Setelah berbincang dgn rakan2 SPCC i.e. Ismail SP, En Fuad RCT aka Iguano Telentang, Zailani Zain (Perwaja MTB Club) . . .
~ berikut kami selaraskan xtvt Kayuhan Road & Offroad Bulan Oktober 2011 untuk mengisi Tabung Adik Nur Azreen ~

"Road Ride MTB/RB"
- "KAYUHAN PENDIDIKAN (PSKPPK) NEGERI KEDAH 2011" -
- Tarikh : 01 Okt. (Sabtu)
- Masa : 7.00 pagi (Pendaftaran)
- Tayar Golek: 07.50 pagi - oleh Pengarah Pelajaran Kedah
- Tempat : SMK Dulang Yan, Kedah
- Tarikh : 1hb Okt 2011
- Maklumat : (click link )
- Tarikh: 7hb Okt (Jumaat)
- Tempat: Perwaja Gurun
- Tayar Golek: 07.30 pagi . . .
- Tuan Rumah: Perwaja MTB Club
- Tarikh: 15hb Okt (Sabtu)
- Tempat berkumpul: Stadium Suka Menanti, Alor Star
- Tayar Golek: 07.30 pagi
- Klik "EVENT"
"Kayuhan Amal Adik Azreen" - utk penyerahan sumbangan dirancang pada 22hb Oktober. Lokasi utk berkumpul i.e. Titi Semeling atau Jam Besar Sg Petani akan diputuskan. Kayuhan 'konvoi' bermula dari Sg Petani melalui Kg Bujang, Batu Hampar dan Singkir.
Maklumat lain aturcara akan dikemaskini.
Nota:
~ SPCC/RCT/Perwaja MTB Club - Kesempatan ini, kami mohon utk membuat kutipan derma bagi mengisi Tabung Perubatan Adik Nur Azreen yg telah kami wawarkan sebelum ini.
~ Kutipan derma akan dilakukan pada hari xtvt dijalankan i.e 1hb Okt di SKM Dulang, 7hb Okt di Perwaja MTB Club, 15hb Okt Kayuhan Kedah/Perlis. ( Click FB )
~ Semoga sumbangan ikhlas dari tuan2/puan2 semua mendapat keberkatan & keredhaan dari ALLAH s.w.t.
~ Kehadiran, Kerjasama dan sumbangan ikhlas daripada rakan2 amat kami hargai.
~ Mohon hebahkan maklumat ini.
"Cut & Paste" info Adik Azreen yg saya perolehi dari seorang rakan.
Quote . . ."Cut & Paste" info Adik Azreen yg saya perolehi dari seorang rakan. "Saya menghantar email ini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang penderitaan yang di alami oleh anak kecil, Nur Azreen Damia’ bte Mohd Zahir, berusia lebih kurang 3 bulan. Dilahirkan pada 17 Jun 2010, Anak bongsu dari 4 beradik. Bapanya Mohd Zahir bekerja sebagai pemandu lori sementara ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Tinggal di Kg Singkir Darat, Daerah Yan Kedah, lebih kurang 35km dari Bandar Sg Petani. 5 km lepas pekan Merbok menghala ke arah Tg Dawai.
Anak kecil ini dilahirkan dengan sedikit kelainan dari anak-anak lain yang sebaya dengannya. Saluran untuk membuang air kecil tersembul keluar. Bahagian isi yang berwarna merah jelas kelihatan bila ditunjuk oleh ibunya.
Saluran untuk membuang air besar secara normal tidak ada, doktor terpaksa membuka saluran di bahagian usus perut dan disambungkan ke bag pelastik untuk tujuan membuang air besar.
Tapak kaki dan jari kaki sebelah kiri anak ini agak kecil dan memerlukan rawatan lanjutan oleh pakar perubatan.
Tulang belakangnya juga tidak normal dan memerlukan rawatan lanjutan dari pihak doktor.
Subhanallah…. Dalam usia yang semuda ini, Nazreen terpaksa melalui pelbagai penderitaan. Beliau perlu di bawa oleh ibu dan bapa untuk bertemu doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan Hospital Besar Pulau Pinang setiap bulan.
Namun dalam keadaannya yang serba kekurangan, anak kecil Nur Nazreen ini mudah mesra dengan pelawat-pelawat yang datang menziarahi beliau. Matanya yang bulat dan sudah pandai tersenyum apabila diƔgah seolah-olah memberi tafsiran bahawa beliau ingin berkomunikasi dengan mereka-mereka yang melawatnya.
Anak kecil ini memerlukan penjagaan rapi oleh ibunya. Pampers pakai buang, bag plastic untuk tujuan membuang air besar, susu, ubat-ubatan dan kos perjalanan pergi balik ke hospital adalah antara perbelanjaan tinggi yang perlu ditanggung oleh bapanya, Mohd Zahir, selain dari kos saraan hidup untuk ketiga anak-anak yang lain.
Jesteru, saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang perihatin dan bersimpati dengan anak kecil Nazreen Damia’ ini , supaya dapat membantu meringankan penderitaannya. Sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk menampung pembelian pampers, bag plastic , susu, ubat dan kos perjalanan ke hospital setiap bulan sedikit sebanyak, insyaallah dapat membantu meringankan penderitaan anak kecil ini.
Akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nur Azreen Damia’ dan ibunya Azhana bte Abdullah telah diwujudkan oleh mereka-mereka yang lebih awal perihatin untuk membantu Nur Azreen.
No Akauan : 02191-41-00002398-4. Sudah 1 bulan akaun dibuka, namun jumlah terkumpul buat masa sekarang adalah terlalu kecil untuk membantu Puan Azahana dan En Mohd Zahir memberi penjagaan rapi untuk anak kecil Nur Azreen ini.

"Semoga, semua yg terlibat dalam Amal Jariah ini mendapat ganjaran dari ALLAH s.w.t"
InsyaAllah . . .
InsyaAllah . . .