Monday, April 27, 2009

Where There's A Will . . . !

Gambar2 kat sebelah nii khas utk Razif & Iguano.

Mula2 aku ingat nak hantar 'poster' kat hangpa biar besar sikit drpd poskad ~ dlm hati 'risau' gak nanti 'demam' pulak budah-budak ni he he he !

Ni citer Roslan Mobil ~ yg dulunya cukup 'phobia' bila kami ajak ride ke Gunung Jerai . . . maklum la dgn berat badan 115kg+ (masa tuu) memang nampak semput & dia 'fed up' utk climb. Tapi sekarang lain Bro ! Hangpa tengoklah pics sebelah ~ muka dah nampak panjang ~ dia jaga 'makan & minum' (malam tak makan nasi tapi 'bedal' satu bantal roti he he he) dan tidak jemu ride utk kuruskan badan.

Habak saja tang mana ~ dia nak ikut. Tak kira 'offroad' ka 'long distance' ka, Jambori kaa semua dia nak ikut. So far dia dah pernah ride Long Distance dgn aku piii SP ~ Baling ~ Banding ~ Sp (approx 263km), SP ~ Betong ~ SP approx 150km (Dah 3 kali). Tak termasuk setiap hujung minggu.

Pernah juga beberapa kali ikut aku dgn Yusof utk "Breakfast Ride" SP ~ Baling ~ SP approx 120km+. Kuat 'mental' and 'good riding attitude'. Macam tak percaya TAPI hangpa kena percaya dia laaa niii kayuh makin 'ganaih' & makin kuat (atau aku yg makin tak larat he he he). Kalau kami 'sprint' dia akan ikut buntut 'sprint' jugak, kalau kami 'attack' masa climbing dia pun akan ikut 'attack' juga . . . . No Joke !

Kalau tak salah aku berat badan dia laa ni ~> 105kg ?. Aku rasa 'sapa-sapa' pun yg 'overweight' macam Abg Lan kita nii 'mengidam' berat badan yg ideal. Kini dia boleh berbangga dgn 'pencapaian serta tahap kesihatan' semasa. Dia 'masih' berusaha utk 'reduce' bawah 100kg . . . . Yes U Can !
Yang se org lagi Cikgu Din 'old timer' (sebelah kanan) yg mengidap 'asthma' . . . sentiasa berfikiran positif ! Kalau kita tengok dia kayuh macam 'orang muda yg sihat' ~ kuat giler cikgu niii. No Joke . . . ! Jambori KHT yg lepas dia buat dalam 4jam shja . . . dgn umor 57 thn kira OK Laa tuuu ! !

Kalau hangpa tengok dia 'climb' macam org muda . . . . berdesup ! Pernah aku tanya dia "Cikgu tak risau kaa . . . nanti 'penat' ? dia jawab "aku kalau tak kayuh lagi risau ~ fasal badan 'sejuk', sebab tuuu hari2 aku kena kayuh ~ 'malas' nak layan 'penyakit' nii Ly". Kuat semangat & good riding attitude. Dia ada 4 MTBs & 3 road bikes (kalau x salah aku) semua high-end . . . !

Pada 26 Apr yg lepas Lan Mobil & Cikgu Din ajak aku ride Gunung Jerai. Lan & Cikgu Din 'geram' lama dah fasal tak sampai kat menara Telekom tuuu @ Kedah Peak. Sapa-sapa pun macam tuuu ~ kalau ride Gunung Jerai tak sampai Menara Telekom macam rasa 'bersalah' @ rasa tak puas dan yg paling teruk '"u feel sorry 4urself".

So, hari tuu 26 Apr ~ aku jadi 'sherpa' depa laaa (ha ha ha) . . . dua2 niii kayuh non-stop hingga ke Muzium.

Sampai kat muzium aku 'racun & saja nak tengok attitude' depa . . . "Muzium pun dah OK kut ? Kita relax sat, nanti kita turun . . ." Lan tanya "jauh lagi ke menara" aku kata : "dari muzium ke resort dlm 2km, dr resort ke Menara dlm 3km ~ hangpa nak naik ka ?" . . . Lan kata "Jom kita ride pelan2". Hu hu hu & he he he "racun" aku tak menjadi . . . kena gak guide depa ke menara. Sampai menara dlm masa 2 jam 40min+. Kira OK laaaa . . . mengatasi rekod IGUANO he he he !
~ Moral ~
" Where There's A Will ~ There's A Way "