Friday, December 31, 2010

Masjid Negeri Pulau Pinang

~ Masjid Negeri Pulau Pinang ~

MALAKOFF Day 1 - 67km best 'climb' !

Route :
Youth Park - Greenlane - Bkt Gambir - Bkt Jambul - Tun Sardon - Blk Pulau - Teluk Bahang - Bt Ferringghi - Tnjg Tokong - Youth Park approx. 65km


(posting MIFR akan dibuat berasingan).

Tapi yg paling BEST hari ini kerana dapat Solat Jumaat di Masjid Negeri P. Pinang.

Selesai MALAKOFF Day & Lunch aku bergegas utk solat Jumaat. Alhamdulillah ALLAH swt permudahkan perjalanan ku dari Taman Belia ke Masjid Negeri walaupun jln raya sesak dgn kenderaan.

Pertama Kali Solat Jumaat di Masjid ini.

Meremang bulu roma mendengar suara bacaan qur'an dr Iman Masjid Negeri .

Masha' Allah . . . seperti suara Iman di Masjidil Haram . . .

Aku yakin muslimin/muslimat yg pernah mengerjakan Umrah/Haji pasti merindui suara bacaan dr Iman Masjidil Haram.

Tanpa dapat di kawal berhambur air mata dlm solat Jumaat hari ini . . . mendengar bacaan beliau yg merdu mengembalikan nostalgia ketika berada di Tanah Suci musim lalu . . . rindunya pada Masjidil Haram ~ masya' allahhhh !

Bertuahnya penduduk P. Pinang yg berhampiran.

Ya Allah ~ berikan lah kami kekuatan & kesempatan utk ke sana lagi
bersama keluarga.

Wednesday, December 29, 2010

Hiu khaao mai - หิวข้าวไหม ?

Date: 29th Dec 2010

Route: (click) Tawar - Betong, Thailand - Tawar

Dist. : 95km+

Hujan sepanjang jalan dari Tawar - Betong, Thailand - Tawar.

Pagi tadi sarapan 2 biji pisang & segelas air suam sahaja. Selepas kayuhan 40km+ terasa lapar. On arrival Betong, lebih kurang 10.30am . . . Restoran Haji Nan dan kedai yg biasa kami makan masih belum buka. Keinginan utk makan ' nasi putih, ayam goreng kunyit dan telor mata lembu' tidak kesampaian.

Aku, Farhoud dan Yusri cuma jamu selera dgn nasi kerabu. . . . masih lapar.

Hiu khaao mai - หิวข้าวไหม ?

Kharppp . . . hiu khaao !

Ride balik dr Betong ke Tawar dlm hujan . . . dan masih terasa lapar :- (

Nota: . . . terima kasih Farhoud dan Yusri.

Tuesday, December 28, 2010

Gulau Recce Ride


Date: 27th Dec 2010

Route: (click) SP - Gurun - Sik - Gulau - SP


Distance: Approx. 158km

Riders: Cgu Nusi, Cgu Kob & KGB



Dah lama Cgu Eee ajak kami ride laluan ini hingga ke Durian Burung. Tapi, terpaksa tangguh kerana padat dgn jemputan kenduri kahwin pada hujung minggu. So, semalam kami bertiga 'recce ride' dari SP - Gulau utk kenalpasti lokasi sesuai 'feeding point', kedai2 makan serta dapatkan gambaran sebenar laluan ini.

Jarak dari SP ke Pekan Sik lebih kurang 50km shja and route was friendly'. Selepas 50km+ sesuai utk 'feeding' yg pertama. Jalan raya dari Gurun - Sik luas serta kurang kenderaan. Ada beberapa 'climb' yg menarik utk uji tenaga aka 'attack' sepanjang jalan ke Sik. Tapi kami bertiga, 'drafting' sahaja dan ada ketika 'attack' utk epi-epi . . . tak kira lah brpa speed yg mampu asalkan epi :- )

Di puncak Empangan Beris, Sik Kedah bersama Cgu Kob @ Jacob Toni.
Tak jauh dari Pedu Lake Resort. Cuaca panas terik, R&R seketika.

Jarak dari Sik ke Pekan Gulau lebih kurang 29km dengan 'rolling' yang lebih 'menarik' hingga ke Pekan Gulau. Jalan raya luas . . . best utk 'attack and attack' kepada yg bertenaga. Best time mengerah tenaga pada tahap masimum bagi menguji skill & strength in long distance ride. Alhamdulillah dapat lalui semua 'climb' dgn baik pada tahap usia semasa.

Bersama Cgu Eee (Nusi) ketika R&R di Puncak Empangan Beris, Sik Kedah


Ketika tiba di Pekan Gulau, dimaklum orang kampong : "jalan raya 'loop' ke Weng dan Baling 'under construction' . . . dan tidak boleh di lalui. Dulu ada juga rancang utk kayuh ikut laluan ini keluar ikut Weng - Baling dan masuk ke Betong, Thailand. Hurmm tangguh dulu hasrat tuu :-)

Jarak dari Gulau ke Durian Burung Lebih kurang 60km. Penat bermain panas terik sejauh approx 79km rasanya tidak bersedia meneruskan kayuhan 60km lagi ke Durian Burung dan ke sempadan Thailand. Dalam kepala dok fikir dah : "mampus nak ragaih bukit-bukit tuu dari Gulau ke Sik he he he !

Kayuhan balik dari Gulau - Sik - Gurun - SP dalam cuaca panas terik tapi masih bertenaga utk main-main 'attack' sepanjang jalan. Alhamdulillah mungkin 'mood' utk kayuh hari ini memberi aku sedikit tenaga.

Balik rumah tidak ada selera utk nasi . . . cuma minum air suam sahaja. Dinner 'char-koey-teaw' and tosei sahaja.

Note :
  • Terima kasih Cgu Nusi - laluan ni memang best. Selalu2 ke Gerik pun jemu juga he he he.
  • Terima kasih Cgu Kob - sejak balik bercuti dari Sarawak anda makin bertenaga. Seronok dapat lihat performance kawan-kawan makin 'mantop'. . . . hurmmm hang gosok 'getah kudat ka' he he he !
  • InsyaAllah - rancang utk ajak kawan2 ride laluan ini SP - Gurun - Sik - Gulau - Durian Burung - SP. Jarak lebih kurang 300km pergi/balik. (Day 1 - bermalam di Durian Burung. Day 2 - kayuh balik ke SP)
  • See u guys :- ) . . . . . . ooopppps besok 'lunch' kat Restoran Haji Nan jgn lupa bawa 'border pass' he he he !

Thursday, December 23, 2010

203KM - slow, ezi and fun :- )

Left : Hj Shuib, ramly sp, cgu din, Farhoud & Wa Don

Date : 22nd Dec 2010

Route : (click) SP - Gurun - Alor Star - Kangar - SP

Distance : 203 KM

Average Speed : Sp - Kangar 30KM . . . . Kangar - SP 28.6KM
(ok laaaa utk kategori warga emas he3)

Riders : Cgu Din, Farhoud and Cgu Eee

(click Wa Don and click Wa Dan joining us from Kangar -Air Itam - Kangar)

"Long distance Ride" . . . ? hurmmmm ~ kepuasan yg sukar digambarkan. xTvT riadah nii banyak membantu aku utk mencapai Body Mass Index terbaik. Terima kasih kpd rakan2 esply Cgu din, Farhoud, Cgu Eee serta rakan2 dari TRM Wa Don dan Wa Dan yg sanggup 'redah' kayuh dari Kangar Perlis dan rendezvous kami sekitar Air Hitam pada pagi itu.

Tujuan kayuhan ke Kangar pagi ini adalah utk 'drafting' shja dan ziarah Hj Haslizan TRM yg baru kembali ke tanah air setelah selamat/selesai mengerjakan ibadah Haji pada musim ini. Tahniah Tuan Hj Haslizan.

Aku, cgu din dan Farhoud mula kayuhan dari Petronas Tmn Ria Sg Petani lebih kurang jam 7.05am. Cgu Eee join dari Gurun Kedah. Cuaca mendung dari SP hinggalah ke Alor Star. Dari Gurun ke Alor Star mula 'drafting' dgn speed 30 -35km dan 35km+. Alhamdulillah cgu Eee dah mula faham beberapa 'discipline' walaupun kadang2 dia buat 'kona' mengejut he he he nasib baik kami tak langgar hang :- )

Setelah 'drafting' sejauh 50km+ buat 'stopping' pertama utk 'feeding'. . . kayuh utk epi2 sahaja. Bila berjumpa dgn Wa Dan & Wa Don aka 'raja penyamun' . . . kami slow down takuttttt he he he. Jangan buat 'pasai' . . . kalau biaq depa tarik alamat kami tak balik SP laaa hari ni he he he. Nampak gaya depa 'simpan kuku' . . . 35km pun aku nampak depa relak dan boleh keluar h/phone ambil gambar masa drafting. Cuaca masih mendung tapi terpaksa meredah angin timur.

Tapi kalau biar cgu din tarik lagi haru . . . . fasal kat basikal dia tak ada meter he he he ! So, kena peringat dia i.e. "cgu, dah 40 ni". "haaaa dah 40 ka he he he".


Basikal Farhoud yg telah 'overhauling' dgn wheel-set RB

(click) Farhoud anak ASP Fadzil, orang muda niii jgn cerita laa . . . . steady jer pergi /balik. Bila time dia dok depan jjer aku dah rasa risau . . . dalam hati 'alamak turn dia pula'. Dia boleh maintain berkilo-kilo, terpaksa bagi signal utk 'take turn' kalau tak 'koyak drafting' nii he he he. Maaf Farhoud ~ ini Fakta he he he !

2 jam berehat & makan/feeding di Kangar. Jam 1pm ride balik. Ingatkan angin dari belakang tapi dari depan juga terpaksa redah dlm panas lit-lit. Lebih kurang 40km kayuh , cgu din bagi signal utk berhenti di sekitar Kuala Sungai. Cuaca panas terik.

Dari Kuala Sungai terus ke Alor Star hinggalah (Petronas) Kota Sarang Semut terpaksa berhenti lagi kerana hujan lebat. Bila reda sikit . . . kayuh juga dlm hujan tak mau delay 'arrival' SP.


cgu din n me enjoying kelapa pandan.
Approx 5km to SP kami berhenti lagi pekena 'air kelapa pandan' utk dapatkan 'power' semula, Solute Cgu Din . . . route macam ini kacang jer bagi dia. Umur dah 59 tahun tapi 'tenaga' macam orang umur 20 puluhan. Bekas marathon runner dan sekarang berjinak-jinak dgn Powerman. Beliau berada di ranking ke 14 Powerman Malaysia. . . . ish apa dia makan ? camna dia maintain ? Bagi laaa tips aku sikit he he he !

Alhamdulillah Selamat Sampai SP kol 5pm+ in good piece !

Terima Kasih pada rakan2 yg turut serta. Terima Kasih juga pada rakan2 TRM yg tidak jemu-jemu meraikan rakan2 cylist yg berkunjung ke sana.
InsyaAllah jumpa Lagi !

Nota:
  • Angan2 nak kayuh ke Durian Burung minggu depan.
  • Sekadar mengisi waktu lapang . . . bersama rakan-rakan.
  • Enjoy - bila lihat rakan2 masih boleh bergurau & ketawa.
  • Route Sp - Alor Star - Kangar - Sp tak berapa best ~ 'flat dan banyak kenderaan'. Kalau ikut route Yan dan Kuala Kedah kurang kenderaan tapi 'stanby' angin laut he he he ! Tapi, sekali2 main 'flat' pun sedap juga utk relak kaki.
  • Posting cacar-merba ini sekadar 'epi-epi' sahaja utk share dgn kawan2 . . . nothing to shout. Just a normal ride, slow, ezi and Fun :- )

Friday, December 17, 2010

Road Ride to Kangar :- )

Date : 22nd Dec 2010

Time : 07.00am

Route : (click) SP - Gurun - Alor Star - Kangar - SP (day ride).

Distance : 200km+

Meet : Petronas Tmn Ria, Sg Petani (apposite Makbul Nasi Kandar).

Riders : ramly SP, cgu din, cgu Eee, kudaLiar, Rosman Guar, ASP fazdil & farhoud (TBC).

Note:
  • Unsupported Ride.
  • Should carry spare inner tube, pump, snacks, fluids and mobile phone.
  • and be prepared to ride in the rain . . . . :-)