Monday, September 20, 2010

Breakfast & Lunch !


Date : 16th Sep 2010

Route : SP - K. Ketil - Bt. 5 Sik - Gurun - SP

Dist : 90km+

Riders : Cgu Din, Cgu Kob, Cgu Fisol, Wan Shuhaidi, Cgu Din, Roslan Mobil, Yusof, Odd, Apit, Cgu Hilmi, Tn Fadzil, Anas Musthafa, Zailani Perwaja & Saari Saad.

Selepas sebulan lebih 'beristirehat' ~ ini kayuhan pertama utk regangan otot-otot yg dah kendoq. Enjin tua kena slow-slow sikit . . . macam motor honda 50cc . . . 'kena tarik choke' dulu baru boleh start. Hurmmmm nasib baik tak kena tolak.

Plan asal nak Breakfast kat Sik . . . tapi bila regroup kat Spg Batu Lima Sik . . . dah sepakat utk breakfast Jeniang pulak. Hajat tak kesampaian ~ May pay Lai ! (no problem).

Semput juga bila dah lama relax ~ walaupun boleh ikut 'drafting' tapi 'speed' rasa tak power nak maintain macam orang lain. Ada ketika Wan Shuhaidi & Cgu Din 'lead & tarik' tahap gaban . . . aku rasa macam nak terkeluaq urat perut ikut depa . . . . asal jumpa gon sahaja depa 'koyak minyak' . . . jumpa gon sahaja depa 'koyak minyak' he he he . . . . hurmmmm kita enjin 50cc press takat mampu shja. Alhamdulillah ~ 'enjin' OK ~ dan tak ada siapa yg 'tarik mengkarung'.

Dua-dua riders nii 'mabuk lemang' . . . Cgu Din dah nak masuk 58thn tapi 'enjin evo' bang. Pantang jumpa Gon ~ habih dia 'kentot' semua riders lain. Yang sorang lagi tuuu tak payah aku cerita laa . . . . nama pun 'german' ~ mengkala German tuuu kira kejam laa he he he !
(cuma dia tak bakar orang sahaja lagi he3)

Antara rakan dari Lunas yg turut serta . . .
Yang buat jari macam pistol tuu Odd ~ Hero Lelaki Melayu Lunas Terakhir !


serta rakan dari Pengkalan Hulu . . .


Kudaliar and d Geng

Anas Musthafa

Cgu Fisol dr Aloq Staq pun turun . . . khaw khurn kharp !


'isi minyak' kat Shell Sungai Lalang . . . perghhh panaih lit-lit !

Odd bergaya dgn 'kasut raya' 2010 !
Odd ~ Aku cadangkan semasa majlis bertunang/nikah nanti, hang bagitau pihak perempuan tak payah laa buat hantaran buah2an . . . itu dulu2. Laa nii hang minta depa tukar/hantar frame beskal ka, kasut MTB, cycling bib/shirt or jersy, gloves, helmet atau pun complete bike he3 !


Sabtu ~ 18th Sep
Pagi sempat offroad kejap dgn kawan2 utk cooling down. Terpaksa balik awal kerana sdra datang rumah utk berhari raya. Aku pula masa tuuu dok 'melewaq' dlm hutan & bukit botak kawasan Aman Jaya . . .

Turun naik - turun naik 'XC' trail kat sini . . . SP tak ada bukit cuma 'gon-gon' kecik jer 6 ke 7 bijik utk bermain. Kawan2 yg berhajat utk bermain kawasan nii dan Bkt Nyamuk 'calling-calling' laaa. Untuk 2 ke 3 jam jer atau 3 ke 4 jam pun boleh ~ Bisa di atur !

Ahad 19th Sep ~ berada di Betong Thailand.
Kayuhan bersama rakan Betong MTB Thailand. Salah seorang peserta 'semput' & sukar bernafas selepas climb bukit kecil ke Padang Bola Sepak Betong, Thailand.

Selepas kayuhan tersebut Tn Fazdil, Farhoud, En Asry dan rakan2 Pengkalan Hulu ajak aku ride @ 'main-main' drafting ke kawasan rekreasi kayak Yala ~ Thailand. Memang cantik route ini 'rolling' dan sekali sekala ada long climb . . . . hurrm puas walaupun clock 40km+ road ride kat Betong & Yala Thailand. Tapi yang paling BEST Lunch sup tulang & nasi putih pergghhh !

Note :
  • Kayuhan road & offroad bersama rakan memberi kepuasan yg berbeza.
  • Selepas sebulan berehat kini rasa lebih bertenaga ~ alhamdulillah.
  • Terima kasih kepada rakan-rakan yg turut serta.
Next Ride :
  • Tn Fadzil ajak aku buat road ride Sabtu ini . . . bermula dr Baling ke Gulau tapi aku tak confirm lagi. Kalau dua tiga orang rakan dari SP setuju aku ON !
  • Kalau tak ada siapa2 aku mungkin 'solo ride' ke Sedim sahaja.
  • Belum puas . . . masih ketagih utk 'long distance ride'.
  • See you guys !

Stay Safe ~ Stay Healthy !

Thursday, September 16, 2010

KPLR II :- )



FRONT

BACK

Note :
  • Difahaman Penyertaan tahun ini melebihi jumlah KPLR I.
  • Yang dah lama berehat sepanjang Ramadhan tu, warm up laa sikit sebagai persiapan.
  • Route lama ~ tak ada gunung tak ada bukit cuma ada laa 'gon' sikit sikit.
  • Check aturcara & Ride Details
  • Epi Cranking :- )

Sunday, September 12, 2010

Breakfast kat Sik :- )

Date : 16th Sep 2010
Time : By 07.30 am
Dist : 100km+
Meet : The Carnival Water Park Sg Petani
Riders : yg dah confirm cikgu din, Lan mobil, wan shuhaidi, cikgu hilmi, yusof, tn fadzil, anas musthafa, cikgu Nusi, cikgu Kob, Quaker Odd, cikgu Hilmi aka Kudaliar Ku and (cikgu Fisol ?) . . .

Note :
  • "Ketua Rombongan" : cikgu din & w. shuhaidi ~ mana depa bawa kita ikut !
  • Sama-sama kita buat kerja 'tarik menarik' : - )
  • Route : . . . . below : - )

Thursday, September 09, 2010

Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidil Fitri


Sempena bulan yg mulia ini, aku Mohon Maaf Zahir Batin drpd semua rakan basikal, bloggers, mountie & roadie . . . jika ada tersalah cakap, tersalah laku, catatan yg mugkin menyinggung perasaan, antara sedar atau pun tidak dan apa2 jua yg tersembunyi yg tak saya sedari telah melakukan kesilapan . . . . pleaseeeee ~ hanya tuan2/puan2 yg bisa memaafkan saya :- (




Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin


~ Yang dikasihi Ayahanda & Bonda serta anakku Siti Diyana dan Siti Fatimah ~
Ya Allah, Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani ku semasa kecil

:- (
''