Wednesday, February 17, 2010

Kayuhan Amal @ 'namun ku punya hati'



Tarikh : 28th Feb 2010
Masa : 07.30 pagi
Tempat : Komplek Sukan Bertam Kepala Batas

Salam Sejahtera utk semua. Mungkin ramai yg tidak mengetahui aktiviti terkini Kayuhan Amal yg dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (OKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penaga, Sbg Prai Utara pada hujung bulan ini.

Pak Megat (Megat Halim), antara individu yg terbabit utk membantu xtvt ini. Sila/mohon hubungi beliau utk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan yg boleh disalurkan.

Tel : Megat Halim 013-4331909 or megathalim@gmailcom
Faks : 04 - 5741411
or Abdullah Yaacob 016 - 4917453

Program Kayuhan ini adalah untuk mendapatkan Dana, untuk membeli sebuah Van bagi kegunaan membawa 'anak-anak @ saudara-saudara' kita yg kurang upaya (OKU) dari rumah ke sekolah. Aku difahamkan/dimaklum oleh Pak Megat, peruntukan yg diperolehi belum mencukupi utk mendapatkan sebuah Van yg baru /sesuai. Ini adalah anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk Permatang Bendahari.

Usaha murni ini perlu aku 'warwarkan' pada kawan-kawan di luar sana sebagai menunaikan tanggunjawab kita membantu sesama insan. Jika kita jujur dan ikhlas pada diri sendiri dan orang lain, InsyaAllah hidup kita akan diberkati & diredhai oleh Allah s.w.t.

Aku masih ingat kata2 ini ketika berada di Tanah Suci ~ "jika kita permudahkan urusan orang lain, ALLAH s.w.t akan permudahkan semua urusan kita" ~ InsyaAllah !

~ Kalau tidak sekarang BILA ? Kalau tidak kita SIAPA ? ~

No comments: