Tuesday, October 12, 2010

KPLR 2010 :- ) :- ) :- )

Tarikh : 2 & 3rd Okt 2010

Route : Day 1 and Day 2

Jarak : 240km+ shja.

d ride ~ Hurmmmm dah seminggu xtvt berlalu baru hari ini sempat update blog. Dah biasa buat catatan, posting atau entry sekadar suka-suka @ menghilangkan stress.

Diruang yg tiada batasan ini tempat melepaskan 'geram' secara sopan . . . namun/kadang2 bila melihat gambar2 rakan dan catatan2 ia bisa memberi kesedaran, ketenangan, pengajaran, inspirasi dan motivasi tak kala dlm 'kekalutan'. Ia banyak membantu aku utk melihat kelemahan 'diri sendiri' . . . dan memperbaiki segala 'keiklafan' yg ada. Tiada yg lebih hebat/kuat selain dari Allah yg Maha Esa !
Day 1 ~ Just arrived. Semalam aku tidor bersama rakan MCT di Aqua Inn Kangar Perlis. Alamakkk ngeri tidoq kat situ. . . . berhantu. Semalaman aku tak dapat lelapkan mata (ini cerita benar). Puas pusing kiri pusing kanan masih tak dapat lelapkan mata.

Baru nak lelap mata, terkejut dengar bunyi seakan bunyi Singa mengaummmmm dan kadang2 bunyi gajah bertempik weeeeeeekkkkkk weeeeeeekkkk macam kat National Geographic . . . aduhh. Silap aku juga sebelum tidor Prof Wan offer aku minum White Coffee from Ipoh . . . itu mungkin salah satu punca. Jam 4.00am tak lena juga . . . bunyi gajah, singa makin ganaih dan kadang2 seperti salakan serigala wooooo wooooo woooo bersahut2 . . . . aduhhhhh.

Last2 tak tahan, jam 4.30 am aku terus bangun mandi. Prof Wan pun tak leh tidoq malam tuuu . . . . dia sembahyang subuh kol 4 lebih kut he he he ~ jam mati, pening pening !

Dah mandi, aku duduk kejap dlm bilik . . . . dok perhati kawan2 yg tidor nyenyak. Sebenarnya bunyi singa, dan bunyi gajah tuu datang dari dua sahabat aku yg tidor atas katil . . . . ish ish ish dasyatnya mengeroh @ berdengkur kih kih kih . . . . Ya Ampunnnnnnnnnn !


Aku pernah buat posting di FB ~ mengenai tahap kesihatan dua tiga hari sebelum KPLR 2010 . . tapi respond dari kawan2 biasa lahhhhh. Bagi lah alasan apa pun, depa tak caya punya. Dikalangan komuniti basikal ni, kalau hangpa maklum tak dapat hadir @ tak leh join, demam, selsema, tak sihat dll sukar depa nak percaya . . . dan Tidak Percaya ! Ayat tu, dah jadi macam penglipur lara dan gurau senda sahaja i.e. 'aku lama tak training',' aku tak sihat", Depa hentam kita macam2 he he he seperti "macam besa dengar ja ayat nii", "taktik lama bg aji ooiiii ", "saikologi", "ini semua taktik dan strategi perang saraf", "akaiii jenuh nak ngelat nii", dan macam2 lagi statement yg perlu Kesabaran tahap Gaban he he he ! Sabar jer lahh : - ) walaupun anda benar2 sakit :- ( Bukan senang nak jaga hati kawan2. Batok lah bertubi2 atau selsema pot pet pot pet seh hingus sana sini depan depa . . . hurmmmmm depa buat tak tau sahaja hu hu hu ! Kut laa nak kata "uish hang selsema mana leh ride" ~ mmmmm kirim salam ~ Depa Gelak lagi ada :- )


Penyertaan KPLR 2010 juga hebat melebihi angka KPLR 2009. Turut hadir riders dari Penang, Perak, KL dan KEDAH.


Ramai riders dlm kategori, "lama tak training", "tak sihat", "La_dah Tua", "semalam tidoq tak cukup" tapiiiii . . . . . . dlm tak sihat, tak training semasa ride Day 1 and Day 2 depa nii laaa yg pecut macam jebon zupp zupp zuppp walau pun dlm hujan lebat ! So, anak2 jebon yg lain terpaksa ikut juga laaa kih kih kih !


Day 2. (Aku kat tengah). . . jenuh kampoi !
Tapi 'puas' selama 2 hari 'menguji' endurance !

Kategori "La_dah Tua" & "lama tak training" :- )

Kejar mengejar di simpang ini tiba2 'sentok' jadi slow . . . masing2 simpan kuku & tanaga utk panjat wang kelian. Ramai paparazzi standby atas bukit . . .depa tunggu 'mangsa' yg tuntun basikal atau yg berhenti kayuh ambil nafas hupp happpp hup haapppp tercungap !

Paparazzi Mat Salleh suka ambil 'action pics' tapi paparazzi kita lain. Gambar action tak best. Katanya 'nilai gambar' riders yg 'tuntun' beskal atau naik kete nii lebih tinggi jika dimasukkan ke dalam akbar harian FB kih kih kih adehhhhhh sabar jer laaa ! Pics aku 'masa overheating' naik Wang Kelian pun ada juga tapi aku tak muat kat sini . . . tak molek he he he !

Terima kasih pada rakan KOTRT. Dua hari kayuh dgn hampa boleh buat gelong.

Day 1 ~ Dari Kangar ke Wang Kelian 'feeding' pulut ayam dan terus ride Hatyai non-stop. Walaupun dlm hujan lebat . . .ave speed 31.4km. Di KM 101 tidak berhenti dan terus ride ke Hatyai dlm Hujan Lebat . . . . sesat dlm pekan Hatyai cari Florida Hotel tak jumpa. Jam 2pm baru jumpa hotel.

Day 2 ~ Aku ingat relax sikit kayuh balik hari ini. . . meleset. Din & Malek KOTRT bagitau orang rumah WadiSham drive kete 35km+ dan kami drafting dari belakang kereta. Makin lama makin laju. ODO aku naik 40Km+ . . . Din jerit "masuk LT, masuk LT" tapi aku tak berani rapat dgn buntut kereta. Ishhhh depa dua orang rapat dlm 1m dr kereta Wadi. Perghhh ~ dlm kepala dok pikiaq bila nak habis bila nak habis niii . . . . . sampai di Simpang ke Pdg Besar Ave. 31km+ . . .kayuh relax 30km sambil ambil nafas huppp happpp hupp happppppppp ! adehhhhhh !

Lepas cop passport terus ride balik ke Kangar tanpa henti. Gilir-gilir drafting dgn depa. . .hurmm kalau selalu kayuh camni boleh kurus akuuu !

Antara rakan2 yg hadir . . . masih mampu ketawa & senyum lebar walaupun Day 1 telah membuat kayuhan dlm hujan lebat !

Tim Amro MTB

RCT ~ makin hebat !
Hadir bersama 'Pengurus Pasukan @ Bakal Ahli Baru RCT" En Zul . . .
Pastikan En Zul bersama kita pada Kayuhan yg akan datang.

RCT Rozaidi aka Atok Kuota dgn RB baru nyerrrrr :- )

KPLR 2010
Dapat berjumpa dgn rakan kayuhan semasa di Manjung sekitar tahun 1997/98.
Gambar lama bersama Prof Wan (clik) . Balik Manjung dia nak cari RB baru ha ha ha !

Jarmiel aka abg Jem . . . tahun ni tak kayuh.
Dibelakang tabir ~ terima kasih daun keladi di atas kerjasama sdra.
Gambar2 yg diambil Cantik & tinggi nilainya pada riders KPLR 2010,

Tim Amro dari Penang

Manjung Cycling Team @ MCT ~ dari Manjung Perak.
Kumpulan "Heavy Machine" ini mampu bergerak pada kelajuan 35km ke 40km semasa berada dlm peloton . . . perhhhh pakai 'turbo' geng MCT niii. Tapi malam depa 'On Gen Set' utk tidoq he he he ! Toki mesti bangga di atas prestasi hangpa :- )

Tahniah Rani RCT & Mrs . . . . completed d ride !

Tahniah juga pada rakan dari Kuala Lumpur menamatkan kayuhan dgn selamat.

Subki Hussin bersama 3 rakan drive dr KL dan tiba Kangar awal pagi pada 2 okt. Pada 2 Okt jam 7.30am - selepas drive mereka kayuh sejauh 140km+ pula. Besok 3 Okt ride 100km+ Hatyai to Kangar. On completion drive balik KL wowwww ! Aku dapat sms yg dia org selamat sampai KL lebih kurang jam 2am. Bukan semua orang sanggup mengorbankan masa utk Hobi !

Solute 2 u Guys !

~ Yang Best ~
B'fast pulut ayam kat Wang Kelian RM 2.00 shja . . . 2 ketul ayam. The 'power of pulut ayam' me, malek & Din Kotrt mampu bertahan 100km+ Wang Kelian to Hatyai . . . perghhhh !

di KM 101km+ Kangar to Hatyai nak stop utk lunch . . . Din kata : "alaaa LT lagi 40km+ shaja" Lagi 40km ke Hatyai kami ride dlm hujan lebat, perghhh ~ mampuih aku kalu dia jadi coach he3!

Day 2 ( 2 hrs b4 ride)
Heavy B'fast : Roti Canai 2 keping, nasi putih separuh, telur mata lembu &Kari Kambing

Nak tengok apa lagi yg aku makan
"click here"

~ Yang Paling BEST ~
Berat Badan turun 74kg ~ alhamdulillah.
Rekod Berat Badan yg lepas ( klik)

Note :
  • Terima kasih pada rakan2 & peserta KPLR 2010. Mohon maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa dlm gurau senda, yg disengajakan atau tidak disengajakan, yg tersembunyi tanpa disedari, termakan minum dll mohon maaf & halalkan.
  • Jika umur panjang dan diberi kesihatan yg baik ~ insyaAllah !
  • Jumpa lagi KPLR 2011
  • Stay Safe Stay Healthy !

No comments: