Thursday, October 28, 2010

SP - Changlun - Kangar

Date :
26th & 27th Oct 2010

Route :
Day 1 : SP - A/Star - Jitra - Changlun - Kangar Distance approx 130km
Day 2 : Kangar - A/Star - SP Distance approx. 90km+

Day 1 :

Dah lama aku tak ikut laluan Sg Petani - A/Star - Jitra - Changlun - Kangar. Laluan ini sentiasa sibuk dgn kenderaan terutama awal pagi. Sepanjang perjalanan ke Alor Stor berusaha utk kekal kelajuan 30km+ . . . tapi kadang2 'drop' 25 - 28km apabila terdengar bunyi hon kereta & lori dari belakang.

Memang sakit hati dgn gelagat pemandu2 ini . . . takat bagi hon sekali tuu aku dah faham. Tak perlu 'memekik-mekik' . . . ada ketika kerana terlalu geram aku 'meludah' ke kiri jalan untuk melepaskan rasa marah !

Dalam hati : "why cant we share the road ?

hurrrmmmm kalau dapat 'steering' lupa dunia F&%(% B*^% . . tapi ada juga pemandu kenderaan yg 'positive' i.e. membunyikan hon sambil melambai2kan tangan. Aku respond dgn 'thumb up' sebagai tanda terima kasih. Ada ketika anak2 kecil melambai tangan dari tingkap kereta ~ pun aku respon dgn senyuman dan 'thumb up'. Pemandu @ parents yg perihatin macam ini berjaya menerap nilai-nilai murni pada anak-anak mereka.

Dari Alor Star - Jalan Langgar terus ke Jitra. Jalan raya kawasan ini juga tidak berapa baik hingga Kepala Batas.

Dari Kepala Batas ke Jitra jalan raya dah OK semula . . . selesa membuat kayuhan. Singgah Redflag Jitra utk berjumpa rakan2 abg Ai dan KeladiUtan. Sejam lebih juga relax2 kat situ.

Ada proposal ride yg baik dari "KeladiUtan" hurmmm nanti aku buat 'homework' sikit. . . and share with you guys @ Redflag. Teringin juga utk 'revisit' he he he. Nantilah aku buat posting tuu.

By the Way ~ I dont recommend route ~ "SP - A/Star - Jitra" for cycling bcoz of d heavy traffic . . . dan jalan raya pun 'tak comey' ~ banyak sangat lopak2 kecil & besar sepanjang jalan.


Hampir jam 12.00 tgh hari terus bergerak ke Changlun. Hurmmmm jalan raya 'comey' all the way from Jitra to Changlun. Berehat sekejap di Changlun utk minum Cendul Pulut di warung bawah jambatan selepas 'traffic light' Changlun.

Call RushDone for Lunch. Dia offer : "abg Ly, kita cuba tomyam ikan puyu pula" ~ yummmyyy ! Memang menyelerakan . . . tapi aku beringat: "i have another 40Km" to Kangar. Tomyam Puyu di campur dgn daging, sotong, kulat, ayam dan sayur2an. Kalau tak letih kerana berbasikal mau aku bedal habis semua niii . . . hurmmm ~ pedas tapi 'power & sedap ! Terima Kasih RUSHDONE. Nanti aku 'set' lain jumpa hang. Tapi kali ini, tak kayuh ~ piii makan sahaja he he he !

Ulam-ulam kegemaran aku . . . . !

Kerabu sothoon, sotong, udang kering, bawang besar, tomato, salad hurmmmm BEST !

Day 2 :

Bertolak dari Kg Surau Utan Haji, Perlis jam 8.30am+ . . . agak lewat. Cuaca mendung sepanjang jalan. Masuk kawasan Kerpan mula hujan . . . dan makin lebat. Berteduh di Shell Kerpan hampir 1 jam setengah. Bila hujan reda, meneruskan kayuhan dlm hujan renyai2 hingga ke Petronas Mergong. Berhenti lagi kerana hujan lebat semula. Tak mau 'redah' dalam hujan . . . . banyak risiko !

Selepas reda . . . meneruskan kayuhan ke Sungai Petani. Alhamudulillah cuaca 'comey' @ panas lit-lit. Tiba rumah jam 2.00 petang. . . . alhamdulillah !

Note :
  • Prefer laluan "SP - Yan - Kuala Kedah - Kuala Sungai - Kangar.
  • Dua hari 'ezi ride' just to fill up free time !
  • Khas Buat Saudara Zankx : "tahniah kerana saudara terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini. Selamat berangkat mengerjakan ibadah haji . . . semoga saudara, suami isteri dipermudahkan segala urusan ketika berada di Tanah Suci Mekah Al-mukkarramah dan tanah suci Madinah Al-munawwrah" . . . insyaAllah !

No comments: