selepas berbulan tak kayuh. Aku ambil kesempatan utk menguji 'kekuatan yg dimamah usia' sekadar mampu. Ramai rakan2 dari Perlis MTB berdesut ~ ghaibbbbbb tak nampak batang hidung . . . dasyat hangpa.
~ Khas utk zanKX ~
Aku rasa 'ngam & sedap" pula dgn rigid nii. Tiada banyak masalah. Dgn air pressure 40psi wz Panaracer 1.5 memang sesuai utk laluan Ladang Tebu. Kalau hari hujan kena 'pikiaq' dua kali. Anda pasti merasa 'gegaran sebenar' apabila melalui kawasan 'offroad'. Pengalaman baru ~ aku 'relax'kan bhg lengan & siku sebagai 'suspension'. Peluh 'dua bulan' keluaq berketoi ketoi. Selesai ride ~ aku rasa 'stem' yg digunakan agak panjang dan perlu ditukar. Next project ~ frame masuk 'oven', update yg mana perlu i.e. crank, wheelset. aero bar dll utk 'touring & endurance'. and "breakfast ride" SP ~ Baling ~ SP. Kalau ada rezeki & umor panjang thn depan 'get a road bike' yg murah murah he he he !
Route Kayuh Syok Syok di kawasan Ladang Tebu
Kalau anda gemar utk menguji "strength, riding skill and to get the best time' . . . then take ur mtb with semi slick or 'cross bike' ! Sure u will enjoy riding thru' d' route !

Note: (Jonz & Nazri Putra Palace). Your place and Ladang Tebu 'offroad' potential for mtb & cross bike. Distance just nice for all 'level'. . . . lets get d feedback 50% tarmac and 50% offroad on Ladang Tebu ? I thinks its going 2b 'more fun' (more painful) for mtb'ers. BTW ~ Thanks for the 'free ride' including ur breakfast, water points and lunch. Superb !

Last but Not Least ~ Salam Takziah kpd keluarga Pak Yusof agar tabah menghadapi dugaan. Allahyarham Pak Yusof 'rebah' & meninggal dunia kerana 'sakit jantung' semasa kayuhan melalui offroad Ladang Tebu. Beliau meninggal dunia di atas riba saudara Salehoddin Hamzah rider dari Perlis MTB yg sempat membisikkan Kalimah Tauhid 'LailahaillAllah' kepada Allahyarham Pak Yusof.
Allahyarham Pak Yusof
Al-Fatihah . . . . . Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba2NYA yang soleh. Aminnnnnn !
MTB yg digunakan oleh Allahyarham Pak Yusof. . . . .No. 032
Terima kasih pada semua rakan mtb'ers Perlis MTB, PC Mail (satu2nya wakil TRM), Razif Baling , Tandope & The Gang, RusDone, Ron, JonZ, Pak Megat & Megat Jr Imran, Jamal, Saiful MCT, ari & Pok Nik and ramai lagii . . . . Was salam !

Friday, August 14, 2009

My Rigid Fork

Basikal lama nii aku pasang dgn "rigid fork" utk 'endurance ride' nanti. Kalau rasa 'ngam' aku akan 'bogelkan' basikal ini. . . 'frame' masuk 'oven' dgn warna hitam baru.
Khas utk "Endurance & Touring".
Besok test ride dgn rigid fork. Jumpa di Kayuhan Syo Syok esok.
Kena bawa 'tools' utk adjust mana2 yg tak 'ngam'.

Tak jauh beza dgn Trigon. . . . . . (fork aku RM 178.00 sahaja)
Terima kasih pada zanKX kerana tolong 'order' utk aku.

Yang niii dekat RM 800.00+ kut he he he !

When Not On Bike . . . !

Where to find me on weekend day ?
~ "When 'm not on Bike . . . . 'm on Raft ~
Sedim White Water Adventure. One of the best creeks in Malaysia ~ "kiss and drop".

"Elbow Fall"
They call it "Elbow Fall" . . . . . know why ? ? ?
he he he ~ no wonder they call it ~ "elbow fall" !

Boom, Boom, Boommmmm !

Up, Up, Upppppp !

~ Love mountain biking, kayaking & white water rafting ~
'm planning for MTB & Rafting. Date ? ? ?

Tuesday, August 04, 2009

My Waja ~ Goodbye Orange !

"Still Got The Blues"
Waja kesayangan ini berusia hampir 8 tahun. Pada tahun 2004, aktif dgn Leader Motorsport Kemaman Terengganu. Bertukar wajah dari Artic Blue kpd Pearl Mars dot dot dot . . . Sejak itu, beberapa 'component' asal ditanggalkan utk 'lalui proses performance'. Dengan bantuan rakan-rakan di Kemaman . . . Orange niii 'mampu' memberi kepuasan kpd aku. Kereta niii dulu keluar hujung minggu sahaja. . . . (hari lain 'dok dlm selimut').
Ketika berada di Kemaman 2004 till 2006 ~ kalau bercuti balik kampong aku gemar ikut laluan Lebuh Raya Pantai Timur ~ Karak W/Way ~ Genting ~ Batang Kali ~ Tg Malim ~ Sp. Laluan Genting Sepah ~ Genting ~ Batang Kali memberi kepuasan memandu ala-drift. Memang 'best' utk menguji "system, performance & skill" . . . . masa tuuu 'taste' lain ~ gemar memandu laju !
Pernah ride seorang diri (8 mlm) dr Sri Damansara KL ~ Karak H/way ~ LPT ~ Cukai Kemaman (dist. approx. 290km+) dlm masa 2 jam 10mins sahaja . . . bukan lupa diri tapi 'kepuasan atau taste' yg pelik masa tuuuu. Top speed 200+ kmph!
Tapi itu semua cerita lama . . . 'taste & hobby gila ni' dah hilang sejak balik ke SP hujung 2006. Orange niiii dah kembali pd asal 'standard'. Ride pun "ser-low, ser-low". Beberapa 'nadi' utama masih kekal 'berselindung disebalik warna baru' . . . . yg tampak biasa-biasa aja ! Kalau ada orang dok 'cucuk-cucuk' aku buat x kisah shja . . . . Cubaaaaaaaan !
Orange mengalami kemalangan kecil 3 minggu lepas . . . gara2 sebuah motorsikal yg terbabas & berlanggar dgn kereta aku . . . . siottttttt ! Aku cuma geleng kepala pada budak tuuu yg terhincut2 cedera/luka bahagian kaki. "saya bayar bang ~ saya bayar bang". Tak tahu lah apa nak cakap masa tuuuu . . . . dugaan, astagfirullah . . . (mungkin ada hikmah kpd Dia dan Aku). Kaum keluarga dia datang jumpa ~ minta 'settle' luar shja. Bang cat niii RM 3k+ nak bayar ka ?

Aku setuju dgn jumlah 'ganti rugi' yg diberi. Tapi, aku tidak yakin 'code' warna ini sama atau tidak yg ditunjukkan. Tiada pilihan ~ terpaksa korbankan warna kesayangan "Orange" dgn image baru 'pearl black 2stars wz crystal clear'.

Image Baru
~ Pearl Black 2stars 731 wz crystal clear ~
Note:
  • Laa niii aku dah kurang memandu ~ kerana lebih selesa naik basikal sahaja ha ha ha !
  • Abang Cik 'upset' dan masih sayang dgn warna Orange.
  • Tahun 2001 ~ tapi "luar dalam" kereta ini macam baruu maa . . .
  • Maintenance "boleh refer maintenance Log aku". Dah tak ada ruang utk Chop ha ha ha !
  • Tiap 10,000km masuk EON service.
  • Last but not Least ~ NOT FOR SALE !