Sunday, March 01, 2009

" innalillah hiwainnalillah hirajiunn . . . "

Al - Fatihah !
Pagi 28 Feb jam 8am offroad dgn kawan2 di 'sawit trail' Aman Jaya. Ramai jugak yg turn up pagi tuu. . . kecuali Yusof (kerja) & Roslan Mobil (keracunan makanan). Semasa 'redah' trail sawit berkali2 'sms alert' berbunyi. Yg pertama aku buat tak kisah, tiba2 berturut2 'alert berbunyi' disusuli dgn 'call' & tak sempat aku keluarkan h/set kerana asyik 'melayan climb & descent".

Aku keluarkan h/set . . nampak 1 missed call dan 3 sms. . . . SMS pertama dr LonTruth 08.57 "Takziah sy ucapkan kpd abd RON atas kepulangan anakanda ke rahmatullah. Al Fatihah". Berderau & berdebar hati aku ketika baca sms itu . . . terus buat panggilan "missed call" pada Ai @ rockers dr Red Flag . . . "cuba call abg Ly tadi . . . tak jawab", "aku minta maaf, tengah ride kat 'sawit trail' di SP . . " Abg Ly, Remy or Emy anak Ron yg selalu ikut kita ride meninggal dunia pagi tadi . . . kemalangan jln raya. Skrg jenazah masih berada di Hosp. Tg Malim" . . . "innalillah hiwainnalillah hirajiunnn . . .".
Left : Rohani @ RON dr TRM MTB
"salah seorang sahabat yg banyak membantu aku dlm persiapan "Samui Solo Ride" thn lepas. "
Bulan Disember 2008 adik beliau meninggal dunia, seminggu selepas itu pada bulan Jan 2009 ibunya pula meninggal . . . dan tanggal 28 Feb 2009 anakanda kesayangannya pula pulang ke rahmatullah . . . Subhanallah !
Aku terus call Ron di Kangar Perlis utk pengesahan & takziah . . . "insyaAllah Ron, dlm masa 4 jam lagi saya akan sampai Kangar". Rakan 'riders' dari TRM, Red Flag, NXT, Perlis MTB Club, LonTruth telah dimaklum dan akan hadir.
Allahyarham Remy Rohani, berusia 19 tahun . . . meninggal dunia pagi 28 Feb 2009.
"seorang anak & seorang 'riding buddy' kpd Ayahandanya . . . Rohani @ Ron."

"Semoga keluarga yg tinggal (Ron & Family) tabah dan redha dgn ujian Allah. Sama-sama kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham anakanda Remy dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminn".
Aku sampai rumah Ron lebih kurang jam 1.30pm . . . dr jauh aku dah nampak RON dan dia sedar kehadiran aku . . aku nampak Pak Non Kona, Cikgu Fikri bersama rakan Perlis MTB Club dan Jonz . . . selepas tuu baru aku bersalam dgn Ron (sebenarnya aku menahan sebak . . . bila lihat airmuka RON. Aku bersalam dgn Ron dan dia terus memeluk kuat badan aku (aku biarkan sahaja. . .utk dia lepaskan rasa hiba . . . AllahuAkbar) kuat sedu & sebaknya, bergegar badan aku, dlm sedusedan Ron berbisik ke telinga aku "Ly, i missed him . . . dia (Emy), minta i utk upgrade bike dia . . . i dah belikan dia crank baru, rack & panniers baru utk ikut kita gi touring bulan Disember ni . . . Ly, i missed him" . . . aku cuma mampu tahan sebak . . . dan bawa dia ke satu sudut utk tenteramkan rasa hibanya . . . betapa berat mata memandang, berat lagi hati beliau menanggung". Hujung Disember yg lalu Ron 'kehilangan' adik perempuan, selang seminggu ibunya pula meninggal . . . dan hari ini 28 Feb beliau kehilangan anaknya pulak . . . Remy, 19 thn se org anak dan se org 'rakan' yg sering menemani/ride bersama ayahnya . . . aku perhati gelagat/kemesraan kedua anak-beranak ini macam 'rakan2' sebaya . . . kasih sayang yg lahir/terbentuk dari aktiviti riadah bersama. Kali terakhir aku bertemu arwah pada Hari Raya Haji yg lepas . . . !

Semasa jenazah tiba, aku membantu mengusung jenazah anakanda Remy ke dlm rumah. Aku beredar jauh dr lokasi utk beri ruang pada ahli kelaurganya. . . sukar kawal perasaan ketika itu . . kerana aku pernah dua kali melalui 'pengalaman' ini . . . Sesungguhnya setiap dugaan itu, ada hikmahnya ! Allahu Akbar !

Setiap insan yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin zaiqatul maut”.
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .
Left : Wahid Senario dan Allahyarham Remy Rohani @ Ron

Jenazah selamat sampai di Kangar lebih kurang jam 6 petang. Arwah telah selamat dikebumikan selepas Asar.

Note: Maaf pada rakan2/KOTRT Penang kerana terpaksa membatalkan Kayuhan Lata Cerlak pagi 1 Mac 2009.

No comments: