Tuesday, July 20, 2010

Baling - Kupang - Gerik - Kroh - Baling




Date : 17th Jul 2010


Route: Baling - Kupang - Gerik - P/Hulu - Baling


Distance:
approx. 115km






Lama juga ambil masa utk recover dari demam tempoh hari. Selang beberapa hari dah kayuh bersama rakan2. Nak 'batalkan' kayuhan ini tak sampai hati. So ~ ON juga xtvt ini sekadar yg mampu.

Antibiotic ~ 30 biji yg Doktor beri pada aku terpaksa habiskan dlm masa 5 hari. Antibiotic ini pun ada 'side effect' tapi terpaksa telan juga atas nasihat doktor. Dalam masa seminggu juga 'anti virus' dalam badang aku kira 'outdated' or 'being deleted' . . ! Macam PC yg tak install 'anti virus' he he he !

Selepas Kayuhan di Perwaja Gurun tempoh hari aku berehat panjang . . . . risau @ takut pun ada kerana ada 'side effect' yg lebih menakutkan ~ Nauzubillah . . . !


Antara rakan2 MTB'ers aka 'contadors' yg hadir hari tuu i.e. RCT, Kroh, Baling, SP, Alor Star, Gurun and Azam dari 'perlis power' yg sanggup 'redah' seawal pagi dari Perlis. Kehadiran anda memberi aku semangat & kekuatan utk kayuh pagi itu.

Alhamdulillah ~ xtvt berjalan lancar & selamat. Terima kasih di atas kerjasama tuan2 membantu rakan2 lain meneruskan kayuhan hingga ke Baling. Pada yg gagal ~ cuba lagi di lain masa.

"Pain is temporary, Quitting lasts forever"
~ Lance Armstrong


yummyyyyyy ~ !

"Stay Safe, Stay Healthy"

More pics. ~ at BalingBiker and FaceBook ! . . . Razif ~ thanks for d pics :- )

Monday, July 12, 2010

MTB Road Ride !

Kayuhan yg dirancang pada Sabtu ini akan diteruskan.

Tarikh : 17th Jul 2010
Tempat Berkumpul : Parking Lot Masjid Baling

Waktu/Mula: 07.30 am
Route : Baling - Kupang - Gerik - Klian Intan - Pangkalan Hulu - Baling  http://goo.gl/maps/1dk9q

Jarak : 100km+ sahaja.

Tiada Bayaran Penyertaan dikenakan.


Nota :
  • Khas utk rakan MTB sahaja !
  • Endurance Ride - 100% Tarmac - so . . . . .baik guna tayar 'slick'/maxlite.
  • Laluan ini 100% terdedah dgn cuaca panas kalau mendung kira 'bonus'. So, standby laa sedikit makanan ringan snacks, power bars/gels dll semasa ride nanti.
  • Long distance ride build ur strength, skill and confidence.
  • pssssttttt ~"kalau sempat aku nak gii makan kat Restoran Hj Nan Betong, Thailand"
Stopping:
  • Pertama - kat R & R Kupang Gerik Highway.
  • Kedua - kat Restoran Kepala Ikan Gerik kat Traffic Light.
  • Ketiga - Pangkalan Hulu (depan Petronas)
  • Regroup/Finish - Masjid Baling.
Ride Long ~ Ride Strong

Friday, July 09, 2010

Kayuh 7km ~ muntah 4 kali !

Hampir 2 minggu sejak balik dr KLMBH Epic Hash 2010, demam dan batuk2.

Dua minggu juga, 'berulang-alik' ke klinik dan Hospital Sg Petani.

Bila sakit2 begini, teringat semasa demam kuat ketika berada di Tanah Suci Mekah pada musim Haji tahun lepas . . . dan 1 bulan jugak demam & sakit mata ketika kembali ke Tanah Air . . . hurmmmmm ~ hampir 2 bulan menahan sakit dgn redha . . . banyak dosa !

Bukan mudah 'mengharungi musim haji' & dugaan dari Allah swt selama 40 hari (baru 40 hari) di Tanah Haram. Detik2 ini sentiasa mengimbau seakan menggamit utk ke 'sana' lagi ~ InsyaAllah.

Dah hampir 2 minggu tak kayuh ~ hari ini terasa pula nak ride/'offroad' dgn kawan2 & Perwaja MTB Club. Niat nak bagi peluh dan 'kebah' sikit dari rasa demam/batuk2. Ramai yg hadir i.e. Roslan Mobil, Cikgu Din, Yusof, Wan Shuhaidi, Zailani, Halim, Cikgu Kob, Cikgu Fisol, Asnizam dll . . . . semua 21 orang.

Bermula dgn flat tarmac road lebih kurang 4km. Then, offroad terus menuju 'bukit judi'. Mula shja kayuh dah batuk2 kembali . . . first 4km aku dah muntah keluar kahak & lendir. Tapi terus juga climb 'bukit judi'. . . . lebih kurang 50meter climb aku stop ~ nafas mula kencang dan rasa tak selesa !

Apabila rasa 'OK' sikit aku terus climb semula . . . lebih kurang 50meter+ aku berhenti lagi menahan batuk yg bertubi2. Dalam beberapa minit jer ~ muntah 3 kali berturut-turut dgn air lendir dan kahak yg agak banyak. Dada & kerongkong terasa pedih . . . dan penglihatan mula berpinar !

Rasa peluh sejuk mengalir di dahi & hidung . . . aku tanya Roslan & Halim : "macamana hangpa nampak muka aku ? Pucat tak ? . . . . depa kata "pucat". Satu 'petanda' yg tidak baik ! Berdiri pun rasa goyah dan tak terdaya utk bergerak. Hampir 3o minit juga berhenti ambil 'nafas' agar stabil.

Terima kasih pada Halim Perwaja MTB Club yg membantu aku ketika itu.

Aku minta bantuan Halim utk menelefon rakan utk keluar dr kawasan 'bukit judi'. Terima kasih juga pada Lan yg datang dgn kereta utk membawa aku keluar.

Maaf tidak dapat meneruskan kayuhan bersama tuan-tuan semua.

Ingatkan dah OK ~ rupanyer banyak lagi yg tak OK.

InsyaAllah ~ sihat nanti saya akan bersama anda semula.

Wednesday, June 30, 2010

KLMBH Epic 2010

Tarikh : 27th Jun 2010


Seminggu sebelum ride ~ dah rasa 50/50 . . . dont know why ? Ada yg tak kena pd bike aku ni. Dah dua kali bawa masuk offroad tapi rasa tak selesa . . . ? ? ?

Nak bawa hardtail, kawan2 bawa fullsus~ hurmmmm :- (

Tapi dah janji ~ ride juga. Bermalam di Kuala Kubu Baru dgn Malek KOTRT. Hujan lebat sebelah malam . . . trail utk esok mesti 'hancus' !

Pagi 27th Jun ~ cuaca nampak terang. Riders telah dimaklum mengenai trail yg becak, agar lebih berhati2 pada tempat yg agak technical.


KayuhBeb.Blogspot.com
Pertama kali berjumpa dgn KayuhBeb and d' gang. Sebelum ini hanya chat/phone shja dgn Kulat Yusof. Tak sempat berbual lama dgn dia orang @ KayuhBeb.
Masing2 prepare utk pelepasan.
BTW ~ "nice meeting u all" ~ Jumpa lagi !

Tak pernah aku rasa 'moody' kayuh pagi ini ? Dah tekad utk 'relax & easy ride' sahaja.


'scene' biasa dlm mana2 ride.
'ikut sampai hujung'

Climb yg pertama dah ada riders yg jatuh dan DH yg pertama juga hampir 4 orang sebelum aku dah 'tergolek dog'. Rakan, Sani KOTRT jatuh depan aku semasa DH ditempat yg sama. Dilokasi pertama 'peluh belum keluar' dah sibuk membantu 3 riders yg jatuh. Boleh tahan juga luka pada lengan dan kaki mereka (termasuk Sani). Tak sampai hati nak ambil gambar dia orang.


"Big Foot"
Kali ini aku banyak 'tolak' dari ride. Rasa2 4 ke 5 km 'tolak & buang lumpur' shja.
Tayar basikal dah jadi 'donuts'


. . . .::: antara 'cabaran dan rasa fed up" ::: . . . .


. . . . . . S%$( . . . . @ #^*#7( . . . . :- (


Trail ini kalau tak hujan ~ mesti Best !
'Lunyai' ~ DH 'stiff & muddy'.

Semua tayar dah jadi 'donuts'


Laluan tengah trail yg dah 'hancus dgn lumpur' . . . .


Asyik buang selut sahaja ~ 'rasa moody' dari awal dah naik tahap fed up !
Dont know why ?


Selepas 'climb yg panjang dlm lumpur' baru jumpa sungai ini.


Tak laa dalam sangat . . . . . ?
Selepas jer 'cross' sungai ini aku dah tak ada mood utk meneruskan kayuhan . . .
. . .::: sorry my frenz ::: . . . .

Note & Morals :
  • Pertama kali aku 'melarikan diri' dari Ride !
  • Entah ~ rasa 'moody' dari awal sebelum kayuh bertukar menjadi 'fed up'.
  • Kalau dah dari awal rasa 50/50 ~ Better don't Go !

Wednesday, June 23, 2010

B'fast d' SP ~ Lunch d' Betong ~ Hujan d' Baling

Date: 23rd Jun 2010

Route : 'Breakfast Ride'

Distance : 95km

Aim : Base Ride & Best BP


Masa nak keluar rumah langit nampak gelap . . . so, plan nak kayuh sp ~ baling ~ sp terpaksa diubah. Bawa kereta & parking kat Masjid Tawar.

Dah berminggu basikal nii dok terperosok kat rumah ~ bersawang. Beberapa xtvt basikal terpaksa batalkan. Musim buah & kenduri kawin pada tiap hujung minggu buat BP aku tak berapa comey . . . risau juga kalau dibiarkan. Sebelum nii ride offroad di Penang dan Gurun dgn fullsus rasa 'tak puas'. Dah berbulan aku tak ride dgn fullsus niii . . . rasa macam tak kena ajer . . . hurmmmmm entah ? Tapi bila ride dgn hardtail Ok pula.

Ketagih Long Distance ?

Hari ini Plan utk 'base ride' ajer ikut laluan Tawar - Baling - Kupang (MRSM) - Tawar. Tapi bila sampai Baling terserempak dgn Tn Fazil, Farhoud, Yuih lain jadinyer. Alamak ~ tak sempat nak minum2 kat Baling Tn Fazil ajak aku "Ly, kita minum kat Pangkalan Hulu" . . . adehhhhh (Gunung Inas).

Nak ambil hati kawan2 ~ aku ikut dia orang slow slow ragaih Gunung Inas. Sampai di Pangkalan Hulu dah jadi lain . . ."lama tak kena sup daging Restoran Hj Nan di Betong Thailand" ~ aduhhhhhhh ! Laluan kayuhan sekali lagi berubah . . . he he he !

Di Betong Thailand tak lama, lepas makan 'chau'. Dah nampak cuaca tak berapa comey.

So, aku ride balik melalui G Inas - Baling - Tawar.

Stop di Baling minum air tebu bersama 'papaRazif', pun tak lama terus ride utk kejar masa. Kita hanya merancang . . . tak sampai 20 min. hujan lebat . . .

Tak ada pilihan selepas 20 min tak reda . . . terpaksa redah dlm hujan utk kejar masa ke Masjid Tawar.

Terima kasih pd Tn Fazil, Farhoud, Yuih kerana 'menukar laluan' kayuhan aku dan terima kasih juga pada 'papaRazif' kerana dapat 'rakam aksi lucah' dari belakang . . . . he he he !


Dan yg paling best . . . target utk dapatkan best BP tercapai.

Alhamdulillah !