Saturday, October 31, 2009

FRIM wz Din Basikal Shah Alam

Date: 25th Oct 2009
Route : FRIM (Click)

Seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri, aku dah berada di KL dan Shah Alam - hingga sekarang.

Minggu depan adalah minggu terakhir berada di Shah Alam. "Tugas belum selesai" (baki lagi 2 minggu) tapi gerakhati dah tekad 'utk berehat'. Aku dah maklum akan 'hajat & penantian' ini. Tetap berdoa ~ 'dipilih atau tidak" aku redha !!!

Alhamdulillah ~ pada rakan2 MTB'ers Shah Alam i.e. Khairudin aka Din Basikal Shah Alam dan Amran.

Masa dapat email pertama Din Basikal aku rasa teruja dan amat berbesar hati. Sebelum ini aku tak pernah mengenali mereka berdua ~ tapi ruang siber ini luas tanpa sempadan.

Ini email pertama Din utk aku bertarikh 14 Okt 2009:

"Salam Bro, apa khabar ? Berdasarkan dlm article dlm blogspot, bro berada di Shah Alam. Kalau masih di Shah Alam boleh kita cycle bersama. Saya tinggal di Shah Alam. A few trail berhampiran S. Alam. Kita boleh layan RRI, Kiara, FRIM and Elmina (superb trail for endurance). Anyway kalau berminat boleh hubungi saya. Thanks.
~ Salam Khairudin aka Din Basikal Shah Alam."

Pucuk dicita, ulam mendatang. Aku sempat 'makan angin ride' sekitar Shah Alam dgn Amran (maaf tak sempat ambil gambar). Rupa2nya Amran ni orang Tikam Batu, Sg Petani ~ orang kampong juga. Aku ingat hang orang KayEeL he he he.

Din Basikal S Alam pula sejak sekolah lagi dah kayuh basikal ish ish ish ! Gaya kayuhan macam PRO. Dia pernah berada di Australia selama 2 thn. Sambil slow slow' ride kat FRIM ', sambil kami berbual berkongsi pengalaman. Belum apa2, 'tak dan aku nak buka lubang hidung luas luas,' Din dah perkenalkan (kenakan) aku pada Bukit Steroid . . . approx 300m climbs he he he nasib baik aku tak sarapan mee rebus. Kalau tidak berterabur mee rebus tuuu keluar kot pungkoq he he he !
Din offer aku offroad kat "Elmina" or Ulu Slim minggu depan. Tapi aku tak boleh janji. Memang 'nafsu kayuh tuu giler' tapi kerja kena bereskan dulu. Aku amat berhajat utk berjumpa dgn Din Basikall dan Amran sekali lagi sebelum aku balik SP hujung minggu niii. Ada beberapa perkara utk dikongsi bersama. InsyaAllah saya sedia membantu.

Walaupun kena bayaran RM 3.00 sebelum masuk offroad tapi berbaloi. Kawasan hutan yg masih segar & bersih. Sedap mata memandang. 'Rindu aku pada bau hutan, pokok2 pakupakis yg hijau terubat'.
Trek utk MTB disediakan . . . . !

Laluan/route FRIM yg masih kekal 'original'. Kalaulah Hutan Sedim diuruskan dgn baik seperti ini, kan Best. Ini tidak ~ habis trek basikal & berjalan kaki dia orang 'boh cement'.

NRS 3 aku aka Diesel Power . . . . !

Terserempak dgn MTB'ers datang dari Puchong . . . Aku tanya 'depa' "hang dari geng ROP ka ?" depa geleng kepala. Saheh memang bukan geng ROP. . . he he he Assry ROP ?

Teringin nak 'repeat' full loop kat FRIM . . . InsyaAllah.
Thanks Din Basikal and Amran. Tak 'sunyi' aku berada di Shah Alam.
Amran: "Hang kalau balik Tikam Batu, call aku. Kami bawa hang naik Gunung Jerai".
Kita 'kayuh slow slow' he he he !

Friday, October 30, 2009

Surat Khabar Lamaaaaaa - KPLR '09

Date : 16th Oct
Route : Sg Petani - Alor Star - Kangar
Dist : 100km+

Date: 17th Oct
Route : Kangar - Wang Kelian - Hatyai
Dist.: 140km+

Date : 18th Oct
Route : Hatyai - Sadao - Padang Besar - Kangar
Dist : 90km+

Date: 19th Okt
Drive sendiri/balik dari Sg Petani ke Shah Alam. alhamdulillah.

- Week End On Bike -
KPLR '09 dah lama berlalu aka 'Surat Khabar Lama'. Nak posting kat Manggas dan URTV Thai pun depa dah tak mau. Aku tak sempat nak 'update' kerana xtvt di Shah Alam padat dari pagi hingga jam 5 ptg. Malam prepare/update utk besok. Seronok tengok kawan2 update dgn 'posting' yg panas dan lucu. Aku cuma tumpang epi.

KPLR pada asalnya dirangka utk 'mendera' riders pada tahap maksima sesuai dgn tag "Yang Laju Didahulukan, Yang Lambat Ditinggalkan". Kabinet pada awalnya setuju "kayuhan ala survival" ini. Tapi malam sebelum ride Tok Megat sebagai 'Exco' jajahan beliau, minta pertimbangan agar konsep ini dipertimbangkan semula. Semua Exco dan Tuan Speaker KPLR pun bersetuju ~ aku gigit jari 'kempunan' pi hantuk kepala kat pokok nyok pun tak boleh dah tukar keputusan tuu he he he !

Peringatan mengenai "Wabak KPLR" telah dimaklum melalui 'posting' sebelum ini. Tetapi 'kabinet yg mesra rakyat' akur kehendak rakyat yg 'katagih benor' menyertai kayuhan ini. Kehadiran INTAN tidak merugikan, malah ia mendapat sambutan diluar jangkaan sehingga FRU sukar utk mengawal dan mengesan riders yg malu-malu utk bersama INTAN he he he "Madah Berhelah" ~ piiiii rahhhh !

Kayuhan selama 3 hari benar2 memberi kepuasan walaupun "lama tak training" ha ha ha. Objektif Kayuhan 'quality ride' tercapai. Long Distance Ride bukan sahaja menguji ketahanan mental dan fizikal tapi ia sebenarnya menguji "riding attitude peserta to build up their confidence".

Pujian harus diberikan kpd sahabat dari Thailand esply Mr Narong and Hatyai MTB Club yg berusaha keras memaklum pihak Polis Pelancongan dan Ambulan mengiringi peserta KPLR dari Hatyai hingga ke Sempadan Padang Besar sejauh 60km+ ~ Khorp Khun Kharp !

Begitu juga TRM yg 'berhempas pulas' berurusan dgn pihak Thailand. Depa niii tak training 'tapi aku tengok Border Pass" LOSO penuh chop . . . . hampeh betul !
Overall ~ aku memang enjoy & puas kayuhan kali ini. Aku juga Mohon maaf pada semua rakan2/riders yg menyertai KPLR. Jangan ambil hati atau kecil hati di atas provokasi dimainkan oleh 'exco-exco KPLR'. Kami sengaja nak 'perangat pungkoq' hangpa. Inya sekadar menceriakan kayuhan kita. Kat bawah niii ada sikit 'ole-ole' utk dikongsi bersama . . . . . Enjoy !
16hb Okt - aku cuma sarapan dgn 3 biji telor dgn 3 gelas air suam utk 100km +

TOKI MCT . . . walau kayuh dgn sebelah kaki, beliau mampu habiskan KPLR
Solute ~ Keep It Up !

Diesel Power . .

Bro Jamiel Best Cal dari Kulim. Beliau juga mengalami kecederaan belakang. Mampu tamatkan Kayuhan dari Kangar ke Hatyai 140km+.


Zankx ~ berusaha keras utk kawan-kawan !
Tahun depan aku tak mau jadi marshal. Aku nak bawa tut-tut pula ha ha ha !

Wowww ! Masa tuuu cruising approx 37 - 40km . . . .


Pagi 18th Okt memang kalut . . . semua berebut bergambar sebelum ride.


~ Roadie and Mountie ~

Sadao . . .

Kat depan hotel
dari depan (left) Sifu, Khairi
Belakang (left) Zaidi pfk, sorry bro lupa nama, ramly sp & frenz

Left: Syukri Bendang, ramly SP and Fuad @ Iguano
Jus Kurma benar2 memberi kekuatan 'batin' pada ku ha ha ha !

Left: Zailani Perwaja, Tn Fadzil, ramly sp, razif balingbiker (back), zaidi and Fuad aka Iguano aka Jus Kurma he he he !

Khorp Khurn Kharp
More Pictures http://picasaweb.google.com/ramlysp/KPLR2009#

C u KPLR '10

Tuesday, October 13, 2009

Wabak KPLR

Salam Sejahtera MTB'ers . . . .
Aku tak nak 'haru-birukan' posting mengenai 'wabak' KPLR yg kini 'mengganas' di Negeri Kedah, Perlis, Penang, Perak dan Selangor (pun ada) bcoz i'm not prepared. Aku difahamkan ada riders dari Terengganu yg sanggup datang dgn sebuah bas menyertai KPLR ~ tapi terpaksa ditolak dgn hormat oleh Penganjur.

Bukan kuantiti yg diharapkan ~ tapi Kualiti Pengurusan & Kayuhan di utamakan. Syabas kpd Pihak penganjur.

Apa itu KPLR ? Kayuhan suka-suka ? Funride ? Easy Ride ? "ser-low ser-low ride" or Jamboree ? he he he refer moto KPLR ~ "Yang laju didahulukan, Yang perlahan ditinggalkan" (atau di angkut dgn lori). Jika takut ditinggalkan, bawa jer RoadBike he he he! Tak der siapa2 yg akan kasihankan anda . . . . kecuali "Lori Hantu KPLR" yg telah disewa khas utk 'menyapu mangsa' pada waktu yg di tetapkan he he he Awas !

Boleh jadi anda ? Boleh jadi aku ha ha ha ! Yaaa Ampunnnnn !

Tak hairanlah ramai yg 'kalut' dok training i.e. G2A pulun kayuh sampai ke Bruas 100km+ dan kayuh hingga ke Menara Condong 150km "mak oiiii" sakan hang !, Hj Estima MCT sampai tukar rigid fork, TOKI kayuh 13 pusingan di Manjung and warm kali ke-dua utk KPLR ishh isshhh ish dasyat, Lontruth and Comelfz siang malam kayuh. Jemu kayuh dgn LonTruth dia pii kayuh dgn SooBeng. Razif pula pagi petang 'ragaih Gunung Inas' hingga dapat lesen B Full (border pass ha ha ha anda Bijak) . Jgn salah guna 'kad kuasa tuu".

Lain pula cerita dgn Saudara Mael Alor Star lagi terok. Sampai tak berani join KPLR. Macam2 alasan dia bagi i.e. hanger patah laaa, 'kong' bengkok laaa, tayar kurang angin laaa macam2 alasan dia bagi. Akai panjang Mael niiihe he he. Pak Megat pun sama gak dok curi-curi training di ragaih Tok Kun and Lingkaran Butterworth. . . . Perghhh !

Geng Perlis tok sah dok kira lah. Depa ni lagi Terok ! Asyik dok kelentong kita semua. . . Buat alasan konon, nak piii pekena lidah bakar . . . . piiiiii~rahhhhh ha ha ha ~ Walhalnya training hari hari ikut route KPLR ~ mana aci !

Apa-apa pun aku 'Tabik Spring" pada anda semua and "Epi Cranking".

Ada juga riders yg gelabah puyuh ~ nak bawa mtb ka, nak bawak road bike ka ? he he he ~ Kalau mtb mampuih aku . . . . ha ha ha penangan Wabak KPLR !

KPLR bukan Jambori ! KPLR juga bukan Race. . . KPLR lain dari yg Lain. KPLR aiming for a Quality Ride. So, let us push ourself to the limit or 'ser-low ser-low' ride he he he ! To all riders "Stay safe, Stay Healthy" ~ Kudos !

Ok my frenz MTB'ers esply TRM, Toki, Perlis MTB. Kasihan lah akuuu ~ Dah hampir 3 minggu berkampong di Shah Alam ini buat aku exhausted !

Tapi ~ aku enjoy mengendalikan program ini . . . . kerja amal yg mampu aku lakukan.

Note: For the Course Participants PP01, PP02, PP03 and PP04~ Enjoy & Be ur'self !
No Worries more pics for you !
"The picture you have of yourself, is exactly how you perform"

"No matter where we met, I call you Friend"

"We may have our disagreement. . . We may argued . . .
We may concern one another . . .
Friendship is unique bond that last through it all . . ."

"Frienship is a strange thing. We find ourselves telling each other the deepest details of our lives. Things we don't even share with our families who raised us . . ."

"Friendship . . . .
A word so small yet so Large in feeling . . .
A word filled with Emotion . . .

"Everything start with an ATTITUDE"

"if you want to know what ur true beliefs are, take a look at your action"

Truly great friends are hard to find, Difficult to leave and Impossible to Forget . . ."

Whenever you look back at your life, be positive !
Whenever you look at the present, be realistic !
Whenever you look to the future, be Bold !


"May we all find inspiration both within and inside of ourselves every day to be the very best we can be." ~ InsyaAllah.

Wednesday, September 30, 2009

Peta Lokasi Start & Finish KPLR 2009


View KPLR Flag-off in a larger map

Lokasi Permulaan KPLR 2009 :
  • Bersebelahan Dewan Besar Sekolah Menengah Putra, Jalan Padang Katong Kangar Perlis.
  • Kordinat : 6 26.665 N 100 11.136 E
  • Berhadapan Masjid Ariffin.
  • Peserta dikehendaki berkumpul jam 07:00 pg untuk meletakkan beg pakaian kedalam lori.
  • Sesi taklimat oleh Pengarah Kayuhan KGB
  • Flag-off oleh YAB Menteri Besar Perlis
Hotel Florida, Hatyai :
  • 81 buah bilek telah ditempah oleh urusetia
  • Hotel Florida mengalukan kedatangan dgn banner ~ "WELCOME KPLR 2009 RIDERS TO HATYAI"
  • Welcome drink untuk peserta.
Note from KGB :
  • Make sure u all have good breakfast before ride.
  • Day 1 : Start Padang Katong - Wg Kelian approx. 37 km (regroup at Wang Kelian)
  • W. Kelian to Km 95. Regroup at KM 95. Then all 180 participants in 'big group' ride to Florida Hotel Hatyai.
  • "Epi Cranking"
Please Refer "Projek Kayuh"

Wednesday, September 23, 2009

Breakfast Ride

Date : 23th Sep 2009
Route : SP - Baling - SP (via Tawar)
Dist : 118km
Cal. Burn : 2,050

Sebulan lebih 'berehat' xtvt kayuh Sempena Ramadhan. Begitu juga dgn xtvt di Sedim. Ramadhan "bulan kemaafan' ~ masa yg sesuai utk 'muhasabah diri' dgn pelbagai xtvt serta bersyukur dgn nikmat yg Allah s.w.t berikan sepanjang tahun ini. Alhamdulillah . . . . . !

Sebulan lebih 'relax' . . . paha dan 'anak anjing' (betis) pun jadi lembut.

Pagi nii dah nekad utk ride ke Baling. Dari SP ke Kuala Ketil aku dah set utk Average Speed 25km sahaja. Ride 'ser-low ser-low' to avoid any injury. Dari Kuala Ketil aku masih tak berani 'force' cuma 'cadence' @ 'spin' . . . . utk panaskan badan.' Risau nanti 'cramp'. Penafasan tak steady ~ tapi berusaha juga utk 'maintain speed' yg selesa.

Dari Kuala Ketil ke Baling aku gagal utk mantain Ave Speed 25km . . . beberapa 'bukit kecil' selepas pekan Tawar buat aku semput. Tambahan melawan arus 'angin kera jatuh' adehhhh peritnyer !

Masuk simpang Baling approx 12km ke Baling aku 'kerah kederat' terakhir. Cruising 30 - 35km dgn MTB wz 2.1 offroad tyre agak 'perit' tapi 'enjoy' masih mampu bertahan. 6km terakhir dah rasa goyah 'kayuh pun tak bergerak' he he he . . . . arrived Baling hampir jam 10.30am.

Call Razif BalingBiker utk 'breakfast' kat Restoran Ketapang ~ tapi dia minta aku singgah kat rumah dia sahaja. Aku terima offer ~ tapi cuma minum-minum sahaja. Thanks Razif. Tiap kali aku ride ke Baling atau Kroh atau Betong . . . kena bagitau dia aka "abang Long".

Selepas tuu terima ajakan dr kawan lama utk singgah makan kuih raya pula. . . . adehhhh. At last 11.45am baru aku bergerak dari Baling ke SP. Baling ke Tawar cuaca panas terik tapi dari Tawar ke K/Ketil hujan mulai renyai-renyai. Selepas 3km dari Kuala Ketil hujan lebat. Terpaksa berteduh di pondok lemang tepi jalan. ETA SP lewat . . . . . jam 2.30ptg.

Note:
  • Alhamdulillah ~ walaupun sebulan lebih tak kayuh masih ada stamina utk enjoy long distance ride.
  • Key ~ Eat Ride during fasting month . . . . and 'enjoy with ur xtvt'
  • Sepanjang 100+km ride ~ aku cuma bertahan minum air kosong dan empat keping kek.
  • Sampai rumah ~ abeh sepinggan besar 'mix veggies' aku belasah.
  • Besok relax/no ride ~ utk berpuasa enam . . . insyaAllah !
  • Jumaat malam bertolak ke Subang Golf Club. Berada di KL mulai 26hb Sep hingga 15hb Okt 2009. InsyaAllah ~ akan berusaha utk terus ke Perlis bagi menjayakan KPLR 2009.
  • Enjoy Cycling !