Saturday, November 07, 2009

Labbaik Allah humma labbaik . . .

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh . . . .

Tarikh penerbangan : 10th Nov 2009
Jam : 7.30 pagi
Tempat : KLIA
No KT : KT 59

Alhamdulillah ~ dengan rendah diri mohon ampun dan maaf daripada sebarang kesilapan, sengaja atau tidak, melalui kata-kata, tulisan, catatan, gurau-senda, 'provokasi' dlm kancah sukan Basikal Bukit (MTB), perbuatan ataupun kerana gerak hatiku yg jahat menyebut-nyebut . . . . atau apa2 jua kesilapan aku selain dari yg tercatat di atas. . . . . MAAFKAN AKU. Mohon halalkan juga makan minum ketika bersama.

Mohon doakan kami diberi kesihatan yg baik oleh ALLAH swt sepanjang mengerjakan ibadah Haji. Sebagai insan biasa yg banyak dosa, aku hanya mampu berdoa :

"Ya Allah Ya Tuhanku ~ ampunilah segala dosa kami. Terimalah segala penyesalan dan taubat kami. Janganlah kau uji kami dgn ujian yg tidak mampu kami harungi Ya Allah. Lindungilah kami dari segala kemungkaran yg boleh merosakkan iman & akidah. Berkatilah kami dgn hidayahmu. Kasihanilah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni. Allah ampunkan dosa kami, ampunkan dosa kedua ibubapa kami. Ampunkan dosa anak-anak kami Ya Allah. Pancarkan Nur Keimanan ke dalam hati anak-anakku Ya Allahhhhh"

Jika ditakdirkan panjang umur kami, maka panjangkanlah dalam kebajikan. Jika ditakdirkan pendek umur kami, pendekkan dalam kebajikan mu Ya Allah !

Ya Allah ada dosa yg selama ini kami sembunyikan pada ibubapa kami, pada isteri, keluarga dan sahabat kami . . .Namun Engkau Maha Mengetahui Ya Allah. Ampunkan semua dosa-dosaku Ya Allahhhhhh ! Ampunkan Dosaku Ya Allahhhhhh !

~ PP01 Shah Alam ~
Ingatlah pada Kekuatan dan Kelemahan Diri yg ada pada setiap Individu.

PP04 ~ Anda Tidak Mengecewakan Saya ! Semoga 'sukses' Dunia & Akhirat.

Pada semua rakan MTB'ers & Roadies
Maaf ~ tidak ramai drpd kalian yg sempat aku hubungi dlm masa yg singkat ini.
Jika blog ini tidak dikemaskini atau tiada posting terkini selepas musim haji . . . .
Aku redha ~ semuanya Urusan Allah swt "kullu nafsin zaa ikatul maut . . ."

Was salam
ramly Sp @ Lt @ KGB @ abg ly @ Coach @ pak cik @ bro @ mamu, adalah individu yg sama. Saya maafkan ~ tidak sedikit pun merasa 'upset' dgn semua panggilan tsb.
Semoga Allah memberi keampunan kepada kita semua.
Amin.