Wednesday, August 15, 2012

Maaf Zahir & Batin


Salam hormat pada rakan2 bloggers, sdra-mara, rakan2 Cyclist, rakan seperjuangan semasa di dalam perkhidmatan, Guru2ku, pengunjung2 blog, kenalan dan sdra2 muslimin & muslimat yang dirahmati Allah swt. 

Sempena Aidil Fitri yg bakal tiba, saya Hj Ramly bin Hj Abdullah @ ramly SP dengan rendah diri Mohon Maaf Zahir Batin di atas mana2 kesilapan, kesalahan, gurau-senda serta lisan yg tak terjaga atau yg terguris dihati antara sedar atau tidak ... 

Budak-budak main mercun,
Main mercun pagi raya
Minta maaf, minta ampun
Agar terhakis segala dosa


Thursday, August 09, 2012

Jemputan ke Majlis Perkahwinan dan Berbasikal Mengiringi Pengantin

‎Assalamualaikum w.b.t .
Haji Abdul Talib @ Abdul Wahab bin Abdullah 70 tahun (Cyclist yg masih aktif) dan peserta Jelajah Kedah 2012, telah mewakilkan kpd saya utk menjemput rakan2 Cyclist serta famili ke Majlis Perkahwinan anak lelakinya pada penghujung bulan Ogos ini. Beliau telah berbincang dgn saya utk mendapatkan bantuan & sokongan 150 orang Cyclists i.e. dari (Kedah/Penang/Perlis). 

Pic Haji Abdul Talib atau lebih dikenali dgn Haji Wahab

Beliau amat berharap rakan2 Cyclist dapat merealisasikan hajatnya utk melihat "ROMBONGAN" rakan2 cyclist menyerikan majlis perkahwinan anaknya. Jarak kayuhan/mengiringi pengantin approx. 3km sahaja. 

Majlis seperti berikut : 
Tarikh: 23hb Ogos 2012 
Hari : Khamis
Alamat : No. F372, Kg Sg Belida, Guar Chempedak, Kedah 

Secara Ringkas/Aturcara: 
Tarikh - 23hb Ogos. 
Hari - Khamis. 
Jam 11.00 pagi - Berkumpul di kawasan letak kereta, kaki Gunung Jerai. 
Jam 11.30 pagi - Taklimat ringkas pelaksanaan & pergerakan mengiringi Pengantin. 
Jam 12.00 t/hari - JMB/Rombongan berbasikal mengiringi Pengantin. 
Jam 12.30 t/hari - Jamuan. 

Nota: 
  • Terbuka kepada semua kelab/individu Kedah/Penang/Perlis. 
  • Semua jenis basikal i.e. RB, MTB, Fixie, DH dll ..... are welcome :-) 
  • Jersi Kelab/Team jika ada.
  • Utk SPCC - kita pakai JC SPCC dan seluar 'tracksuit', atau yg bersesuai dgn Majlis.
  • Kawalan lalu lintas, Media i.e. akhbar, TV3 - Hj Wahab akan uruskan.
  • Mohon MAKLUM BALAS dari rakan2 yg berkelapangan. Saya akan maklum jumlah kehadiran pada Haji Wahab.......
  • Kehadiran dan sokongan tuan2/puan2 amat dihargai.
  • Terima kasih.

Sunday, August 05, 2012

Ombak Rinduku .... :-(


...::: 10 Terakhir Ramadhan kian hampir :::...

...::: Semoga di akhir Ramadhan ini dapat membersihkan kita dari segala dosa :::...

.. p/s ..

...::: pada arwah emak dan bapa :::... 

...::: pada kedua2 arwah anakku Siti Diyana & Siti Fatimah .....

..::: Allah, ampunkan dosa kedua ibubapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil :::...


...::: Al-Fatihah :::...

Tuesday, July 31, 2012

...::: Rentas Sempadan :::...


Date : 15th Sept  & 16th Sept 2012

Route/Day 1 : 
SP - K. Ketil - Kupang Gerik H/Way - Gerik - Kg Lalang - Nenering - Betong, Thailand
Distance :  approx. 160km (hilly)

Route/Day 2 : 
Betong, Thailand - Baling - Pasir Panjang - K. Ketil - SP
Distance: approx. 90km only

15th Sept 'overnight' in Betong, Thailand

Fees : RM 55.00 only 
(Accommodation - Penthouse Hotel Betong, Thailand)

Organizer : SPCC

Saturday, July 28, 2012

Tiba-tiba, teringatkan mereka ..... !


Tarikh: 27hb July 2012

Tazkirah selepas solat Subuh di Masjid al-Muttaqin Tmn Ria pagi tadi ringkas, santai tapi ada nada tegas. Ustz Nasir dgn tenang berbicara mengenai 'Silaturahim' sesama saudara .... serta hukum tidak bertegur sapa selama 3 hari terhadap  saudaranya ... ( Nauzubillah ). 

"Tiba2 hati teringat pada beberapa insan 'istimewa'..., antaranya Adik Nur Aina Adila di Kg Dedap, Yan Kedah" ( http://ramlydirtcorner.blogspot.com/search?q=adik+nuraina ) dan Adik Nur Azreen  ( http://ramlydirtcorner.blogspot.com/2011/09/kayuhan-amal-adik-nur-azreen.html ) .......

Selepas solat Jumaat terus ziarah bbrpa individu istiwewa yg 'menggamit' di hati. Dalam perjalanan ke rumah Adik Nur Aina Adila hati berdebar2. Sihat ka ? Dah operate ka ? dan mcam2 difikirkan......tak dapat bayangkan kalau hajat nak berjumpa denganya tak kesampaian...(dlm hati berdoa smga dapat berjumpa beliau) .....

Setiba Kg Dedap Yan, Kedah nampak kelibat Adik Nur Aina bersama Ibu dan Ayahnya (alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ) ..... Sepatutnya Nur Aina menjalani pembedahan pd Januari lalu, tapi d tangguh ke September kerana keadaan fizikal tidak mengizinkan.

Kini Nur Aina Adila dah berusia 11 bulan..... Alhamdulillah :-)

p/s:.... on d way drive balik ke SP, hati terasa tenang, gembira dan 'lapang dada' kerana dapat bertemu dan mendukung Adik Nur Aina Adila..... :-)

Sama2 kita doakan agar Adik Nur Aina Adila cepat sembuh.........InsyaAllah !